Tuesday, December 20, 2011

kata kata hikmah =)





Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak sesempurna Rasulullah SAW...




Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

bismillah 7





Maksudnya:
1. Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.
2. Dengan nama Allah yang amat mendengar lagi maha melihat, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui setiap sesuatu.
3. Dengan nama Allah yang maha pencipta, lagi maha mengetahui, yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia yang menguasai lagi amat mengetahui.
4. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat bijaksana.
5. Dengan nama Allah yang tidak ada sesuatu pun sepertinya, dan Dia amat mengetahui lagi amat berkuasa.
6. Dengan nama Allah yang amat perkasa lagi mulia yang tidak ada sesuatu pun menyamainya, dan Dia amat perkasa lagi amat mulia.
7. Dengan nama Allah yang maha pengampun lagi mengasihani yang tidak ada sesuatupun menyamainya, dan Dia maha pengampun lagi mengasihani, Allah adalah sebaik-baik Pemelihara dan Dia amat mengasihani dari segala-galanya.
8. Dan berselawatlah Allah keatas penghulu kami Muhammad juga ke atas kaum keluarga dan sahabatnya dan telah selamatlah.




antara manfaat  bacaan bismillah 7 ini ialah


1. Penawar bisa seperti ular & kala jengking.
2. Penawar racun dan penyakit.
3. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak
4. Menghalang jin & syaitan.
5. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
6. Terpelihara daripada bahaya seteru dan musuh.


namun setiap perkerjaan, mahupun perbuatan itu mestilah dengan adab, islam itu mengutamakan adab, insyallah jika diamalkan dengan betul cara nya insyallah ianyer berkesan, 




1. Membaca dengan satu nafas dgn hati yang khusyuk.
2. Ditiup di tangan atau ditempat yang sakit.
3. Sapukan di tempat yang sakit ataupun disapukan ke satu badan.
4. Kemudian iktikad seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.

Monday, September 19, 2011

bismillah 5


foto Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah

Bismillah 5 - Fadhilat Bismillah

fajridil.blogspot.com - Bismillah Lima

Ertinya :

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
2) Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
3) Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
4) Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
5) Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui

Fungsi Bismillah 5 adalah seperti berikut:

1. Penawar bisa diri

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

3. Penawar bisa-bisa badan.

4. Penawar bisa batu merian

5. Untuk mengubat penyakit yang tidak diketahui puncanya.


Cara Merawat:

Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, kemudian bacalah Bismillah 5 ini sebanyak tujuh kali. Kemudian tiupkan di tempat yangsakit itu. Selepas itu tiup pula ke atas air.Kalau anggota yang sakit itu tidak boleh di sentuh dengan tangan kerana sakit atau sukar, bolehlah letakkan tangan di bahagian anggota lain dengan ikitikad bahawa anggota tersebut adalah angota yang sakit. 


Fadhilatnya:

1. Makbul segala hajat dan cita-cita.

2. Luas rezki

3. Menang dalam peperangan.

4. Penerang hati.

5. Dijauhkan dari segala penyakit.

6. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim

7. Dibaca di tempat yang suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.

8. Dibaca pada malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

9. Aman daripada binatang buas.

10. Air laut menjadi tawar.

11. Terlepas daripada terkena bunuh jika dibaca kepada tubuh badan.

12. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.

13. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.

14. Terselamat dari karam di laut.

15. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali, boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.(air selusuh bersalin)

16. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari nescaya dapat mendengar.

17. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali InsyAllah lari iblisnya.

18. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.

19. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.

20. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.

Friday, September 16, 2011

international day

asalamualaikum, im not ganna talk much to day , just put a fews caption during the i,day , =)


arab's continjent ahak3
 i luv accounting's boys class, they just enjoying they time doing the dance, supporting the football, omg , man, always with their football.
dr. syed ali was holding the flag of arab , just supporting the show of couse.


nice one, were they sang tradisional indon song ,having the slide show  behind were totally creative in  taking our attention.

ahak3 tergediks je mereka ini



sabrina and me =)



omg , i saw my secret admire and i saw azam , ita make me laughed damn loud
asalamualaikum,

The rumours start to spread out , oh im not scare its just that im worry about what people think about me, sometimes i do not care about those this, but most of the time , the feeling just keep looking toward me. its been busy months for me this few months , the exam just around the corner, perhaps i just ready for a few subject but not for math , it seem that i had been trauma with the last test , which i only got (i dont want to mention it here).  im getting stress with all the homeworks, and because all my classmate are fast learner. afraid.nervous. sad. jelous. that just few word described me lately.i guest i should be tougher .


