Wednesday, December 31, 2014

Tahun baru

Asalamualaikum,
yer, tahun baru,
rasa macam sekelip mata je,

Jadi, apa perancangan?
Kebetulan baru habis tengok lecture kat youtube. Jadi resolution based on lecturetu jugaklah.

1. Last time borak dengan senior. Dia kata bila balik Melaka, tak ada cuti panjang. Tahun depan ni ada cuti panjang bulan 2 dengan 8 je. So kalau nak buat wedding oklah kot dua waktu ni katanya.AHAHAHA

ok tak. Acah je. tapi not bad punya idea.

2. Dakwah fardiyah

EVeryone. Insyallah

3. Sebenarnya, kita baru habis tengok ceramah kat youtube. By ustaz Fadzil Ismail. Dia ada pondok nama Saadah Addaarain. Dulu pernah lah berguru dengan ustaz ni. Best gler ustaz ni.

Dari dulu, keazaman nak hantar anak sekolah pondok ni membara tapi risau gak laki (future) tak bagi. Siap fikir nak cari lelaki sekolah pondok kalau nak jadi suami. Kalau husband tak bagi, siap fikir nak cerai ( ha yang ni merepek la sebenarnye, tapi punyalah nak kata nak hantar anak masuk sekolah pondok) .

Biarlah dia belajar sekolah agama. Dengan keadaan sekarang, risau gak.
Diri aku ni pun dah over expose.

Saja je nak cite.

4. Utamakan islam dari barat

Ustaz Fadzil cerita kadang2 kita ni percaya je kajian orang barat ( padahal dieorang ni berak tak cebok) hahha. Bila pertelingkaran ( or different opinions) berlaku, sama ada apa Nabi bawa vs apa barat dapat, kita pilih Barat lak. Padahal konfem2 of course Nabi betul.
Nabi bukannya orang kebanyakan macam kita. Allah pilih Nabi. Allah contact dengan nabi kot. Apalah yang nak dengar cakap Barat sangat tah.

Dalam Alquran kata ada 11 planet ( based on surah yusuf) . Barat jumpa 9 planet je. Setengah kata Al quran salah. Bukan alquran salah, manusia lah yang xjumpa. Guna satellite yang cikonet je pon dah heboh kata al quran salah.

Zaman paleo, neo semua tu macam menipu je. Zaman tu dieorang pakai pakaian yang macam cawat je and pegang batu kat tangan. (leh bayang x?) Padahal, Nabi NUH ( nabi ke-3) cipta kapal yang boleh memenuhi seluruh umat manusia kot. Bodooo barat ni. Menipu je kerja ( ustaz cakap) hahaha

5. Jangan sombong dengan Allah. Selalu berdoa
Based on lecture ustad ---> Kadang kita ni sombong. Berdoa lah kat Allah banyak2. Hatta, nak beli nasi lemak 2 bungkus pun. Solat la minta Allah mudahkan. Tapi kalau tak nak solat pun tak apa. Atleast doalah. kita merancang, Allah merancang tapi sebaik perancangan mesti dari Allah.

6. Work Hard
Exam nak dekat, kene score. Hafal, Baca buku.

7. Sedekah banyak

8. benda sunat banyak

9. Jaga permakanan.

10. Wudhukkkk and alquran. Make it your best friends. =)

oklah. Mata dah kuyu . erm

Yang menyambut tahun baru keseorangan ditemani buku DM ,
Adila



Tuesday, December 23, 2014

Perempuan idaman

Asalamualaikum..

Hari ni hambo nak kebor satu ah.. 
( saya klate celop, jangan marah ok, bunyi cam ade , okla kan? Hahha)

Hambo ni belajar dentistry, 
Bakal duktor la insyallah
Hambo insyallah busy, jadi student pon busy, makan pon kadang2 makan roti je, masak pon jarang2, bace buku pon x sempat, tidor kemain lama, hari2 ada praktical, kene riadah lagi

Ibadah? Kene sembahyg jemaah( kadang2 bile sempat je), bacaan mathurat ke mana, yassin pon dah tingggal, almulk bila rajin, sembahyang tahajud? Harapkan mabit jelah.

