Sunday, November 27, 2016

money

Assalamualaikum ,

tetibe rasa nak menulis kan ,
sambil menunggu akak sorang ni keluar dari bilik air.

Here is me.
i still remember, i tak buat wish tuk diri sendiri masa bday aku tahun ni.
entahlah, nothing to say to myself i guest.

i just lose a friendship.
but anyhow.
im fine.

super fine.

ok saya menipu.

what should i feel then?

i feel better.
like for real.
Allah akan bagi sesuatu yang lagi baik tuk aku.
lagi baik
lagi baik
lagi baik.
insyallah

okla, nak mandi dan mula merancang kehidupan yang tettt
but well


Sunday, October 16, 2016

Lukisan panas jelir lidah


SEREMBAN-16 OCTOBER -Hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu gambar kartun yang dilakarkan oleh saudari Adila Ramlan. Gambar tersebut memaparkan gambar seorang lelaki yang memakai topi sementara tangannnya menunjukkan gaya “yeyeh” dengan bangganya. 

Dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di perkarangan rumah Cik Adila, pihak wartawan telah menemu ramah beliau dan menanyakan perihal lelaki tersebut kepada beliau.

“Saya dengan lelaki itu tiada apa-apa melainkan kami berkawan sahaja. Lelaki tersebutkan tidaklah sehensem Fattah Amin dan saya pon tidak secantik Neelofa. Mana mungkin kami berdua ada apa-apa. Lagipon kami berdua hanya berbicara melalui whatsapp dan tidak pernah berjumpa”kata beliau kepada seluruh pihak wartawan. 

Dalam sidang akhbar dua bulan lalu, Cik Adila pernah membicarakan tentang hubungannya dengan seorang lelaki Johor yang beliau sendiri sudah lupa nama lelaki tersebut. 

“ Saya dan lelaki JB itu pernah berjumpa dan kami berdua telah keluar bersama-sama dan pergi ke Cat CAfe yang berada di Johor. Kami berdua sebelum itu hadir bersama-sama ke perkahwinan classmate saya semasa saya belajar di Mrsm Serting”

Apabila ditanyakan lagi tentang masa hadapan beliau dan lelaki JB itu, Cik Adila cuba menafikan kemesraan beliau dengan lelaki itu, 

“ Saya dan lelaki itu hanya berkawan sahaja. Malah, lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan teman wanitanya dulu. Lagipun lelaki tersebut sangat angkuh dengan bangsa Johor beliau. Saya terasa seperti saya ni tak layak buat laki tersebut. “

Di dalam temubual lain, Cik Adila ditanya pula tentang peribadi lelaki dalam gambar tersebut. 

“ Saya rasa lelaki tu baik. Saya perasan dia cuba kumpul duit nak kawen. dan dia juga suka kucing seperti saya. Kami berhasrat untuk membela kucing andai jodoh kami panjang. Saya juga pernah bertanyakan dia adakah dia serious dengan saya, katanya kalu jodoh ada, adalah”

Bertubi tubi soalan telah ditanyakan, termasuklah mengenai kekurangan lelaki tersebut di mata Cik Adila, 

“ saya pernah tanya dia suka warna apa, tapi dia xpernah nak jawab. Saya rasa dia mungkin buta warna la. Saya pon kurang setuju dengan sikapnya yang selalu mengutuk orang Melayu. Malah, dia selalu menunggu saya untuk mesej dia dahulu. dia tidak pernah mahu mesej saya dahulu. “

Ditanya tentang masa hadapan beliau dengan lelaki tersebut, Cik Adila kelihatan tersenyum namun berserah pada takdir. 

“ Allah sangat baik dengan saya. Kalau berjodoh , mahupon tidak berjodoh, semuanya dengan izin tuhan. Kalau berjodoh, saya agak risau sebenarnya  dengan kewangan kami berdua tapi begitulah cinta, cinta memerlukan pengorbanan dan saya bersedia untuk berkorban apa saja demi dia. Eh tapi saya cakap tadi kami tak ada apa apa kan? kami on off. kejap ade kejap xde  “ berkata cik Adila selepas terlepas cakap mengenai status sebenar beliau dengan lelaki misteri tersebut. 

Ditanya adakah Cik Adila menyesal berkenalan dengan lelaki tersebut, 

“ Saya tak kisah. Semuanya atas takdir Allah. Walaupon dia hanya sekadar persinggahan. Saya harap yang terbaik sahaja untuk beliau. lagipon dia terlalu sibuk nak membeli aset kadang2 , dan RP beliau hanyalah 4 baris ayat. Saya nak makan apa nanti? Diia pernah cuma menipu saya dengan berkata tangannya boleh mengeluarkan beras. Saya hanya melayankan saja sambil berharap beras faezah lah yang keluar dari tangannya itu ” berkata selanjutnya Cik Adila kepada wartawan dengan bersungguh-sungguh. 

     Sidang akhbar berakhir pada pukul 12 malam, kerana majlis marhaban juga turut dijalankan selepas sidang akhabar tersebut. Sungguh ramai makcik MArhaban yang memakai pakaian seragam malah suara mereka lunak sekali menghiasi rumah Cik Adila . Akhirnya semua bersurai dan pintu pagar dikunci sendiri oleh Cik Adila. 



Thursday, September 1, 2016

Terbalas tak penting

Assalamualaikum ,

Aku tak tahu kenapa,
aku rasa sangat bahagia.

Bahagia tu Allah beri,
letakkan pada hati.

Bahagia dan tak bahagianya aku, aku sendiri yang decide.

Mungkin betul,
bahagia itu bila kita redha apa yang Allah bagi,
walaupun kita tak dapat apa yang kita nak

aku patut pusing2 lagi,
take time
and be happy
=)



Catch up

Assalamualaikum,


harini aku kuar dengan Erina dengan Hafiz,
Aku baik la dengan Erina dulu,
tapi macam biase2 jela,
tapi tadi baguslah keluar. Boleh update.
dulu pon kat kelas, ok je dengan hafiz ni.
dia tak banyak bunyilah. klakar boleh tahan.

Rasa bersyukur banyak2.
Allah lorongkan aku berkawan dengan ramai orang,
dulu time kat sekolah , aku ni boleh kata pandai la jugak,
thanks to dieorang jugak
dia classmates aku yang happy go lucky je.

Dulu kat lower form,
kehidupan aku sangat happy,
sekarang pon alhamdulillah.

Adalah jugak dalam kehidupan ( period of time),
aku rasa ak tak happy.
tapi sebenarnya, mana2 Allah campakkan aku,
semuanya untuk kebaikan aku jugak dan PALING TERBAIK aku boleh dapat.

ALhamdulillah.
Aku try untuk give my best to people around me,
so that aku tak menyesal kemudian hari.
insyallah,

setakat itu jela diary aku ni...
kbye
wasalam

Saturday, August 27, 2016

Officially

Assaalamualaikum,


yeahhhh!!!!!!!!!!!!

Sebenarnya rasa biase je.
Alhamdulillah, lepas untuk 3th year,
Lagi 3 minggu masuk 4th year.
Lepas tu masuk 5th year pulak.
ha lepas tu habis BDS.
ok

Aku pon macam tak tau kemana hala tuju. Mungkin aku patut fokus BDS ni sefokus fokusnya erm..
Mungkin.....

Aku nak belajar bahasa tapi malas,
malas malas malas,
nak cari jodoh pon bukannya nak kawen sekarang pun.

Aku patut cari kerja cari duit.
Baiklah esok aku cuba, ehhehe
or lagi esok, ok insyallah.

majulah negara demi aku,
pleaseee , nak duit hahha
kbye

wassalam


Wednesday, August 24, 2016

Keciwa

Asaalamualaikum,

Erm ,
Sedap betul lagu saldaga ni.
Sedih.

Aku pon jadi emotional dengar.

Entahla Ya Allah.
Hanya Allah je yang paham.

Bukan aku Ya Allah.
Bukan aku.

*sembunyi muka kat bantal

Rasa macam frust menonggeng

Aku tahu jawapannya Ya Allah,
Dan Allah Maha Mengetahui,
Tapi aku tak dapat tidak untuk rasa perasaan "terlepas ni"

*sembunyi muka ke bantal balik

Aku bukan yang terbaik, 
Bagus jugak bace doa istikharah. 

Mata dah tak tahan,
Hati telah kecewa.

Okla
Wassalam

Saturday, August 20, 2016

Self acceptence

Assalamualaikum,

" same boring guys always end up with a boring girl too"

Too much onisionspeaks hahhaa
i've became mean lately
ahhaha

Mungkin sebab onisionspeaks suka cakap direct kot
pretty harsh but betul pon apa dia cakap kadang

sometimes, hidup ini tak complicated pon,
simple je

Kita hanya perlu jadi genuine and just be who you are
" you mean i have to be ok with pedophile and rapist?"
perghh ahhaha

buat lah apa yang memberi manfaat untuk masyarakat and just be nice
" you mean nice sampai orang pijak kepala?"

pretty hard nak bagi nasihat sebenarnya, sebab akhirnya akan sentiasa ada counterclaim.

kita kene terima diri kita seadanya (walaupon overweight), as long as personality kita bagus
" like yeah, looks like you gonna have heart attack any second"

Squad Badminton mengecewakan rakyat Malaysia ( kosmo) walaupon dapat silver place ( da fack sungguh)

i am so rooting for usain bolt lately.