then i managed to read one article in i luv islam.com. Syaitan make you lost hope, while Allah always giving you hope, hope to repent after you been astray, hope for you to deliver you sadness, hope for you to be as close as you one to your Lord , TRUST IN ALLAH , and everything just gonna be fine, insyallah, may allah bless me in continuing my studies in ib , insyallah , amin3.

semua berdosa


asalamualaikum..
Semua Berdosa
Sabda Nabi s.a.w:
“Semua anak Adam itu melakukan kesalahan. Sebaik-baik pelaku kesalahan itu ialah mereka yang bertaubat” (Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Majah/ dihasankan oleh al-Albani).
Justeru, setiap kita tidak sunyi dari kesalahan. Tiada siapa pun dalam kalangan kita yang boleh mendakwa bahawa dirinya suci dari dosa dan noda. Cuma beza antara orang baik dan yang buruk, seorang baik itu memohon keampunan dari Allah dan berusaha membaiki diri. Sementara orang yang buruk keras kepala dengan dosanya, tidak kesal dan tidak memohon keampunan.
Menyedari hakikat ini, maka jangan kita hina manusia disebabkan sesuatu dosa, tetapi lihat bagaimana sikap dirinya terhadap dosa tersebut. Allah tidak pernah menjadikan orang yang berdosa kecewa, sebaliknya sentiasa membuka pintu untuk mereka kembali kepadaNya. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan dosa), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Zumar: 53).

Friday, July 29, 2011

senyum =)

bismillah hirrahmannirrahim

ha? hai kawan2 (walaupon xde sape bace blog aku ) ahhahaa
so? aper nk citer ni?
hari ni je la, ape hek?
eh start hari rabu la, rabu tu semua nya seperti biase ,but seen monday aku rok demam je , aku pun tak tahu kenapa, erm , ujian allah , tekak pun sakit , malam tu ada usrah , terkesan betul aku dengan kata2 kak haiza, maknanya kengkadang allah nak kita berperassan sedih sebab allah rindu, allah nak kita merintih , luahkan apa yang kita , as a human of couse la , tipu lakatakan kalu kita sering mengadu kesakitan kita pada manusia yang lain , sehingga kita terlupa kita ada allah , erm , begitu juga aku , lepas je usrah tu , semua nyer bergerak ke surau al furqan , hahaha kat sini memng x le blah la, aku dah la tertinggal al quran , ade announcement pulak , ade orang tertinggal alquran , siap sebut nama penuh aku lagi , hehh , ahhahaaa CAPUP , mungkin bakal jadi nama aku suatu hari nanti,perhaps? uhuk3

KHAMIS? IB GRADUATION batch 5 , ohok3 , hanya 48 peratus fly , and 34 still pass to fly , as shahrul citer ,entah la, aku pun tak tahu lah , hopefully aku lepas la, aku cuak betol dengan math hl  ni , adeh , aduh , argggggggg , tolong aku ya allah , aku takut sanagt semua orang fly , aku je yg x fly , adeh , sedih kot nanti , erm, then wholeday memng cikgu x masuk , cikgu semua g royal bintang , and erm , aku pon belaja la , xde la belanja sangt , then aku buat econs , erm ok gak lah , seronok , aku rase makin rapat dgn pompuan kelas aku , aku x mint nk rapat dgn laki kelas aku,sorii , hahaha then petang tu ade KMS ENGLISH TOUR  punya slot , hhahaha on the way nak ke LT1 tu ade ke satu pakcik ni suruh kiter org posing dgn durian , ahahahaha, tersangt lawak, ahhaha tapi yang belakang2  dapat tester he, then masuk la LT1 , kiter org org first sampai , ahhaha then makin ramai , then cter la pasal ape semua la, aku mula2 macam minat , dah tu , aku macam malas nak masuk pulak, but okla kalu nk boost confident , hahahaa then i meet ayuuuuuuuuuuuu, second intake , yg x le blah nyer dia tanye name aku aku tanye dia balik " semlam ape name budak yg tertinggal alquran kat pak guard tu?" " ADILA?" HAHAHAH surprising , bapak la , femes aku

then , khamis malam , baca yassin , dan ade ceramah , kat sini pun aku ter kesan , seorang abang bercakap, " macamana kamu leh buat maksiat sedangkan kiri kanan kamu  malaikat , belakang maut , dan allah tu ada di man mana " adeh , aqidah aku mungkin tidak lah se kuat mana , apakan daya , namun akan ku berusaha ya allah

