Asalamualaikummm,
Lately selalu rasa nak cerita,
Tapi tak ada sapa nak dengar kan,
Aleh cerita kat blog je lah.
Ustad saya cikgu.
Dia kata kalau murid yang lemah a.k.a kelas belakang kena dapat cikgu yang bagus. Pandai mengajar. Then barulah anak murid dapat tangkap.
Students kelas depan, sebab dieorang ni pick up cepat. So tak kisah guru mana- mana sangat.
Cikgu saya cakap seseorang yang hebat, disebalik kejayaannya pasti ada guru yang hebat.
Jadi apa point saya?
Pernah lah dalam kehidupan saya, saya merasakan tidak layak untuk mendapat yang terbaik. Kenapa? Sebab saya ni cap ayam je. Saya bukanlah sesiapa.
Bila datang bab jodoh contohnya saya merasakan saya tak layak untuk mendapatkan laki yang super alim, baik, sakinah mawardahlah kiranya. Sebab apa? Sebab saya bukanlah sesiapa.
Apalah saya ini.
Tapi kadang2 logik tak memenuhi situasi.. Andai seseorang itu hebat, kenapa tidak diberikan peluang untuk dirinya yang hebat itu mengubah mereka yang biasa2?
Siapa lagi nak diharapkan untuk membimbing mereka kalau bukan yang expert yg nak bimbing, kenapa biarkan mereka mendapat yang biasa2?
Mereka akan kekal biasa.
Dan ramai akan jadi biasa
Mana perginya yang luar biasa?
Luar biasa hanya bersama luar biasa.
Dan kitaran yang sama sahja.
Tapi bukan semua keadaan perlu begini.
Andai kita work hard 200 peratus, kita mesti nak ganjaran yang setimpal.
Itu lumrah.
Susah payah kat dunia, kita nak ganjaran syurga. Kita nak benda yang deserve kita dapat. Saya pon begitu.
Jadi 2 points
1. Jika anda luar biasa, pilihlah yang lemah kerana mereka perlukan anda
2. Jika anda biasa-biasa, jangan terlalu rigid dengan common sense. Carilah orang yang lebih baik dari kita untuk berubah jadi hebat. Tapi tak salah pilih mereka yang sekufu dengan kita. Tapi perlu saling menolong untuk jadi super dupper biasa.
Setakat itu dulu la,
Asalamualaikum
No comments:
Post a Comment