Sunday, December 20, 2015

Cintha

Assalamualaikum,

Makna cinta pada mata seorang wanita,
yang berusia dua puluh dua,
yang masih belum mengenal dunia sepenuhnya.

Cinta itu pada memberi.
saat aku dilamun cinta,
apa yang aku mahukan ialah kebaikan buat si Dia
hatta, membiarkan Dia bahagia bersama insan lain.

Cinta itu satu perasaan,
sesuatu yang tidak terlihat tapi dirasai

Bila jasadnya tiada,
rindu berputik,
Bila jasadnya ada,
tiadalah bicara,
kerana kehadirannya sahaja,
menenangkan seluruh isi hati.

kerana wajah, aku ingin melihatnya,
kerana badan, aku ingin memilikinya,
kerana sikap, aku ingin disampingnya,
kerana agama, aku ingin jadi baik seperti dia.
baik kepada siapa?
Baik kepada Tuhan
Tuhan aku dan dia

ya RAbbb
Sekuat mana aku menepis,
Aku tidak akan dapat menipu Mu dan sesiapa,
hatta diriku sendiri
gelora nafsu sentiasa datang,
datang menjauhkan aku dengan Mu Rabb..

Sejauh mana aku cuba lari,
semakin dekat ujian ini dengan diri,
sejauh mana ingin aku lupakan,
ternyata aku hanyalah manusia lemah,
yang sering kalah pada nafsu ku sendiri

hari sudah berganti hari,
malam berganti malam,
bulan bertukar bulan,
namun hatiku masih disini
dan ya rabbb,
aku tidak mahu hati ini pergi
dan aku juga tidak mahu,
saat ajal datang,
hatiku penuh cinta manusia!

Ya Rabb,
berikanlah aku nikmat cinta agong,
cinta yang menguatkan diriku yang rapuh,
cinta yang mengisi kekosongan jiwa,
dan cinta yang merawat kesedihanku terhadap manusia.














Saturday, December 19, 2015

happiness

Assalamualaikum,
hai friendss!!,
( walaupon aku rase xde sape bace blog aku ni ahhhaa)
lantok lah! hahaha

Harini aku rilex serilexnya
ok xla, lepas ni aku bace buku

apa aku nak bebel harini?

well
sejak beberapa harini, aku selalu pergi ke event yg involved ramai orang ( namepon event kan)
and lately aku x tau kenapa aku agak sensitif sikit
aku mudah terasa bila orang cakap ( well, bapak aku kata aku memang sensitif dari kecik pon !)
okla fine aku memang sensitif pon

And entahla, aku makin lama makin kenal diri aku sendiri,
yang pasti aku x suke berada dalam crowd,
i love too, but bukan selalula.
Deep down aku akan rasa kekurangan,
aku rasa semua ni bukan aku

and it make me so sad ( vocab aku x luas , so like sooooooooo je la hahah)
aku rasa aku push diri aku ke one side that i dont belong too,
i push myself
aku macam x kesian dengan diri aku sendiri
tapi aku tahu dieorang ade hak ke atas aku jugak,
aku perlu tunaikan hak dieorang
kalau orang dah ajak , xkan lah aku xnak pergi,
tapi itu different stories lah.

Aku kene tegur sikit harini,
aku terasa hati sikit ( sensitif overdose)
aku rasa nak peruk je diri aku dalam bilik aku ni,
BARU AKU RASA BAHAGIA!!!!!

aku pon x paham kenapa aku bahagia sangat bila sendirian,
aku nak mengadu , ade Allah, cukupla
Sebab aku ni somehow boleh kenal orang pakai intuation aku,
kalau kita tahu orang tu suka pandang rendah, buat apa nak lepak dengan dieorang,
kalau kita tahu orang tu pentingkan diri dia je, buat apa nak duduk dengan dieorang wei

ini bukan soal judge orang,
dah memang perangai dia macam tu,
aku boleh je berada disekeliling orang2 ni, tapi man, aku terima dia seadanya but aku maleh nak deal part dia macam tu, but you have too.
Aku bukan boleh senang2 push orang keluar dari hidup aku,
aku pon ade perangai buruk aku, and aku pon x suke orang push aku kerana perangai buruk aku
erm....

kalau tanya future plan "kebahagiaan" aku ,
aku kalau boleh nak ada space sendiri ( rumah),
nak bele kucing dua ekor ke,
duduk soranng2,
happy2. hehehe

okla,
aku nak membacoo
wssalam !

Wednesday, December 16, 2015

Dia

BIsmillah hirrahman nirrahim,

Dia,
dari mata kasarku,
seorang yang gagah,
kakinya lincah,
badannya tegak,
kulitnya manis,
senyumannya menawan dan tidak lokek,
bicaranya lembut,
walaupon tidak pernah kulihat, pasti ada urat ditangan si dia,
jadi lambang kekuatan dirinya

Dari luaran,
dirinya ternyata penuh tenaga,
namun buat diriku yang tahu secebis tentang perasaanya,
ku fikir,
sungguh beruntung gadis yang mampu singgah di hati insan ini.

