Thursday, July 28, 2016

Tak malu

Assalamualaikum,

Aku ni datang dari keluarga yang not really expressive. Bab marah expressive la, kalau syg , tak pernah la ucap. 

Aku perasan ade satu minah ni, berniqob tapi bukan main tayang dia dengan laki dia..

Aku bukan jeles, tapi aku pulak malu.
Dia peluk2 laki dia , tayang kat insta

Tak paham aku. Bukankah niqobb tu untuk mengelak pandangan org. Lepas tu tayang kemesraan kat insta, ko nak apa sebenarnya ni? Ko nak sembunyi tapi sembunyi depan2 orang ke? Hahaha kan dah kene!!

Aku memang asyik nak marah lately. Jerawat pon naik kat muke aku. Nampak sangat hormon aku xstabil. Err pernah ke dia stabil? Ahhaha

Laki bini punya urusan, dalam rumah dah la. Geli la . 

Aku tak benci orangnya. Aku kureng suka perbuatan yang publicly showing affection ni. Sepak kang haaaa 


Harini hari jumaat . No emo please ahhaha okla bye!! 

Pengajaran

Assalamulaikum,

Semalam aku tengok memoir of Geisha, petang tu tengok sayangku Kapten Mukhriz

Aku admitla, aku fed up tengok cter melayu ni. Malu pulak aku rase. Aku kureng suka perwatakan heroin. 

Heroin dia suka kapten ( hero). Oklah fine. Tapi hengeh sangatla. Kau perempuan, kau tak malu ke?. Aku pon pernah suka laki, aku cakap , tapi aku xdela nak paksa2 laki tu terima aku. Okla fine, aku paksa lah sikit tapi lelebih ni xla. Aku ada mak ayah kot. Dieorang pon malu kot kalu aku ni terkinja-kinja haruk nak kat laki. Woi kamon. Doktor pulak tu. Sepak sat g baru tahu. 

Aku xpernah tengok Citer Geisha ni. Kat rumah tak lepas punya. 18sx haha aku ni 23 pon x lepas la nak tengok benda ni. Dah kawen baru aku lepas kot nak tengok ( pada pandangan mak ayah aku)

Aku suka la jugak citer Geisha ni.
How love make you growth. How you become when you love someone. Kekekke

Malas nak citer storyline dia, but that girl work so hard to become a Geisha. 
Motivasi sikit aku nengok citer ni. Xlah bosan tengok orang hengeh hahah. 
She do anything to be a great Geisha. I should become like her. 

Ending dia , dia tahu lah yg orang dia suka, suka kat dia jugak. Aku pon rase nak leleh. 

Patutla orang cakap, rezeki kalau kawen dgn orang yang kita suka. Its among beautiful things to happen in life.

Macam orang nak iphone , dapat iphone.Mestilah  happy iyer dok?

Tapi bukan semua kita nak baik tuk kita. 
Macam dalam Al Quran. Boleh jadi benda yang kita rasa baik,  tak baik tuk kita. Hidup ini indah bila kita serahkan takdir pada Allah. Mana yang kita boleh usaha, kita usaha. Rezeki Allah bagi. Insyallah lah. Teringat pulak kata pakcik aku "doa yang baik2" insyallah. 

Oklah. Wa chiow dulu,
Wassalam

Single

Assalamulaikum,

Harini aku perasan satu post,
A guy to his wife, which the wife once became  my roomate .

The guy was only 22. Dia explain how lucky he got her. Im happy for both.

Kawen, Allah janji akan beri ketenangan. 
Baca post tu buat aku rasa sekali how happy those yg kawen. Dah halal pun kan. Living together. 

Right now, since aku pon duk rumah. Aku rasa happy sebab dapat buat benda together. Aku start share barang, buat housework which barely buat sebab semua pon busy. Buat mana mampu je.

Esok nak gi jog and makan durian dengan housemate. Ehhehehe

Sebagai seorang wanita, naluri nak berkhahwin tu of course ade. Tengok orang, tengok sepupu erm. 
Tapi aku sedar, setiap orang ada keutamaan masing2. For now, aku kene belajar leklok. Forever a learner. Insyallah.

