Wednesday, December 31, 2014

Tahun baru

Asalamualaikum,
yer, tahun baru,
rasa macam sekelip mata je,

Jadi, apa perancangan?
Kebetulan baru habis tengok lecture kat youtube. Jadi resolution based on lecturetu jugaklah.

1. Last time borak dengan senior. Dia kata bila balik Melaka, tak ada cuti panjang. Tahun depan ni ada cuti panjang bulan 2 dengan 8 je. So kalau nak buat wedding oklah kot dua waktu ni katanya.AHAHAHA

ok tak. Acah je. tapi not bad punya idea.

2. Dakwah fardiyah

EVeryone. Insyallah

3. Sebenarnya, kita baru habis tengok ceramah kat youtube. By ustaz Fadzil Ismail. Dia ada pondok nama Saadah Addaarain. Dulu pernah lah berguru dengan ustaz ni. Best gler ustaz ni.

Dari dulu, keazaman nak hantar anak sekolah pondok ni membara tapi risau gak laki (future) tak bagi. Siap fikir nak cari lelaki sekolah pondok kalau nak jadi suami. Kalau husband tak bagi, siap fikir nak cerai ( ha yang ni merepek la sebenarnye, tapi punyalah nak kata nak hantar anak masuk sekolah pondok) .

Biarlah dia belajar sekolah agama. Dengan keadaan sekarang, risau gak.
Diri aku ni pun dah over expose.

Saja je nak cite.

4. Utamakan islam dari barat

Ustaz Fadzil cerita kadang2 kita ni percaya je kajian orang barat ( padahal dieorang ni berak tak cebok) hahha. Bila pertelingkaran ( or different opinions) berlaku, sama ada apa Nabi bawa vs apa barat dapat, kita pilih Barat lak. Padahal konfem2 of course Nabi betul.
Nabi bukannya orang kebanyakan macam kita. Allah pilih Nabi. Allah contact dengan nabi kot. Apalah yang nak dengar cakap Barat sangat tah.

Dalam Alquran kata ada 11 planet ( based on surah yusuf) . Barat jumpa 9 planet je. Setengah kata Al quran salah. Bukan alquran salah, manusia lah yang xjumpa. Guna satellite yang cikonet je pon dah heboh kata al quran salah.

Zaman paleo, neo semua tu macam menipu je. Zaman tu dieorang pakai pakaian yang macam cawat je and pegang batu kat tangan. (leh bayang x?) Padahal, Nabi NUH ( nabi ke-3) cipta kapal yang boleh memenuhi seluruh umat manusia kot. Bodooo barat ni. Menipu je kerja ( ustaz cakap) hahaha

5. Jangan sombong dengan Allah. Selalu berdoa
Based on lecture ustad ---> Kadang kita ni sombong. Berdoa lah kat Allah banyak2. Hatta, nak beli nasi lemak 2 bungkus pun. Solat la minta Allah mudahkan. Tapi kalau tak nak solat pun tak apa. Atleast doalah. kita merancang, Allah merancang tapi sebaik perancangan mesti dari Allah.

6. Work Hard
Exam nak dekat, kene score. Hafal, Baca buku.

7. Sedekah banyak

8. benda sunat banyak

9. Jaga permakanan.

10. Wudhukkkk and alquran. Make it your best friends. =)

oklah. Mata dah kuyu . erm

Yang menyambut tahun baru keseorangan ditemani buku DM ,
Adila



Tuesday, December 23, 2014

Perempuan idaman

Asalamualaikum..

Hari ni hambo nak kebor satu ah.. 
( saya klate celop, jangan marah ok, bunyi cam ade , okla kan? Hahha)

Hambo ni belajar dentistry, 
Bakal duktor la insyallah
Hambo insyallah busy, jadi student pon busy, makan pon kadang2 makan roti je, masak pon jarang2, bace buku pon x sempat, tidor kemain lama, hari2 ada praktical, kene riadah lagi

Ibadah? Kene sembahyg jemaah( kadang2 bile sempat je), bacaan mathurat ke mana, yassin pon dah tingggal, almulk bila rajin, sembahyang tahajud? Harapkan mabit jelah.

Jangan sebut pasal pelajaran....phamac, patho, microbe.....

Disamping semua ni, since aku ni penduduk malaysia, kene update pasal negara. Pasal isu politik. 

Aku pon sebahagian ummah, kene update pasal agama. 

Aku pon seorang wanita... ( ha.. Mula la tu..) tapi serius la, selalu gak memikirkan tentang future husband
 Tapi... Bila memikirkan semua masalah dan kesibukan diri ku ini.. Hajat nak kawen muda macam terpaksa dilupakan. 
Apalah nasib...

Sometimes, i wish i can become 25 cepat2. Kerja cepat2 , kumpul duit. Berkerjaya
Sometimes, i wish i can become 25 just to be able to get married. Hahha

Cakap pasal kawen ni, penat gak nak fikir

Aku ni hamba Allah, 
Anak mak bapak, 
Future dentist, 

Jadi criteria lelaki kena la beriman, pandai jaga hati makpak aku, dan memahami kerjaya dentist gua.
Gua xleh jadi wanita yang duduk rumah jaga anak ( suri rumah)
Bila fikir macam ni, buatkan aku terpaksa jadi selective, 

Nak ustad sebab 
Baik
Pandai cakap
Tapi mentaliti aku cakap
Ustad mesti nak bini dia duk umah je
Jaga anak dia, 
Jaga makan dia
Pakaian

Aku tak leh , kurang berkemampuan untuk itu.. Kerna bebanan kerjaya

Nak doktor sebab
Sama kerjaya
Sama2 kat hospital
Lebih memahami
Tapi takut tak ada variety
Dah semua tahu
Nothing special...