Beribu-ribu manusia,
berjuta-juta manusia,
si gadis ITU jadi pilihannya.
OH! alangkah bertuahnya si gadis itu
Oh! alangkah bertuahnya si gadis itu
Oh! alangkah bertuahnya si gadis itu!


Tiadalah apa yang aku inginkan melainkan kebaikan buat si dia dan si gadis tu.

Aku yakin,
cinta tak semestinya memiliki,
cinta mengundang bahagia keakhir nyawa,
dan,
penantian menambah rasa cinta
penantian menghilangkan rasa cinta

Semoga Allah memberikan kamu sebenar-benarnya nikmat cinta.
Semoga Cinta itu menambah iman dan mendekatkan diri kamu dengan Pemberi cinta

Yang Cemburu (haha),
Adila







Monday, December 14, 2015

Bersyukur

Bismillah hirrahman nirrahim,

Assalamualaikum,

So harini alhamdulillah,
Aku rasa bersyukur sangat,
Result keluar, okla alhamdulillah

Aku tak tau la,
Aku rasa bersyukurrr sangat,
banyak mana aku buat dosa, Allah masih beri aku rezeki untuk dapat kejayaan,
Dan aku tahu mak ayah aku gembira dengan result aku ni,
Walaupon aku rasa nasib baik je

Alhamdulillah,
aku ni makan cukup, duit ada, alhamdulillah
kete pon ade, laptop ade,
kadang aku pon rasa hairan lah,
apa yang aku nak, aku dapat,
Ya Allah, Maha BAik, Maha Mendengar

BApak aku pesan
" ingat la banyak2 ,Allah dah murahkan rezeki ko, kami hanya memudahkan je"
Nak leleh la beb..

AKu tahu aku jarang nak ingat tuhan ,
aku lupa Nabi,
Tapi still Allah bagi aku rezeki melimpah2

Sempat jugak aku duduk termenung dalam surau harini,
Kaki ade, tangan ade, masih bernafas, boleh bace alquran

Aku perasan ade sorang senior tangan dia cedera,
Tangan cedera kalau dalam dentistry ni, macam takleh buat apa,
semuanya pakai tangan,
Aku harap Allah sembhkan dia cepat dan aku harap dia tak putus asa.

Alhamdulillah, kawan2 pon ok je,
banyak bantu aku.

Satu nikmat yang aku terasa sangat ialah nikmat rumah dekat dengan surau.
Terima kasih Ya Allah.
Sejak dari sekolah rendah, aku tak tahu kenapa aku suke lepaking kat surau,
mungkin sebab boleh tido kot hahha
sekolah menengah, kms, u sekrg pon, kerja aku lepaking surau je,
mungkin sebab aku rasa lebih tenang kat situ kot.
Aku tahu sejauh mane aku nak manusia paham aku, dieorang xkan paham aku,
Silent in Suro/mosque seolah bisikan jawapan2 Allah kepada aku (masyaallah)
Andai aku mati, aku harap aku dapat naungan Allah
jadi pemuda yang hatinya attach di surau/masjid
Walaupon aku tahu entah ape kebende je aku buat kat surau tu.

Satu lagi aku bersyukur dengan keadaan hati aku sekarang,
aku tahu hati aku ni tak baik pon
tapi kadang aku kagum bagaimana Allah tarik perasaan2 suka aku.

Harini aku tengok budak lelaki main bola,
and then remember ,i once liked a boy
sekarang perasaan suka terhadap lelaki tu hilang terus,
i still remember how i once keep on thinking about him before
sekarang ni perasaan tu hilang,
alangkah anehnya hati manusia ni,
and yes, absent does not only make heart go fonder, it also can deplete a feeling,
dalam hati aku "kenapalah aku suka budak tu he?" ahhaha

bercakap pasal suka/cinta ni, lately ni aku terasa mencintai seseorang satu nikmat dan nikmat ni kita kene ingat sentiasa dan bersyukur selalu.
Cintakan Allah, YOu then can feel His Gracious,
CIntakan NAbi, YOu can feel his love
CIntakan mak Ayah, you appreciate their hardship just to raise you and your siblings
Cintakan Kawan2, you help them
Cintakan ehem2 , it is just amazing ( wakkakaka)

Kadang2 kita suka seseorang, ( opposite gender la)
luahan perasaan tu kadang tak penting pon ,
mungkin sebab aku ni ENFP ( personality ) type so like i like broad ideas ( having many options, but as i am also a girl, i also have my most beloved option  ahhaha)

i used to think its good that i am telling people ' i love them',
sometimes, i just need to tell myself that "i love them"
its freaking weird actually, because you are telling yourself instead of telling other people,
but it is just me.
it is so me.