Jangan sebut pasal pelajaran....phamac, patho, microbe.....

Disamping semua ni, since aku ni penduduk malaysia, kene update pasal negara. Pasal isu politik. 

Aku pon sebahagian ummah, kene update pasal agama. 

Aku pon seorang wanita... ( ha.. Mula la tu..) tapi serius la, selalu gak memikirkan tentang future husband
 Tapi... Bila memikirkan semua masalah dan kesibukan diri ku ini.. Hajat nak kawen muda macam terpaksa dilupakan. 
Apalah nasib...

Sometimes, i wish i can become 25 cepat2. Kerja cepat2 , kumpul duit. Berkerjaya
Sometimes, i wish i can become 25 just to be able to get married. Hahha

Cakap pasal kawen ni, penat gak nak fikir

Aku ni hamba Allah, 
Anak mak bapak, 
Future dentist, 

Jadi criteria lelaki kena la beriman, pandai jaga hati makpak aku, dan memahami kerjaya dentist gua.
Gua xleh jadi wanita yang duduk rumah jaga anak ( suri rumah)
Bila fikir macam ni, buatkan aku terpaksa jadi selective, 

Nak ustad sebab 
Baik
Pandai cakap
Tapi mentaliti aku cakap
Ustad mesti nak bini dia duk umah je
Jaga anak dia, 
Jaga makan dia
Pakaian

Aku tak leh , kurang berkemampuan untuk itu.. Kerna bebanan kerjaya

Nak doktor sebab
Sama kerjaya
Sama2 kat hospital
Lebih memahami
Tapi takut tak ada variety
Dah semua tahu
Nothing special...

Hahha

Nak engiinear
Masalahnya tak ada engineer nak kat aku. Hahahha

Setaraf.. Sekufu lagi.. Adehh


Kepala aku kene bola tadi jadi sebab tu serabut sikit ni. 

Itu je lah.chiow

Pertandingan bola baling

Asalamualaikum, 

Baru habis game...
Dah tergolek sekali atas padang
Bola siap kene kepala aku...
Sedapp siot!
Tapi bola ringan cuma sebab speeed dia laju kan, 
Itu je lah ...
Hahhaah

Friday, December 19, 2014

Perawan hati

Asalamualaikum, 

kebetulan, beberapa hari lepas, aku terbaca satu cerita ni. 
Sedih sangat

Kisahnya bermula apabila ada seorang akak ni ( orang tengah) berkata kepada seorang muslimat ni
" Siti ( bukan nama sebenar, name yang gua reka, hahha) ada seorang akhi A nak merisik kamu. Kamu suka tak? "
" saya keberatanla kak ( dia tak ada cerita direct tapi dia tak mau la kecikkan hati akak tu, tapi dia taknakla kat akhi tu)"

Kemudian, muslimat ni cerita la kenapa dia menolak lelaki itu. Masalahnya bukan pada lelaki tu, rupa rupanya muslimat ni dah ada akhi yang bertahta dihati.
Kiranya dia tunggu, menanti akhi B rupanya. Namun akhi B tak tahu pun Siti minat kat dia. 

Dia pun compare kedua- dua akhi ni. Dua- dua alim. Baik. Berjalan dalam jalan dakwah. Cuma akhi B ( yg dia suka) lebih baik dengannya. Kiranya lebih rapatlah. 

Selepas 3 bulan siti reject akhi A, akhi B hantar surat kat Siti. SURAT UNDANGAN KE MAJLIS PERKHAHWINAN. Rupa- rupanya akhi B nak kawen and ternyata bukan nama dia di surat itu.

Perghhh. Pedih huh. 
Kalau siti tu aku, mesti aku nangis tapi aku bukan siti!hehhe

Apa kesilapan siti?
Siti malu .. Siti xmau cakap siti nak Akhi B. Memang lah jodoh dan pertemuan dah ditentukan. Tapi Siti patutnya try dapatkan.

