Wednesday, August 13, 2014

Pengalaman Implant gigi

Bismillahhirrahmannirrahhim.

Asalamualaikum,

Saya berusia dua puluh satu dan saya mempunyai satu gigi palsu.( heheh)

When i was 18, id extracted my mandibular first molar. ( gigi first molar bawah sebelah kanan). Kenape extract? sebab gigi tu dah decay giler.

Bila dah masuk BDS, belajar oral biology, barulah tahu GIGI TU paling strong sebenarnyer. and i dont have it anymore. Tapi nak buat macammane. hidup perlu diteruskan. erm.

Since kita ni study kat india( manipal university) , so implant gigi ni dibuat di india. Harganya cuma 600 ringgit malaysia sahaja. ( kalu kat malaysia, boleh exceed 4000 one teeth).

Panjang ceritanya, pendekkan doktor orthodontic kita yang refer ke doktor prosthodontic (since buat kat hospitalkan, so ade banyak department). Pergilah ke department prosthodontics pulak.

Doktor tu kata ok ( walaupon ruang first molar tu dah jadi kecik sebab second molar dah gerak2 ke second premolar pulak) ( xpaham xperla, ini semua term term dentistry  heheh)

Then gi jumper periodontist pulak ( periodontist tu org yg terer bab2 root gigi). Tengoklah dalam mana nak DRILL SKRU tu.

Then, pilih nak MODUL mane. MODUL tu macam package implant la. ada yg murah, ade yg mahal sikit. pilih yg murah jeeee (alhamdulillahla kan) ahha

Then pilih tarikh nak buat. sampai tarik tu pon buatlah

SEPANJANG PROSES DRILL GIGI

First mcm biasalah doktor bius, dah tu, part paling best! Dia ambik pisau  and koyakkan gum kat ruang yang rompong tu. Bunyi dia lah , memang bunyi terkoyaklah tapi since dah numb kan kat area tu, hanya telinga leh dengar, mulut wat lepak je.

Then dia, dah koyakkn gum tu, sampaila pisau tu reach bone. perrrrghhh. then DRILL LA bone dengan alat macam screw driver. wowww. bunyi dielah. Bunyi krek krek bone patah tapi since x rase ape ape kan. wat lek jee.

lepas je habis tu, die masukkan satu skru and dia suture lah gum yg telah dikoyakkan itu (skemanye). Then, lama2 benang suture tu pon tercabut sendiri. ( boleh je request doktor cabutkan) selepas seminggu


Then, kene tunggu 3 bulan. Biarkan skru tu adapt dengan bone kot.
lepas 3 bulan datang balik

First appoint after 3 bulan, ialah untuk ambik impression.
Second appointment baru lah pasang crown tu..

Jadi dah dekat 3 minggu pakai gigi implant ni. tapi adela advantage and disadvantage nyer

advantage;
-kalu x implant, nanti berlaku bone resorption kat area xde gigi tu
-gigi atas kepasa gigi bawah yg tak ada akan super erupt sikit sebab die mencari kawannyer dibawah.
- first molar kan gigi belakang, so kalu xde susah sikit nak kunyah makanan kot? iyer ke? erm

disadvantage;
- bila dah pasang ni makanan selalu terletak kat celah2 gigi palsu tu (jadi kene berhati-hati) kenape terlekat? x tau la, biasalah kan. humana made, die xdelah se actual mcm position first molar yg dulu.
- kunyah oklah sikit dari dulu tapi kadang2 kita perasan lah pressure kunyahan makanan kat atas gigi implant. dont know why


itu jelah. penat tulis. Harap Membantu hehe


44 comments:

  1. Murahnye buat implan kat India...! Klu kt Malaysia ni beribu nak buat 1 implan. Agak2 klu sy ke India semata2 nak buat implan, harga sama tak ye?

    ReplyDelete
  2. implant ni banyak procedure, i mean kene banyak visit baru leh buat , so like boleh je kalu nak buat implant kat india tapi kene stay lame la. and then interval treatment dalam 3 bulan , erm tak taula, mcm x berbaloi pulak, baik buat kat malaysia kot

    ReplyDelete
  3. oo.. baru akak tahu serba sedikit tentang implan ni. Thanks dik.. bg information utk akak. Akak baru jer balik dari cabut gigi. Akk ada tanya doktor kalau selain dari pakai gigi palsu ada tak cara lain yg boleh akk buat. Doktor advised kan akk utk buat implan. Cost nya satu skru RM5000, dan kos gigi 600 sebatang.. Total hampir RM20000.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh memang mahal kalau buat kat malaysia ni kak. kadang kalu specialist buat, cabut gigi pon 250,500 . kalu xnak implant, mungkin akak leh go for denture or bridge.

      Delete
  4. Is it true implan ni tak dibuat di kerajaan? And i'm desperately need it so badly. And kos utk bridge pulak berapa ye? Untungnya you buat kat India. I need to do it sbb kalau tak doktor ckp nanti bila kuman merebak boleh sampai saraf and well it is really bad sampai i tak sanggup nak ckp

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure kat kerajaan , implant ni buat ke tak. sebenarnya, selain kerajaan, awak leh gi klinik private kalau nak buat bridge, selain tu mungkin leh pergi universiti2 yang ade dental klink macam uitm, um, manipal universiti ( universiti saya). kalau pergi private , mahal sikit la. kalau pergi universiti2 ni, selalunya student yang buat, tapi ade je specilist ( aka lecturer kami) yang buat. Kalau kat manipal universiti ( MMMC, Melaka) kalau bridge harganya 750 ++, kalau specilist buat 1000++. universiti kami private university so like mungkin mahal sikit berbanding universiti kerajaan ( ini tak sure sangat), you can go to nearest klinik, check dulu, and then tanya opinion them if you really really need implant, or bridge , or maybe you can go for removable partial denture

      Delete
  5. Salam , nK tanya gigi first molar awk tu dh berapa lama dicabut sebelum buat gigi implant? Coz gigi sye dah 2thn dicabut..next year baru ada bajet utk implant..dibiar lama risau bone lost ..

    ReplyDelete
  6. Sekarang macam mana gigi impalant tu? Dah rasa selesa ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, saya cabut time 17, pakai tu time 21 kot kalu x silap, so gigi sebelah dah bergerak dah, so tempat gigi asal tu dah jadi small la hehe , bone lost tu somehow ade la sikitkan sebab dah bertahun jugak dia xde gigi kat situ, sekrg ni sebenarnya takla selesa, gigi sebelah ade caries . sebab ada gap sebenarnya between implant tu dengan gigi seblah, so food selalu stuck kat gap tu so like, caries dah adela in betweet tu sebab area tu mcm susah nak bersih and consistantly food stuckkan , ermm hehehe

      Delete
  7. Terima kasih ya sbb reply...sangat membantu sye...:-) klu mcm tu x de lah risau sangat pospone...ingatkan kena wat terus lepas cabut :-)
    Kat klinik gigi goverment kl nie ada yg offer implant gigi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure lah kat goverment ada implant ke tak. tapi macam xdengar orang buat implant kat gov ( hahah xsure xsure) . kalau kat private hospital memang mahal. kalau nak murah, boleh la pergi macam kat usm ke, macam kat manipal ni( manipal university) pon ade program modul implant ( tapi tengok bulan berape la) , student yang buat implant lah, tapi ade je lecturer yang guide. student buat murahla. and tapi well kiterorg semua biasela, nak belajar and so on. kami sangat appreciate mereka2 yang sudi dtg kat kiterorg ( for treatment ). selalunya org x ambik implant sebab cost mahal kan, org buat partial denture ( gigi palsu) . dia depends sebenarnya. macam saya, pakai implant pon, ade je problem dengan implant. kadg pakai gigi palsu mungkin lagi ok. buat bridge ke mungkin ok juga. so like implant is not only the optionla. hehehe

      Delete
    2. macam saya, bila dah pakai, barulah tahucomplication dia kan. tersekat makanan la. tapi xdela saya kata implant x bagus. cuma kadang rezeki kan, kita dah buat,lepas tu x ok. hahaha point saya, kene awarela risiko2. doktor pon manusia, dia suggest itu ini, tapi kadang badan kita react in certain ways. bila benda tu x jadi ke ( or tak seperti dihapkan ke) , kita tak boleh la nak salahkan doktor 100%.( tapi kdg salah salah doktor pon). semua pon tak sempurna. implant xkan mengembalikan keadaan seperti adanya gigi yang asal. implant ini replacement. human made . so alot of possibilities la ahah

