Wednesday, April 15, 2015

Apabila aku diuji

Bismillah,

Harini aku exam. Macam biasa lah. Masuk dewan dengan keadaan yang less confident but tawakal tinggi. haha Berharap Allah menolong aku.

Dulu ada satu exam praktikal, masa buat praktikal tu aku fail, tapi kawan sebelum boleh buat, aku pun macam " kenapa Allah tolong diaaaa jeee...Waaa waaa" ( sedih ) Minda ngokngek dulu. haha

Ok sambung balik.

Masa buat praktikal, aku dikehendaki untuk membuat alginate. Membuat sebuah impression. Aku pon buat. Sekali cuba pon Alhamdulillah jadi ( jadi aku setakat ade rupa je pon) . Tapi aku ada masa lebih 25 minit lagi. Aku boleh sahaja membuat alginate baru dan mana tahu, kali ni lebih cantik dan lebih perfect.

Tapi aku memilih untuk stick pada impression alginate ku yang lama. Sedangkan aku lihat ramai sungguh sahabat aku memcuba untuk mendapatkan kesempurnaan. Aku terasa aku kurang usaha. Impression aku tu tidak la lawa tapi aku sungguh takut untuk membuat yang baru. Aku takut gagal.

Kini aku baru sedar. This is what ive had become. Aku jadi seorang yang takut kegagalan. Mencuba pon aku takut. Ya Allah.. apa dah jadi dengan aku ni...

Melangkah je keluar dari lab, aku rasa sangat bersalah. Aku rasa tak cuba sedaya mungkin tapi hati aku mengatakan aku benar.

Semenjak dua menjak ni, aku pun perasan diri aku yang semakin mudah berputus asa. Gagal penanda berhenti. Sampai satu saat, aku pun tak tahu bila aku patut try harder or just quit.


Contohnya,
Aku pernah berazam nak kawen awal, dengan harapan dapat jaga mata. Tetapi setelah beberape hal berlaku ( aku sering gagal) dan rintangan2 yang melanda ( acewah) mengebabkan aku berfikir Allah menyuruh aku berhenti dari semua ni dan biarlah Allah yang menentukan. Namun teringat aku pada ayat Alquran " Allah tak akan mengubah nasib seseorang melainkan dia mengubahnya sendiri". Aku jadi konpius.

Bukannya aku tidak mahu terus berusaha, aku takut semuanya bakalan jadi sia sia.
Aku berusaha yang ala2 je, not to the full limit.

Tapi bagaimana kalau Allah nak tengok kesungguhan aku?
erm...

buntu2.

Aku pon fikir apa pun yang terjadi I should give my best. Apa yang aku mampu buat, I'll just try. Result tu serahkan pada Allah.

Pernah aku revise for 1 week, for a test, tapi test tu hancur. Pernah aku revise malam before test je, result gempak. Jadi kadang result tu Allah yang bagi. Lebih dan kurang usaha bukan persoalannya.

Samalah kalau nak masuk syurga. Sorang alim ulamak yang beribadah bertahun2, akhirnya ke neraka. Hanya kerana ulamak tersebut mahukan Allah menimbang amalannya kerana dia rasa dia layak untuk ke syurga dengan amalan ibadahnya. Usaha/amalan bukanlah segalanya. 

Cukup je lah ni dulu, lain kali Bebel lagi. Haha
Yang ngeks, 
Adila




No comments:

Post a Comment