Friday, January 11, 2019

Mutiara dalam perjalanan mencari jodoh part 2

Asalamualaikum

Orang kata waktu waktu " jatuh " ni la kita boleh bangkit, dan banyak ilham untuk bangkit balik.
Aku gunakan ilham2 kesedihan aku ni untuk menulis kat sini

Sebab aku macam bongok risau xdapat jodoh, aku bukak website jodoh, isi balik borang hahaha
Yang kelakarnya ialah orang tahu aku ni xupgrade, maknanya kalau orang hantar mesej, aku xleh baca, tapi still orang hantar mesej kat aku hahhaa
Bajet hot je . Malasss la nak upgrade 80 ringgitttt.... mahal ! hahahahah Yang gatai pungkok pi isi buat apa!! ahhahaha

Keburukan bila join website jodoh ni ialah, to begin with ianya ialah platform yang ramai calon didalamnya. Kadang2 orang jadikan kita ni pilihan. Bila x suka je, terus cari orang lain. Nak dapat kan komitment PERKENALAN pon kadang x sampai. ahhahahahahha

Nak kenal seseorang senang je sebenarnya. Dapatkan biodata dia. Tahula visi misi hidup dia. Kene merisik. Kalau kenal kat luar ni, cayalah cakap aku kadang ramai orang nak tipu. Macamaane nak cakap he. Biar melibatkan mak bapak kita dan dia, bila kita nak berkenalan dengan dia. Bila dia libatkan mak bapak, highly chance la dia nak burukkan mak bapak dia( dia nak acah2 kenal la) . tapi sekarang ni xleh pakai gak ahhahhaa. bertunang pon putuih jugak hahaha.

Ust Adi hidayat cakap, dia dirumah, dia ialah seorang suami dan seorang ayah. Kat ceramah ke, dia ialah seorang guru, cikgu. Konsepnya biar clear. Kalau seseorang itu nak jadi seorang suami, dia kene melalui prosedur hendak menjadi suami. Kalau kenal2 santai ni, kita buat dia jadi kekasih kita, dia punya status pada asalnya ialah status kekasih. Kekasih ni banyak wayang je sebenarnya. Ala aku pon pernah jadi makwe hahah tahu sangat ( eh macam bangga pulak jadi awek orang haahahha, dulu laaa)

Saidina Umar pernah nak dapatkan kesaksian. Saidina Umar tanya 3 soalan kepada seorang ni
1. kau pernah berjiran ke dengan dia?
2. kau pernah berurusan dinar ( bisnes) dengan dia ke ?
3. Kau pernah travel( mengembara) dengan dia ke ?

orang ni cakap, semua dia x pernah tapi dia selalu nampak orang ni di masjid, sembahyang kusyuk, doa kusyuk, tapi Saidina Umar tak terima kesaksiannya. Nak kenal orang kene ada standard!
Soalan tu sebenarnya nak tengok sikap amanah dia, siddiq dia. Orang travel2 ni kan lama... orang mustahil boleh berlakon 24 jam, akan tertayang gak "kepuraan" dia. tapi basicly nak tengok ragam dia la.

Elfira Loy masa kenal dengan husben dia, dia pernah travel sekali. Dia kata masa travel tu laki tu macam care pasal semua orang la, bukan sahaja pada dia, dan dia rase sebab tu dia rase lelaki ni boleh jaga dia dan keluarga dia. Ewah. Elfira loy tau hahaha

Setan ni jahat. Dia akan buat kan kita ni nak kapel kapel. Hai, kalau kapel , mane nak ingat tuhan pon. Cakap pon merapu je ahhaha. Masalah bila kapel ni, kalau kawen dengan dia benda tu leh jadi satu point tuk merosakkan rumah tangga. Contoh dia selalu mesej kita time kapel, dah kawen dia macam mesej2 lagi kat phone, Haip mesej siapa pulak tu. Benda tu mendatangkan curiga tau. Andaipon kita kapel, tapi kita x kawen dengan orang yang kita kapel dulu tu, masalahnya yang akan timbul ialah kita kan banding bandingkan ex ex kita ni. Si A ni caring, Si B ni setia x macam si A. Si C ni hensem banyak duit. Last kali kita jadi bongok mengarut2 lepas tu.