And thats why kadang aku rasa pendam perassaan suka tu lagi baik,
Kadang aku pon konfius, aku ni suka idea of loving myself that love someone or i like that someone
Aku rasa yang first kot
( macam narcism je ahha, im in love with myself)
Alhamdulillah,
akhirnya aku paham jugak diri aku ni hahaha

okla, aku nak bace buku, harap block two leh score jugak hehehehe
Wasalam











Tuesday, December 8, 2015

Liar

Bismillah

Assalamualaikum,

Hentah apa tah,
Malam Futsal,
sampai rumah kul 11.20 mlm
Siap gi makan lagi
Liar tak liar.

Gembira,
gembira giler,
nafsu nafsu
alahai adila...

Mak whatsapp kat mana
"kat futsal game ha, tengok kawan main game"

"baliklah, dah malam tak elok"
terus tak sedap hati
Rase macam perempuan jahat.
aku memang jahat pun

semalam ustad pesan
"JANGAN PANDANG SEBARANGAN"
sekali gi tengok futsal
I FAILED THE TEST
Ampunnnnnn ya allah.....
kemanisan imannnnnnn!!!!!!!!!!!
argggggggg!!!!!!!!!!!

nice game
dah lah taubat lah

adoii dah la ene pakse gi annual night
i cannot this

aduhhhhhhhhhhhhh

okla
chiow

Sunday, December 6, 2015

Mata

Bismillah

Assalamualaikum,

Ya Allah Mata,
tidorlah, esok kamu sekolah,

Otak,
Stop thinking!
haha

Kalau aku mati,
Tolong sedekahkan al fatihah untuk aku,
Maafkan aku

Kadang aku berdoa,
pilihan mana yang tepat,

kadang bukan pilihan itu yang aku mahukan
yang aku mahu kadang Maha Pemilih itu sendiri

Bila doa ku tidak terjawab
meresahkan,
adakah Maha Mendengar sudah tidak mahu lagi mendengar doa doa ku?
Rugilah aku andai begitu
Nauzubillah!!

Semoga hidayah Allah sentiasa melimpahi kita,
Semoga Allah gembira dengan kepulangan kita
Ayuh usaha berjaya dunia
Amin3

Chioww!!

Wasalam

Thursday, December 3, 2015

Tak semestinya baik

bismillahhirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, aku masih terlorong(lorong nidak" ahha) untuk ke surau,
tetibe setan membisikkan sesuatu
dan diri aku pun wondering
"orang pergi surau tak semestinya baik"
aku tahu kenapa bisikkan ni muncul

sebab aku tahu aku buat dosa pagi tadi,
and kebetulan time tu aku perasan sorang hamba Allah ni,
( okla fine, aku mengaku aku buruk sangka dengan dia)
kerana buruk sangka kepada diri sendiri dan saudara ni,
aku sangka semua orang pergi surau tak semestinya baik( sebab aku pon xbaik)

Dalam hati aku,
kadang orang gi surau, takkan semua masuk syurga
Perghh level sangka buruk aku ( setan pon api apikan )
mintak dijauhkan lah kan

Tapi saat aku termenung dalam surau,
seolah ada ransangan /bisikan yang menyapa aku(seriusly)
" tapi yang datang kesini adalah hamba2 Allah yang mahu dan sering bertaubat"

perghh mengalir satu arus yang sejuk dalam badan aku
it was soothing...

lately, ada satu perasaan/ fikiran yang kerap kali singgah di pale hotak aku ni
"amalan mana yang akan membawa aku ke syurga"

Seorang pelacur memberi minum satu anjing , ganjaranya syurga
aku tahu aku banyak buat dosa, kemudian aku mintak ampun ,
lepas tu aku buat lagi, lepas tu aku mintak ampun balik,
kadang aku pon penat dengan diri aku yang taubat main2 ni
aku pon kadang rimas asyik jatuh ke lembah maksiat ni
tapi habis tu aku nak buat ape?
xkan aku nak putus asa lepas aku buat maksiat
haaaaaaa

setan xkan pernah putus asa nak bawa aku jauh dari tuhan
aku pun tak boleh putus asa untuk taubat
walaupun aku tahu aku mungkin akan buat dosa lagi keesokan harinya

andai aku mati, atleast aku dah berusaha untuk bertaubat
aku tak nak mati dalam keaadaan hina
aku nak pengakhiran yang baik

Kadang aku rasa amalan aku ni tak ter jawab

sehingga lah aku bukak Alquran harini mintak petunjuk, dan ayat surah yang aku dapat
" Allah tidak pernah terleka dari apa yang kamu kerjakan"
Allah....

Aku tak tau amalan yang mana akan membawa aku ke syurga
dan aku rase semua orang  pon tk tau,
semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk sentiasa buat baik
Dan semoga kita semua bertemu /menghadap ilahi dengan sebaik2 pertemuan
amin2 insyallah

wassalam