then , JUMAAT , erm pagi tu hujan , izzati tolong aku , she willingly shared her umbrella with me , ehek3 , ok , terima kasih izzati , dah tu aku pon erm  masuk ds, eh kat ds , aku ingt ada clasmate aku , hahaha, ade pon abigail, lege nyer hati bile dapt tahu kelas kat wp je, so x payah g jalan jauh dalam keadaan hujan dan yg xade payung ni , then aku pun ke  wp, belja math , xde la paham sangt , aku asyik mengelamun and berkayal, dan kat luar hujan , aku tak leh dngr ape cikgu cakap sangt

then cas pulak, perh kat DTHO , da tu aku mula la gelabah , dah tak ad apayung da tu aku beli payung share dgn raudah (budak second intake) ahhaha, peluk2 dalm payung da tu baru tahu ditangguh kan cass meeting , erm, aku pun sedih , aku dgn raudah pon g library , lepak2, then aku pon , balik makan kat ds , ada festival makanan , bende yang aku x nak jadi lah pun jadi hari ni , arhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bodoh si hans , tangkap gamba aku tanpa aku rela, nasib aku jauh , kalu tak dalame aku rampas phone die campak kat kuah durian , padan muke! xpayh la kot , but anyway , memng best la ,  makan dengan homeroom , teacher halimaton pun datang , ade kita sedekah , da tu orang tu post , kat kms facebook ckp durian kite x sedap, aper la, orang nak bagi dahh cukup baik , hahahha aku benci kaw hans , tut , ahaha

malam ni aku , senamrobik dengan ecah , mek klate , nad , tieha , akhirnya , semua penat hahaha , akhirnya begitu la cerita aku hahahha ok la da malam dah x de mood , ok , bye bye bye asalamualaikum

Wednesday, July 27, 2011

hamba yang keliru

bismillahhirrahmannirrahim

asalamualaikum
sudah lama saya tidak bercerita disini , mungkin kerana kesibukan kehidupan daku di kolej mara seremban
daku gembira disini sehingga tidak terkata
sekarang sibuk dengan kelas, oh ya allah , aku penat

cerita terbaru? aku terplih untuk semi final naib pres ibgm ahhahaa
tapi x mennag pun , aku rasa terharu sangt , walaupun aku tak menang sebab aku rasa ramai orang sokong aku ,
somehow dalam kelas , aku mcm x dapat get along lagi
why it is so hard ha? i dont know why , today , while i was walking back to the ds , untuk sepinggan nasi (cikgu kapten) ahhahaa i was the last one standing behind all my classmate
then suddenly a question buzz my mind " are there gonna fly with me?" " do i treat them like competent or friends? time was flying slowly , droplet of rain kept falling down

last night , i just make a party , oh yeah  durian party , "so sweet " -ecah ahhaha there was almost 14 peoples from aras atas balqis ni ha, it just so so so sweet?, my mom and dad just went visited me that evening , and luckily bought me the durian's kuah dan durian , mak ayah , saya sayang mak ayah , hahah even do i didnt say it loud , but i know u guys can fell it , ohok2 then my mom bagi jam (jambaru ) ehhehe then mama salah bawak slip pulak, itu slip pmr , tapi cikgu nak spm, oh , aku memng malas dah nak menyusahkan mak bapak aku lagi , anything lepas ni , aku nk settle sendiri , yeah yeah yeah!

kawan2 yg before ni aku baik kat facebook, just walked away from me, mungkin dieorang kecewa dengan aku , how i am suppose to act ? (laki la) monolog dalman-" tu la ko sape suruh baik dengan dieorang "
faiz just change the subject form economic to itgs , oh sedih nyer aku , aku ingt dengan masa tu lah aku nak berbaik dengan dia,oh sedih

i guess aku memang kena tolak la, "awak " menganggu saya, walaupun , hakikat nya saya yang sedang menarik awak, aduh , ya allah , aku takut ya allah , aku tahu hubungan aku ini tidak mendapat keredaan mu ya allah , erm , erm =( i'll come back for sure darling ahhahaa

sekadar itu sahaja lah coretan diriku untuk kali ini , daku terpaksa mengundurkan diri ,
asalamulaikum

Thursday, July 21, 2011

21 julai 2011

aslamualaikum
hai hai hai , aku lagi, xkan ko pulak , hahhaa


hari ni , seperti biase aku terjaga, masih sempat lagi mencelikkan mata melihat dunia tuhanku , daku terjaga ,  masih mampu mengangkat tangan berdoa , bersyukur masih diberikan nyawa,
alhamdulillah , masih ada tangan yang mahu memegang ku , nanad kejutkan aku kot, letih minggu ni , (padahal x buat paper pon ) hahaha