Sport make me happy because there are so much motivation dalam arena sukan ni.
so much positivity

Lately ini aku admit aku banyak kali flash back memori
banyak kali dalam hidup aku, aku fikir seolah olah aku terpaksa menanggung kesilapan orang lain,
dimana aku tiada pilihan,
hanyalah "menjadi "apa yang mereka perkatakan.

kenapa perlu aku akhirnya yang jadi mangsa?
berdiri dan dihukum atas kesalahan yang dilakukan oleh kaum segender aku?
memang lah buah pisang dah boleh berbuah dua kali sekarang tapi aku bukan buah pisang
haha
buah pisang boleh buat kek pisang tau, sedap hahaa

"dia adalah kesalahan dia "
"kesalahn dia ialah diri aku"
dan engkau yang pasti manusia yang putus asa
penghukum manusia.

dan aku sedar akhirnya, aku tiada sesiapa melainkan Allah, dan diriku sendiri
andai manusia lain tidak boleh menerima diri kita , maka tiada kerugian buat kita dengan menolak mereka dari hidup kita,
bukanlah kita menjadi kalangan manusia yang putus asa sesama manusia,
nilai diri kita bukan ter letak pada diri orang lain,
you dont own anyone definition of beauty ,
you are pretty already
you are not what people thing who you are.
you are what u think u are
hahaha


aku tak tau la kenapa post aku ending dia mcm ni
oklah .
itu dulu
assalamualaikum hehehe











Realiti

Assalamualaikum

teruk betul bi aku ,
macamane nak jadi cikgu ni

haiyoo

aku nak tulis satu post tadi, lepas tu aku lupa dah ape
aku cuba ingat balik ni ...

aku sebenarnya tak ingat apa aku nak cakap tapi mungkinlah aku nak cakap yang pasal realiti

Harini aku tengok satu video Sheikh Ramadhan,
Pengajaran darivideo tu ialah , kita kena belajar hidup redha dengan qodho dan qadar Allah.
Kita hidup atas ketentuan Allah, bukan dengan ketentuan diri kita sendiri.

Seorang bertanya pada Sheikh, kenapa dirinya diuji sebegini,
Sheikh pon cakapla, "adakah kamu hidup dengan kehendak dirimu atau kehendak tuhan ?"

Aku pon sebenarnya terasa lah jugak bila dengar and tengok video tu.
Aku pon rasa aku terlalu dengan kehendak aku selama ni sampaikan aku seolah "berkecil hati" setiap kali Allah tak bagi apa yang aku inginkan.

Sejak beberapa hari ni, kebelakangan ni,
aku seolah-olah dipaksa untuk berhadapan dengan realiti,
realiti yang aku tak suka.

Hal ini berkemungkinan kerana Allah hadirkan orang2 yang totally opposite nasib mereka dengan aku.

analoginya macam, orang berceritakan tentang mereka mendapat aiskrim green tea free, sedangkan aku sangat suka aiskrim green tea dan aku cuba cari ais krim tea tersebut namun bukan rezeki aku nak dapatkan airskrim itu.

Aku seolah merasakan nasib aku sangat malang dan Allah tidak mendengar permintaan aku selama ni dan usaha aku untuk mendapatkan hal tersebut sia sia.
DAN SEMESTINYA AKU TAHU APA YANG DIFIKIRKAN INI 900 JUTA KALI SALAH DAN ALLAH MAHA PENDENGAR DAN PEMURAH.
WITHOUT A DOUBT.

ha aku rasa aku dah ingat ape sebenarnya aku nak cakap tadi tapi separate post la hahah

oklah kawan2 ,
USAHLAH MEMBUANG MASA MEMIKIRKAN PERKARA NEGATIF.
HIDUP TERLALU SINGKAT UNTUK BERPUTUS ASA DAN HIDUP TIDAK GEMBIRA

Setakat tu la dulu
wassalam



Tuesday, August 16, 2016

Kurus

Assalamualaikum,

Sekadar catatan untuk diri aku.

I was walking in the mall.
Standing in front of mirror,
Proving to myself that im ok with my body now. 
Yea iam really ok with it.

People around me was telling me not to quit.
But i dont have anymore reason to continue this struggle.

I cant even do it for myself. 

Aku xnak kurus. 
And its ok to be fat. ( im not even too fat pon)
It just a number on the scale
That influence by the gravity
Thats all

Kurus tak menjanjikan kebahagiaan pon. 
Bahagia tu disini( hati)

People are more than their weight

Lose weight, good attitude,
Gain weight, bad attitude,
Wth!
The body is much more complex than that! Its not as easy as calorie output and input. 

Im finnally ditching the scale tonight.

Go for what i look in the mirror from now on. 

Okla,
Semoga aku terus bersemangat in fitness life aku. Bye 

Wasalam




Monday, August 15, 2016

overly sensitif

Assalamualaikum,

aku banyak sebenarnya nak luahkan,
dalam hati aku,kenapa aku banyak sangat kata kata hati,
aku bukan lelaki ,
aku tak ada box nothing!!

berlari, aku fikir,
makan , aku fikir,
mandi, aku fikir

bila je aku x fikir?

so like, beberape minit yg lalu ada akak senior buat event kat fb,
ajak gi majlis wedding dia,
aku x tengok pon dekat mana majlis dia!! aku terus tekan button going!! ahhahhahah

semlam pon alhamdulillah, kawan mrsm dah jadi ayah.

Aku stress agaknya tengok Si Sofea ni,
asyik meragam je, dia hentak kepala dia kat lantai kot,
punyalah payah nak jaga
so like aku pon x rasa nak kahwin2 ni.

Kahwin sebab Allah,
kawen nak teruskan zuriatkan,
kawen sebab nak bahagia dunia akhirat.

Kawan tanya "lepas ni sape pulak"

aku TETIBE OVER SENSITIF PULAK
orang tu tanya je

Dalam hati aku,
"ko ingat aku x cari!!?"
"ko ingat aku xnak?!!"
"ko ingat aku suka hidup sorang?!!"
" ko pon kawen sebab jodoh, sebab Allah bagi ko rezeki kawen awal, bukannya sebab ko usaha gila2 then ko kawen, yg kiter org ni melangok x usaha!!"

brutally honest yer dok? ahhaha

AKu ruk tegok citer Japan lately , 5-9 ape tah tajuk dia
berbelit cerita ni.
dia suka dia ni, dia ni suka dia ni, dia ni suka dia ni. Akhirnya tak win win situation pon.
Semua orang pon tak dapat sesiapa

Kenapa semua orang suka buat macam ni ha?

AKu pon jadah same je.

As much as i put effort on getting someone, patutnya lagi la aku appreciate orang yang ada effort untuk aku kan?but well

boleh tak nk beli makeup lagi?

Aku pon tak tau kenapa aku xmove on, rasa nak peluk je tiang...
lepas tu salahkan diri sendiri
okla, bab ini aku buat separate post

ok laa.. nk buat post lain heehehe





MANA PERGINYA LIVETRAFFIC AKU!!

hahhah

assalamualaikum,

Sorry la, tergendala blog ni,

View blogg jap,
life traffic aku dah xde!!!!
manoo poie yer tah!!

alaaaaaaa
tak boleh la aku tahu stalker aku datang ke tak!
ermmm
hahahhaha

cis
tak guna betul!
ahhahaa

oklah
sekadar update, aku tengah study week ni
main2 exam!

well, aku beli makeup lagik
the only thing yg buat aku happy lately
lepas tu bising duit takde!

diet dan fitness program aku masih on, tapi well
balik seremban jap, so like makan mcm org giler,
esok start diet balik la ok heheheh

okla , tue dulu

bye bye , jannneee!!!

Thursday, July 28, 2016

Tak malu

Assalamualaikum,

Aku ni datang dari keluarga yang not really expressive. Bab marah expressive la, kalau syg , tak pernah la ucap. 

Aku perasan ade satu minah ni, berniqob tapi bukan main tayang dia dengan laki dia..

Aku bukan jeles, tapi aku pulak malu.
Dia peluk2 laki dia , tayang kat insta

Tak paham aku. Bukankah niqobb tu untuk mengelak pandangan org. Lepas tu tayang kemesraan kat insta, ko nak apa sebenarnya ni? Ko nak sembunyi tapi sembunyi depan2 orang ke? Hahaha kan dah kene!!

Aku memang asyik nak marah lately. Jerawat pon naik kat muke aku. Nampak sangat hormon aku xstabil. Err pernah ke dia stabil? Ahhaha

Laki bini punya urusan, dalam rumah dah la. Geli la . 

Aku tak benci orangnya. Aku kureng suka perbuatan yang publicly showing affection ni. Sepak kang haaaa 


Harini hari jumaat . No emo please ahhaha okla bye!! 