Kakwin nanti ade anak, nak kene jaga suami ( kenapa dia xleh jaga diri dia sendiri?) hahah. 

Aku xleh bayanglaa... Tapi whateverla. Aku kene bend wire ortho ni. Semoga allah menolong. Kekekeke

Ya Allah. Tetibe nak dengar qasidah pulak  
Okla byeee

Saturday, July 23, 2016

Kurus

Assalamulaikum 
I cant help my self from writting this one, 

I guess most people around me know that im on diet and striving to getkuruih,

And i said that im going to get alot more kuruih than im right now

"Ko ingat laki suka ke kurus2 sangat ni?"

No!i am not kuruih for men! Get lost!
Pergi mampuih!

Betapa sayangnya abang aku bila dia ungkap words tu. He knows i had work hard and im tired of all these dieting things

" some people are big bone dila" berkata Raudhah kepada ku.

Raudhah la yang banyak support. Dikala sedih, menangis, xde motivasi, she is always there

Perjalanan ni sudah jauh. I just should continue. Boleh adila!! Boleh!!



Okla tu je

Nanti sambung sikit lagi,
Bye bye

Thursday, July 21, 2016

Putus asa

Assalamualaikum,

Setelah beberapa bulan cuba untuk menguruskan badan..
aku makin hari makin give up

Aku bersenam bukannya hilang stress
makin stress adelah

Ayah , mak aku dua dua tight besar,
family aku semua tight besar,
sekarang aku cuba dapatkan tight kurus,
tahu tak letih ?

Harini aku sprint,
selalu aku jogging je,
semput aku jadinya,
selalu tiga round, tadi dua round je

nak kuruss.....

officially, aku tak dapat extraction case tahun ni,
baguslah..
Malas aku hahah

Malam pulak, aku gi bedal Abc and nasi goreng ayam,
stress aku!

Sampai malam ni aku sedih tanpa diketahui apa puncanya,
hati aku ni macam sedih ,
otak aku tak dapat figure out

Ya Allah,
Aku mohon Ya Allah,
Tight aku sungguh besar, rezekikanlah aku mendapat anak kembar, ( kekekek)
bagilah tight aku ni berguna
Semoga kau makbulkan doaku Ya Allah

ha oklah,

chioww!!
Adila


Wednesday, July 20, 2016

Unidentified sadness

Assalamualaikum,

aku rasa macam nak borak sekarang, tapi aku macam nak menyendiri ( ayat keling)
aku dari tadi rase macam sedih ,
tapi aku tak tau aku sedih pasai apa,
otak aku x sedih tapi hati aku ni sedih

aku macam tak ada tempat nak pergi,,
so aku lepak la sini,
sendiri, karang post sorang,
mereput kat sini

aku cuba fikirkan apa masalah aku,

1. mungkin akusedih sebab aku bakalan xdapat extraction case untuk year 3 ni. Fine. Sedih kot. orang lain dah 3 4 extraction , aku zero, posting lain jangan kata la.. ermm

2. adakah aku sedih sebab aku masih lagi belum dapat jodoh sedangkan ramai dah nak kawen or ade sahbat istimewa?

3. adakah aku sedih sebab aku rasa aku kene reject dan difriendzone kan. Aku memang degil. Raudhah selalu pesan jangan live in the past, tapi aku nak jugak live in the past, lepas tu sedih

4. adakah aku rasa aku hodoh sangat selama ni? tapi pagi tadi , akak aida kata aku flowless~~ ahahah

5. adakah aku sedih sebab Raudhah dah sibuk dengan exam?

6. adakah aku sedih sebab Sepupu nak kawen? eh kenape sedih? i think she get a pious guy. good for her. May Allah bless both of them

7. mungkin aku sedih sebab ortho aku lembab sangat sedangkan ramai dah nak habis dan dah habis

8. adakah aku sedih sebab berat aku tak turun2?

9. adakah aku sedih sebab tak ada sapa nak layan aku ? ke sebab semua orang dah grad, tapi aku terkedek2 lagi ni?