Tak payah cakap sitilah, aku pun kadang2 tertanya2.
Sanggupkah aku pergi tanya? Aku ni dah la muslimat kan..
Tabahkah aku untuk direject? Hahaha
Yakin sungguhkah aku dengan keputusan aku ni?
Adakah ini yang aku mahukan?
Bagaimana kalau direject? Pasti maluuu....
TAPI BAGAIMANA KALAU DITERIMA? Wa.... Hahhah

Teringat pesan nabi, 
Kalau ada lelaki yang beriman pinang kamu, terimalah. Kalau tidak, akan berlaku fitnah dibumi ni.

Jadi Siti tak dapat salah satu dari dua pun. 
Kalau siti nak akhi A , boleh je . Cakapla nak pulak. Itu pun kalau akhi A available lagi. Hehheh

Kenapa aku cerita pasal hal ni? 
Entah. Rasa macam kesian gler kat Siti. 

Masalah tau kalau kita dah letak seseorang dalam hati. 
Kalau rezeki, ada jodoh alhamdulillah.
Macam Saidatina Fatimah. 
Suatu hari, dia cakap dengan saidina Ali " sebelum saya berkhahwin dengan awak, ada seorang lelaki yang saya suka" 
Saidina Ali pun sedih lalu tanya " siapa?"
Saidatina Fatimah " ia, ialah kamu" 
Pergh, terharu Saidina Ali. 

Tapi andai calon kita bukan jodoh kita? Kalau kita biarkan dia hidup lama di hati ni, kalau dia bukan, kita seolah-olah memberi kebujangan hati kita kepada orang yang bukan hak. ( perghh, dalam si ayat aku)
Teringat kata Syed Qutub.
" Ramai wanita yang perawan fizikal, tak ramai yanag perawan hati"
Malah Syed Qutub, sepanjang hidupnya mencari gadis yang perawanhati. 

Tapi kawan-kawan jangan sedih. 

Ambillah kisah Nabi Muhammad. Nabi mendapat Siti Khadijah yang diwaktu itu janda. 
Allah akan pilih jodoh bersesuaian dengan kita.

Kalau orang buat dosa, Allah akan ampunkan. Kita ada peluang untuk claim our hearts macam ustazah Yasmin Mogahed cakap. Insyallah. 

Kita sama2 perawankan balik hati kita. ( perghh berat nak bagi nasihat macam ni, saya pun... Ermm).
Kita cuba sama- sama ok. Biiiznillah.

Oklah setakat tu je. 
Wasalam





Monday, December 15, 2014

Sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang

Asalamualaikum,
malam tadi ada program,
tajuknya " sekolah bukan penjara, universiti bukan kilang"
its kindda forum
kene update gak malam ni,
sebab esok mesti lupa.

p/s: i was not really pay attention, so dengar sekerat2. maaf..

Forum dimulakan dengan pertanyaan, apakah itu fungsi pendidikan( sekolah)
Tak ingat sangat lah ape dia cakap tapi dia cakap
"untuk memanusiakan manusia"
sebab manusia kan ada roh, roh perlu dibentuk.
jadi perlukan pendidikan

Second panel ni cakap pasal PISA
PISA ini penilaian terhadap student diseluruh dunia
Malaysia tercorotla
Korea and japan TOP 3 la ( kalau tak silap) sebab mereka mengamalkan dasar terbuka,
sapa usaha dia dapat.
Then, dia cakap pasal Finland( top 5)
Dia cakap Finland sistem education dia , depa tak ada exam sehingga umur 15 tahun.
Finland tak ada petroleum( ada pon kurang) , jadi mereka hebatkan human source dieorang,
untuk majukan negara gitu.