Pengajaran

Assalamulaikum,

Semalam aku tengok memoir of Geisha, petang tu tengok sayangku Kapten Mukhriz

Aku admitla, aku fed up tengok cter melayu ni. Malu pulak aku rase. Aku kureng suka perwatakan heroin. 

Heroin dia suka kapten ( hero). Oklah fine. Tapi hengeh sangatla. Kau perempuan, kau tak malu ke?. Aku pon pernah suka laki, aku cakap , tapi aku xdela nak paksa2 laki tu terima aku. Okla fine, aku paksa lah sikit tapi lelebih ni xla. Aku ada mak ayah kot. Dieorang pon malu kot kalu aku ni terkinja-kinja haruk nak kat laki. Woi kamon. Doktor pulak tu. Sepak sat g baru tahu. 

Aku xpernah tengok Citer Geisha ni. Kat rumah tak lepas punya. 18sx haha aku ni 23 pon x lepas la nak tengok benda ni. Dah kawen baru aku lepas kot nak tengok ( pada pandangan mak ayah aku)

Aku suka la jugak citer Geisha ni.
How love make you growth. How you become when you love someone. Kekekke

Malas nak citer storyline dia, but that girl work so hard to become a Geisha. 
Motivasi sikit aku nengok citer ni. Xlah bosan tengok orang hengeh hahah. 
She do anything to be a great Geisha. I should become like her. 

Ending dia , dia tahu lah yg orang dia suka, suka kat dia jugak. Aku pon rase nak leleh. 

Patutla orang cakap, rezeki kalau kawen dgn orang yang kita suka. Its among beautiful things to happen in life.

Macam orang nak iphone , dapat iphone.Mestilah  happy iyer dok?

Tapi bukan semua kita nak baik tuk kita. 
Macam dalam Al Quran. Boleh jadi benda yang kita rasa baik,  tak baik tuk kita. Hidup ini indah bila kita serahkan takdir pada Allah. Mana yang kita boleh usaha, kita usaha. Rezeki Allah bagi. Insyallah lah. Teringat pulak kata pakcik aku "doa yang baik2" insyallah. 

Oklah. Wa chiow dulu,
Wassalam

Single

Assalamulaikum,

Harini aku perasan satu post,
A guy to his wife, which the wife once became  my roomate .

The guy was only 22. Dia explain how lucky he got her. Im happy for both.

Kawen, Allah janji akan beri ketenangan. 
Baca post tu buat aku rasa sekali how happy those yg kawen. Dah halal pun kan. Living together. 

Right now, since aku pon duk rumah. Aku rasa happy sebab dapat buat benda together. Aku start share barang, buat housework which barely buat sebab semua pon busy. Buat mana mampu je.

Esok nak gi jog and makan durian dengan housemate. Ehhehehe

Sebagai seorang wanita, naluri nak berkhahwin tu of course ade. Tengok orang, tengok sepupu erm. 
Tapi aku sedar, setiap orang ada keutamaan masing2. For now, aku kene belajar leklok. Forever a learner. Insyallah.

Kakwin nanti ade anak, nak kene jaga suami ( kenapa dia xleh jaga diri dia sendiri?) hahah. 

Aku xleh bayanglaa... Tapi whateverla. Aku kene bend wire ortho ni. Semoga allah menolong. Kekekeke

Ya Allah. Tetibe nak dengar qasidah pulak  
Okla byeee

Saturday, July 23, 2016

Kurus

Assalamulaikum 
I cant help my self from writting this one, 

I guess most people around me know that im on diet and striving to getkuruih,

And i said that im going to get alot more kuruih than im right now

"Ko ingat laki suka ke kurus2 sangat ni?"

No!i am not kuruih for men! Get lost!
Pergi mampuih!

Betapa sayangnya abang aku bila dia ungkap words tu. He knows i had work hard and im tired of all these dieting things

" some people are big bone dila" berkata Raudhah kepada ku.

Raudhah la yang banyak support. Dikala sedih, menangis, xde motivasi, she is always there

Perjalanan ni sudah jauh. I just should continue. Boleh adila!! Boleh!!



Okla tu je

Nanti sambung sikit lagi,
Bye bye

Thursday, July 21, 2016

Putus asa

Assalamualaikum,

Setelah beberapa bulan cuba untuk menguruskan badan..
aku makin hari makin give up

Aku bersenam bukannya hilang stress
makin stress adelah

Ayah , mak aku dua dua tight besar,
family aku semua tight besar,
sekarang aku cuba dapatkan tight kurus,
tahu tak letih ?

Harini aku sprint,
selalu aku jogging je,
semput aku jadinya,
selalu tiga round, tadi dua round je

nak kuruss.....

officially, aku tak dapat extraction case tahun ni,
baguslah..
Malas aku hahah

Malam pulak, aku gi bedal Abc and nasi goreng ayam,
stress aku!

Sampai malam ni aku sedih tanpa diketahui apa puncanya,
hati aku ni macam sedih ,
otak aku tak dapat figure out

Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah,
Tight aku sungguh besar, rezekikanlah aku mendapat anak kembar, ( kekekek)
bagilah tight aku ni berguna
Semoga kau makbulkan doaku Ya Allah

ha oklah,

chioww!!
Adila


Wednesday, July 20, 2016

Unidentified sadness

Assalamualaikum,

aku rasa macam nak borak sekarang, tapi aku macam nak menyendiri ( ayat keling)
aku dari tadi rase macam sedih ,
tapi aku tak tau aku sedih pasai apa,
otak aku x sedih tapi hati aku ni sedih

aku macam tak ada tempat nak pergi,,
so aku lepak la sini,
sendiri, karang post sorang,
mereput kat sini

aku cuba fikirkan apa masalah aku,

1. mungkin akusedih sebab aku bakalan xdapat extraction case untuk year 3 ni. Fine. Sedih kot. orang lain dah 3 4 extraction , aku zero, posting lain jangan kata la.. ermm

2. adakah aku sedih sebab aku masih lagi belum dapat jodoh sedangkan ramai dah nak kawen or ade sahbat istimewa?

3. adakah aku sedih sebab aku rasa aku kene reject dan difriendzone kan. Aku memang degil. Raudhah selalu pesan jangan live in the past, tapi aku nak jugak live in the past, lepas tu sedih

4. adakah aku rasa aku hodoh sangat selama ni? tapi pagi tadi , akak aida kata aku flowless~~ ahahah

5. adakah aku sedih sebab Raudhah dah sibuk dengan exam?

6. adakah aku sedih sebab Sepupu nak kawen? eh kenape sedih? i think she get a pious guy. good for her. May Allah bless both of them

7. mungkin aku sedih sebab ortho aku lembab sangat sedangkan ramai dah nak habis dan dah habis

8. adakah aku sedih sebab berat aku tak turun2?

9. adakah aku sedih sebab tak ada sapa nak layan aku ? ke sebab semua orang dah grad, tapi aku terkedek2 lagi ni?

10. adakah aku sedih sebab aku tak macam orang lain, i mean pandai, pandai kemas dapor , pandai masak , pandai kemas rumah, cantikk.....

11. mungkin aku sedih sebab aku dah jauh dari Allah...

12. mungkin aku sedih aku dah tak buat amalan2 aku dulu..

13. mungkin aku sedih sebab aku mungkin tak kerja sebagai dentist....

14. mungkin sebab mak ayah aku dah tua, one day depa akan pergi.. dan aku juga

15. mungkin aku takut nak jumpa ALLah



Apa pon alasannya, aku malas la nak fikir,
MAri lah mengingati Allah , moga hati menjadi tenang

Wassalam,
adila

Kesayangan

Assalamualaikum, and hi,

Harini hari yang memerlukan aku membuat keputusan yang penting( nampak tak aku tak banyak kosa kata menarik dalam hidup aku?). Hari dimana ( oii salah tatabahasa!!) . OK OK. Mahu kena pelangkung dengan Cikgu Aina kalau dia tahu aku salah tatabahasa. Sambung balik.  Aku bukan jenis bagi nama, namun aku pernah berbicara dengan Cik Raudhah mengenai isu bagi nama ni.

Raudhah: Ko bagi lah nama kat barang-barang ko ( baca: ko , bukan kau). Bear kau ni tak ada nama ke? Nabi selalu bagi nama tau kat barang2 kepunyaan Baginda( skema sikit)
Adila: aku tak tau la nak bagi nama apa..
R: apa kata kau bagi name dia JEMAH
A: Ha ... okla tu

Haritu tanya apa nama kucing Raudhah

A: kucing ko tu apa nama
R: entah la wei, dia tak ade nama
A: eh ko bagilah nama..
( malam or esoknya, RAudhah kembali dengan jawapan)

R: aku dah tanya dah akak aku, nama kucing aku Mie
A: habis tu nama penuh dia apa? Rahimi?
R: entahla wei.hahah

( malam atau esoknya, Raudhah masih bercerita tentang kucingnya)
R: akak aku cakap nama dia Suhaimi
A: Asal akak ko yang decide nama apa kucing ko? ahha

Berbalik kepada "kesayangan"aku. Kesayangan aku tidak lain tidak bukan hanyalah sebuah printer. Aku adalah sebuah printer ( acerr karangan autograf gituu) wakakaak.

