Wednesday, July 20, 2016

Kesayangan

Assalamualaikum, and hi,

Harini hari yang memerlukan aku membuat keputusan yang penting( nampak tak aku tak banyak kosa kata menarik dalam hidup aku?). Hari dimana ( oii salah tatabahasa!!) . OK OK. Mahu kena pelangkung dengan Cikgu Aina kalau dia tahu aku salah tatabahasa. Sambung balik.  Aku bukan jenis bagi nama, namun aku pernah berbicara dengan Cik Raudhah mengenai isu bagi nama ni.

Raudhah: Ko bagi lah nama kat barang-barang ko ( baca: ko , bukan kau). Bear kau ni tak ada nama ke? Nabi selalu bagi nama tau kat barang2 kepunyaan Baginda( skema sikit)
Adila: aku tak tau la nak bagi nama apa..
R: apa kata kau bagi name dia JEMAH
A: Ha ... okla tu

Haritu tanya apa nama kucing Raudhah

A: kucing ko tu apa nama
R: entah la wei, dia tak ade nama
A: eh ko bagilah nama..
( malam or esoknya, RAudhah kembali dengan jawapan)

R: aku dah tanya dah akak aku, nama kucing aku Mie
A: habis tu nama penuh dia apa? Rahimi?
R: entahla wei.hahah

( malam atau esoknya, Raudhah masih bercerita tentang kucingnya)
R: akak aku cakap nama dia Suhaimi
A: Asal akak ko yang decide nama apa kucing ko? ahha

Berbalik kepada "kesayangan"aku. Kesayangan aku tidak lain tidak bukan hanyalah sebuah printer. Aku adalah sebuah printer ( acerr karangan autograf gituu) wakakaak.

Apa agaknya kalu printer aku boleh bercakap yer?

Aku adalah sebuah printer ( bahasa melayu ape hek tuk printer). Aku tidak pasti dimana aku dilahirkan namun yang aku tahu aku telah dibawa pulang oleh seorang gadis yang bercita-cita tinggi dan cantik sekali( ehem)

Aku kemudiannya dibawa kesebuah bangunan. Aku diletakkan dibawah meja belajar dimana, kadang kala tuanku ini akan meletakkan kakinya di atas badan aku. ( kuang ajor punya tuan!). Aku tidak tahu bagaiman akan ku berkhidmat kepada tuan ku, namun  aku berjanji, aku akan sentiasa menemani tuanku.

Sejak hari itu, aku sentiasa digunakan .Pada waktu petang, pagi, hujung minggu. Aku me"print" laporan-laporan yang aku sendiri tidak ketahui makna-makna laporan tersebut. Kerana terlalu kerap digunakan, aku kadang-kadang termuntah2, malah aku mengalami siri constipation a.k.a kertas akan tersangkut di dalam badanku ini. OH,sungguh perit kehidupan ku saban hari bersama tuanku ini. Kadang kala , aku mahu berhenti sahaja dan membunuh diri ku sendiri tapi aku tahu tuanku sangat memerlukanku.

Aku kadangkala sungguh bengang dengan tuanku ini. Sudahlah dia selalu membazir kertas. Kesalahan yang hanya di satu muka surat, namun beliau akan meng"print" kan seluruh laporan tersebut. Tuanku ini sangatlah suka membazir.

Aku juga terpaksa melayan kerenahnya yang suka memprint secara tergesa-gesa pada pagi hari. Hal ini kerana beliau mahu mengantar laporan pada pagi itu juga!.

Aku juga tidak selalu ngam bersama komputer riba yang digunakan oleh tuanku. Komputer riba selalu pengsan secara tiba-tiba , dan hal ini menyebab kan aku tersangkut-sangkut.

Sungguh banyak kenangan aku bersama tuanku. Setelah tuanku tamat pelajarannya, aku kemudiannya dibawa pulang ke sebuah rumah. Aku kemudiannya tidak lagi digunakan. Aku tidak lagi melihat tuanku. Aku menjadi kering dan aku sedih.

2 tahun telah berlalu...

Tiba-tiba, aku terasa badan ku dipegang oleh seseorang. Tangan yang sama yang membawa aku ke sebuah bangunan dulu. Tangan itu meraba badanku, membuang habuk di kelilingku. Tangan itu membawa aku masuk kedalam sebuah kenderaan. Kemudian, aku dibawa masuk ke dalam satu rumah. Lama aku dibiarkan dibawah ( ku kira) katil.

Tidak lama selepas itu, aku dibawa ke sebuah kedai. Lama aku disitu, seminggu tapi aku tidak dibaiki disitu. Aku sangat gembira apabila tuanku datang mengambil ku kembali.

Aku kemudiannya dibawa pula ke satu kedai yang lain. Badan ku diperiksa. Ketahuilah aku, bahawa aku sakit merupanya. Saat itu, aku melihat tuanku.

PAkcik repair: printer ni rosak ni, kene tukar catridge, dalam RM 150
Tuanku: iyer ke? ermm kejap he , saya fikir.... sebab 150 tu macam harga printer baru dah..

Masih dapat ku lihat raut wajah tuanku. Tuanku memandang diriku begitu lama. Aku tahu aku sudah lama. Aku tidak diperlukan lagi. Tidak kah kau ingat betapa kita mesra suatu masa dahulu? tidakkah kau ingat aku yang dahulu selalu ada disampingmu? tidakkah kau ingat aku berada disisi mu saaat kau menangis, di nilai 3 paper report , mewakili kolej mu? tidakkah kau ingat, aku menemanmu dikala tiada siapa percaya akan mu dan menuduh dirimu dengan tuduhan yang kau sendiri tidak tahu asal usulnya? tidakkah kau ingat? ( masihkah kau ingatt... pada waktuu dulu~~~ masih kah kau ingat~~ masihkah kau ingat~~)

"ha oklah. pakcik repair je la mana patut"

Hampir luluh hatiku mendengar ucapan tuanku. Yaaa aku masih diperlukan. Yaaaa aku akan kembali dekat padamu.... ( betapa ku cinta padamu~~, katakanlah~~ ku cinta padamu~~~)
aku kemudiannya dibersihkan dan ditukar ganti perut ku. Aku kini kembali berfungsi.
KEmudiannya aku pon , dibawa pulang dan sedia untuk meneruskan khidmat aku.

Ha gitulah...

penatlah buat karangan ni,
oklah, sat gi aku tulis karangan lain. ekekkekeke
bye~~~

Yang mengunyah,
Adila gendot



No comments:

Post a Comment