6.20 =gi sembahyang , ok , khusyuk tau , hahhaa da tu tidor balik , sempat mesej encik hans lagi , suruh die bangun , aleh2 die ckp "cara ko kejut x berkesan " ahhahaa kol 7 .20 aku siap2, kol 7 berape tah kua, instint aku kuat cakap ,aku akan jumpa sabrina kat bawah , alhamdulillah memng sabrina kat bawah, allah tu maha besar , subhanallah

tap ,kiri, kanan, kiri , kanan , jalan gi ds , serba hitam , harap2 hati gua tak ada la sehitam baju gua, ahhaha
makan ape hek pagi tadi> erm luperla , sup hahahaa berjalan2 ke dito pulak , bersenam erobik , ok syisya syiya lagi hahhaha, best , akak senior ajar lagi teratur, tarian korea la, aku cuba menempatkan diri ku dibahagian depan , tidak tahu kenapa , hahaha , dah try sehabis baik la!  step2 semua aku buat memng standard gedik la, ahhaha tapi enjoy la

habis tu kul 8 .40 kot , terus ke dr , ade exhibition , main la ape2 yg ade hadiah , hahaha menarik seronok hahahaa aku main game kire duit je , mcm shitto je game die ahak3

then balik bilik afiqa ahak3 , g balqis , tdor aahhahaha then nad dgn yin balik , dieorg ni bising2 je, mcm aku ni halimunan pulak , nak marah tapi da ngantok sngt , x sempat nak marah , hahaha then dieorg blah , ade math explore race katanya

aku pon meneruskan aktiviti tdor aku , ahak3 , kol 12, intan masuk , tanya mane nad, die tanyer "x g makan ke , jomla" ku pon kater "ko pergi la" datu aku siap2 terus ke ds , lapaq!  THEN PETANG TU , AKU LEPAK AISHAH saje je, xde kerje , ahahha g bilik afiqa, then g bilik inma, hahaha makan DAGING SAUDARA sendiri , ahhaha , xde kerje la tu , then g bilik nina , makan daging lagi , da tu kiterorg turun dito , tengok nashid dan reflika masjid ahak3 , then kiterorg balik, dan aku pon teruskan activiti online aku , sampai kol 5 .20 , da tu rush2 sembhyg sebb ade bola keranjang , sampai je , alamak , akak senior lambat


AKU PON DECIDE nak g cycling la ahhahaa, aku g dngn afiqa dan huda (yang puasa) dan saadiah (ad) da tu , naik la, sanagt seronok , rase mcm kanak2 , masyallah , allah memng sayang kat aku , masa main2 tu , aku terase dunia berputar dengan perlahan , masa seolah olah langsung tidak mencemburui ku , aku pon tersenyum indah , sambil mengingat kan diri ku , sampai bilakah aku mampu bahagia menikmati semua ini
tehn kiterorg balik , hak3 terus ke ds, makan lagi! gemok aku mmc ni , ok fine! aku memng gemok , so what> ahhaha


malam , step step , aku terus ke surau , sembhyg maghrib berjemaah dan isyak pon , mendengr tazkirah ustad kamal, then , aku pon berjlan ke dito bersama sama rakan ku , ahak3 TOILET ! tempat aku bersinggh sebelom melangkah ke dewan , oh , aku terlihat seorang rakan perjuangan ku , tersanagt cantik , membuat kan daku tidak bersyukur apa yang ada pada diri ku , ternyata die tersangat lawa, terdetik di hati ku ,pasti die punyai ramai peminat , untung la muke , lawa, aku pon melangkah keluar dengn perasaan yang "erm , kenape allah ..." BERSANGKA BAIK lah dngn allah , hati ku cube memujuk diriku sendiri , ahak3


konsert inteam memng best , menarik , ade zikir, live tengok inteam , ade jugak kumpulan nashid dari smart labu , membuat kan otak ku ligat , dan terkenang kan hilmi , rakan plkn ku yang juga pandai bernashid , erm , ontah la, ade salh sorang tu pon muke mcm die, and and and he sang BINGKISAN rindu , oh hilmi pon suke lagu tu , erm ,,ahhahaa i miss plkn kot ahak3

then habis , semua rush nak balik, aku pon , dan aku pon terus online dan berakhir la aku disini , sedang menulis kisah hidup ku  yang semakin hari semakin berwarna, compared to my previous school , betolla, selepas habis hujan ,allah mungkin memberi aku pelangi

thanks to intan (pc girl) couse give me courage to still stand on my own feet
thnks to intan , fatin
thanks to tieha, and mek klate (lupo namo)
thanks to nad, ecah , sofia, cause being apart from my life
thanks to afiqa , yin , nanad , put some salt today ahhaha
thanks to sab , and others la, xkan nk sebut semua2 ahhahaa

tomorrow friday , gonna get down ,need to topyup la, lame dah x call  mak , oooohhhhhhhhhhhhhhhh mesej kawan laki boleh , call mak x boleh he>? ank derhaka tol aku ni, haiya , adeh , ok
sok aku kene topup , x sure la nak balik esok ke tak , erm , allah hu aklam,

itu sahaja lah , coretan dari ku untuk kali ni , asalamulaikum=)