Apa agaknya kalu printer aku boleh bercakap yer?

Aku adalah sebuah printer ( bahasa melayu ape hek tuk printer). Aku tidak pasti dimana aku dilahirkan namun yang aku tahu aku telah dibawa pulang oleh seorang gadis yang bercita-cita tinggi dan cantik sekali( ehem)

Aku kemudiannya dibawa kesebuah bangunan. Aku diletakkan dibawah meja belajar dimana, kadang kala tuanku ini akan meletakkan kakinya di atas badan aku. ( kuang ajor punya tuan!). Aku tidak tahu bagaiman akan ku berkhidmat kepada tuan ku, namun  aku berjanji, aku akan sentiasa menemani tuanku.

Sejak hari itu, aku sentiasa digunakan .Pada waktu petang, pagi, hujung minggu. Aku me"print" laporan-laporan yang aku sendiri tidak ketahui makna-makna laporan tersebut. Kerana terlalu kerap digunakan, aku kadang-kadang termuntah2, malah aku mengalami siri constipation a.k.a kertas akan tersangkut di dalam badanku ini. OH,sungguh perit kehidupan ku saban hari bersama tuanku ini. Kadang kala , aku mahu berhenti sahaja dan membunuh diri ku sendiri tapi aku tahu tuanku sangat memerlukanku.

Aku kadangkala sungguh bengang dengan tuanku ini. Sudahlah dia selalu membazir kertas. Kesalahan yang hanya di satu muka surat, namun beliau akan meng"print" kan seluruh laporan tersebut. Tuanku ini sangatlah suka membazir.

Aku juga terpaksa melayan kerenahnya yang suka memprint secara tergesa-gesa pada pagi hari. Hal ini kerana beliau mahu mengantar laporan pada pagi itu juga!.

Aku juga tidak selalu ngam bersama komputer riba yang digunakan oleh tuanku. Komputer riba selalu pengsan secara tiba-tiba , dan hal ini menyebab kan aku tersangkut-sangkut.

Sungguh banyak kenangan aku bersama tuanku. Setelah tuanku tamat pelajarannya, aku kemudiannya dibawa pulang ke sebuah rumah. Aku kemudiannya tidak lagi digunakan. Aku tidak lagi melihat tuanku. Aku menjadi kering dan aku sedih.

2 tahun telah berlalu...

Tiba-tiba, aku terasa badan ku dipegang oleh seseorang. Tangan yang sama yang membawa aku ke sebuah bangunan dulu. Tangan itu meraba badanku, membuang habuk di kelilingku. Tangan itu membawa aku masuk kedalam sebuah kenderaan. Kemudian, aku dibawa masuk ke dalam satu rumah. Lama aku dibiarkan dibawah ( ku kira) katil.

Tidak lama selepas itu, aku dibawa ke sebuah kedai. Lama aku disitu, seminggu tapi aku tidak dibaiki disitu. Aku sangat gembira apabila tuanku datang mengambil ku kembali.

Aku kemudiannya dibawa pula ke satu kedai yang lain. Badan ku diperiksa. Ketahuilah aku, bahawa aku sakit merupanya. Saat itu, aku melihat tuanku.

PAkcik repair: printer ni rosak ni, kene tukar catridge, dalam RM 150
Tuanku: iyer ke? ermm kejap he , saya fikir.... sebab 150 tu macam harga printer baru dah..

Masih dapat ku lihat raut wajah tuanku. Tuanku memandang diriku begitu lama. Aku tahu aku sudah lama. Aku tidak diperlukan lagi. Tidak kah kau ingat betapa kita mesra suatu masa dahulu? tidakkah kau ingat aku yang dahulu selalu ada disampingmu? tidakkah kau ingat aku berada disisi mu saaat kau menangis, di nilai 3 paper report , mewakili kolej mu? tidakkah kau ingat, aku menemanmu dikala tiada siapa percaya akan mu dan menuduh dirimu dengan tuduhan yang kau sendiri tidak tahu asal usulnya? tidakkah kau ingat? ( masihkah kau ingatt... pada waktuu dulu~~~ masih kah kau ingat~~ masihkah kau ingat~~)

"ha oklah. pakcik repair je la mana patut"

Hampir luluh hatiku mendengar ucapan tuanku. Yaaa aku masih diperlukan. Yaaaa aku akan kembali dekat padamu.... ( betapa ku cinta padamu~~, katakanlah~~ ku cinta padamu~~~)
aku kemudiannya dibersihkan dan ditukar ganti perut ku. Aku kini kembali berfungsi.
KEmudiannya aku pon , dibawa pulang dan sedia untuk meneruskan khidmat aku.

Ha gitulah...

penatlah buat karangan ni,
oklah, sat gi aku tulis karangan lain. ekekkekeke
bye~~~

Yang mengunyah,
Adila gendot



Tuesday, July 19, 2016

Jogging

Assalamualaikum ,

Selepas alhamdulillah turun 4kg bulan puasa, time raya naik 4 kg juga.
MAkan banyak, minum air manis lagi banyak.

Rasa sebersalah pada diri sendiri sangatlah tinggi, then aku grab kasut sukan , and start balik mission yang belum berjaya ni.

Dah beberapa hari berjogging kat Stadium Tun Fatimah ni.
Ramai orang so like, rasa motivated nak jogging
tapi TERAMAT LAH BOSAN
tak ade sapa nak borak.
Harini Qish teman. ok lah. Baru seronok.

Ramai orang jogging.
Ade beberape individu yang buatkan aku makin semangat nak jog,

PAkcik yang tempang,
adik yang Down sindrome,
Adik yang goiter.

ANd many more.

LIfe is too short, to quit, to blame situation.
To give up, and being sad about things that had happened to us,
We should just embrace life.
Just do what ever that make us happy.
And God happy of course.

okla,

esok test,
wassalam, doakan kekee

YAng pemaleh nak bace,
Adele


Sunday, July 17, 2016

Memilih

Assalamulaikum,

Today, aku tersedar sesuatu.

Kenapa kita memilih sesuatu over something/someone else?

Kisahnya, aku duduk dalam kelas Oral pathology kemudian mangsa-mangsa Dr.R dipilih then dieorang kene rule out the differential diagnosis untuk case2 yang dipresentkan. Aku pon melangok kebosanan dan termenung sendirian.

"This is A not B because A looks like this but B is still possible blah blah blah "

sambil tu sibuk pulak borak (tulis2)  dengan Nanad kat sebelah.

Dalam kehidupan pon kita macam tu kan?

We have our favourite people, and people yang kita tak seberapa sangat,
Kita ada orang yang kita rasa menarik but others look plain to us,

Kebetulan, ramai pulak Kawan2 nak kawen. Hot topik jugakla issue jodoh ni.

" dia bukan x ok, dia kuat main dota je"
" dia nice but dia too much into his family, aku xleh nk fokus sorely pasal kehidupan dia. aku ada kehidupan aku jugak"
" dia ok but dia ISMA kan. aku ni biase2 je"
" aku kalau boleh xnak yang taksub jemaah sangat"
"dia tu orang tganu , aku orang selatan"
" dia kelantan"( kekeekke)
"aku doktor , dia biase2 je"


Mostly, cabarannya
1. kenegerian
2. jemaah
3. pekerjaan

Dengar je la kan. Tak dinafikan, kalau aku pon, tiga issue ni issue yang penting

Menung lagi. berfikir

Aku tak MEMILIH kat Allah nak mak ayah macamana. Aku pon bukannya MEMILIH kawan2 aku sekarang. One thing i know, they are people that are close to me, takdir memilih mereka bersama-sama aku.I see them as my friends and family first , bukan cabaran tu dulu.

MAYBE, we should see someone as a whole , lihat mereka sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, and people that love us ( even if they dont) .

Kadangg we dont like few people ( for any reason) but as time passes, we somehow can accept their weaknesses . We find ways to adjust either ourself or that person or best part, we adjust our life together.

What am i saying is that, kita tak patut menolak/reject someone just because they are not same with us. Sama ada tak sama kenegerian , jemaah, or perkejaan. Perbezaan tidak sepatutnya membuatkan kita lari / tidak memilih untuk mengenali seseorang. Dan kadang kala, kita hanya perlukan sedikit masa untuk get use to the DIFFERENCES.

Teringat pulak kenangan aku keluar dari usrah ( ekkeke). That time, i just cannot la...

OKla, ade kelas lepas ni, have to go
chioww

YAng nak terkencing,
Adila



Saturday, July 16, 2016

Anak dara

assalamualaikum,

amboi tajuk, hahah

Tepat kul 1.50 pagi, keluarlah seorang anak dara dari kamarnya, menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk lalu si gadis mengeluarkan semua makanan beku and walahhhhhh, kurang dari 10 minit, hidangan sudah masuk ke mulut gadis tersebut. kekekeke

ok fine.

