Monday, May 25, 2015

Bangalore- Dr.Zubaidi ( Heart to heart)

Assalamualaikum ,

well ALhamdulillah, wa berjaya akhirnya bertapak dibumi Bangalore ni selepas menaiki bas selama 8 jam perjalanan dari Manipal. Macam orang gila naik bus. Bus kona kona sampai nak terjatuh aku dari sleeper bus tu ( kebetulan aku duduk bahagian atas).

Bus Manipal kata bertolak kul 8.30, akhirnya bertolak nak dekat kul 10. Tak paham aku. Ada pakcik lambat datang. Sabo jelah.

P/s: im at Radin's house. Kat dapor. Dia sedang nak kisar kacang. NAk buat apam balik. Lepak , tengok dia buat kerja sambil menaik ni ha ahahha

Anyway, sampai kat Bangalore, bus tak turun kat kawasan dieorg ni. Terpaksa naik auto. Auto pulak nak ambik mahal. Aku turun auto tu, ambik auto lain. Then sampai la. Then, jumpa lah minah ( Radin Haveira )( my best friend since sekolah menengah ,lower form).

Then, kami makan kat kedai. Jumpa Kak Intan and husband dia. Then minum coffee. Then, balik mandi, then gi talk.


Slot 1- introduction


Kenapa nak jadi doktor?
1.Minat + niat (masa, wang, tenaga)
pesakit sakit- rasa kesian, nak tau finding.
Hospital rumah kedua
Tak ada minat? Kene tambah minat

Kejayaan pelukis bukan diukur dengan bilangan berus
tapi quality gambar and berapa harga lukisan

Takrifan kejayaan berlainan bagi individu
- harta banyak, isteri cantik

Dr. Z: kejayaan bagi beliau bila dapat viewer 30k sehari melalui blog contohnya

2.  Ikhlas

Tak peduli orang beri penghargaan ke tak
Ada pesakit tak ucap terima kasih, ada yang complain pulak
Kene ikhlas, buat tak tau je.
Buat as in invesment di akhirat kelak

Dalam satu hadis,
Ada
1. Qari- Baca Alquran kerana Allah
2. Mujahid- potong tangan

Mereka kata mereka buat kerana Allah tapi Allah kata mereka tipu. Mereka tak buat sebab Allah. Mereka buat kerana pandangan mata manusia. Nak disebut orang.

Tanda2 tak ikhlas:
1. Merungut (eg: makanan kat hospital xsedap)

solution:
gi hospital lain. Kalau tak , akan lead kemudaratan , complication, salah diagnosis, and kesalahan during operation. Bahaya!!!

2. Komunikasi tak berkesan
-cakap nak xnak dengan paient
-salah bagi instruction ubat

Ada 2 jenis penyakit
-YAng diberi sebagai ujian
-yang kita sengaja cari

Pengalaman sebagai HO
1. Kejayaan adakalanya mengambil jalan yang panjang
- repeat paper, sangkut

2. Kejayaan adakalanya memerlukan usaha and pengorbanan yang banyak

- masalah belajar, memorize
-makin x boleh, makin tue lah kene usaha
-tiada jalan lain ( kena usaha)
-berdoa
- kene lulus bukan cemerlang ( hahha )
- belajarlah, insyallah lulus

Slot 2 - pengalaman sebagai HO

- Jangan rapat sangat, jangan keras sangat
- akan ade emotion attached
-explain kat patient keadaan dia. Explain bukan untuk dia, buatlah untuk kita ( keikhlasan)
-kalau patient nak bagi hadiah, ok. Tapi harapkan doa patient untuk kita
-tak paham, tanya
-attitude is more important than knowledge
-kene tepati masa
-Imam syafie- enulis
-Buku catatan kene ade ( tulis term baru)
- Kalau tak tahu cakap" saya tak pasti "

Soalan
1. Graduan India ke Malaysia
-Good unless you prove underwise
-kene tunjuk bagus
-lebih dari average
-buat dan ambik tahu
-Standing graduan negara lain

2. Study masa HO?
-kene baca,
-free , baca buku

3. HO sudah berkeluarga
- luangkan masa dengan keluarga
- jangan mengharap sangat kepada pasangan yang doktor
-5 tahun pertama, kadar penceraian tinggi., high expectation (eg pandai masak, rajin gosok baju)
-bagi clear instruction kepada lelaki
-perempuan: jangan buat sendiri banyak benda

4. Susunan posting
- mana-mana pun tak kisah
- ambik posting yang minat tuk sambung master last( kalau nak )

5. HO berniaga
contoh , Herbalife ke. Bagi option kat orang, jangan paksa patient beli.
Waktu houseman, focus apa yang kita nak.

6. Perlu ke ambik  sijil seperti USMLE,MRCA
- kadang modul lain
-belajar kursus ultrasound
-kene focus * kene tahu nak buat apa lepas ni)

7. Pengalaman buruk semasa HO
-Tak ada
- everything is in our mind
- kene baca munzil or mathurat /amalkan

8. Fresh Graduate before HO ( what to do ?)
- interval 6 bulan
-mungkin kawen ( heheh)
-baca buku
-datang course
-nurse (kerja oversea)
-charitywork ( syria, iraq, phillipne, ) tapi kene paham kondusi. Gempa bumi, banjir. Tak ada elektrik, xde air. Mayat bergelimpangan.


Slot 3- Seminar kekeluargaan

Penceraian 5 tahun pertama

1. Masa banyak di hospital
-jumpa nurse, doktor lelaki lagi kerap dari isteri or suami
-xade masa nak komunikasi, balik tidor

Komunikasi
- paham jiwa lelaki/perempuan
-lelaki : bagi clear instruction , kene bagi planning, bagi arahan instead of tanya, lelaki x suke benda yang x bermanfaat. ( ahhah) , jangan korek kalau lelaki xnak bercerita ( lelaki ada ego, and sometimes perlukan masa bersendiri), bagi lelaki masa.staright forward

-perempuan : manjakan emosi perempuan, bertanya masalah, dengar je, jangan bagi solusi
-kene kekalkan momentum ksih sayang ( panggil sayang sebelum kawen, dh kawen pon panggilla sayang jugak ) ( pelik lak rase bila aku tulis mcm ni hahhah)
-orang yang tak menyayangi tidak akan disayangi ( hadis)

Kalau ada anak,

1. 6 tahun kebawah, develop rasa sayang
- mereka perlu attention

cara check, kalau kita g kerja
a. anak nangis means attachment bagus
b. dia tak kisah means ok la jugak
c. gembira means parent kadang terlalu garang sehingga attachment kurang

anak kena diberikan kasih sayang dan tanggungjawab

2. penerangan ( bagi dia paham )
instead of sayin go to work, should say " ayah menolong orang yang sakit"

Soalan


1. Didikan anak ( dari perspektif seorang doktor)

a). Alquran ( atleast boleh baca)
b) Tengok skill vs theory. Kalau anak minat academik, ccan go for doktor or etc.
c) kalau minat meniaga, go for perniagaan.

-bergantung kepada minat anak
-kejayaan bukan pada akademik sahaja

2. Bagaimana nak pujuk isteri/suami?
-biarkan dulu
- then buat appointment ( haha)



Hari Ahad  (hari kedua seminar) 

Hari ni tahap kemalasan aku berganda
aku sekadar dengar je. Malas nak salin. 
Tangan penat. uhuk3

Oklah itu jelah Nota aku. nanti aku update lagi kalau aku rajin menaip nota


Kenapa tangkap gambar slide? Sebab malas tulis nota hahha




















































































No comments:

Post a Comment