AKU STRESS

asalamualaikum,
 =)
hahaha
erm , aku stress dan aku tahu kenapa aku stress, mungkin aku terlalu risau , org nyer ok ok je ,
ya allah terima kaseh ya allah ,
memng aku mintak aku jadi kuat , ko bagi ujian supaya aku mampu atasi nyer dan bertambah kuat
terima kasih ya allah=)
bersangka baik dengan allah selalu , amin3

Wednesday, July 20, 2011

KOLEJ MARA SEREMBAN

asalamualaikum,
hehhehe
lama sudah aku tak tulis blog , busy dengn kemasukan ku ke kolej mara seremban , semlam second intake baru je masuk
minggu ni action week hahaha, bagi aku action week= minggu tengok movie
cakap je la, ape tak tengok , sini ade hantu , khurafat , semua asal boleh nk tengok
so hari first datang mcm biase la
malasla nak updat egamba, so hari orientasi sangat best , im group 15
aku suke sangt group ni , tak tahu nape, sampai kan aku cadang nk ajak budak2 ni buat baju raya same color
hahahaa

kejayaan?
main botol no 2
main tutup mata no 4
drama no 4
ade satu lagi contest kiterorg dapt no 5, xingt game ape

walauponn point kiterorg xde la tinggi mane , tapi alhamdulillah la
ahli?
wardah, bibah , adila, aishah , jasmeen , fiqa

laki,
hakim , azam, taufiq, pajel, ajik, fareez, rifqi

ha itu je la, cter pasal kelas pulak, bertuahnya saya, dapat MATH HL , xtau kenape
aku nak cakap mcm rezeki aku kat math je, hahaha first2 aku ingt aku nak tolak, tapi bila fikir balik,
erm aku takut allah memberi apa yang terbaik tuk aku , so pon stcik DENGN MD71

ahli MD71,
adila, fiqa,syaza , yin , abigail , ade sorang dak chinese ,lupe la name die, ahhaha, elia, sabrina, miza, qish , cahaya pencinta, nanad, andrew ,SHAREL
ahhahaha dua org je lelaki, bila time agama, sharel sorang je, kesian jugak aku kat die sebenarnya , tapi tak tahu laaa, kat fb pon ade gak ckp kan, tapi tu la, mcm x le nk buat ape je hahahaha

then ?
oh mentor menteee, ok , ini macam homeroom la
ahli2 nyer,
ajik, adila , asyraf, sofia, sab , inma,
aku siap plan nak buat baju lagi hahhahaa nak warna teqoiese laaa, ahhahaa(bnyak duit aku pulak)

usrah?
erm pusing2 org yg same je hahahaa
nanad, nabila, nina(gempak hahahaha), sabrina , adila , syikin
tu jela , kak usrahnya ialah kak haiza , kak adilah


tue je la,
anyway KMS BEST
SO far so good, later i'll update lagi
hahahaa

asalamualaikum

Wednesday, June 15, 2011

35 petua pelajar cmerlang -dmfk

asalamualaikum
Dato' Dr Fadzilah Kamsah - Petua Pelajar Cemerlang.mp3
nak dngr ni pon boleh jugak, bawah ni note dia




Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    • kita ingat 10% apa yang dibaca
    • kita ingat 20% apa yang didengar
    • kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
    • kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    • kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    • pastikan cahaya adalah terang
    • kurangkan gangguan bunyi
    • tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    • tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    • kerusi dan meja menghadap kiblat
    • jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    • memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    • menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    • mengingat kembali (recall)
    • menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    • persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    • pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    • belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    • untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    • duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    • memberikan tumpuan sepanuhnya
    • menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    • menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji:
    • cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    • siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    • duduk tegak dikerusi yang selesa
    • baca doa penerang hati
    • baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    • fikir dan ingat kembali isi utama
    • catat/lakar
    • semak semula ketepatan maklumat
    • ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    • buat rumusan
    • jawab soalan
    • tampal maklumat yang rumit di dinding
    • baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    • jangan makan kepala ikan
    • jangan makan organ dalaman
    • jangan minum semasa makan
    • jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    • jangan melihat kemaluan
    • jangan melihat buih
    • jangan membaca nama pada batu nisan
    • banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    • banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    • banyakkan makan kekacang
    • pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    • jangan makan sehingga terlalu kenyang
    • jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    • tampal nota-nota penting di dinding
    • tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    • gunakan kaedah akronim
    • reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    • pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    • mempunyai jadual belajar
    • patuh kepada jadual
    • buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    • taat kepada Allah
    • mendirikan sembahyang
    • menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    • hormati & sayangi guru
    • bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    • suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    • membantu rakan yang memerlukan
    • berdoa dan bersyukur kepada Allah
    • sentiasa bertawakal
    • mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)







