Friday, December 5, 2014

Perkhahwinan muda vs keutamaan individu muslim

Asalamualaikum,
Apa khabaq kawan2, sihat ke? Harap sihatlah

Harini, wa nak cerita pasal perkhahwinan muda. Haish kenape?
Terus terangla gua katakan gua sebenarnya nak kawen awal. Sebab nak tundukkan pandangan and nak menyempurnakan agama. Aceewah.

Tapi apalah hasrat aku ni. Belajar pon orang taja. Umur pon dikatakan muda. Malah masyarakat menggalakkan aku untuk habis kan belajar dulu, baru fikir nak mengggatal and kawen2 ni.

Pada pendapat aku, ini antara punca kenape ramai remaja liar dan anak luar nikah terjadi. Zaman remaja ni lah semangat membara. Curiousity terlebih. Saya pon dah alami. Wa cakap sama lu attraction antara laki dengan perempuan memang tinggilah. Tapi of course la memang cinta monyetlah dulu2 kan. Tapi kalu ada remaja nak kawen dan sudah bersedia, bagi pendapat saya bagi jelah. Dengan harapan mereka x buat maksiat. Kalau diorang tak kawen, kemaslahatannya lagi besar! ( kalu depa dah lebih2 kan)

Ada yang cakap, kene tunggu jadi individu muslim dulu barulah boleh mencapai synergism. Heh betulla tu. Tapi tak semua orang perlu melalui jalan yang sama. Mungkin ada orang proses tarbiyyahnya boleh dipercepatkan dengan menaiki tangga seterusnya. Erm mungkin saja.

Kadang- kadang ada orang yang susah nak jaga mata or pandangan ni. Lepas tu orang sekililing sebuk rok suruh jadi individu muslim dulu. Orang tu pon menangguh hasratnya untuk bernikah. Nak perbaiki diri. Diri tak ok macammane nak lead keluarga kan. Masalahnya, kadang2 orang sekeliling macam manafikan keaadaan semasa je.

Dunia kita ni penuh dengan seksualiti. Seks are everywhere. Perempuan dah jadi bahan seks semata. Pada pendapat saya yang x seberapa ni, kadang2 kalau tak tahan, xpayahla tunggu nak jadi individu muslim yang perfect ni. Apa dah kawen dah xleh jadi individu muslim ke? Proses tu kan sepanjang hayat tapi of couse la kan ditambah dengan baitul muslim pulak. Jadi kahwin jela.

Zaman nabi dulu senang je. Mana- mana sahabat yang nak menikah, nabi tolong usahakan. Malah nabi mencari cincin untuk sorang sahabat ni yang nak kawen tapi xde duit. Malah sahabat seperti Umar mencarikan lelaki untuk anaknya. Malah, ada hadis yang nabi kata, 3 perkara yang perlu dipercepatkan, salah satunya apabila wanita yang sudah layak nak kawen, maka dikhahilah dirinya segera. 

Cakap memang mudahkan. Masalahnya benda ni memang mudah. Orang orang je yang buat benda ni complicated. 

Gua pon dah ada mentaliti tu. Kene habis belaja. Cukup duit. Dah kerja dulu. Tapi risikonya terlampau besar. Nak nak buat orang yang macam ana ni. Kene cari yang setaraf pulak. Tak setaraf nanti susah. Haish. 

Jadi pesanan gua, kalau sapa yang allah beri rezeki nak kawen, kawen jelah. Jangan kapel2 ni. Tak baik. Nak book x salah. Tapi kalau bercinta nak ke syurga kan ? Tapi kalau nak ke syurga buat benda yang kemaksiatan ni mcmana nak ke syurga?.

Kadang2 jeles jugak tengok orang kapel. Boleh merasai perasaan cinta. Gua mesej dengan muslimin pon kadang2 rasa seronok ( mesej sebab atas urusan penting la, dah x mesej dah ok hahha) . Inikan orang yang dah declare hak milikkan. Erm tapi buat apa nak buat. Hati cakap salah tapi nafsu yang cuba provok. 

Moga allah berikan jalan buat orang yang nak bernikah, bernikah, 
Moga allah beri kita kekuatan jaga pandangan, jaga iman
Moga allah pilih jodoh soleh solehah, yang datang tepat pada masanya ( insyallah)

Maaf atas kekurangan. 

Yang mengomel, 
Adila

No comments:

Post a Comment