bismillah
asalamualaikum,
aku nak keluar usrah
sebab setiap kali aku ke usrah,
orang kata "kita ni asyik dengar benda bukan2 je"
aku terasa,
kenapa teguran itu sedirect itu
aku nak keluar usrah,
sebab setiap kali aku ke usrah
orang cakap aku suka tengok cerita korea
orang kata tak berfaedah,
aku nak behenti tengok,
tapi orang rok bising2 kat aku,
aku rimas!
aku nak keluar usrah,
aku istikarah,
aku dikatakan buang masa,
tarbiyyah diri dulu,
apa yang ko tahu pasal aku?
aku nak keluar usrah,
ada test esok jadi aku xgi usrah,
orang kata " kalu kita spend masa untuk Allah, Allah bantu kita"
tapi masalahnya kalau aku pon x bantu diri aku, macammane Allah nak bantu?
aku nak keluar usrah,
orang kata " kapel islamik tak elok, buang masa je"
aku memanglah xkapel dah,
tapi kalu mad'u ko ada yang kapel, xke ko menyakitkan hati dia?
bukan macam tu nak bagi nasihat
aku yang dah x kapel pon terasa diperli.
aku nak keluar usrah,
masalah aku aku luahkan,
tup tup akak usrah lain pun tahu jugak,
haish ramainya kakak usrah aku,
aku ni hanya subjek dakwah,
hak privasi aku perlu dikorbankan untuk tujuan dakwah,
masalah aku dijaja untuk kebaikan diri aku sendiri,
wayyyyyy to go usrati2 sekalian.
aku nak keluar usrah,
setiap kali daurah
taaruf, input, bincang.
aku still sama
aku tak tahu kenapa
aku nak keluar usrah,
buat apa nak gi?
setiap kali aku pergi aku selalu dengar "kamu....kamu kene"
aku kekadang rasa ada gap dengan daie aku
seolah olah ada orang push bahu aku dari belakang
suruh aku ke UA,
tapi kadang2 aku tak rasa ada orang pegang tangan aku nak ke UA
aku rasa aku kene work hard,
aku rasa aku seseorang nak gi capai matlamat UA tu.
Dakwah dan tarbiyyah sempurna,
pembawanya yang kurang sempurna,
mana ada manusia yang sempurna,
aku pon tempang,
aku letihlah.
kalu baik, pulihkan pandangan aku ni.
saat ini aku kabur.
DAN AKU mahu keluar usrah . =(
nice writing... ada juga yang rasa atau dalam situasi yang sama...
ReplyDeleteSo,dh keluar ke?apa perasaan keluar Usrah ye?
ReplyDeletewell, at first puas hati la kot, dont have to deal with people yang xsame mind ni, lepas tu well everything started to fall apart hahaa hanyut, but depends kat individu kot, i did keluar usrah few times but i guest because i want something good for myself, and Allah lorongkan to something else, ( even at first , usrah tu pon lorongan jugak haha) ,i keep finding other choices. i am not saying apa saya buat ni bagus ( i mean keep running from something that i dont like) , but its a part of life i think. you will always find people that you strongly disagree with their opinion, i respect that , but accepting it would be another story. most of the times, i am against the ways of thinking of the preacher not with the faith or the teaching.
DeleteRamai juga mempunyai pengalaman yang sama rupanya. Kali terakhir saya berusrah sekitar 2011-2012 begitu. Saya keluar ketika mulai menginjak ke posisi abang naqib. Jadi sebelum keluar sempatlah mengkader satu generasi adik-adik sebagai pelapis. Saya keluar kerana dah terasa penat sangat. Tika peringkat du'at/ mentor, dah kurang santapan jiwa ataupun kasih sayang dicurahkan oleh abang-abang naqib di atas. Banyak tentang daurah dan mukhayyam strategi untuk mengkader adik-adik baru.
ReplyDeleteSebelum ikut usrah, saya pernah ikut tabligh. Masa ikut usrah, saya lama dengan satu jama'ah, tapi sempat juga merasa dua jama'ah lain sebelum saya ikut toriqat sufi, sekitar 2012-2015. Haha, tapi entahlah. Tak ada satu pun yang betul-betul "kena" dengan jiwa saya.
Sekarang buat haluan sendiri je. Banyak membaca. Banyak juga redah-redah jalan kerohanian tradisi lain. Kehidupan pasca-usrah dan pasca-jama'ah, lebih bebas dan tenang. Adakalanya hanyut, tetapi sekurang-kurangnya saya jujur dengan diri. Yang paling menyerlah, kawan makin kurang. Tapi boleh je survive, alhamdulillah.
Allah bukan milik kumpulan tertentu je. Itu yang saya belajar. Hubungan antara diri & Dia adalah agak peribadi. Hanya kita yang mampu mematangkan hubungan tersebut.
Wallahu a'lam.
My two cent.
- Aiman Phoenix
thanks
Deleteerm hampir sama jalan awak pilih, dan saya pilih.
Delete