Allahla yang tahu apa yang terzahir dan tersembungi tapi kita ni sebagai manusia boleh melihat apa yang terzahir pada luarannya. Kita kena pandai baca cinta yang macamane seseorang tu hulurkan. Kita semua nak cinta yang hakiki, yang hebat, long lasting. Cinta sebegitu perlukan Allah sebagai matlamat kerana Allah la Maha Besar, Maha Berkuasa , tidak akan rapuh. Imam Khayyum pernah berkata cinta boleh lenyap kerana hilangnya sebab. Kalau dia suka kita sebab kita ni cantik, dah tua nanti dah tak cantik, ha hilangla cinta dia pada kita. Sama lah seperti harta dan sebagainya.

Logik simple lagi, Kalau dia mesej kita, nak kenal2 bagai... Kalau dia boleh buat macam tu kat kita, mesti dia buat kat semua perempuan macam tu  jugak. Haishh Nauzubillah ...

Kadang, mungkinla kita ni bukan ruang lingkup diri dia, kita usha usha la facebook dia. Tengok dia suka post ape. Cara dia cakap dengan perempuan lain, laki lain tapi ini susah jugak.

Ada seseorang ni pernah ajar aku. Dia kata nak tahu cinta itu  suci atau tidak. Kalau dia kenal kita dia jeles cemburu , itu tandanya kerana nafsu. Kalau cinta itu ikhlas, dia akan rasa kita ni satu amanah. Dia akan menjaga amanah tu dengan meletakkan kita ni sesuai pada kedudukan la ( ambik sebagai seorang isteri la). Dia akan usahakan mendapat kan satu ikatan yang diredhoi Allah. Kerana Allah la tujuannya.

Bila fikir fikir balik, xsusah langsung nak pilih jodoh ni. ahahha Kadang borak dengan awek awek aku ni, aku xpaham kenapa dieorang macam fikir2 terlalu details. Semua benda ada equation dia. Dalam islam ni, nak kencing pon ada caranya nabi ajar, xkan bab besar macam kawen ( pilih pasangan ni xde kata kuncinya) mesti ada punya. Semoga Allah lorongkan yang terbaik, beri yang terbaik. Kita pon usahala pada kadar yang kita mampu tuk pilih yang baik.

Kita pon sebenarnya kena lah jadi baik. Hanya yang baik layak tuk baik dan sesuai yang baik.


Sedap he aku cakap kekekeekekeke

Nasihat ni tidak lain dan tidak bukan tuk diri aku sendiri je.

Aku xnak bila dah kawen, aku menyesal dengan choice aku kerana aku ni sambil lewa.

Boleh nak kapel dulu tu, murah betul cinta aku ni
Dan aku masih nak buat keputusan tuk bawak dia dalam kehidupan aku,
Sungguh itu kesesatan yang nyata!! dan satu kebodohan.

Sungguh beza orang berilmu dengan tidak berilmu. Pangkat lain lain.


Aku sendiri pernah dengar perempuan sekitar aku bercinta dengan laki orang. Aku nasihatkan pon xmau dengar. Bila aku dengar dan perhatikan, aku rasa jauh betul orang ni dengan Allah. Dia menggunakan nafsu dia untuk berfikir dan dia seolah tak dapat keluar dari permasalahan dia. Macam kau tahu dia berpusing2, kau nampak jalan keluar tuk diri dia, tapi kau tengok jela dia berpusing2 dalam satu kotak yang gelap. Sungguh hidayah itu milik Allah. Semoga Allah bagi hidayah.

Aku pon masih dalam kotak hitam, aku cuba tuk keluar. Alhamdulillah, moga Allah beri hidayah kepada semua.

Okla, banyak sangat rant dah.
Cukupla sekadar itu, Asalamualaikum
Goodnight




No comments:

Post a Comment