sumber=http://www.macam-2.com/2008/01/35-petua-pelajar-cemerlang-dari-dr.html

rahsia /makna tanda tangan -taken









1. Satu garisan di bawah tanda tangan
Seorang yang sangat yakin 
Ada personaliti yang hebat 
Agak mementingkan diri sendiri 
Percaya bahawa kebahagiaan dalam hidup sangat perlu 

2. Dua titik di bawah tanda tangan
Anda romantik 
Mudah bertukar pasangan macam tukar baju 
Memilih kecantikan (bagi lelaki)
Sentiasa berusaha untuk kelihatan cantik (bagi wanita)
Mudah menarik perhatian orang untuk berdamping 

3. Satu titik di bawah tanda tangan 
Anda kelihatan mudah dan tenang 
Cepat hilang kepercayaan pada orang anda percayai apabila dikhianati 
4. Tiada garisan/titik di bawah tanda tangan 
Seronok dengan kehidupan 
Ikut gaya dan cara sendiri 
Kurang memberikan perhatian pada pandangan orang lain 

5. Tanda tangan yang tiada kaitan dengan nama
Anda sentiasa berusaha supaya smart 
Suka berselindung 
Jarang mengambil pandangan orang lain sebagai panduan hidup 
Yakin dengan kebolehan diri sendiri 

6. Tanda tangan berasaskan ejaan nama tapi sukar nampak
Anda cerdik tapi kurang hendak berfikir 
Anda cepat menukar pandangan dan idea 

7. Tanda tangan huruf satu-satu, tidak bersambung 
Seorang yang sangat prihatin 
Tidak pentingkan diri sendiri 
Sanggup berkorban apa saja untuk orang lain 
Seorang pemikir 
Seorang yang mudah serik 

8. Tanda tangan ikut ejaan nama dengan huruf yang jelas 
Seorang yang sangat baik 
Boleh menyesuaikan diri dalam apa juga keadaan atau dengan siapa saja anda berurusan 
Tegas dengan pendapat sendiri 
Ada semangat yang tinggi 


Kenali mereka...


Osama Laden
Seorang yang tidak suka berkomunikasi dan suka merancang atau melakukan sesuatu secara rahsia. Garisan tebal atau pekat tanda tangannya menunjukkan dia seorang yang mempunyai tenaga yang tinggi manakala garisan melintang di bahagian atas dan lakaran seperti ketam pada tanda tangannya menunjukkan personaliti keras si pemilik tanda tangan. Keistimewaan ketam - tidak kira bagaimana teruk pun serangan orang padanya, dia tidak akan mati sebaliknya `menggigit’ balik dengan ganas. 


George Bush
Tanda tangannya yang bergarisan tebal, menurun ke bawah dan tidak berapa jelas menunjukkan keghairahannya untuk menakluk dunia menggunakan arahan bukan diplomasi. Tanda tangannya bermula dari dasar, menaik ke atas dan seolah-olah bersambung dengan huruf pertama (B) nama seterusnya (Bush) menunjukkan dia seorang yang menyimpan perasaan marah, geram, dendam dan kekekecewaan yang amat tinggi. Ia juga menunjukkan disebabkan perasaan ini, pemiliknya sanggup melakukan keganasan dan kekejaman untuk membalas dendam.


Adolf Hitler 
Tulisan tangannya yang bersudut menunjukkan seorang yang mempunyai pemikiran tajam dan agresif. Tulisan yang meliuk-liuk ke bahagian kiri menunjukkan seorang yang tidak jujur dan mempunyai pemikiran seperti seorang penjenayah. Tulisan mencondong ke bahagian kanan pula sering kali menggambarkan pemiliknya tidak mampu mengawal emosi untuk memusnah atau membunuh diri. 


