Sunday, December 14, 2014

Semangat datang kembali!

Asalamualaikum ,

Kehadapan saudara-saudara ku,
Apa khabar iman mu?
hehehe Harap iman mu bertambah,
Andai ada dosa, tidak terlambat untuk bertaubat.( saya pon adehh, banyak dosa)
Allah kan Maha Penyayang.

Harini hari bermeditasi bagiku.
Seharian duk di dalam bilik, aku rasa keseorangan,
Aku mengadu pada tuhan
" YA Allah lonelynyerr.. bila la nak kawen ni Ya Allah, Berdua macam best je Ya Allah"
hahaha

Semalam ada dengar kulih online ustad Kazim Elias
Ustad kata kalau tak mampu kawen, puasa dan sibukkan diri buat benda yang tidak mengingatkan pasal kawen. "panjatlah gunung ke" wahhhh bagus jugak tu.

Dan sejak second year ni, since ramai dah pindah rumah. Rase kesunyian bertambah pulak.
Rase macam loner giler.
Support system dah hilang.
Kadang-kadang rasa jeles pun ada.
"mesti depa sembahyang sama2, mengaji sama2, tazkirah sama2"
Syok nyer hidup kalu gitu.

Harini, selepas beberapa lama tidak ke surau, Allah bagi hidayah untuk ke surau.
Lepas balik ke end point, lango sikit, then g surau.
Masa kat surau tu jumpa 3 org junior.
Ingat lagi suatu ketika dulu.

Aku dan rakan-rakan ku. Ada lah dekat sepuluh orang.
Berbulatan gembira.
Kami cerita pasal sahabat, pasal Allah,pasal Nabi Muhammad.
Pasal islam. Pasal dakwah dan tarbiyah.

Lepas naik year 2, semua rakan bulatan gembira pindah dari hostel.
Tinggallah aku dan beberapa orang.
Futur. Kesunyian.
Aku tidak lagi kesurau.

Flash back kebelakang lagi.
Time KMS. Hari-hari kesurau.
Aku lebih habiskan masa di surau berbanding bilik aku.
Ketenangan dan gembira bersama Tuhan.
Walaupun bersendirian di surau.

Usai sembahyang Isyak berjemaah, dan baca almulk,
Aku pun bertaaruf.
Ternyata mereka ni pemuda pemuda yang inginkan tarbiyah.
Terpancar melalui kata-kata mereka yang mereka ingin menarik orang ke surau juga.
Ingin menarik orang kenal Allah. Kenal agama.
Wahhh...

Aku rasa terpanggil.
Suatu masa dahulu , semangat itu ada didada ku,
akibat kefuturanku, semngat itu hilang dibawa arus.

Dulu aku selalu sedih, ditinggalkan sahabat-sahabat perjuangan,
Kini aku sedar, aku sebenarnya ada misi lagi besar dari mereka.
Aku diberikan peluang untuk capai ramai orang berbanding setengah orang.
Aku tidak ditinggalkan keseorangan, malah aku ditinggalkan dengan ramai orang!
Aku bertanggungjawab terhadap mereka!

Moga niat ikhlas mereka( junior2 ku) diberkati Allah,
Moga aku juga bisa berkerja bersama mereka,
Moga aku dikekalkan dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini,

P/s: adik junior tu bawak aku g bilik, makan kek dan makan mee. hoo Sedapnye. BAiknyer tuhanku.... ok lah. setakat itu dahulu

wasalamm



3 comments:

  1. Assalamualaikum aka, suka sekali sama ceritanya..lanjutkan :)

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam, oh terima kasih, kamu pun lajukan ya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama aka, insyaAllah lanjut terus ka,,tapi masih belajar..hehe

      Delete