Hahha

Nak engiinear
Masalahnya tak ada engineer nak kat aku. Hahahha

Setaraf.. Sekufu lagi.. Adehh


Kepala aku kene bola tadi jadi sebab tu serabut sikit ni. 

Itu je lah.chiow

Pertandingan bola baling

Asalamualaikum, 

Baru habis game...
Dah tergolek sekali atas padang
Bola siap kene kepala aku...
Sedapp siot!
Tapi bola ringan cuma sebab speeed dia laju kan, 
Itu je lah ...
Hahhaah

Friday, December 19, 2014

Perawan hati

Asalamualaikum, 

kebetulan, beberapa hari lepas, aku terbaca satu cerita ni. 
Sedih sangat

Kisahnya bermula apabila ada seorang akak ni ( orang tengah) berkata kepada seorang muslimat ni
" Siti ( bukan nama sebenar, name yang gua reka, hahha) ada seorang akhi A nak merisik kamu. Kamu suka tak? "
" saya keberatanla kak ( dia tak ada cerita direct tapi dia tak mau la kecikkan hati akak tu, tapi dia taknakla kat akhi tu)"

Kemudian, muslimat ni cerita la kenapa dia menolak lelaki itu. Masalahnya bukan pada lelaki tu, rupa rupanya muslimat ni dah ada akhi yang bertahta dihati.
Kiranya dia tunggu, menanti akhi B rupanya. Namun akhi B tak tahu pun Siti minat kat dia. 

Dia pun compare kedua- dua akhi ni. Dua- dua alim. Baik. Berjalan dalam jalan dakwah. Cuma akhi B ( yg dia suka) lebih baik dengannya. Kiranya lebih rapatlah. 

Selepas 3 bulan siti reject akhi A, akhi B hantar surat kat Siti. SURAT UNDANGAN KE MAJLIS PERKHAHWINAN. Rupa- rupanya akhi B nak kawen and ternyata bukan nama dia di surat itu.

Perghhh. Pedih huh. 
Kalau siti tu aku, mesti aku nangis tapi aku bukan siti!hehhe

Apa kesilapan siti?
Siti malu .. Siti xmau cakap siti nak Akhi B. Memang lah jodoh dan pertemuan dah ditentukan. Tapi Siti patutnya try dapatkan.

Tak payah cakap sitilah, aku pun kadang2 tertanya2.
Sanggupkah aku pergi tanya? Aku ni dah la muslimat kan..
Tabahkah aku untuk direject? Hahaha
Yakin sungguhkah aku dengan keputusan aku ni?
Adakah ini yang aku mahukan?
Bagaimana kalau direject? Pasti maluuu....
TAPI BAGAIMANA KALAU DITERIMA? Wa.... Hahhah

Teringat pesan nabi, 
Kalau ada lelaki yang beriman pinang kamu, terimalah. Kalau tidak, akan berlaku fitnah dibumi ni.

Jadi Siti tak dapat salah satu dari dua pun. 
Kalau siti nak akhi A , boleh je . Cakapla nak pulak. Itu pun kalau akhi A available lagi. Hehheh

Kenapa aku cerita pasal hal ni? 
Entah. Rasa macam kesian gler kat Siti. 

Masalah tau kalau kita dah letak seseorang dalam hati. 
Kalau rezeki, ada jodoh alhamdulillah.
Macam Saidatina Fatimah. 
Suatu hari, dia cakap dengan saidina Ali " sebelum saya berkhahwin dengan awak, ada seorang lelaki yang saya suka" 
Saidina Ali pun sedih lalu tanya " siapa?"
Saidatina Fatimah " ia, ialah kamu" 
Pergh, terharu Saidina Ali. 

Tapi andai calon kita bukan jodoh kita? Kalau kita biarkan dia hidup lama di hati ni, kalau dia bukan, kita seolah-olah memberi kebujangan hati kita kepada orang yang bukan hak. ( perghh, dalam si ayat aku)
Teringat kata Syed Qutub.
" Ramai wanita yang perawan fizikal, tak ramai yanag perawan hati"
Malah Syed Qutub, sepanjang hidupnya mencari gadis yang perawanhati. 

Tapi kawan-kawan jangan sedih. 

Ambillah kisah Nabi Muhammad. Nabi mendapat Siti Khadijah yang diwaktu itu janda. 
Allah akan pilih jodoh bersesuaian dengan kita.

Kalau orang buat dosa, Allah akan ampunkan. Kita ada peluang untuk claim our hearts macam ustazah Yasmin Mogahed cakap. Insyallah. 

Kita sama2 perawankan balik hati kita. ( perghh berat nak bagi nasihat macam ni, saya pun... Ermm).
Kita cuba sama- sama ok. Biiiznillah.

Oklah setakat tu je. 
Wasalam