Tuesday, March 10, 2015

Semangat

Assalamualaikum

dah berkali dah tajuk post aku pasal semangat,
iya lah
dulu aku suka baca buku motivasi, aku fikir nak jadi motivator dulu..
tapi apakan daya
pui hahaha tapi job sekarang pon boleh jadi motivator sebenarnya

Hari ni,
aku ulang alik dua kali library,
sebab nak uruskan satu surat,
nak print something la.
urusan ni agak pentingla,
urusan yang aku nak sangat,
moga moga allah mudahkan aku

Aku terasa bapak penat!
penat nyer, and yes aku ni memang lembik
stamina x kuat,

Bagi aku Exercise hanya memenatkan badan, bukan menguat kan badan
hahahah

Ok. Lepas tu dengan keadaan panas semasa ulang alik,
dengan aku kebetulan pakai inner harini,
bila balik tengok Simon tidor and telah mengotorkan bilik aku dengan kakinya yang basah ,
aku jadi membara

Aku jadi panas,
tapi aku lapar,
aku pon bukak kotak induction cooker yang aku baru beli,
mengeluarkan induction cooker baru hehehe,
seronok gler,
boleh je beli second hand,
tapi tak mau la

Masa masak tu lipas tetibe keluar pulak,
dari arah arah yang tak disangka2 ( ahhah)
berpuluh-puluh ( hostel ni bnyak lipas )
aku pon spray bagi dieorang mati,
aku pon jerit dalam hati,
' YOU CANT BREAK ME, NOOOOOO'

ceritanya sebab aku jarang masak sebab lipas,
aku asyik makan luar je,
namun aku sekali kali xkan mengalah dengan lipas lepas ni,
aku goreng korang semua nanti baru tahu!

Aku teringat apa yang seorang sahabat aku cakap semalam,
dia tanya masa bila yang aku rasa aku paling score and minat dalam kelas,
au pun cakap masa sekolah agama masa sekolah rendah.
Dia pon cakap masa sekolah rendah

Masa dulu2 aku very competitive,
Bagi aku nombor 2 tu best ( aku x suke no satu, tak tau kenape)
Aku kene beat semua orang,
Aku kene pandai,
aku nak menggembirakan mak ayah aku,
aku boleh
aku gagal? aku akan usaha lagi!
gagal? usaha lagi!
usaha lagi!
aku mesti berjaya

tapi aku tak tahu sejak bila aku ni lembik ,
gagal maknanya hentikan usaha,
gagal maknanya aku selamanya tidak boleh buat,
gagal bermakna aku naturally untalented

Mungkin sebab aku sendiri makin lemah,
bermaki2 orang mengata aku,
berduyun2 orang mengatakan aku tak boleh,
aku direject berkali2,
aku jatuh berkali2,
gagal berkali2,
aku serik
aku jadi takut kegagalan

Aku tiba tiba rindukan diriku yang lama,
diriku yang tak pernah tahu erti putus asa,
diri aku yang berani walaupon dicemuh orang.
aku perlu dapatkan semangat tu balik

Selagi mana banyak rintangan,
selagi tu aku akan berusaha berdiri dengan kaki aku sendiri,
aku akan buat apa yang aku inginkan, ( in a good way la)
aku akan fight till the last breathe
aku tak akan mengalah

Banyak rintangan, menguatkan aku , ( insyallah)

baiklah.

Yang mencari kekuatan,
adila




No comments:

Post a Comment