Monday, May 18, 2015

Belgaum- Bengkel komunikasi Berpengaruh

Assalamuaalaikum,

Pada beberapa minggu yang lepas, akak usrahku kerap kali mengajak ku ke sebuah program, 
Aku ni pemalas nak gi program, sebab selalu program mesti ade LDK, and i hate it! hahaha

Mungkin sebab aku ni introvert ( pada aku lah )  I prefer listen rather than buat activity together. Dont misunderstanding me. Im not avoiding people. It is just a preperable choice. I still stay in jemaah, have some usrah, mingling with my classmate and hang out with friends. 

tapi selepas dapat tahu tentatif program (hari jumaat) itu, dan aku lihat tiada slot LDK, hati ku bersorak riang! Hahaha. Segalanya mudah! Dari masuk program, sampai ke beli tiket bass sleeper, semuanya mudah. Syukur ku pada tuhan. Alhamdulillah. Terasa macam di destiny pulak nak ke Belgaum ni. Sebab semuanya last minute.

Sebelum bertolak, seorang akak ni mengirimkan barang untuk dikirimkan ke seorang akak di Belgaum. Just setengah jam sebelum bertolak balik ke Manipal, aku baru berkesempatan passkan barang tu. Tengok2 akak yang nak ambik barang tu akak senior KMS. hek eleh . Tetibe seronok pulak.

Malam Ahad aku terus ke stesen bas. Dari Manipal, 3 orang akhawat dan 5 orang ikhwah. 2 orang gi talk, yang sorang lagi tu junior. Dia nak jumpa kakak dia kat Belgaum.

Ketika ingin memulakan perjalanan, ku kirimkan khabar pemergian ku ini ke ayah dan ibuku serta kawan2 rapatku. Semoga pemergianku ini diredai ramai. Kadang rase macam nak mati je bila pergi musafir ni. Mungkin sebab orang india bawak bas macam hampeh dan kadang macam orang gile pun kut. haha. Rasa seronok pon ada sebab dapat travel and sebab time time nilah aku boleh berdoa jugak. Doa orang musafi vkan mustajab. ( Nak doa jodoh la tu~~) ( kasilah chan hahah)

Dapat seat yang dua orang. Cepat betul junior ni tido. Aku terkebil kebil nak tidur. Seronok dengan angin malam tapi hidung sakit ( running nose) .Seksa la jugak tapi anggapla kaffarah dosa2 aku yang bergunung lagi bertimbun ni. 

Masa baring tu, aku nampak banyak bintang. Walamak. Macam kecik2 dulu je fefeeling. Bintang mengikuti aku. Makin lama bintang kelihatan makin silau. hoo hitam. Kroookkkk ( berkeruh tido akhirnya). 

Turun je Belgaum, aku bersyukur. Haaaa… first time menjejakkan kaki ke Belgaum ni. Bestnyaa. 

Singgah gi rumah Akhawat. mandi and tukar baju then terus ke program tu. Program ni pada aku best. Mungkin sebab tak adelah so theory sangat and macam santai2 je.  Lagipon, penceramah memasukkan slot mempelajari bagaimana berkomunikasi  melalui cara Rasualllah.  Siapa patut menjadi ikutan kalau bukan rasulallah bukan?


Pengajaran overall program 
  1. komunikasi itu dua hala, bercakap satu hala saja. Apalah gunanya bercakap tapi orang yang mendengar tidak paham 
  2. lisan and non lisan communication 
  3. pandangan masyarakat terhadap doktor 
  4. teknik pujian, kritik and menegur
  5. tackle emosi seseorang
  6. hukuman fizikal vs sakit hati, sakit hati lebih makan dalam 
  7. ajak manusia ke Tuhan ( walaupon dia bukan islam) 
  8. dengar aduan dua2 pihak, bagitau kelebihan dua2 pihak
  9. ibubapa kena pandai win win situation 
  10. tegur kene specific ( jangan general), direct tapi adelah bunga bunganya
  11. menimbulkan persoalan - kesan lebih mendalam 
  12. Khaliq kata dalam alquran Allah kata serulah manusia ke jalan Tuhan dengan hikmah ( kenalah kene pada orang ,cara dan tempat) 
  13. nak tegur orang, diri kene check dulu, panggil nama orang tu, bagi nasihat yang subjeknya general as it is an information.