Sebenarnya, aku tak setuju dengan mak aku yang membuat stock makanan2 frozen ni tapi sebagai seorang anak , aku layan je la. ikut hat seorang yang bakal jadi doktor ni( walaupun hampeh ), maknan ni semua tak elok, sebab makanan process kan. Eloknya makan benda yg natural la ( ewah, cakap je lebih). atenyer minyakk semua tu natural la sangat, kekke

Ok

apa nama... hahaha

ha macam ni la.. macam ni,
nak tulis lepas tu bila tulis tak ada idea.

jadi to keep you guys intertain ,
aku merapu je lah

anak dara he?

Masa kecik2 , aku bukanlah budak2 yang crave attention,
aku jenis yg buat hal sendiri,
main sorang, main je dengan sedara sebab sedara ramai perempuan.

Sejak dah besor ni,
barulah aku rasa aku ni perempuan sebenarnya hahahah

well, first sebab physikal( aku bongok xreti eja)
and one thing for sure, aku mula perasan orang "sweet2" aku

ermm

keperempuanan ni makin tercabar bila makin ramai kawan2 kawen ( ekkekek)

well , people always think that woman is not complete until she settled down ( marriage)
aku pon fikir macam tu.

i am half complete without a man.
perghh

isu tidak berkahwin pernah diutarakan aku kepada ibunda tercinta namun
"eh kau ni!"berkata ibu kepadaku
Bad idea. i should keep that idea by myself hahaha but well atleast i know their opinion

Bila skodeng2, rupanya aku lah antara yang masih single,
calon ramai tapi susah la( eh poyo nyer haha)
tak ada manusia yang sempurna, tapi mostly ade je benda yg x kena

dont make me start about my criteria, ill will end up mati dulu baru jumpa lelaki yang sempurna ( dimata aku)

tapi alhamdulillah la.

aku malas dah nak merapu
itu jelah dulu ahhaha
wassalam

yang giloo,
adila











Emotion

Assalamulaikum,

Ho penatnya, 
Rase macam pms je.

Kejap nangis, kejap ketawa, kejap menung. 

Mula la ungkit benda lama, benda sedih sedih. "Jangan hidup in the past dila"-berkata raudhah. Ok

Nak maafkan orang lain lebih senang kadang dari nak maafkan diri sendiri. 
Kadang rasa nak mati pon ade. Nak bertemu Allah. 

Aku ni deprive of food kot. Nak marah sedih2 pulak. 

Ha penatnya. 

Picisan sangat. 
Kalau ada kak usrah ni, mesti dia kata jangan layan sangat perasaan. 
Aku pulak xleh kalau x layan perasaan ni,. 

Adoi yerla. 

Baik sangat. Tak baik sangat. Bukan nak kat aku pon. Oh rimasnya. Kusut. Usaha? Tawakkal? Ermm

Protect diri sendiri. Tapi x kalis dengan  masa silam. Tak bahagia. 

Tak bahagia
Tak bahgia

Oh serabut . 

Seolah tiada tuhan. 

Dah la,
Nak sambung leleh

Yang mereng,
Adila

Sunday, July 10, 2016

Cara mengurangkan jerawat dan menghilangkan kesan parut

Assalamualaikum ,

To be honest, aku bukanlah selayaknya nak bagi advice gini, sebab tak dinafikan muka adik beradik, mak ayah aku memang jenis tak ada jerawat.

Kisahnya bermula, lepas aku balik Malaysia ( for good from india) muka aku naik jerawat. Aku pelik betul. Muka aku memang tak dinafikan selalu mendatangkan kecemburuan kat orang lain, sebab muka dikira flawless laa ( bajet tau) . tapi aku sendiri tak nafikan aku memang flawless la jugak. ALhamdulillah aku memang xde jeragat or jerawat sangat. pore pon kecik. Ada jerawat pon come and go , indikator perubahan hormone time period selalunya.


budak ni semua perli aku, tahajud lama sangat ni katanya, ha yerla.. istikharah cinta lah katakan hahah



muka few months after balik dari India, jerawat naik banyak kat dahi


ok ni sebab pagi raya kan,  main tipu la, aku tempek bedak sikit hahaha tapi time ni muka memang dah ok, ini few months after aku dah diet water fast

ni without makeup, gincu je, dua tiga syawal, (time muka da ok sikit) 

yg ni pakai bedak je.

Ada je banyak gamba teruk but mostly freehair la. 


So aku akan explain
1. kosmetik apa aku pakai
2. diet aka pemakanan
3. tips deal dengan jerawat/parut jerawat


1. kosmetik aku pakai

Facewash



-Himalaya purifying neem facewash ( prevent pimple)

Time balik malaysia, aku pakai facewash lain sebenarnya. sebab himalaya kat Malaysia mahal, kat India murah. Lepas je naik jerawat tu, aku macam fikir balik, adakah sebab aku tukar facewash , muka jadi macam ni? Hugeeeee changes ( muka makin elok) bila aku tukar balik facewash ni. jerawat mula kurangla.

aku pakai banyak facewash sebenarnya, malas nak sebut satu satu. tapi aku citer pasal mana yang sangat berkesan je la kat aku. Yang paling berkesan untuk cegah jerawat bagi aku yg Himalaya ni la.

Boleh contact aku kalau nak beli Himalaya murah ( ade kawan jual , direct from yinndia ahah)

Pengelupas
- cure Natural aqua gel(250 ml)

aku beli benda alah ni kat Japan ( time travel), sebab benda ni most recommended barang to get while in Japan. ekkeke. Exfoliating gel ni dia water based so dia sangat lembut bila apply kat muka. Benda ni untuk buang sel mati. benda ni sangat best. Keluar daki2 muka.  aku rasa benda ni effektif but PRICEY ABIT . Klau kat malaysia harga dia 100++ jugakla. Tapi aku rasa benda ni sangat berbaloi . boleh tengok review2 kat internet.

-Bedak sejuk
aku suka, tapi aku malas nak pakai. tapi bedak sejuk ni memang berkesan tapi benda ni kene try and error sebab kadang memang gatal muka lepas pakai ( bagi setengah orang). aku buat bila rajin je. Like sekali dalam 4 bulan? ahhahaha rajin angat~~

Kits
-facewash brush
benda ni boleh dapatkan kat daiso, lima ringgit je. Bila pakai brush , ok sikit. Dia akan reach pore pore kita. Kalau pakai tangan , dia macam tak reach pore pore kita( rasanya) hahah so black head pon boleh dihilangkan ( gituww ahhaha)

Diet

Sebab aku naik jerawat mostly sebab pemakanan rasanya. jerawat yang naik tu, dia from within , i mean not in the surface. Aku memang selalu poke jerawat, selalu tak kan ada parut, tapi haritu bila poke je dia tinggalkan parut pulak, maksudnya dia link to the blood vessels la. Tu jadi hitam .

kebetulan aku memang nak diet , banyak diet aku cuba. tapi jerawat makin hilang bila aku buat water fast diet ni.

Ramai selalunya, kat youtube kalau bagi review pasal water fast, benda yg immediate dieorang nampak ialah skin diorang makin cantik. Aku tak la buat water fast 100% but aku cuba minum banyak air  dalam masa satu hari, ( kindda water fast ahah) .

Satu lagi, jangan makan benda berminyak. Like seriously. Aku tak tau nak explain benda ni scientific ly but benda minyak memang associate to jerawat.

Tips deal dengan jerawat

1. Jangan picit ( but i do picit but dont picit )

Bila picit , nanti dia meninggalkan parut, so x payahla picit. Tapi geramkan? erm. Housemate kadang buat yang bawang putih sapu kat jerawat nak naik. Mungkin anda semua should try ahahah

2. Kalau dah berparut, pakailah kosmetik2 saya suggest ni. ehhehe

Sekadar itu jela, ini semua berdasarkan pengalaman aku. Aku try itu ini, Beli produk ni la. PErgi Murad la ( habis duit aku). Stress la jugak time ade jerawatkan sebab selama ni tak ada pon jerawat sangat. Kalau all these thing tak jadi jugak, jangan putus asa, kadang Allah nak tengok usaha ( ekeke) , doa banyak2 then insyallah. Apa lah sangat sebenarnya ada muka flawless ni, kita jumpa Allah , Allah tengok hati kan ( gituw) tapi kadang issue bila teruk sangat muka,  hilang confident pulak bila jumpa masyarakat lepas tu low self esteem ,  lepas tu hidup tak gembira. Jadi, usaha la pada kadarnya.

Jadi teruskan usaha, cari pelbagai iktiar, tengok utube, tengok review2 orang kat internet . Jangan cuba sebarangan produk( especially produk murah) , takut makin teruk pulak. so yeaahhh itu jela, ok byeee~~

Yang floless ( bajet),
Adila









Thursday, June 23, 2016

Nikmat bersahabat

Assalamualaikum,

salam sejahtera, kepada anda semua~~~ ( mesti korang tak pernah dengar kan lagu tu)
hehok

Baru balik sembahyang teraweh
lately ni, nak dipendekkan cerita, aku selalu lepak masjid, teraweh kat masjid,
then aku lepak dengan kawan2, buka sama,
then ada sorang kawan aku ni , dia kene tadarus, die mintak la aku check bacaan dia ( sedangkan aku bace pon hampeh! haha tapi check je la dengan ilmu bacaan aku yg ngokngek ni.