10. adakah aku sedih sebab aku tak macam orang lain, i mean pandai, pandai kemas dapor , pandai masak , pandai kemas rumah, cantikk.....

11. mungkin aku sedih sebab aku dah jauh dari Allah...

12. mungkin aku sedih aku dah tak buat amalan2 aku dulu..

13. mungkin aku sedih sebab aku mungkin tak kerja sebagai dentist....

14. mungkin sebab mak ayah aku dah tua, one day depa akan pergi.. dan aku juga

15. mungkin aku takut nak jumpa ALLah



Apa pon alasannya, aku malas la nak fikir,
MAri lah mengingati Allah , moga hati menjadi tenang

Wassalam,
adila

Kesayangan

Assalamualaikum, and hi,

Harini hari yang memerlukan aku membuat keputusan yang penting( nampak tak aku tak banyak kosa kata menarik dalam hidup aku?). Hari dimana ( oii salah tatabahasa!!) . OK OK. Mahu kena pelangkung dengan Cikgu Aina kalau dia tahu aku salah tatabahasa. Sambung balik.  Aku bukan jenis bagi nama, namun aku pernah berbicara dengan Cik Raudhah mengenai isu bagi nama ni.

Raudhah: Ko bagi lah nama kat barang-barang ko ( baca: ko , bukan kau). Bear kau ni tak ada nama ke? Nabi selalu bagi nama tau kat barang2 kepunyaan Baginda( skema sikit)
Adila: aku tak tau la nak bagi nama apa..
R: apa kata kau bagi name dia JEMAH
A: Ha ... okla tu

Haritu tanya apa nama kucing Raudhah

A: kucing ko tu apa nama
R: entah la wei, dia tak ade nama
A: eh ko bagilah nama..
( malam or esoknya, RAudhah kembali dengan jawapan)

R: aku dah tanya dah akak aku, nama kucing aku Mie
A: habis tu nama penuh dia apa? Rahimi?
R: entahla wei.hahah

( malam atau esoknya, Raudhah masih bercerita tentang kucingnya)
R: akak aku cakap nama dia Suhaimi
A: Asal akak ko yang decide nama apa kucing ko? ahha

Berbalik kepada "kesayangan"aku. Kesayangan aku tidak lain tidak bukan hanyalah sebuah printer. Aku adalah sebuah printer ( acerr karangan autograf gituu) wakakaak.

Apa agaknya kalu printer aku boleh bercakap yer?

Aku adalah sebuah printer ( bahasa melayu ape hek tuk printer). Aku tidak pasti dimana aku dilahirkan namun yang aku tahu aku telah dibawa pulang oleh seorang gadis yang bercita-cita tinggi dan cantik sekali( ehem)

Aku kemudiannya dibawa kesebuah bangunan. Aku diletakkan dibawah meja belajar dimana, kadang kala tuanku ini akan meletakkan kakinya di atas badan aku. ( kuang ajor punya tuan!). Aku tidak tahu bagaiman akan ku berkhidmat kepada tuan ku, namun  aku berjanji, aku akan sentiasa menemani tuanku.

Sejak hari itu, aku sentiasa digunakan .Pada waktu petang, pagi, hujung minggu. Aku me"print" laporan-laporan yang aku sendiri tidak ketahui makna-makna laporan tersebut. Kerana terlalu kerap digunakan, aku kadang-kadang termuntah2, malah aku mengalami siri constipation a.k.a kertas akan tersangkut di dalam badanku ini. OH,sungguh perit kehidupan ku saban hari bersama tuanku ini. Kadang kala , aku mahu berhenti sahaja dan membunuh diri ku sendiri tapi aku tahu tuanku sangat memerlukanku.

Aku kadangkala sungguh bengang dengan tuanku ini. Sudahlah dia selalu membazir kertas. Kesalahan yang hanya di satu muka surat, namun beliau akan meng"print" kan seluruh laporan tersebut. Tuanku ini sangatlah suka membazir.

