Asalamualaikum,
menulis sambil ditemani lagu Lah Ahmad-Ya Allah
Sejak balik rumah ni, memang aku dah jauh sikit dari Allah. Aduh.
kawan aku baru bertunang dan status terbarunya berbunyi
" terima kasih Allah kerana memberikan nikmat untuk menikmati kebahagian"
deep inside me, aku terasa jelous pulak.
mungkin sebab aku berharap aku pon boleh bertunang jugak ( opps)
tapi ini seriuslah.
Taktahu kenape,
aku tak mahu jadi yang tipikal,
belajar, belajar, belajar, then kawen
aku mahu sesuatu yang lain
pernah aku luahkan perasaan ku ini kepada akak2 usrah,
SEMUANYA berkata kepadaku
" baik kita tarbiyah diri kita dulu barulah naikkan baitul muslim"
Habis, orang yang kawen awal dah lengkap proses tarbiyyah ke?
Bukanlah nak kata proses tarbiyyah individu muslim tak penting. Penting!
Tapi buat diriku yang lemah ilmu pengetahuan ni, bukan semua orang perlu melalui dengan kenderaan yang sama. Ada yang menaiki bas, kereta api, mahupun kapal terbang dan mereka mampu sampai ke destinasi.
kenapa saya berkata begini? (bunyi mcm something wrong je kan )
Mungkin kerana saya merasakan ada setengah pihak yang terlalu skeptikal dengan perkahwinan diusia muda. MEREKA merasakan adalah penting dengan proses tarbiyyah diri ni. Bagi mereka, macamane nak ber Baitul Muslim kalu diri pon belum ber Individu Muslim.
Dari satu sudut, betullah. Asas kene kuat, barulah rumah pon kukuh.
Dari satu sudut, cabaran masa kini sangat hebat, dan kadang-kadang cara penyelesaiannya ialah perkhahwinan.
Tipulah kalu katakan world sekarang tak makin teruk. Everywhere about sex. Dari lagunya, tv and macam-macamlah. Sapa yang boleh tahan oklah, tapi buat mereka yang tak leh tahan?
Buat pandangan hamba yang xde ilmu ni, kesian mereka ni. Tak payah nak cakap jauh lah. Aku ni pon kadang2 terjerumus dengan benda ni tapi orang sekeliling selalu pesan pasal "individu muslim sebelum kawen" ni. Hal ini membuatkan aku menjadi rimas dan sedih. Hati ni kadang-kadang merintih. Proses tarbiyyah diri memang xlulus2 ditambah godaan zaman sekarang ni. Kalu macam ni bila aku nak kawen?
Entah. Tak mampu nak berkata lebih-lebih. Sebab nanti kene cepuk.
Setakat tu jelah.
No comments:
Post a Comment