Apa khabar kisah lalu ku,
adakah dikau sihat selalu,
aku disini tidak menunggumu,
kerna aku tahu sudah ada penggantiku.
Apa khabar kisah laluku,
cepat benar masa berlalu ,
seakan seminggu lalu aku sms bersamamu,
kini dikau sudah berlalu.
Masa bukanlah penentu cinta,
kerna aku tahu saat "kita" lebih lama,
pernah aku tertanya, adakah aku kurang sempurna,
tapi ini semua kisah lama,
yang pasti sudah ada cincin ditangan dia.
ku unggkap kata-kata ini bukanlah mengimbas kenangan lama,
cuma aku tertanya,
kurangkah aku?
lebih apa pada dia?
Andai dapat diulang masa, tiada apa yang ku minta,
malah tidak mahu aku diulang masa,
semuanya sudah jelas nyata,
tiada siapa harus bergenang airmata.
masihku ingat betapa hebatnya pengorbanan ku saat bercinta,
haha wang bukanlah bermakna apa apa,
namun semua itu tidak tahu dinilai olehmu,
yang kau tahu ada seseorang menghubungimu.
ah sudah lah.
sudah, sudah.
kisah sudah berakhir dan aku pun telah pergi.
Moga kau berbahagia disampingnya.
dan aku....
dan aku...
dan aku perlu masih..
masih mencari..
namun tiada gentar dihati..
kerana aku tahu Allah sentiasa disisi
No comments:
Post a Comment