Tuesday, December 9, 2014

Berubah

Asalamualaikummm,
Hehe apa khabar kawan2, sihat ke? Harap sihat selalu.

Hari ni saya g jalan- jalan kat blog orang. Cari idea nak tulis apa kat blog ni. Kebetulan, tersinggahlah kat satu blog ni. Blog seorang pemuda. Rasa sangat bersemangat bila baca blog akhi ni ( hehehe).

Kemudian, datang la moment refleksi diri ( haha). Dah bertahun, tulis blog tapi saya rase saya tak banyak bagi manfaat kat ummah or masyarakat pon. Aleh- Aleh cerita pasal diri sendiri. Aktiviti diri. Perasaan sendiri. Sedih sendiri. Semuanya pasal diri sendirilah.

Jaranglah tulis pasal isu isu semasa. Hajat hati nak tulis tapi pengetahuan kurang. Jadi tak berani nak cakap.

Nak cakap pasal dakwah and tarbiyah, ilmu pun kurang jugak. Tak mo cakap jugak.

Nak cakap pasal sejarah, lagi la hampeh. Dulu kelas sejarah, g tidor ( haha).

Sebabkan kekurangan ilmu ni, pemikiran saya pon cetek agaknya. Jadi baiklah. Gua akan berusaha menambah ilmu.

Allahkan suka pemuda yang kuat. Jadi kita kene berusaha baiki kelemahan. Rasa kadang-kadang diri ni dah menyimpang- nyimpang. Tapi lebih baik tersedar sekarang dari nak give up kan.

Insyallah. Yakin boleh! Haha. Moga Allah redaa erm.
Yang semangat,
Adila

No comments:

Post a Comment