Aku juga terpaksa melayan kerenahnya yang suka memprint secara tergesa-gesa pada pagi hari. Hal ini kerana beliau mahu mengantar laporan pada pagi itu juga!.

Aku juga tidak selalu ngam bersama komputer riba yang digunakan oleh tuanku. Komputer riba selalu pengsan secara tiba-tiba , dan hal ini menyebab kan aku tersangkut-sangkut.

Sungguh banyak kenangan aku bersama tuanku. Setelah tuanku tamat pelajarannya, aku kemudiannya dibawa pulang ke sebuah rumah. Aku kemudiannya tidak lagi digunakan. Aku tidak lagi melihat tuanku. Aku menjadi kering dan aku sedih.

2 tahun telah berlalu...

Tiba-tiba, aku terasa badan ku dipegang oleh seseorang. Tangan yang sama yang membawa aku ke sebuah bangunan dulu. Tangan itu meraba badanku, membuang habuk di kelilingku. Tangan itu membawa aku masuk kedalam sebuah kenderaan. Kemudian, aku dibawa masuk ke dalam satu rumah. Lama aku dibiarkan dibawah ( ku kira) katil.

Tidak lama selepas itu, aku dibawa ke sebuah kedai. Lama aku disitu, seminggu tapi aku tidak dibaiki disitu. Aku sangat gembira apabila tuanku datang mengambil ku kembali.

Aku kemudiannya dibawa pula ke satu kedai yang lain. Badan ku diperiksa. Ketahuilah aku, bahawa aku sakit merupanya. Saat itu, aku melihat tuanku.

PAkcik repair: printer ni rosak ni, kene tukar catridge, dalam RM 150
Tuanku: iyer ke? ermm kejap he , saya fikir.... sebab 150 tu macam harga printer baru dah..

Masih dapat ku lihat raut wajah tuanku. Tuanku memandang diriku begitu lama. Aku tahu aku sudah lama. Aku tidak diperlukan lagi. Tidak kah kau ingat betapa kita mesra suatu masa dahulu? tidakkah kau ingat aku yang dahulu selalu ada disampingmu? tidakkah kau ingat aku berada disisi mu saaat kau menangis, di nilai 3 paper report , mewakili kolej mu? tidakkah kau ingat, aku menemanmu dikala tiada siapa percaya akan mu dan menuduh dirimu dengan tuduhan yang kau sendiri tidak tahu asal usulnya? tidakkah kau ingat? ( masihkah kau ingatt... pada waktuu dulu~~~ masih kah kau ingat~~ masihkah kau ingat~~)

"ha oklah. pakcik repair je la mana patut"

Hampir luluh hatiku mendengar ucapan tuanku. Yaaa aku masih diperlukan. Yaaaa aku akan kembali dekat padamu.... ( betapa ku cinta padamu~~, katakanlah~~ ku cinta padamu~~~)
aku kemudiannya dibersihkan dan ditukar ganti perut ku. Aku kini kembali berfungsi.
KEmudiannya aku pon , dibawa pulang dan sedia untuk meneruskan khidmat aku.

Ha gitulah...

penatlah buat karangan ni,
oklah, sat gi aku tulis karangan lain. ekekkekeke
bye~~~

Yang mengunyah,
Adila gendot



Tuesday, July 19, 2016

Jogging

Assalamualaikum ,

Selepas alhamdulillah turun 4kg bulan puasa, time raya naik 4 kg juga.
MAkan banyak, minum air manis lagi banyak.

Rasa sebersalah pada diri sendiri sangatlah tinggi, then aku grab kasut sukan , and start balik mission yang belum berjaya ni.

Dah beberapa hari berjogging kat Stadium Tun Fatimah ni.
Ramai orang so like, rasa motivated nak jogging
tapi TERAMAT LAH BOSAN
tak ade sapa nak borak.
Harini Qish teman. ok lah. Baru seronok.

Ramai orang jogging.
Ade beberape individu yang buatkan aku makin semangat nak jog,

PAkcik yang tempang,
adik yang Down sindrome,
Adik yang goiter.

ANd many more.

