Monday, April 13, 2015

Rahsia

Asalamualaikum

Dah agak lama blog ni berhabuk,
Aku ada je idea nak tulis,
Tapi motivasi nak menulis ( menaip) tu kureng la pulak.

Bulan lepas saya berkesempatan membaca buku " Aku bukan superman".

Sejak dari baca buku tu mood nak bercerita kat blog ni lagi hilang. Kenapa? Sebab dalam buku tu ada satu kisah yang buatkan aku ponder apa hala tuju aku dan blog ni.

Ada satu kisah yang penulis kongsikan. Pendek kan cerita, ada laki A nampak laki B mengadu kat lelaki C pasal hidupnya. Laki A pon tarik laki B lalu berkata " kenapa kamu mengadu domba ( mengadu ) hidupmu kepada orang lain. Kamu patut mengadu pada tuhan. Untuk pengetahuan kau ,mata sebelah aku ini sudah buta selama 15 tahun, dan yang tahu hanya kamu dan Allah sahaja!"

Tersentap beb!
Terasa...panas.

Dah lama aku simpan blog ni and most post banyak pasal aku mengadu masalah aku. Dari sekecil2 masalah aku ada ke sebesar besar masalah aku ada ,aku cerita kat sini.
Penulis tu pun ada cakap, berkongsi pengalaman boleh,kalau mengadu tu biar lah pada Allah sahaja

Contohnya, kalu kongsi pengalaman :
" hari ni aku jatuh basikal".

Mengadu tu bila
" aku jatuh basikal wei, sakit gilerrr Wei , tak guna punya kereta "

Mungkin contoh kurang sesuai tapi harap anda paham.

Pernah jugak nak delete je semua post yang terlalu expressive and terlalu terbuka sampaikan aib aku pon kelihatan, tapi rasa macam banyak sangat pulak post yg ala2 macam tu.

Sekali fikir, bagus jugak tak delete, baru lah aku sedar yang diri aku ,bukan diri aku yang dulu. I've changed. Mungkin perubahan sebesar zahrah kot haha tapi tak apa lah.

Jarang sekali post aku bermanfaat kepada orang. Kesian korang. Dengar aku Bebel je. Bebel tin kosong.

Tak apa lah. Nanti aku fikirkan bagaimana nak mengubah hala tuju blog ni. Bunyi mengelat. Ok fine. Aku akan fiikirkan hala tuju diri aku untuk blog ni.

Mungkin aku patut tulis banyak sajak lagi. Mungkin aku patut curahkan plot drama pulak kat sini.

Sebenarnya, aku tak mengembunyikan apa apa pon. Apa yang aku tulis,itulah diri aku. Diri yang terbuku cuma diluahkan umum. I got nothing to hide. Jadi setakat ni je lah. Lain masa kita jumpa lagi. Moga allah sentiasa berkati kalian. Doakan saya, saya exam minggu ni. Moga Allah mudahkan. Insyallah.

No comments:

Post a Comment