Then, dia ada cakap pasal kekuatan suara remaja,
ada remaja yang suarakan hak tanah, tapi aleh2 kene tangkap.Dulu - dulu la
( jadi penting suara remaja, cuma sekarang, pemuda di sekat, di latih untuk ikut je, takleh nak bersuara sangat) 



Perkongsian
Ada akak senior ni bangun , dia cerita apa yang aku dari mula rok tertanya2
-dia kata dasar pemerintahan British telah membuatkan sistem pendidikan kita jadi macam sekarang
-seseorang dididik untuk jadi pakar dalam satu bidang je
- hal ni contradict dengan islam sebab ulamak dulu-dulu like ibnu sinar, ibnu batuthah dan lain2, mereka pakar dalam bidang scientifik yet pakar bidang falsafah.
-Tulisan seorang ulama( xingat name) ada manusia yang bebel. Ciri-cirinya apabila dia tidak mampu untuk mempelajari ilmu yang diperlukannya.
- Islam mementingkan ilmu
- Surah al Zumar:18

Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.

Persoalan
Hak suara pelajar

Jawapan
Kat malaysia ada hak kebebasan bersuara selagi tidak menyentuh isu sensitiviti kaum atau yang boleh mengugat keamanan negara. ( kalu berbau hasutan pon x leh). Dekat univeristi, pelajar boleh bertanding mewakili parti politik ( macm abg aku ). Tapi jangan lebih -lebihlah. Bila lebih- lebih jadi masalah ni. Macam isu sekarang ( kat UM). Aku pun taknak cakap lebih pasal isu tu. Pelajar boleh berbicara pasal politik to some extend lah. Ermm..

Persoalan
Kenapa dalam sistem pembelajaran kita, ada golongan yang mampu untuk melihat kekurangan sistem ( berfikir luar kotak) dan ada yang mampu untuk menjadi pemimpin tapi sebahagiannya tidak?
( agaknyalah soalan dia macam ni, sebab aku dah megelamun.. tapi paham je ape die nak tanya)

Jawapan
- sebab dia bergantung kepada berapa masa dia dibawah sistem pembelajaran. Cara pemikiran bergantung kepada persekitaran seperti ibu bapa, sahabat, masyarakat..etc.
- kadang2 sistem pembelajaran tidak ada kaitan dengan kepimpinan. ( pemimpin tak sekolah tinggi pon tapi sebab cara pemikiran ( pembawakan) buatkan kepimpinan dia terserlah)

Persoalan
Adakah mereka (pelajar yang ditaja) sekadar mengisi kekurangan "market" atau dijadikan orang yang memenuhi keperluan masyarakat sosial?

Jawapan
Bergantung kepada tujuan seseorang itu untuk menuntut ilmu. Kalau dia tahu kehendak kenapa dia ditaja insyallah dia akan strive for the matlamat tu. Tapi kene lihat big picture. Boleh jadi dia menjadi batu bata untuk memimpin negara atau membantu masyarakat.


Take home mesej
1. ada sorang muslimin ni cakap ( yang aku agree 4903% peratus) kita kena lah banyak membaca. Dengar kawan2 cakap pasal isu semasa, global ni, rasa diri kurang update pulak. Masalahnya dia cakap die tak tahu dari mane nak mula. Oh mannn , sama lah. Sejak aku berkecimpong dalam D&T ni, banyak betulla isu semasa yang aku dengar. TAhu tapi tak tau sejauh mane isu tu
2. Baca je tak cukup. Kene sampaikan. Rumah terbakar, kejutkan semua orang dalam rumah tu untuk selamat kan diri. hehhe
3. Kene biasakan bertanya. Satu hari satu soalan. Insyallah akan terbiasa.
4. WE have to do what we have to do. Kadang-kadang memang payah tapi demi sijil( kedoktoran). Usaha tu perlu. Belajar bersungguh2. =)

Sunday, December 14, 2014

Semangat datang kembali!

Asalamualaikum ,

Kehadapan saudara-saudara ku,
Apa khabar iman mu?
hehehe Harap iman mu bertambah,
Andai ada dosa, tidak terlambat untuk bertaubat.( saya pon adehh, banyak dosa)
Allah kan Maha Penyayang.

Harini hari bermeditasi bagiku.
Seharian duk di dalam bilik, aku rasa keseorangan,
Aku mengadu pada tuhan
" YA Allah lonelynyerr.. bila la nak kawen ni Ya Allah, Berdua macam best je Ya Allah"
hahaha

Semalam ada dengar kulih online ustad Kazim Elias
Ustad kata kalau tak mampu kawen, puasa dan sibukkan diri buat benda yang tidak mengingatkan pasal kawen. "panjatlah gunung ke" wahhhh bagus jugak tu.

