Wednesday, April 15, 2015

Apabila aku diuji

Bismillah,

Harini aku exam. Macam biasa lah. Masuk dewan dengan keadaan yang less confident but tawakal tinggi. haha Berharap Allah menolong aku.

Dulu ada satu exam praktikal, masa buat praktikal tu aku fail, tapi kawan sebelum boleh buat, aku pun macam " kenapa Allah tolong diaaaa jeee...Waaa waaa" ( sedih ) Minda ngokngek dulu. haha

Ok sambung balik.

Masa buat praktikal, aku dikehendaki untuk membuat alginate. Membuat sebuah impression. Aku pon buat. Sekali cuba pon Alhamdulillah jadi ( jadi aku setakat ade rupa je pon) . Tapi aku ada masa lebih 25 minit lagi. Aku boleh sahaja membuat alginate baru dan mana tahu, kali ni lebih cantik dan lebih perfect.

Tapi aku memilih untuk stick pada impression alginate ku yang lama. Sedangkan aku lihat ramai sungguh sahabat aku memcuba untuk mendapatkan kesempurnaan. Aku terasa aku kurang usaha. Impression aku tu tidak la lawa tapi aku sungguh takut untuk membuat yang baru. Aku takut gagal.

Kini aku baru sedar. This is what ive had become. Aku jadi seorang yang takut kegagalan. Mencuba pon aku takut. Ya Allah.. apa dah jadi dengan aku ni...

Melangkah je keluar dari lab, aku rasa sangat bersalah. Aku rasa tak cuba sedaya mungkin tapi hati aku mengatakan aku benar.

Semenjak dua menjak ni, aku pun perasan diri aku yang semakin mudah berputus asa. Gagal penanda berhenti. Sampai satu saat, aku pun tak tahu bila aku patut try harder or just quit.


Contohnya,
Aku pernah berazam nak kawen awal, dengan harapan dapat jaga mata. Tetapi setelah beberape hal berlaku ( aku sering gagal) dan rintangan2 yang melanda ( acewah) mengebabkan aku berfikir Allah menyuruh aku berhenti dari semua ni dan biarlah Allah yang menentukan. Namun teringat aku pada ayat Alquran " Allah tak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubahnya sendiri". Aku jadi konpius.

Bukannya aku tidak mahu terus berusaha, aku takut semuanya bakalan jadi sia sia.
Aku berusaha yang ala2 je, not to the full limit.

Tapi bagaimana kalau Allah nak tengok kesungguhan aku?
erm...

buntu2.

Aku pon fikir apa pun yang terjadi I should give my best. Apa yang aku mampu buat, I'll just try. Result tu serahkan pada Allah.

Pernah aku revise for 1 week, for a test, tapi test tu hancur. Pernah aku revise malam before test je, result gempak. Jadi kadang result tu Allah yang bagi. Lebih dan kurang usaha bukan persoalannya.

Samalah kalau nak masuk syurga. Sorang alim ulamak yang beribadah bertahun2, akhirnya ke neraka. Hanya kerana ulamak tersebut mahukan Allah menimbang amalannya kerana dia rasa dia layak untuk ke syurga dengan amalan ibadahnya. Usaha/amalan bukanlah segalanya. 

Cukup je lah ni dulu, lain kali Bebel lagi. Haha
Yang ngeks, 
Adila




Monday, April 13, 2015

Rahsia

Asalamualaikum

Dah agak lama blog ni berhabuk,
Aku ada je idea nak tulis,
Tapi motivasi nak menulis ( menaip) tu kureng la pulak.

Bulan lepas saya berkesempatan membaca buku " Aku bukan superman".

Sejak dari baca buku tu mood nak bercerita kat blog ni lagi hilang. Kenapa? Sebab dalam buku tu ada satu kisah yang buatkan aku ponder apa hala tuju aku dan blog ni.

Ada satu kisah yang penulis kongsikan. Pendek kan cerita, ada laki A nampak laki B mengadu kat lelaki C pasal hidupnya. Laki A pon tarik laki B lalu berkata " kenapa kamu mengadu domba ( mengadu ) hidupmu kepada orang lain. Kamu patut mengadu pada tuhan. Untuk pengetahuan kau ,mata sebelah aku ini sudah buta selama 15 tahun, dan yang tahu hanya kamu dan Allah sahaja!"

Tersentap beb!
Terasa...panas.

Dah lama aku simpan blog ni and most post banyak pasal aku mengadu masalah aku. Dari sekecil2 masalah aku ada ke sebesar besar masalah aku ada ,aku cerita kat sini.
Penulis tu pun ada cakap, berkongsi pengalaman boleh,kalau mengadu tu biar lah pada Allah sahaja

Contohnya, kalu kongsi pengalaman :
" hari ni aku jatuh basikal".

Mengadu tu bila
" aku jatuh basikal wei, sakit gilerrr Wei , tak guna punya kereta "

Mungkin contoh kurang sesuai tapi harap anda paham.

Pernah jugak nak delete je semua post yang terlalu expressive and terlalu terbuka sampaikan aib aku pon kelihatan, tapi rasa macam banyak sangat pulak post yg ala2 macam tu.

Sekali fikir, bagus jugak tak delete, baru lah aku sedar yang diri aku ,bukan diri aku yang dulu. I've changed. Mungkin perubahan sebesar zahrah kot haha tapi tak apa lah.

Jarang sekali post aku bermanfaat kepada orang. Kesian korang. Dengar aku Bebel je. Bebel tin kosong.