Bill Gates
Tanda tangan Bill Gates yang bersudut menunjukkan dia seorang yang mempunyai pemikiran tajam. Garis melintang pada huruf `t’ yang memanjang ke kanan dan titik `i’ yang jelas menunjukkan dia seorang yang baran, lekas marah. Tulisannya juga mencondong ke kanan dan ia bukan petanda yang baik. Seperti Adolf Hitler, Bill Gates juga ingin menakluk dunia tetapi dengan cara yang lebih teratur.


Michael Jackson
Lihat bagaimana penyanyi terkenal ini menyembunyikan nama pertamanya dengan satu lingkungan. Umum maklum bagaimana penyanyi ini menukar jantinanya, mengurung diri dalam tangki oksigen dan semua ini jelas tertera pada tanda tangannya membuktikan penyanyi ini melalui masalah besar dalam hidup. Hidupnya juga amat tertekan berdasarkan tulisannya yang mencondong ke bawah.


Albert Einstein
Mereka yang mempunyai tulisan dan tanda tangan kecil sering kali membabitkan diri dengan kerja yang rumit dan terperinci. Tulisannya padat dan konsisten menunjukkan tenaga yang amat tinggi. Garis melintang huruf `t’ pada bahagian hujung atas menunjukkan pemiliknya seorang yang mempunyai sikap yang bagus dan bercita-cita tinggi dalam hidup. Tanda tangan ini juga menunjukkan kuasa mencapai kejayaan amat tinggi.

Sumber: www.yoursignaturespeaks.com

kenali peribadi-DMFK(TULISAN)

ASALAMUALAIKUM, 



Pertama : Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di
bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan style="display: inline; ">
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Kedua : Bentuk Tulisan


i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak
memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,
peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang,
berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat
setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang
perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau
kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan
kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)


i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi
ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah
iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan : -

Tulisan mencerminkan peribadi...
Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi
dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam
hidup...

lunar eclipe

asalamualaikum

gerhana bulan sedang berlaku,namun aku masih dalam bilik, tadi sneeked out , nk tengok nyer pasal huhuhuh







ha, tadi aku kua, hahah kul 2 lebih, uhuk2 sunyi, pandang kiri kanan aku, tengok bulan ade ,lepas tu kul 4 aku kua lagi bulan dah xxde, hahaha, main nyorok2 huh bulan , ahhaha, last sekali nasib rafie bagi link onlinenyer, aku pon bukakla , heheheh, thanks rafie,and muaz sekali ,coz bagi link ni

Sunday, June 12, 2011

terharu

salam,

hehheeh,
hari ni ada seorang insan mulia offer note for ib, namanya akak KHAIRUN NURLISA
tak tahu la nak cakap apa, baik nya, rajin nak passing2 ni,moga allah mudahkanlah dia belaja
semuanya bergerak pantas sekarang, tak masuk lagi Kolej Mara Seremban, namun dah start belaja dah sikit, gempak2

minah ni, Nabila Azureen, Nadzurah Hanim, sebuk pasing pasing, download2 note, best nya, nampaknya aku akan ada geng yang SANGAT RAJIN ,
ini yang aku tak suka ni , hahaha aku dah la suka lepak, tapi tak apa lah , bagus jugak, KATA NAK FLY, mengade2 nak main2 lagi, Faiz Ngah pun rajin, selalu bagi aku semangat , macam main racing2 je, tekan tekan minyak kat lampu merah , hahahah, BILA LA NAK JALAN NI? hahaha


harap lah kami semua boleh bersahabat bersama sama, dan berjaya pun bersama sama
hehehe

sekian

Saturday, June 11, 2011

senarai barang AKU ke asrama

salam 1 malaysia!
ahhaha

ok , aku gilo sikit hari ni , so , nak bawa apa ni , tak tahu? first time duk asrama ke? aku dah mane2 dah, plkn, asrama dulu, ok, so here goes the list

barang mandi

  • shampoo
  • pencuci muka
  • sabun basuh baju---> ade ke under list mandi, sukati aku la hahaha
  • berus basuh baju
  • berus gigi
  • ubat gigi
  • _________ hahahaha
  • shaver pon kene ade ni , hhaha
  • sabun badan ( dettol, buku: apa2 je la)
  • baldi lubang2, jangan la yg xde lubang , nanti manual pulak nk buang yang bertakung dalm tu , hahaha
baju /seluar

  • baju riadah ( 5 pasang la) hahah
  • seluar riadah
  • tuddung,putih ,hitam
  • stokin,hitam ,colour skin
baju ke kelas

  • baju kurung 8 helai kot hahaha
  • beg ke kelas
barang penting
  • jam!!!loceng gergasi hahaha
  • cawan, sudu, garfu 
  • minyak wangi ,bedak, etc
  • skipping
  • cotton bud 
  • ketik kuku
  • lamp
  • pencil box even its not a box hahaha
kasut