      Delete
  8. Assalamualaikum...
    Saya baru kehilangan gigi depan sebelah atas..memang sangat2 memeningkan kepala dengan kos rawatan implant nie..kalau nak buat bridge mesti nak kecilkan gigi sebelahkan?tapi gigi depan saya satu lagi masih cantik...dah la kerja saya berdepan dengan client setiap hari...saya pun dah buntu sekarang...boleh beri cadangan kepada saya apa yg terbaik yg perlu saya buat dalam situasi saya sekarang...adakah saya perlu juga utk si.pan duit untuk kos implant?atau korbankan gigi sebelah yg cantik lg untuk dibuat bridge...atau ada cadangan lain...plsss help Nur Adila..!!thanks.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum...
    Saya baru kehilangan gigi depan sebelah atas..memang sangat2 memeningkan kepala dengan kos rawatan implant nie..kalau nak buat bridge mesti nak kecilkan gigi sebelahkan?tapi gigi depan saya satu lagi masih cantik...dah la kerja saya berdepan dengan client setiap hari...saya pun dah buntu sekarang...boleh beri cadangan kepada saya apa yg terbaik yg perlu saya buat dalam situasi saya sekarang...adakah saya perlu juga utk si.pan duit untuk kos implant?atau korbankan gigi sebelah yg cantik lg untuk dibuat bridge...atau ada cadangan lain...plsss help Nur Adila..!!thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya cadangkan encik Zamri Ali pergi ke nearest hospital or clinic. sebab susah nak cadang kalau tak tengok . heheh. nanti dieorang bagi choice ape yg terbaik untuk Encik Zamri. encik Zamri jangan pening2. biar pakar ( dentist) yang tolong Encik Zamri. itu je la advice saya. Ni no saya (0129709295) kalau ade ape nak tanya boleh je whats app . kalau apa2 nak tanya ke boleh insyallah

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. Klinik Kerajaan ada perkhidmatan buat crown gigi untuk geraham tunggul tak..

    ReplyDelete
  12. Implant lagi baik setelah mendengar beberapa orang yang telah mengalami dan saya berkirakira ke arah itu... jangan sesakali usik gigi sebelah yang cantik hanya untuk bridge dan gigi palsu tidak dapat menahan gigi lain Dari bergerak

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf yer,( puan /tuan). Sebenarnya, setiap pesakit adalah berlainan. cara badan kita respon pon berbeza-beza. dua orang mendapatkan rawatan implant, satu mungkin berjaya, satu mungkin implantnya mungkin gagal. dan hanya bila implant dipakai kita boleh lihat hasilnya. Benar, sebaiknya gigi asli dikekalkan namun bukan semua keadaan gigi asli perlu dikekalkan dan setiap dentist sedaya upaya akan memberikan advice terbaik berdasarkan experience and knowledge mereka. gigi palsu MAMPU MENAHAN GIGI LAIN BERGERAK. itulah keutamaan gigi palsu. mengekalkan gigi lain dari bergerak. dan mengurangan kehilangan tulang pada kawasan tiada gigi. Saya paham kalau ( saudara /saudari) menggunakan "testimoni " orang lain tapi bukan semua testimoni bagus dan boleh diterima pakai. KAlau dah pakai implant, tak floss , x jaga kebersihan, for sure implant fail. patient punya attitude main peranan, kerja dentist bagi treatment je.

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Sis,, nk tanya kalau suami sy kerja Govt with GL (guarantee letter) still kena bayar untuk implant gigi di klinik pergigian kerajaan ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna GL.potongan gaji.klu implan kena byr jgk rasanya.xbyk.

      Delete
    2. saya tanya dgn kwn, doctor gigi di hospital kajang. GL cover registration n servis je. kos implan kena bayar sendiri

      Delete
    3. Kos implan tu kena brapa kak?

      Delete
  15. Akak tanye dentist govermemt mane?

    ReplyDelete
  16. Huhuhukkk ingatkan gov kliniknya xmahal...gigi ni selaaaalu sakit2..geraham atas n bawah..padahal xberlubang pun..selalu nak nangis klu start sakit..ni pun tengah menaip dia sakit ni...selalu mkn pil la klu nak tahan sakit ni..cepat sikit hilang..tapi kali ni..letak cengkih...adooihhh dah berkali2 letak lambat pulak nak hilang sakit ni...baaaru je cuci gigi..sblum ni xkerap sgt sakit...ni kali makin menjadi2...klu sakit slow2 tu..dah mula risaaau sgt..sebab ia akan menyebabkan sakit sebelah kepala...😩😩😩 ingat nak try buat implan je...😔 mahal juga yek..