Tak apa lah. Nanti aku fikirkan bagaimana nak mengubah hala tuju blog ni. Bunyi mengelat. Ok fine. Aku akan fiikirkan hala tuju diri aku untuk blog ni.

Mungkin aku patut tulis banyak sajak lagi. Mungkin aku patut curahkan plot drama pulak kat sini.

Sebenarnya, aku tak mengembunyikan apa apa pon. Apa yang aku tulis,itulah diri aku. Diri yang terbuku cuma diluahkan umum. I got nothing to hide. Jadi setakat ni je lah. Lain masa kita jumpa lagi. Moga allah sentiasa berkati kalian. Doakan saya, saya exam minggu ni. Moga Allah mudahkan. Insyallah.

Tuesday, March 10, 2015

Semangat

Assalamualaikum

dah berkali dah tajuk post aku pasal semangat,
iya lah
dulu aku suka baca buku motivasi, aku fikir nak jadi motivator dulu..
tapi apakan daya
pui hahaha tapi job sekarang pon boleh jadi motivator sebenarnya

Hari ni,
aku ulang alik dua kali library,
sebab nak uruskan satu surat,
nak print something la.
urusan ni agak pentingla,
urusan yang aku nak sangat,
moga moga allah mudahkan aku

Aku terasa bapak penat!
penat nyer, and yes aku ni memang lembik
stamina x kuat,

Bagi aku Exercise hanya memenatkan badan, bukan menguat kan badan
hahahah

Ok. Lepas tu dengan keadaan panas semasa ulang alik,
dengan aku kebetulan pakai inner harini,
bila balik tengok Simon tidor and telah mengotorkan bilik aku dengan kakinya yang basah ,
aku jadi membara

Aku jadi panas,
tapi aku lapar,
aku pon bukak kotak induction cooker yang aku baru beli,
mengeluarkan induction cooker baru hehehe,
seronok gler,
boleh je beli second hand,
tapi tak mau la

Masa masak tu lipas tetibe keluar pulak,
dari arah arah yang tak disangka2 ( ahhah)
berpuluh-puluh ( hostel ni bnyak lipas )
aku pon spray bagi dieorang mati,
aku pon jerit dalam hati,
' YOU CANT BREAK ME, NOOOOOO'

ceritanya sebab aku jarang masak sebab lipas,
aku asyik makan luar je,
namun aku sekali kali xkan mengalah dengan lipas lepas ni,
aku goreng korang semua nanti baru tahu!

Aku teringat apa yang seorang sahabat aku cakap semalam,
dia tanya masa bila yang aku rasa aku paling score and minat dalam kelas,
au pun cakap masa sekolah agama masa sekolah rendah.
Dia pon cakap masa sekolah rendah

Masa dulu2 aku very competitive,
Bagi aku nombor 2 tu best ( aku x suke no satu, tak tau kenape)
Aku kene beat semua orang,
Aku kene pandai,
aku nak menggembirakan mak ayah aku,
aku boleh
aku gagal? aku akan usaha lagi!
gagal? usaha lagi!
usaha lagi!
aku mesti berjaya

tapi aku tak tahu sejak bila aku ni lembik ,
gagal maknanya hentikan usaha,
gagal maknanya aku selamanya tidak boleh buat,
gagal bermakna aku naturally untalented

Mungkin sebab aku sendiri makin lemah,
bermaki2 orang mengata aku,
berduyun2 orang mengatakan aku tak boleh,
aku direject berkali2,
aku jatuh berkali2,
gagal berkali2,
aku serik
aku jadi takut kegagalan

Aku tiba tiba rindukan diriku yang lama,
diriku yang tak pernah tahu erti putus asa,
diri aku yang berani walaupon dicemuh orang.
aku perlu dapatkan semangat tu balik

Selagi mana banyak rintangan,
selagi tu aku akan berusaha berdiri dengan kaki aku sendiri,
aku akan buat apa yang aku inginkan, ( in a good way la)
aku akan fight till the last breathe
aku tak akan mengalah

Banyak rintangan, menguatkan aku , ( insyallah)

baiklah.

Yang mencari kekuatan,
adila




Sunday, March 1, 2015

Aku

Asalamualaikum,


Mood menulis datang tapi macam biasalah tiada idea untuk dibentangkan kepada kalian.
Kini, aku berada di state yang memerlukan aku untuk menarik nafas sedalam-dalamnya dan melepaskan hembusan itu sekuat hati aku. Sebenarnya boleh je cakap dua patah perkataan iaitu "move on" tapi saja je nak dramatik lebih.

Sebenarnya, saya tidak perlu untuk move on pun. I am not started anything.

Sekarang, aku dibayangi penyesalan.
tapi penyesalan ini lebih baik berbanding kekurangan usaha.

Semalam ada usrah.
Pernah tak korang rasa apa yang dipercakapkan oleh seseorang tu mengjangkau makna sebenar percakapan mereka.

Lets say ada orang  cakap dia suka kan pisang goreng panas.
Walaupun  anda  hanya mendengar perkataan ini, anda tahu siapa penggoreng pisang tersebut, berapa temperature pisang goreng itu untuk dimasak sesedap itu, bagaimana cara pisang itu digoreng and ramuannya. its impressive bukan?
Begitulah aku rasa ketika berada diusrah semalam.

Saya tinggalkan gambar ni buat kalian,

Yang struggle untuk melupakan,
Adila