Monday, December 8, 2014

Mukhayyam Dakhili

Asalamualaikum,
last week ada MD, 6-7 Disember, 
sepatutnya aku ni xjoin, tapi dah ada orang suruh a.k.a aku pun xde kerja
pergi je la...
buat kat rumah Muslimin( Baitul Hammasah), Manipal, India

aku sebenarnye bukan paham makna mukhayyam pun, tanyalah akak2.
"oh maksud die perkhemahan dalaman gitu"
"ohhh"

adalah peraturan bagai,tema and objektif. 
" dalam program kene lah sentiasa berzikir, especially muslimat, jangan bergosip"-MC
Daaaa hahah

Ada 3 slot la
Slot pertama: Adakah aku benar-benar muslim ( tulisan adik syed quth)
By Ustad 

cerita pasal zaman kejatuhan islam. 
cerita pasal sahabat-sahabat 

Pengajaran aku dapat
1. orang dulu-dulu rasa bangga, rasa semangat, rasa hebat lah dengan keislaman mereka. Orang dulu-dulu kan banyak hamba. Hamba pun dieorang dieorang rasa bertanggungjawab nak sebarkan islam, nak menyumbang untuk islam. 

Aku rasa macam kene ketuk je. Aku ni walaupun islam dah bertahun-tahun, tapi kadang-kadang lembik je. Sedangkan Allah pilih aku ( bukan orang lain ) untuk bawa islam ni. Jadi aku kene semangat membawa nama islam dan be excellent in everything i do just because i am a muslim!. yeah!
2. Macam biasalah, ada je perbentangan. Lepas tu, dia nak adik adik yang bentangkan. Adeh. Aku pun bentanglah pasal plurisme ni. Eye contact ustad bagus si. Aku nervous tapi buat je lah. Kaku2 aku cakap ( sebab muslimin ada kan). cer muslimin xde, boleh jadi joyah aku hahaha. 

3. Kene update isu semasa. Kalau bab isu semasa ni, aku memang malas sikit. ( hahah) ok fine insyallah aku update lah. Bukan x tau , tahu , tapi tak tau detail. macam isu transgender kat Malaysia ni. Tahu lah ada tapi tak tau details haha.


Slot 2: Risalah muktamar ke 5 Ikhwanul Muslimin( IM)
Ustad Azizi

Semuanya perbentangan, ustad pun ceritalah
Cerita pasal Siapa IM, apa pandangan IM, apa islam IM bawa, Ciri2 IM

best. 
Ayat pertama muktamar ni pun dah best
Imam Hassan al Banna berkata 

" Wahai Ikhwan, 
Saya sentiasa berharap supaya kita sentiasa berkerja dan tidak perlu bercakap"

perghhhh. Kene setepek kat muka. Aku pun macam tu jugak benornyer. Cakap JE KENCANG buatnya tidoookkk!!. 

Baca risalah ni, buatkan aku rasa semangat nak terus dalam dakwah dan tarbiyah ni.
Dan sambung perjuangan Imam Hassan al Banna ni. Perjuangan nabi. 

Pengajaran
1. Kenapa setengah orang sanggup berjuang dijalan Allah? sebab dieorang ni clear matlamat hidup. Kita-kita yang sekadar biasa2 ni, kita tak rasa terpanggil sebab kita tak paham sangat. Aku pun macam tu jugak sebenarnya. Kita kene sebarkan islam di seluruh tempat. 

2. Islam bermula di KOTA MAKKAH. KOTA. Islam tidak bermula dikampung. Perlu di dedahkan kepada golongan intelektual. Nanti mudahlah mereka ni nak sebarkan kepada orang ramai. 