Tetibe ade pulak LDK in between program ni. Bagus je LDK ni ( fineeee, aku je yang malas haha)  Kita boleh tengok kepelbagaian tahap minda seseorang. ( this is not being judgemental ok ) .  I like it. Ada seorang saudara ni, lembut betul cara dia cakap, sejuk pulak hati aku dengar. ( kalau dia tegur aku in any case ). Malah, ramai je lagi ada idea-idea yang best -best. Ramai yang pandai berlakon jugak. I was not feeling well masa tu but i did enjoyed tapi xberkemampuan nak involved.

Kami bincang 4 hadis. Banyak kupasannya.  Antara conclusionnya, nabi menggunakan teknik yang begini,
1. Beri information
2. Delete social risiko ( buang keraguan)
3. Bagi Solution
4. Good news ( orang suka)

*orang barat xbagi solution

Penceramahnya by Puan Muna. Puan Muna ni lembut betul and the way dia ajar santai2 je. Beliau bercerita instead of talking facts which is good la sebab manusia memang lebih ingat story than fakta2 ni. Mungkin sebab story ada emosi- associated kot. So we ingat better.  Beliau ajar cara2 bagaimana nak berpenampilan. Kebetulan aku pakai tudung bunga hari tu. Kak Muna cakap, orang bunga2 ni orang romantik. Aku, romantik? of couseeee.... haha ( pi gi daa kau adila! ) hahaha

Masa rehat sempat pulak g CCD. Sedap hehhe

Sepanjang lepak Belgaum ni, aku baik dengan sorang akak ni. She is so so sweet. xpernah aku xnampak dia xsenyum. Sweet betul. Siapa dapat akak ni, memang untung giler.

" YA Allah, moga kau berikan jodoh terbaik buat dia".
 Sumpah baik giler. uhuk3.

Kami sempat borak2 and bercerita2. Tetiba, barulah aku sedar kenapa Allah lorongkan aku ke bumi Belgaum ni. Dirinya tidak berkata lain, selain seruannya mengajak aku supaya berubah kearah Allah. Dirinya meletakkkan Allah didepan semua perkara. Terasa hina pula diri aku ni. Aku dan keseombongan aku pada Tuhan. Kata-katanya tidak menyakiti aku yang jahil ni namun seolah olah memberikan aku semangat untuk terus bersama-sama dia memperbaiki diri kami yang masing-masing penuh dengan dosa ni. Hanya menjadikan Alllah sebagai tujuan. erm..

Kelu pulak. Kalau kita niat berbuat sesuatu kerana Allah, pasti Allah berikan kebaikan kepada kita.

Itu jelah yang den nak cakap ha.

Ini gambar2 sikit.





















beli jajan










meroyan sorang2










because shaking is a style
 hahahha



  break ,lepak ccd jap
comel je kerusi ha


afi excited nampak coffee maker





back to class



bapak dan anak2nya



gamer sekalian



Makcik dan kesakitannya



Majikan dan pekerjanya 

aku perhati je kau ( rak oren) sebenarnya, hahaa

Fatimah dan ibunya 

Kak raihan dan masalah boyfriendnya haha

si mulut berbau heheh

MC and majlis pemberian buah tangan



Kak G pon dapat ole2 

kecik gler kak G ni

Sesi penampilan untuk muslimat 


yang muke bulat kini sudah bujur mukanya



yang muke segi empat sudah bulat mukenya  haha

Dah lama tak jogging

garang sungguh muke kak usrah kita ni hahah

gambar shaking tu fesyen ahhaha





Meow ni asyik meraung je, xtau la kenapa, lapo ke nak bersalin

orang kuat program hehehe




bye bangunan

gi hostel pulak







dah mcm ovary pulak aku tengok hahah


Balik rumah kak aisyah, kak aisyah ajak g ronda2 kejap before magrib 

kak AIsyah ku yang tough ahhah

kak Aisyah ku yang baik heheh


rumah orang homeless ( see, orang homeless pon ade rumah) 

tasik ape kebondo tah namo he





Malam tu naik motor 3 orang ( style ala tempe) dengan kak Aisyah and Afi mase nak g naik bus ke Manipal. Best gler. Salam2 and then naik bus. huuhhu.  Oklah dah panjang sangat post ni. Nanti sambung lagi.

Yang kepenatan,
Adila 

No comments:

Post a Comment