Sunday, December 20, 2015

Cintha

Assalamualaikum,

Makna cinta pada mata seorang wanita,
yang berusia dua puluh dua,
yang masih belum mengenal dunia sepenuhnya.

Cinta itu pada memberi.
saat aku dilamun cinta,
apa yang aku mahukan ialah kebaikan buat si Dia
hatta, membiarkan Dia bahagia bersama insan lain.

Cinta itu satu perasaan,
sesuatu yang tidak terlihat tapi dirasai

Bila jasadnya tiada,
rindu berputik,
Bila jasadnya ada,
tiadalah bicara,
kerana kehadirannya sahaja,
menenangkan seluruh isi hati.

kerana wajah, aku ingin melihatnya,
kerana badan, aku ingin memilikinya,
kerana sikap, aku ingin disampingnya,
kerana agama, aku ingin jadi baik seperti dia.
baik kepada siapa?
Baik kepada Tuhan
Tuhan aku dan dia

ya RAbbb
Sekuat mana aku menepis,
Aku tidak akan dapat menipu Mu dan sesiapa,
hatta diriku sendiri
gelora nafsu sentiasa datang,
datang menjauhkan aku dengan Mu Rabb..

Sejauh mana aku cuba lari,
semakin dekat ujian ini dengan diri,
sejauh mana ingin aku lupakan,
ternyata aku hanyalah manusia lemah,
yang sering kalah pada nafsu ku sendiri

hari sudah berganti hari,
malam berganti malam,
bulan bertukar bulan,
namun hatiku masih disini
dan ya rabbb,
aku tidak mahu hati ini pergi
dan aku juga tidak mahu,
saat ajal datang,
hatiku penuh cinta manusia!

Ya Rabb,
berikanlah aku nikmat cinta agong,
cinta yang menguatkan diriku yang rapuh,
cinta yang mengisi kekosongan jiwa,
dan cinta yang merawat kesedihanku terhadap manusia.














No comments:

Post a Comment