LIfe is too short, to quit, to blame situation.
To give up, and being sad about things that had happened to us,
We should just embrace life.
Just do what ever that make us happy.
And God happy of course.

okla,

esok test,
wassalam, doakan kekee

YAng pemaleh nak bace,
Adele


Sunday, July 17, 2016

Memilih

Assalamulaikum,

Today, aku tersedar sesuatu.

Kenapa kita memilih sesuatu over something/someone else?

Kisahnya, aku duduk dalam kelas Oral pathology kemudian mangsa-mangsa Dr.R dipilih then dieorang kene rule out the differential diagnosis untuk case2 yang dipresentkan. Aku pon melangok kebosanan dan termenung sendirian.

"This is A not B because A looks like this but B is still possible blah blah blah "

sambil tu sibuk pulak borak (tulis2)  dengan Nanad kat sebelah.

Dalam kehidupan pon kita macam tu kan?

We have our favourite people, and people yang kita tak seberapa sangat,
Kita ada orang yang kita rasa menarik but others look plain to us,

Kebetulan, ramai pulak Kawan2 nak kawen. Hot topik jugakla issue jodoh ni.

" dia bukan x ok, dia kuat main dota je"
" dia nice but dia too much into his family, aku xleh nk fokus sorely pasal kehidupan dia. aku ada kehidupan aku jugak"
" dia ok but dia ISMA kan. aku ni biase2 je"
" aku kalau boleh xnak yang taksub jemaah sangat"
"dia tu orang tganu , aku orang selatan"
" dia kelantan"( kekeekke)
"aku doktor , dia biase2 je"


Mostly, cabarannya
1. kenegerian
2. jemaah
3. pekerjaan

Dengar je la kan. Tak dinafikan, kalau aku pon, tiga issue ni issue yang penting

Menung lagi. berfikir

Aku tak MEMILIH kat Allah nak mak ayah macamana. Aku pon bukannya MEMILIH kawan2 aku sekarang. One thing i know, they are people that are close to me, takdir memilih mereka bersama-sama aku.I see them as my friends and family first , bukan cabaran tu dulu.

MAYBE, we should see someone as a whole , lihat mereka sebagai seorang manusia yang punya hati dan perasaan, and people that love us ( even if they dont) .

Kadangg we dont like few people ( for any reason) but as time passes, we somehow can accept their weaknesses . We find ways to adjust either ourself or that person or best part, we adjust our life together.

What am i saying is that, kita tak patut menolak/reject someone just because they are not same with us. Sama ada tak sama kenegerian , jemaah, or perkejaan. Perbezaan tidak sepatutnya membuatkan kita lari / tidak memilih untuk mengenali seseorang. Dan kadang kala, kita hanya perlukan sedikit masa untuk get use to the DIFFERENCES.

Teringat pulak kenangan aku keluar dari usrah ( ekkeke). That time, i just cannot la...

OKla, ade kelas lepas ni, have to go
chioww

YAng nak terkencing,
Adila



Saturday, July 16, 2016

Anak dara

assalamualaikum,

amboi tajuk, hahah

Tepat kul 1.50 pagi, keluarlah seorang anak dara dari kamarnya, menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk lalu si gadis mengeluarkan semua makanan beku and walahhhhhh, kurang dari 10 minit, hidangan sudah masuk ke mulut gadis tersebut. kekekeke

ok fine.

Sebenarnya, aku tak setuju dengan mak aku yang membuat stock makanan2 frozen ni tapi sebagai seorang anak , aku layan je la. ikut hat seorang yang bakal jadi doktor ni( walaupun hampeh ), maknan ni semua tak elok, sebab makanan process kan. Eloknya makan benda yg natural la ( ewah, cakap je lebih). atenyer minyakk semua tu natural la sangat, kekke

Ok

apa nama... hahaha

ha macam ni la.. macam ni,
nak tulis lepas tu bila tulis tak ada idea.

jadi to keep you guys intertain ,
aku merapu je lah

anak dara he?

Masa kecik2 , aku bukanlah budak2 yang crave attention,
aku jenis yg buat hal sendiri,
main sorang, main je dengan sedara sebab sedara ramai perempuan.