Dan sejak second year ni, since ramai dah pindah rumah. Rase kesunyian bertambah pulak.
Rase macam loner giler.
Support system dah hilang.
Kadang-kadang rasa jeles pun ada.
"mesti depa sembahyang sama2, mengaji sama2, tazkirah sama2"
Syok nyer hidup kalu gitu.

Harini, selepas beberapa lama tidak ke surau, Allah bagi hidayah untuk ke surau.
Lepas balik ke end point, lango sikit, then g surau.
Masa kat surau tu jumpa 3 org junior.
Ingat lagi suatu ketika dulu.

Aku dan rakan-rakan ku. Ada lah dekat sepuluh orang.
Berbulatan gembira.
Kami cerita pasal sahabat, pasal Allah,pasal Nabi Muhammad.
Pasal islam. Pasal dakwah dan tarbiyah.

Lepas naik year 2, semua rakan bulatan gembira pindah dari hostel.
Tinggallah aku dan beberapa orang.
Futur. Kesunyian.
Aku tidak lagi kesurau.

Flash back kebelakang lagi.
Time KMS. Hari-hari kesurau.
Aku lebih habiskan masa di surau berbanding bilik aku.
Ketenangan dan gembira bersama Tuhan.
Walaupun bersendirian di surau.

Usai sembahyang Isyak berjemaah, dan baca almulk,
Aku pun bertaaruf.
Ternyata mereka ni pemuda pemuda yang inginkan tarbiyah.
Terpancar melalui kata-kata mereka yang mereka ingin menarik orang ke surau juga.
Ingin menarik orang kenal Allah. Kenal agama.
Wahhh...

Aku rasa terpanggil.
Suatu masa dahulu , semangat itu ada didada ku,
akibat kefuturanku, semngat itu hilang dibawa arus.

Dulu aku selalu sedih, ditinggalkan sahabat-sahabat perjuangan,
Kini aku sedar, aku sebenarnya ada misi lagi besar dari mereka.
Aku diberikan peluang untuk capai ramai orang berbanding setengah orang.
Aku tidak ditinggalkan keseorangan, malah aku ditinggalkan dengan ramai orang!
Aku bertanggungjawab terhadap mereka!

Moga niat ikhlas mereka( junior2 ku) diberkati Allah,
Moga aku juga bisa berkerja bersama mereka,
Moga aku dikekalkan dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini,

P/s: adik junior tu bawak aku g bilik, makan kek dan makan mee. hoo Sedapnye. BAiknyer tuhanku.... ok lah. setakat itu dahulu

wasalamm



Friday, December 12, 2014

Annual night-17 MMMC College, Manipal university

Hello, and Asalamualaikum,
Semalam ada event, so update la sikit,
Alhamdulillah ramai classmate dapat award, saya takla kan,
ada satu akak ni tanya "kenapa datang?"
dalam hati aku, dah ini kan program university .. why not x datang kan,
"saja, nak dapat inspirasi" perghh jawapan. xleh blah betul.


Awal-awal datang dah start dah program,ambik gambar dari atas













Then, makcik ni pun datang. hahaa







Setiap tahun, inilah kerja dean, MEnyanyi. 

Mak sapalah ni, waaaaa rindu pulak kat mak aku







Lawa la dia bunya decoration. Macam kreatif gler.










Lecturers jadi mayat yang menari2.



Sebab dari tadi tepi, tapi tak puas hati nak ambik gambar, wa bangun gi berdiri kat tegah-tengah pulak hahah


















Dean dan rakan-rakannya. perghhhh.


Antara orang yang awal ambik makanan ialah classmate aku. hahah depa ni.

Ini junior KMS. Ambikla gambo sikit. ahha
Penat aku ajar makcik ni makeup kalau malam hari. Die tak makeup jugak. Kang dah shining bagai hahaha
















i want all theseeeeeeeeeeeeeeee. omg!!! tapi apakan daya....