3. Macam biasalah ada pembentangan. Kebetulan, akak yang partner dengan gua ni , dia ada nervous stage. JENG3. Ah sudah. Aku kalau nak bentang ok je. Sampai giliran, aku  biarkan dia sorang2 kat depan. Dari belakang, dia pandang aku. Sampai sekarang aku xleh lupa pandangan tu. YA ALLAH. Akak tu macam cakap " aku xleh buat, aku xleh buat". Ah. Sebenarnya aku xnak kedepan, sebab nanti muslimin nampak aku tapi demi akak tu, aku beranikan diri duduk sebelah dia a.k.a bajet macam aku nak bentang a.k.a semua muslimin nampaklah muka aku. Bukannya apa pun tapi malu la, dah la x bentang, duk depan sekali lak tu. ahhaha

Lepas je aku duk sebelah akak tu,HUI akak tu. Tadi kaku nak cakap, lepas tu laju giler ( hebat la) dia cakap. Dalam hati aku " dia ni nervous stage ke? mcm x pon". Lepas dah bentang tu, akak tu cakap terima kasih lah kat aku sebab duk sebelah dia. 

Nampak tak? kadang2 kita nak support orang, tak payah perkataan pun. Kita duk sebelah dia. Bagi support non verbal. Yet dia dapat kekuatan nak cakap dari situ. 
teringat ustad Nourman Ali khan cakap 
" bring your companion, not your judgement". ermm. 

Slot 3: Usrah produktif
Ustad Azizi

ha yang ini memang gua capup la. Wa bukan bawak usrah pun. Dah alang-alang kan. Gamble je lah. 
Ustad ceritalah pasal ciri-ciri usrah. Bagaimana nak tarik adik-adik usrah. Bagaimana usrah yang berkesan. 

Ustad:  kamu janganla asyik " ana nak antumna"2 je. Guna perkataan "kita" supaya dia rasa kita          bersama dia. 

Setkan matlamat yang jelas dengan adik usrah. Pantau dia. Berikan sentuhan 

Akhi: kalau ada usrah online ustad?
Ustad: Berapa jauh dari tempat awak?
Akhi: dalam beberapa jam ( xingat akhi tu cakap berapa jam) 
Ustad: PERGI JUGAK!

hahah

Pengajaran
1. Walaupun aku ni tak bawak usrah, tapi aku tahulah apa expectation daie aku terhadap aku 
2. Dakwah fardiyah penting. Dakwah fardiyah ni dakwah yang bukan dalam waktu usrah gituuu. 

Aku ni jenis yang care pasal orang. Kalu usrah, aku x expect daie je nak tanya pasal aku. Aku akan sama2 kenal lah daie i tu. Bila dapat ilmu ni, aku rasa nak dakwah fardiyah semua orang . Apalah salahnya kita kenal semua orang macam adik usrah kita kan, tapi xla lebih2 maksud aku tu. 

Kadang2 biasa lah tengok senarior mcm ni. Akak usrah layan adik usrah kemain. Bila dengan kawan sendiri ke, buat dek je. Apasal macam tu? Orang sekeliling boleh nampak dan rasa lah. Macam fake pun ada. Adik usrah macam jadi subjek dakwah tapi memangla depa subjek dakwah tapi kalau hampa leh dakwah orang sekeliling hampa sekali lagi baeq apa. hahha

Kita dengan adik usrah kadang tok alim hei. Bila sampai dengan kawan2, sama gila laa. Ala tapi biasa la tu. Bukannya salah macam tu tapi lebih elok balance kanlah. 

Ustad cakap jangan bajet tahu sangatlah. Kalau tak tau jangan tak tau

3. Hanya hati yang hidup dapat menghidupkan hati-hati yang mati
Teori membawa kepada praktis. Kita suruh orang buat, biarlah kita buat jugak. Jauhi maksiat. Maksiat lah yang jadi penghalang ilmu tu untuk sampai kepada mad'u

4. Daie kena jadi qudwah dulu 
Daie kene jaga kebersihan, bau badan. Jangan cakap pasal kebersihan tapi bilik daie pon bersepah. 

dan banyaklah pengajaran. 
Ada slot keempat sebenarnya
tapi yang tu xberapa penting and secret! 
hahaaha

waallahuaklam
semoga update ni memberi manfaat 

Yang penat menulis, 
Adila




























No comments:

Post a Comment