  • kelas,
  • prep
  • bilik air 
  • sukan

andai aku mati esok

aku sayang semua orang,mak ayah , akak , abang ,along mia, abg g,
sedara n.sembilan
sedara mara penang ,

 doakan untuk ku tiap malam, hadiahkan bacaan yasin untuk ku ,
thanks for everything ,
asalamualaikum

stand by your own feet !

asalamualaikum,
rajin pula la cik adila ni nak tulis post kan ? hahaha mungkin ilham datang sebab mendengar lagu unfaithful ni ,

not updated? , we just appreciate the old one, what's wrong honey? hahaaha

hidup biasa lah , like i said in previous post , banyak cabaran dugaan , kita kena kuatkan hati semangat , berdoa , untuk kuat agaknya

kengkadang ,kita selalu jumpa orang yang nampak kuat , tapi sebenarnya lemah , kerana apa, dia hanya menumpang populariti orang lain , mungkin aku sebahagian dari ni , but i try to improve benda2 macam ni,

luckily , i so far can stand on my own feet , aku tak suka nak terhegeh2 suka blog orang , "ko tu xcampor!", biarlah tak campor, campur pon kalu dengan orang yang melekakan buat apa kan , hahaha, tapi aku tak la kata aku tak ade follow orang , mana yang menarik ,memberi pengajaran , aku ikut lah ,

saya sudah penat , bayangan itu selalu menghantui aku , kesilapan daku yang dahulu , maafkan aku , ish , susah nya nak minta maafkan ? hahaha,

banyak memberi dari menerima ok?

asalamualaikum
semoga sap2 yg bukak blog ni gembira lah,

dalam hidup ni , ada bnayak cabaran dugaan,
kita sering melakukan kesilapan, samalah macam aku, aku ni aku admit , aku ni kengkadang tak pandai nak hargai orang , selebet, penyepah ,pemarah

jangan panggil aku pemarah , saya bukan pemarah , saya cuma tak mampu nak kawal kemarahan saya pada satu2 situasi,
one thing that i learned from plkn is kita banyak memberi dari pada menerima,

orang selalu cakap, "dia tu tah apa apalah, bajet bagus je", kita pun tak sedar, yang kita yang mengumpat ni ,tak macam bagus la pulakkan?

aku memang banyak kali buat macam tu , dan aku entahlah, aku cuma nak buat yang terbaik untuk masa yang akan datang

doa kan aku lah ,
kekuatan tu tak datang lagi la, aku susah nak maafkan orang yang buat aku rasa teruk, "tapi dia la patut mintak maaf dengan aku?"
"tapi sampai bila ?'

DMFK CAKAp  -kalu nak ceria ,kita kene ceriakan orang dulu , mungkinlah, uhuk3

baiklah, mari lah kita sama2 banyak memberi dari menerima ok? hahaha

kenapa aku tulis post ni , sebab aku perasan ramai orang yang aku bertanya jawab sepatah2 je dengan aku ,
"awk duduk mana?"
"saya duk shah alam"
"awak sekolah mana?"
"saya sekolah ______"

and it goes on and on , macam tu je ,
tolonglaaaa ,boleh jadi gila aku , tanya sepatah , jawab sepatah,

masa kat plkn pon same , semua orang just wish tu ambik ambik ambik,
LIke bruno mars said in his grenade song " take take take it all ,but u never give"

activiti , panjat panjat ke , people just harap " ok aku nk lepas ni, some one please help me, then dah lepas , they just go "
aku memang tak suka macam tu , aku lebih suka menghulurkan tangan aku ,
mungkin sebab aku ade rasa simpati yang banyak,
i know how is it to  feel, bila ko tak dibantu , kawan ko dihina, ko dipandang rendah ,
thank god to give me such as this feeling


but as life goes, i know , i still akan jumpa orang orang macam ni, try harder next time adila,
moga moga allah memberi kamu bende yang lebih baik,amin3

Thursday, June 9, 2011

kenali peribadi -DMFK


PERIBADI ANDA MENGIKUT BULAN KELAHIRAN

BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam. Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk
merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC

berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalalm bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik jgn terlalu moody.
APRIL
sangat aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi perhatian
sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu




MEI
kekerasan hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik perhatian
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa
diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros
JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan kerana sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai,idea & mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dengan segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas ,berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
org yg sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka munasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja
OGOS
suka berlawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap jika perlu
sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati
sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik


OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jalan tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat



NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati
apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya
taksuka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu
cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hubungan kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik