kebetulan, beberapa hari lepas, aku terbaca satu cerita ni.
Sedih sangat
Kisahnya bermula apabila ada seorang akak ni ( orang tengah) berkata kepada seorang muslimat ni
" Siti ( bukan nama sebenar, name yang gua reka, hahha) ada seorang akhi A nak merisik kamu. Kamu suka tak? "
" saya keberatanla kak ( dia tak ada cerita direct tapi dia tak mau la kecikkan hati akak tu, tapi dia taknakla kat akhi tu)"
Kemudian, muslimat ni cerita la kenapa dia menolak lelaki itu. Masalahnya bukan pada lelaki tu, rupa rupanya muslimat ni dah ada akhi yang bertahta dihati.
Kiranya dia tunggu, menanti akhi B rupanya. Namun akhi B tak tahu pun Siti minat kat dia.
Dia pun compare kedua- dua akhi ni. Dua- dua alim. Baik. Berjalan dalam jalan dakwah. Cuma akhi B ( yg dia suka) lebih baik dengannya. Kiranya lebih rapatlah.
Selepas 3 bulan siti reject akhi A, akhi B hantar surat kat Siti. SURAT UNDANGAN KE MAJLIS PERKHAHWINAN. Rupa- rupanya akhi B nak kawen and ternyata bukan nama dia di surat itu.
Perghhh. Pedih huh.
Kalau siti tu aku, mesti aku nangis tapi aku bukan siti!hehhe
Apa kesilapan siti?
Siti malu .. Siti xmau cakap siti nak Akhi B. Memang lah jodoh dan pertemuan dah ditentukan. Tapi Siti patutnya try dapatkan.
Tak payah cakap sitilah, aku pun kadang2 tertanya2.
Sanggupkah aku pergi tanya? Aku ni dah la muslimat kan..
Tabahkah aku untuk direject? Hahaha
Yakin sungguhkah aku dengan keputusan aku ni?
Adakah ini yang aku mahukan?
Bagaimana kalau direject? Pasti maluuu....
TAPI BAGAIMANA KALAU DITERIMA? Wa.... Hahhah
Teringat pesan nabi,
Kalau ada lelaki yang beriman pinang kamu, terimalah. Kalau tidak, akan berlaku fitnah dibumi ni.
Jadi Siti tak dapat salah satu dari dua pun.
Kalau siti nak akhi A , boleh je . Cakapla nak pulak. Itu pun kalau akhi A available lagi. Hehheh
Kenapa aku cerita pasal hal ni?
Entah. Rasa macam kesian gler kat Siti.
Masalah tau kalau kita dah letak seseorang dalam hati.
Kalau rezeki, ada jodoh alhamdulillah.
Macam Saidatina Fatimah.
Suatu hari, dia cakap dengan saidina Ali " sebelum saya berkhahwin dengan awak, ada seorang lelaki yang saya suka"
Saidina Ali pun sedih lalu tanya " siapa?"
Saidatina Fatimah " ia, ialah kamu"
Pergh, terharu Saidina Ali.
Tapi andai calon kita bukan jodoh kita? Kalau kita biarkan dia hidup lama di hati ni, kalau dia bukan, kita seolah-olah memberi kebujangan hati kita kepada orang yang bukan hak. ( perghh, dalam si ayat aku)
Teringat kata Syed Qutub.
" Ramai wanita yang perawan fizikal, tak ramai yanag perawan hati"
Malah Syed Qutub, sepanjang hidupnya mencari gadis yang perawanhati.
Tapi kawan-kawan jangan sedih.
Ambillah kisah Nabi Muhammad. Nabi mendapat Siti Khadijah yang diwaktu itu janda.
Allah akan pilih jodoh bersesuaian dengan kita.
Kalau orang buat dosa, Allah akan ampunkan. Kita ada peluang untuk claim our hearts macam ustazah Yasmin Mogahed cakap. Insyallah.
Kita sama2 perawankan balik hati kita. ( perghh berat nak bagi nasihat macam ni, saya pun... Ermm).
Kita cuba sama- sama ok. Biiiznillah.
Oklah setakat tu je.
Wasalam
No comments:
Post a Comment