Masa time bace2 tu, i felt like Ya Allah,
sungguh baik Tuhan dengan diri aku.

aku dan kawan aku.
kami di masjid.
baca alquran sama2.
dan sorang kawan lagi baring disebelah aku,
kemudian kami sama2 baca alquran,
baca tafsir.
subhanallah
sungguh nikmat persahabatan sebegini.
kami masing masing mencari Allah, berlari kepada Allah.
membaca ayat Allah. Kami mahukan mu Ya Allah

YA ALLAH, aku sangat bersyukur Allah,
kau pilih aku, kau pilih kawan2 yang baik disamping aku.

satu saat nanti di akhirat, seorang anak akan melupakan ibu, bapanya,
ibu bapa pun akan melupakan anak2nya,
yang kekel ialah perhubungan semata-mata kerana Allah, untuk Allah

Alhamdulillah ya Allah,
sebanyak mana pun aku cuba ungkapkan perasaan aku ni,
rasa nikmat tu ( sedap tu) hanya hati ini yang bisa bicara, bukanlah mulutku

semoga kau kekalkan aku dalam agama mu Ya Allah,
sentiasa perulih hidayah dari Mu
dan dapat berjumpa dengan Mu,
bersama keluarga dan sahabat2 ku, insyallah


itu je la,
wassalam

Yang rindu,
Adila

Monday, June 20, 2016

Being me

Assalamualaikum,

Bak kata kak usrah, 
Kalau kita tak boleh buat kebaikan untuk agama, buatlah kebaikan untuk diri sendiri. Insyallah kak, saya akan usaha ikut nasihat akak. 

Mood moody2 petang ni. Baru jumpa lecturer sebab fail oral patho. I dont blame anyone except myself. 

Aku akan berusaha!!!!!!! Yang penting usaha! Usaha! 

Result rezeki .

Aku kadang penat dengan expectation. I know , the more intelligent, the more extrovert , the more skills you are, people (mostly lecturers) are likely gonna love you. 

Depress when you are 360 out of that definition. 

Hurm. I used to blame myself for not being the favorite one, but i am accepting the fact that i am not going to be all that. I am going to be me. Me.

 Me that is not you, not them. Just me. The plain me. The boring me. The ugly and stupid me.

Azam nak jadi uwais alqorni. Seberusaha dia menyembunyikan dirinya, dan amalannya dibumi ini, kerana ikhlas kerana Allah. Baiklah. Insyallah amin3

Selagi maut tidak dikerongkong, aku tidak akan meletihkan diriku dan terus di jalan Allah. Biar kalah otak, jangan kalah usaha. Amin3

Yang berusaha, 
Adila

Monday, June 6, 2016

Move on

Assalamualaikum ,

Baru je habis tengok satu video Dr Asri.

Alhamdulillah Allah pilih aku untuk masuk bulan Ramadhan,
alhamdulillah.

Rasa emo lately.
Masih ingat lagi doa doa yang aku doakan setiap ramadhan,
ramadhan sebelum2 ni.
semua doa Allah makbulkan.
even if Allah tak makbulkan, i know its the best for me.

MEmang manusia selalu menzalimi diri sendiri,
aku pon sama .
i pray to God supaya " if it is bad for me, palingkan dia, dan palingkan aku"
but here i am, still cant moving on.

Zalim,
Sakit pada masa yang sama.
kerana kehendak aku sendiri.

Kadang aku takut dengan masa depan, malah takut hendak membuat keputusan,
tapi bukankah aku sepatutnya lebih pandai mengawal keadaan?
setelah banyak peristiwa berlaku kepada aku?
mungkin aku masih tak cukup matang untuk belajar dari masa lalu.

Ya Allah,
rezekikan lah aku untuk terus berdoa,
terus meminta

erm

bye




Wednesday, May 25, 2016

Accepting the past

Assalamualaikum,

nak citer apa ha?
well...

setiap individu ada kisah silam masing2,
sama ada buruk atau baik,
hakikatnya, masa silam akan tetap sesuatu yang xboleh diubah
benda yang dah berlaku.

begitu juga dengan aku.
i have my own story

Aku tak tahu sejak bila,
inside my mind , aku ada idea of forgetting my past,
just because my past was not really good, jahilliyah tentang agama, not because i said so, but because someone else said that.


alhamdulillahla, memangla xde sampai bunuh orang,
but if you compare your past with people yang berbackgroundkan  yang keluarga yang baik since chilhood, i would be the one yang  sungguh rough patches. Yang hitam legam itu. haha

but recently i learnt something.
that i dont have to forget my past,
i should embrace it.

to be able to mention all my mistakes,
to accept that its okay for me to make each mistakes,
make me appreciate life better.

just yesterday,
i made a confession to a guy.
lelaki yang aku sendiri cuba lupakan,
tak tegur selama ni, just because i think dia adalah dari masa silam aku yang gelap,
akhirnya, aku mengaku apa yang sebenarnya aku rase,
and i feel freeeee now ahhhaa
finally i dont have to run nomore huhuh

Aku tahu,
sepanjang hidup aku,
bila kenal dakwah dan tarbiyah,
orang sekeliling malah diri aku sendiri seolah rush nak menjadi baik,
rush nak berubah jadi singa,
rush nak keluar dari kepompong jahilliyah

tapi satu benda yang pasti,
perubahan perlukan masa
dan masa yang diperlukan berbeza2 untuk setiap individu
dan bagi aku, aku perlukan masa yang sangat panjang untuk mengerti
malah aku masih dalam proses untuk mengerti
dan perjalanan ni akan terhenti bila aku mati

its like achivement unlocked.
i dont want to run no more.
i want to face it.
thanks to a guy that teach me ( a friend)

i am not doing this for anyone,
im doing for myself,
thanks Allah,
for giving so much blessing,
i love you heheh.
itu je la,

Yang masih bernafas,
adila










Monday, May 23, 2016

Menjadi diri sendiri

Assalamualaikum,

Among the main reason aku tulis blog, sebab aku ada opinion aku sendiri. Sama ada orang setuju atau tidak, i dont really care ( i care actually, but well... Hahha) 

I was talking to someone today, and dia cerita dia pindah banyak sekolah and universiti. Dalam hati aku, he must be really really being himself. If situation doesnt fit him, he moves to somewhere. Is it good? Good and bad. Tapi saya hormati keputusan dia. He knows what he is up too. 

I was talking to someone today, and she asked opinion about her spek( cermin mata). Later she said "aku tak kisah orang suke ke tak, janji aku suka". She was firm. I was mesmerized. Wow. Such a confident girl. 

Aku lately having banyak contemplating moments. 
The words that i said
The words that I did not say
What people did 
What i wish i did 

Setan semua ni hahha

I appreaciate failures lately,
Malah sekarang pon , aku kat rumah (seremban) sebab kecuaian aku,
But im cherish it every single minutes
Insyallah, there are always blessing in everything that had happen  
Alhamdulillah.

Sometimes, all we need to do is to listen more. 
Listen to understand, not to reply. 
People dont need advice sometimes, people need companion.
Companion comes when you are able to listen and understand. 
We are not the same. Its individual. Now and always. 

I wish i could tell you this, 
I wish i could tell you i want to get to know you more. I wish erm... 

Well gudnite folk, i need to sleep... Makin merapu aku. Hormone imbalance sangat.. Haha

Assalamulaikum












Sunday, April 24, 2016

I am gonna be somebody insyallah

Asalamualaikum,

well last week, ada student conference final year. Oklah
Aku jadi semangat nak buat research!
tapi ahhh malasnya nak present depan orang ramai.
argggg.

Aku sejak masuk 3rd year ni, bukan main aku semangat nak buat Master bagai.
aku nak jadi specialist la yang pasti,
tapi x sure dalam bidang apa lagi
tak nak jadi biase biase.. ermm
hehhehehe

Kalau boleh nak jadi big big people in dentistry,
ewah,
bukan nyer nak berlagak or nak kuasa,
aku rasa nak menyumbang kepada masyarakat
setelah beribu duit rakyat ke aku.

lepas tu , aku bace cerita sis ni,
yang jual kuih lepas kawen walaupon ade master oversea,
seram pulak aku
aku tak nak macam tu.

erm entahlah.
semoga aku kuat untuk teruskan usha/niat aku ni
insyallah
majulah ummmah untuk islam hehehhehe


hoooooooooooooooooooooo
tak sabar nak pergi penang ehhehehe
giler punya budak
dah nak exam , merayau pulak ehoohoh

yang gilo,
adila


Sunday, April 17, 2016

Apa jadi andai saya berkata tidak?

Assalamualaikum ,

kenal diri, maka insyalah kita akan kenal Tuhan.
Alhamdulillah dengan segala rezeki dan nikmat yang banyak Allah telah berikan kat aku,
Alhamdulillah.

Sejak dua menjak ni, aku selalu jugak berfikir.
Aku selalu dikelilingi orang2 yang ingin meminta tolong aku.
AKu bersyukur, sekurang2nya aku masih diberikan peluang untuk menolong orang.
tapi ada kalanya, aku pun dalam keadaan susah/sulit untuk tolong orang lain.