    ReplyDelete
  17. kak adila ..saya ni student..masa saya umor 8 tahun gigi dpn saya patah..menyerong ..yg sblh kanan bahagian atas..yg gigi dpn tu...pastu umor darjah 4 ..saya gi goverment hospital..dia bagi saya pakai gigi palsu..gigi tu bersambung dgn gigi kkl..means sblm ni sengetkan so..dia potong kasi rata n replace dgn gigi palsu tu..n now i already 17 ..tapi i lost confidence sbb gigi dpn tu sdh menjadi warna kelabu..so..apa patut saya buat implan gigi kaaa..kalau implan gigi nanti gigi tu change x warnanya kalau dah bertahun..mohon bantu saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same case with me....x confident langsung bila bercakap kat dpn ka ap ke

      Delete
  18. Salam , saya ada buat bridge baru baru ni sebab accident motor lepastu gigi saya patah depan 2 batang. Tapi bila saya telah pasang brigde tu dia gigi palsu tuu lebih besar dari gigi sebelum ni dan buat rasa rasa sangat tak selesa , boleh tukar balik atau harga charge untuk ganti baru dikenakan? Boleh share? Tq🙂

    ReplyDelete
  19. Sejak gigi sy pecah aritu byk sy bljar psal gigi ni..Huhu bru sy tau yg strucure gigi ni bleh berubah..Igtkan gigi sy berlubang, rupa2 nya gigi turun.. Sebabkan ada ruang antara gigi..Maklum la da makin tua..Huhu

    ReplyDelete
  20. salam,, hye nak tanya..kalau gigi geraham da pecah n lubang still boleh tampal lg ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena gi klinik, tengok, kalau teruk sangat, kene rct then buat crown

      Delete
  21. Saya umur 21 tahun n currently gigi molar saya belah kanan dh start longgar 😭😭 saya ada periodontitis n mmg currently still ada appointment dgn pakar perio. Gigi tu longgar rasanya sebab gusi dah lost. mmg nmok sgt lost compare dgn belah kiri. Risau jugak yelah kita muda lagi nnti kalau gigi takde cemana 😂😂 pastu takut kalau gigi tu dah cabut nnti Gigi sebelah² tu akan bergerak. Goshh seriously my teeth is bad.gusi pun kerap berdarah. Sebab time kecik dulu malas nak gosok gigi plus gigi bertindih depan blkg so payah nak memberus. Appointment dgn dentist pun pergi je tapi tak tau sakit apa yg tau gusi berdarah je hahaha. Ni dah besar baru lah ada kesedaran google periodontitis tu apa 😂😂 time gigi sis goyang lama tak dia nak tercabut? Or sis terus cabut je lepas tau gigi tu goyang? Ada effect tak kalau kita biar je gigi tu longgar? Gusi yg belah dlm mmg recede teruk dah, yg belah luar still intact harap² tak recede jugak lak. Ni gusi saya yg gigi lain ni pun dah start merosot sebab dh ada gap between teeth. Mknn selalu tersekat. Hmm hari² dok pikir pasal gigi ni rasa mcm punah dunia (over kan 😆) but serious mmg risau gila pasal gigi ni haishh lama lagi nak pakai gigi ni hmm

    ReplyDelete
  22. Akhirnya,kena jugak kat aku masalah gigi retak,pecah ne. Gigi depan pulak tu. Paling latest harga implan yg aku jumpa utk hujung tahun 2020 adalah 7k total implan utk 1 gigi sahaja. Habis la duit i-sinar aku. Ingat nak pakai gigi palsu dulu la kot sementara cari2 klinik2 yg buat implan. Mana la tau boleh jumpa yg lagi murah. Sape2 yg ada contact klinik harga implan yg berpatutan ble share kat aku,please,,,

    ReplyDelete
  23. vergil.. tu harga di swasta eh

    ReplyDelete
  24. Tadi baru check klinik dr K putrajaya, dalam rm7k sebatang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga telor dah naik jenoh nak wat gigi

      Delete
  25. Ada yang murah sikit... Sesiapa yang tinggal di Selangor Klinik IRia Kapar utk 1 Gigi dia charge only rm5k implant + gigi.. Tp kalau patient tak cukup tulang gigi.. Kena tambah lah sikit utk bone graft... If ckup tulang selamat la..cme 5k...

    ReplyDelete
  26. Betul ke mitos , doktor klinik gigi , suka cabut gigi sbb nak untung lebih ..gigi yg boleh diselamatkan pun dia kata kena cabut

    ReplyDelete
  27. kalau gigi molar 2 atas dh cabut. tapi masih ada gigi geraham bongsu kt belakang, boleh pakai braces je ke atau elok buat implan gigi?

    ReplyDelete