Sejak dah besor ni,
barulah aku rasa aku ni perempuan sebenarnya hahahah

well, first sebab physikal( aku bongok xreti eja)
and one thing for sure, aku mula perasan orang "sweet2" aku

ermm

keperempuanan ni makin tercabar bila makin ramai kawan2 kawen ( ekkekek)

well , people always think that woman is not complete until she settled down ( marriage)
aku pon fikir macam tu.

i am half complete without a man.
perghh

isu tidak berkahwin pernah diutarakan aku kepada ibunda tercinta namun
"eh kau ni!"berkata ibu kepadaku
Bad idea. i should keep that idea by myself hahaha but well atleast i know their opinion

Bila skodeng2, rupanya aku lah antara yang masih single,
calon ramai tapi susah la( eh poyo nyer haha)
tak ada manusia yang sempurna, tapi mostly ade je benda yg x kena

dont make me start about my criteria, ill will end up mati dulu baru jumpa lelaki yang sempurna ( dimata aku)

tapi alhamdulillah la.

aku malas dah nak merapu
itu jelah dulu ahhaha
wassalam

yang giloo,
adila











Emotion

Assalamulaikum,

Ho penatnya, 
Rase macam pms je.

Kejap nangis, kejap ketawa, kejap menung. 

Mula la ungkit benda lama, benda sedih sedih. "Jangan hidup in the past dila"-berkata raudhah. Ok

Nak maafkan orang lain lebih senang kadang dari nak maafkan diri sendiri. 
Kadang rasa nak mati pon ade. Nak bertemu Allah. 

Aku ni deprive of food kot. Nak marah sedih2 pulak. 

Ha penatnya. 

Picisan sangat. 
Kalau ada kak usrah ni, mesti dia kata jangan layan sangat perasaan. 
Aku pulak xleh kalau x layan perasaan ni,. 

Adoi yerla. 

Baik sangat. Tak baik sangat. Bukan nak kat aku pon. Oh rimasnya. Kusut. Usaha? Tawakkal? Ermm

Protect diri sendiri. Tapi x kalis dengan  masa silam. Tak bahagia. 

Tak bahagia
Tak bahgia

Oh serabut . 

Seolah tiada tuhan. 

Dah la,
Nak sambung leleh

Yang mereng,
Adila

Sunday, July 10, 2016

Cara mengurangkan jerawat dan menghilangkan kesan parut

Assalamualaikum ,

To be honest, aku bukanlah selayaknya nak bagi advice gini, sebab tak dinafikan muka adik beradik, mak ayah aku memang jenis tak ada jerawat.

Kisahnya bermula, lepas aku balik Malaysia ( for good from india) muka aku naik jerawat. Aku pelik betul. Muka aku memang tak dinafikan selalu mendatangkan kecemburuan kat orang lain, sebab muka dikira flawless laa ( bajet tau) . tapi aku sendiri tak nafikan aku memang flawless la jugak. ALhamdulillah aku memang xde jeragat or jerawat sangat. pore pon kecik. Ada jerawat pon come and go , indikator perubahan hormone time period selalunya.


budak ni semua perli aku, tahajud lama sangat ni katanya, ha yerla.. istikharah cinta lah katakan hahah



muka few months after balik dari India, jerawat naik banyak kat dahi


ok ni sebab pagi raya kan,  main tipu la, aku tempek bedak sikit hahaha tapi time ni muka memang dah ok, ini few months after aku dah diet water fast

ni without makeup, gincu je, dua tiga syawal, (time muka da ok sikit) 

yg ni pakai bedak je.

Ada je banyak gamba teruk but mostly freehair la. 