Tapi AKU TIDAK PANDAI UNTUK BERKATA TIDAK.

kadang, aku bukan tak nak tolong , aku boleh tolong tapi aku tak suka si peminta tolong.
Aku menyampah. Aku tak nak tolong dia.
tapi bila aku ingat aku menolong kerana Allah, hati ni seolah terpujuk.
"insyallah , Allah akan tolong aku pulak nanti" _-monolog hamba yang  inginkan balasan dari Tuhannya. Kenapalah aku jadi hamba yang ingin meraih balasan... errrmm

banyak lagi yang aku fikirkan dan ingin perkatakan,
tapi terlalu lemas untuk diterjemahkan kepada suatu penulisan.
Jadi, Biarlah!

Yang terpikir,
Nur Adila



Wednesday, April 13, 2016

Stress

Assalamualaikum,

 Hai kawan2.!!! Sihat ke? Saya Alhamdulillah sihat hehhe

So apa citer saya harini? 

Harini aku nak buat confession lah hahah

Sebenarnya dari bulan March haritu aku start dieting. To be honest, aku rasa aku kena reject by one guy because aku ni x lawa dan kurus. Hahahaha tapi xsure la sangkaan aku ni betul ke idok but aku percaya naluri perempuan aku. Ewah hahahaha

I am working hard, hari hari timbang berat, and yeah , i did lose like a lot for one month( 40 days) punya diet but i was  not really happy with my self. 

I went to my class today, 
Lepas tu aku mengadu kat kawan , aku kata aku nausea and headache
Then dia kata 
"Aku tahu kenape! Sebab ko xmakan"
( since most of people know that im dieting)

and 11.15 i was out of collage, heading back home,  ( after beli panadol and nasi lauk) , bukak puasa tengah hari, makan and telan panadol. Then , baring atas katil sambil mengerang kesakitan sorang2. Before i finally asleeep( sebab headache sangat), aku ingat aku sebut "sakit, argg sakit "

I woke up in between , sebab nak sembahyang then i went to sleep again sampaila pukul 630 pm. 
Satu hari skip class. 

apa kaitan dengan berat dengan pening?

Frankly speaking, aku dah puasa 5 hari seminggu dalam 5 minggu kot. Aku macam gila nak kurus sangat. I thought it would be ok. Dan aku tahu headache aku tu sebab aku  hypoglycemic. First symptom memang headache selalunya. Otak tak cukup glucose kot hahaha

Satu lagi, aku puasa bukan la sebab nak kurus pon sebenarnya. Aku rasa aku dah buat naya kat badan aku lama dah. Makan tak beringat. Lagi pon , aku ni jarang zikir, puasa la jugak dengan harapan Allah berkati hari aku ni ( diam umpama zikir ketika puasa), and aku pon dah lama tak buat amalan kerana Allah( sebab puasa kan Allah sendiri yang bagi ganjaran hehe)


Sedarlah aku, aku dah go extreme sangat dengan weight loss ni. Tapi sebenarnya aku selalu je cheat makan. Tak ade la x makan. 

Then, aku tengok ted talk. Barulah aku sedar. Instead of hapuskan appetite aku, i should control it . Work with it. 

Lepas dah turun banyak, berat lepas tu susah nak turun dah. Menyebabkan aku makin stress. Level cortisol pon tinggi. Tu  menyebabkan aku susah nak turun lagi berat kot. Haha

Lepas dah jadi macam ni, oklah. Aku akan berusaha diet sihat sikit . We'll see about it. Mindset aku dah x betul selama ni.:
I have been a girl that put my (life) value  based on the number on the scale lately

Sebab tu la aku meroyan macam ni.  I need to destress myself. 

 for sure, aku dah lupa pon reason why i started diet2 ni. Mula2 sebab rejection tu but lama-lama its kindda feel good bila badan dah ringan sikit but its no longer for the rejection la. 

I should see myself in a good way from now on. :) gambatte!!! Stop buat kerja gila dilaaa!!!!!


P/s; sedap betul lauk tengah hari tadi hehee

Yang berusaha,
Adila


Sunday, April 10, 2016

Nafsu

Assalamualaikum, 

Apa khabar kawan kawan, 

Tundukkan playboy itu?, 
Tundukkan nafsu aku sendiri lebih baik, dengan menjauhkan diri dari yang haram    

Well , sebab kene marah asyik cakap pasal lelaki, 
Aku pon sembur balik seseorang.
Aku ni memang cepat naik angin. 

Rasa jelous menyelinap juga harini.
Tu la, sapa suruh suka pada yang bukan hak.

Aku berusaha insyallah,
Untuk lebih menjaga batas, agar cemburu buta aku ni tak terbawa2
 
Aku akan berusaha dapat PhD
PhD untuk ummah, 

Boleh tak nak duk oversea, 
Just so i can have jemaah, 
So happy, berukhwah dulu

Aku rebel lagi, 
Keluar usrah

Aku nampak ade buku ukti bagi ukti, 
Aku pun nak buku tu jugak, 
Takperla, 
Ill just have to take care of myself from now, 
Insyallah hehehehe

Allah sentiasa ada, 
Insyallah, 
Aku akan berusaha ! 
Doakan saya 

Yang ngantok, 
Adila

Wednesday, March 23, 2016

Update March 2016

Assalamualaikum,

tidur malam, terjaga malam buta2 ni,
hati ni tak senang ,
seolah rindu,
seolah mencari,
tapi kenapa aku masih berdegil,
seolah aku tiada tujuan hidup
Allah.

Saat banyak kerja perlu dilakukan, saat itulah aku tak ada motivasi nak buat kerja
willpower tak ada,
memandang kiri dan kanan,
mencari alasan,
mencari sebab untuk buat,
akhirnya,
aku la'go.

Dibuai nafsu, nafsu dan nafsu,
ingin melihat melihat dan melihat,
ingin memandang dan terus memandang,
mengharapkan sesuatu yang tidak pasti,
kalau begitu pasti pun, jadinya apa?

Aku bersedih terlalu lama,
setiap hari perasaan ni memakan diri ku sendiri,
ada namun tiada sebenarnya,
ya Allah palingkanlah akuu
aku dah tak larat

Semoga esok lagi baik dari hariini,
dan aku bertambah ceria,
bahagia dengan kehendak tuhan,
tenang dalam rahmatnya,

wassalam,

Yang serabut,
Adila




Friday, March 4, 2016

Precious

Assalamualaikum, 

Hai babes and guys.

One point dalam hidup aku,
Aku selalu rasa aku ni selfless,
Because I barely say no to people
But to he honest,
I am so selfish and self center actually

I have 2 weeks holiday which one week, 
I spent with family, 
Second week, i was all alone,
Just cherishmyself 

All by myself,
I went to the beach
I went to majlis ilmu,
Went to the gym, 
Went to the mall,
Went to the book fest alone,
All by myself

I just love being alone,
I feel like a selfish because i did not went home , just be with family,
Cause i dont know,i feel like a burden sometimes, and then i gonna just sit there,
And no nothing

I love everyone. 
I love myself too. 

I dont have to justify myself anyway 
I will do what i want to do

Bye





Wednesday, March 2, 2016

Heartbroken again

Assalamualaikum,

Bismillah,
Alhamdulillah,

Hehehe 

To be honest,
I got rejected again( i think so) hahha
But im so much happy now. 

I was thinking and thinking and thinking,
Selama ni aku jarang berdoa untuk dapat jodoh baik. 
Insyallah, ana akan berusaha berdoa ( ehek3) 

Im starting to go gym, already losing like 2 kg in 2 days Ahak3
Will try harder next time, each day.

Too much expectation will break you into pieces,
When you dont get them, 
Completely shattered,
It was my fault from the beginning pun

Harapla boleh kurus, boleh sihat,

Patutlah ade orang nak berjaya to beat others, 
Now i know.
Rebound. 


Allah,
Lillahitaala, hehhe
Oklah 

Wasalam



Tuesday, February 23, 2016

Relationship

Assalamualaikum ,
yo waddup !

Dulu masa kecik2, masa sekolah menengah lower form, aku suka giler baca buku motivasi. its somehow help me and i like benda2 psychology ni. Pernah jugak nak jadi kaunselor dulu. Sekarang pun still nak jadi kaunselor but bukan main interest la. Dentistry still dihati. hehehe

Sejak dulu, aku memang suka benda pasal perhubungan manusia and alam, alam dan manusia, manusia dan manusia. Bila dah besar ni, rasa lah jugak macam nak jadi antropologist, mungkin aku patut specialize in Community Dentistry Kahkahkah. mungkin mungkin.

Tak habis habislah. Asal masuk Fb je pasal relationship. Pasal wedding, pelamin punya post pun nak masuk timeline aku. Aku bukannya marah ke hapa, aku pulak rasa nak kawen kan. hehehe. tapi taklah desperate sedesperate waktu usia aku 20 haritu. Haritu tau. Semalam pun aku bukak ceramah kat utube, ustad suruh wanita cepat2 kawen.