So aku akan explain
1. kosmetik apa aku pakai
2. diet aka pemakanan
3. tips deal dengan jerawat/parut jerawat


1. kosmetik aku pakai

Facewash



-Himalaya purifying neem facewash ( prevent pimple)

Time balik malaysia, aku pakai facewash lain sebenarnya. sebab himalaya kat Malaysia mahal, kat India murah. Lepas je naik jerawat tu, aku macam fikir balik, adakah sebab aku tukar facewash , muka jadi macam ni? Hugeeeee changes ( muka makin elok) bila aku tukar balik facewash ni. jerawat mula kurangla.

aku pakai banyak facewash sebenarnya, malas nak sebut satu satu. tapi aku citer pasal mana yang sangat berkesan je la kat aku. Yang paling berkesan untuk cegah jerawat bagi aku yg Himalaya ni la.

Boleh contact aku kalau nak beli Himalaya murah ( ade kawan jual , direct from yinndia ahah)

Pengelupas
- cure Natural aqua gel(250 ml)

aku beli benda alah ni kat Japan ( time travel), sebab benda ni most recommended barang to get while in Japan. ekkeke. Exfoliating gel ni dia water based so dia sangat lembut bila apply kat muka. Benda ni untuk buang sel mati. benda ni sangat best. Keluar daki2 muka.  aku rasa benda ni effektif but PRICEY ABIT . Klau kat malaysia harga dia 100++ jugakla. Tapi aku rasa benda ni sangat berbaloi . boleh tengok review2 kat internet.

-Bedak sejuk
aku suka, tapi aku malas nak pakai. tapi bedak sejuk ni memang berkesan tapi benda ni kene try and error sebab kadang memang gatal muka lepas pakai ( bagi setengah orang). aku buat bila rajin je. Like sekali dalam 4 bulan? ahhahaha rajin angat~~

Kits
-facewash brush
benda ni boleh dapatkan kat daiso, lima ringgit je. Bila pakai brush , ok sikit. Dia akan reach pore pore kita. Kalau pakai tangan , dia macam tak reach pore pore kita( rasanya) hahah so black head pon boleh dihilangkan ( gituww ahhaha)

Diet

Sebab aku naik jerawat mostly sebab pemakanan rasanya. jerawat yang naik tu, dia from within , i mean not in the surface. Aku memang selalu poke jerawat, selalu tak kan ada parut, tapi haritu bila poke je dia tinggalkan parut pulak, maksudnya dia link to the blood vessels la. Tu jadi hitam .

kebetulan aku memang nak diet , banyak diet aku cuba. tapi jerawat makin hilang bila aku buat water fast diet ni.

Ramai selalunya, kat youtube kalau bagi review pasal water fast, benda yg immediate dieorang nampak ialah skin diorang makin cantik. Aku tak la buat water fast 100% but aku cuba minum banyak air  dalam masa satu hari, ( kindda water fast ahah) .

Satu lagi, jangan makan benda berminyak. Like seriously. Aku tak tau nak explain benda ni scientific ly but benda minyak memang associate to jerawat.

Tips deal dengan jerawat

1. Jangan picit ( but i do picit but dont picit )

Bila picit , nanti dia meninggalkan parut, so x payahla picit. Tapi geramkan? erm. Housemate kadang buat yang bawang putih sapu kat jerawat nak naik. Mungkin anda semua should try ahahah

2. Kalau dah berparut, pakailah kosmetik2 saya suggest ni. ehhehe

Sekadar itu jela, ini semua berdasarkan pengalaman aku. Aku try itu ini, Beli produk ni la. PErgi Murad la ( habis duit aku). Stress la jugak time ade jerawatkan sebab selama ni tak ada pon jerawat sangat. Kalau all these thing tak jadi jugak, jangan putus asa, kadang Allah nak tengok usaha ( ekeke) , doa banyak2 then insyallah. Apa lah sangat sebenarnya ada muka flawless ni, kita jumpa Allah , Allah tengok hati kan ( gituw) tapi kadang issue bila teruk sangat muka,  hilang confident pulak bila jumpa masyarakat lepas tu low self esteem ,  lepas tu hidup tak gembira. Jadi, usaha la pada kadarnya.

Jadi teruskan usaha, cari pelbagai iktiar, tengok utube, tengok review2 orang kat internet . Jangan cuba sebarangan produk( especially produk murah) , takut makin teruk pulak. so yeaahhh itu jela, ok byeee~~

Yang floless ( bajet),
Adila