Bunyinya macam, perempuan kalau tak ada keperluan, eloknya kawen. imam Ibnu tamiyyah ( contohnya) tak kawen ada hasil( maksudnya ada kitab2 , belajar ilmu, menyampaikan)> Kamu ni hasilnya apa? . aduuyaii. Pedih ayat ustad ni. Sakitnya disini ustad. aduh. Serious sakit hahha.

Aku bukan tak nak kawen  but i did once thinking of not getting married. Ialah aku ni anak last, ank perempuan, Aku lah yang kene jaga mak ayah bila depa dah tua. Tapi aku tahu mak ayah aku pun nak cepat2 lepas kan aku but u know. Tadi tengok citer fustabiuni kat Alhijrah. adoi lagilah.

Allah swt telah berfirman: “Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu semua mencintai Allah maka ikutlah aku (Nabi Muhammad), nescaya Allah swt akan mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani”. (Surah Ali Imran :31).
Lagi berat bila aku dengar tadi kat Tv. Nak kawen, nak jugak ikut sunnah nabi. erm
Berat betul hati ni rasa.

Kadang2 aku fikir selama ni aku macam free nak mampus pun ada. hahah Bukanlah gi party ke hapa. Mana2 aku pergi, pergi soranglah. Dulu time kat India lagilah. Pergi holiday/cuti dengan segroup perempuan. Tak ada mahram. Rasa lah jugak salahnya tapi sebab nak cuti kan. Sekali fikir, nak jugak ade laki ke kan , laki pun seketul dua. 

Sekarang pun, rasa jugak beban bila tak ade lelaki nak tolong. Last time, kete kawan perempuan stuck, xde laki pun nak tolong ( ialah, perempuan xtahu ape benda pasal car , salah perempuan la)   . LAst time pun, kotak 10 nak kene angkat, xde sapa pun nak tolong, diri sendiri jelah. Kalau fikir ade lelaki a.k.a pakwe ke boleh lah tolongkan hehehe. Payah jugak he tak ade laki. Tapi alhamdulillah la. Allah bagi aku ni, big muscle and fats yang a lot ni so like aku tak adelah harapkan lelaki sangat. Kawan perempuan pun harapkan aku la. ( ok sebab aku yang xnak dieorang count sangat dgn lelaki ) hhaa Cet!

Kita semua memang saling memerlukan. Tak payah la nak girls who run the world. Terkedek aku!! ahhaa

Lately ni, aku macam asyik tengok video pasal relationship. Kenapa? entahlah. Aku pun dah usia sepatutnya mencari pasangan. Bukan tak cari, asyik kene reject je. Sampai buat orang lari! haha padan muka!

Aku borak dengan abang aku last week. Dia kata relationship ni ada banyak jenis. Ada setengah orang kene kawan2 dulu. Aku pun rasa aku kene buat benda yang sama. At least 2 3 years kenal baru la leh kawen dengan dia. Then issue bercinta lepas nikah datang. Bercinta dan berkawan benda yang berbeza bagi pendapat aku. Kawan tu as in ko treat her/him like your classmate la. Tak payah lah cakap benda yang romantik2. tu bercinta ngek. hahah Tapi ini definisi aku lah. 

Sekali fikir lah kan, kata nak kawen for like 30, 20 years,  takkan kenal like 3 months je. ( ada je orang boleh buat mcm tu , aku je yang gedik2  tak nak ahaha). Lain orang lain lah caranya. LAst time aku dengar sorang pakcik ni, jumpa kat JPJ , seminggu lepas tu kawen mak ai. hebat.
Mungkin bila aku dah 30 35 40 ke kan, mungkinlah aku prefer idea terus kawen ni. Aku pun dah lowerkan standard aku kot ( tapi xnaklah). hahha Tapi x kisahlah, andai jodoh itu pilihan Allah untuk aku, aku sudi aje.... hehehe

Issue kawen muda ni pun satu. Ramai orang kawen muda then promote kawen muda. Bukan ak xnak, dah bukan rezeki aku . hahha. Pompang pongpang kata nikmat kawen muda ni best. Rezeki ko boleh lah ko cakap macam tu. Ko ingat aku xnak ke? hahah Please stop this madness. Aku suka ayat sorang ni

" tiada istilah kawen muda,or kawen tua. Kita kahwin bila Allah tentukan jodohnya". ewah. Sejuk hati aku sikit. 

Tak kisahlah. Allah janji semuanya akan berpasangan. Mungkin didunia, mungkin tak didunia, di akhirat sana. Bersangka baiklah dengan Allah. Pasti ada insyallah. 

Nabi kata, kawen ni menyempurnakan agama. Yes it is. Sementara nak menyempurnakan agama ni, aku nak menyempurnakan separuh agama aku sendiri ni. hahah Tapi kalau berkesempatan nak kawen, ( bagi sesiapa yang baca ni) , bernikahlah anda. Kadang orang kata biar betul2 ready. BAgi pendapat aku, susah nak cari indicator that you truly ready. Kawen bukanlah benda mudah but dont make or think it is too difficult to handle. As long as you have the right intention, learn or have preparation , then insyallah you can manage it. 

Last time Prof Norliza cakap "kamu tahu dentistry ni benda susah, stress yet you still took it, sapa suruh". I agree dengan point dia but i did not take dentistry because it is a stressful, i took it because i like the prospective and the works. I like how it make me able to talk and give mybest advice ( regarding oral health) to people out there, help them. only after i took it i knew how stressful this field is and i learn and still learn how to manage and overcome the stress and fear in this career.

i mean ,marriage could be like that. I think so. AHAHAH

TIME. Somehow, it is important element in your life. In friendship, you really know someone when you spent time with them. you fight with them , argue. Bila diimbas kembali friendship aku dengan kawan2, i do really really think that i need to get married with my best friend. Like daaaa. hahaha

i need someone that truly accept me as i am. i need him to know my flawsssssss than only he can marry me. Aku nak dia tengok baik buruk aku , kalau dia still choose aku, ok then. Mungkin sebab aku rasa mostly people who knew me from surface would think i am such a nice and lovely, deep deep inside, i am 100% rough patches! A lot of scars, and you can only see it when you stay with me. 

Sometimes, all these facts about me are scary ( for myself) because i know myself and i knew what i want. there's no point of denying it . I try my best to get something in the way i want things to go but andai Allah ada different takdir untuk aku, Aku redha ya Allah. 

I can write more. tapi dah malam and aku pun penat ni ha. so like yeah. Aku pun in proses mematangkan diri and proses mengenal agama and Allah. My opinion will change in minutes and days. So like setakat ni, inilah hasil pemikiran aku. Semoga Allah beri kebaikan kepada mereka2 yang lost, and memberi hidayah buat mereka2  (and aku )yang keliru, and blind dari ilmu yang ultimate truth. Insyallah, see you next time. bye bye 

Adila
24/02/2016






Update February 2016

Assalamualaikum,
hai awok awok semua.

Cet! baru aku perasan.
post 2016 baru satu!
haiyoo!!
hahahaha
nak masuk bulan 3 dah.
ok la oklah

aku update ni.

So like nothing new about me,
rare kan?
perempuan kan banyak benda nak update,
bile dah lama sangat tak update macam ni lah,
benda yang banyak nak citer , singkatkan, sebab malas
"tak ada apa" heheh

So like aku still in third year dentistry kat MMMC ni,
baru habis exam block 2,
exam macamane? walamakk
Dr Ranjith tanya aku how was the exam pulak kat class,
"bad". hahah
laju giler slide tukar,
aku tak sempat nak jawab pun.

" if you running around the bush, you fill find it difficult!"
cet!
ambik ko!
memang betul pun hahaha

cuti dua minggu,
goyang kaki,
khamis nak balik Melaka sebab bosan lah duk rumah

ha
tu je kot.
alhamdulillah saya sihat ,
family pun sihat
part time nanny kat rumah ni,
jaga sophia heehe

oklah,
nak buat post lain heheh
Assalamualaikum



Wednesday, February 10, 2016

Update

Assalamualaikum kawan2,

Awak sihat ke?
heheheh

Saya sihat alhamdulillah.

Maafkan saya sebab abaikan blogger ni.
been busy with a lof of stuff
you must no longer love me anymorekan.....

There was a wise man  said
" yang cepat mematikan cinta bukan pergaduhan, marah2, TETAPI  pengabaian"
mungkin betul kata2 lelaki ni.
Make me wonder about my existence and people around me.

yes,
aku dah banyak abaikan orang sekeliling aku,
dulu kini hopefully not in future,
i need to take care of them now,
no more pengabaian
insyallah

i dont know what future bring( ewah mcm lagu)

Sometimes, we love someone,
we take care of them,
yet kita diabaikan,
mungkin saja kita masih lagi kurang ikhlas,
or we are not they priority

it is easy to say "just move away from them",
and it is hard to do,
but belajarlah menjadi ikhlas,
Allah will love us for that.

If it is a guy, ( someone you love)
may be u should walk away,
its hard, but worth it.

Ok lah
itulah saja,
mahu study,
exam nak datang, doakan saya hehehe

Yang merepek merapu malas bace buku,
adila