Kegalauan? Pergh teruk betul tajuk... Bukan tajuk, ayat tu xleh blah betul, ade ke tak tah haha
Jadi seminggu telah berlalu,
Banyak benda berlaku,
Tapi aku masih aku,
Lemah dan makin layu...
Hehhe
Apa cerita?
Xtaula apa nak cerita
Ini entri update pasal diri la,
Not so call post ceramah gitu.
Lately, diri ini belajar untuk priority
Setelah melihat satu gamba ni, tapi x save pulak gamba tu, diri ni terasa hendak mengutamakan sesuatu yang lebih penting.
Mesti xpaham kan?
Macam ni.
Lately ni, aku mimpi ada orang terdekat meninggal,
Dalam mimpi tu, aku rase kerugian dan takut,
Kerugian sebab aku x nasihat dia,
Takut sebab aku pon x tahu nasib aku kat kubur macamane
Hidup ni sangat sementara. Kenyataan yang sangat susah nak dihadam tapi senang je dilafazkan.
Dan aku pun mula terpikir tentang kehidupan aku, dan aku melihat sekeliling..
Kadang-kadang kita work hard for this life just to be someone that femes,
Just to be happy in this life, just to get what we want
And Kadang-kadang sampai kita melakukan banyak perkara yang remeh untuk mencapai matlamat sebenar
Contohnya,
1. Ada sahabat saya, dia berkata dia nak tunang adat setahun , then baru khawin. For me ( yang agak rigid) sebenarnya tak payah pon nak melakukan tunang adat tu. Just bagitau parent ( itu dah dikera tunanglah sebenarnya) atau Just khawin je terus. Bagi aku, tunang adat tu remeh sangat. Apalah sekadar status tunang. Tunang untuk kenal. Tapi kalau dah kenal 3 4 tahun then still nak tunang adat ni, macam pelik la sebenarnya . Bukan pelik apa pon dan sebab benda tu dah jadi kebiasaan orang Melayu buat. Bukanlah salah tapi macam missing the point.
2. Kadang- kadang kita ni harok nak beli jam mahal mahal. Design ni lawo, warna lawo. Tapi hakikatnya semua jam menunjukkan waktu yang sama. Kalau jam mahal, tapi orang tak punctual2 jugak, jam mahal pon tak guna
3. Phone saya rosak lately and kawan2 suggest beli iphone. Which for me, i can get better phone than iphone for myself. Bukanlah iphone x bagus, bagus. Tapi buat orang yang tak berape kisah hardware or design and more go for spek and software, it doesnt matter. Phone lebih untuk digunakan rather than consider the brand or something nak ditayang kan
4. Ada beberapa kawan nak beli camera. Some ask for my suggestion and for me spec lagi penting dari rupa or design camera. Rupa camera penting, but if rupa jadi basis utama kenapa kita pilih camera ,kurang tepat la sebenarnya.. Sebab kata nak tangkap gamba so quality gamba la lagi penting sebenarnya.
5. Ada kawan yang nak beli camera untuk travel. So masa travel leh tangkap gamba cantik2. For me its good. Tapi andaikatalah kita beli sebab nak update kat insta, nak bersaing gamba sapa lagi lawa, its quite sad la sebenarnya.
Daripada apa yang saya cerita ni, saya dapat rasakan, ramai orang ( sometimes) termasuk saya, missing the point. Ada benda lagi utama tapi mereka risaukan benda yang kurang penting. Life is so short. Kita sibuk ikut adat tapi sebenarnya benda tu sekadar benda2 sampingan je. Kita sibuk dengan brand and luxury life so orang leh tengok kita tapi sebenarnya kita hidup ni nak please tuhan. Kita sibuk dengan materialism ( ini aku la ni) , bukanlah xleh ada barang mahal tapi gunakan kemahalan benda itu untuk islam dari nak tayang. Kita sibuk dengan rupa or appearance sesuatu benda tapi benda tu boleh dicomprimised kan and kita mungkin boleh dapat " inside" yang hebat and lagi baik.
Point last, pasal insta2 ni. I dont know what happen to everyone. Semua orang menjadi nasiccism ( sikap pentingkan diri) . Kita sibuk tayang kehidupan kita kat orang padahal kita semua akan tinggalkan dunia ni. I mean kalau post kita boleh membawa orang ke islam or better its goodla. Tapi semua orang bersaing nak jadi femes kat insta. Siapa gamba lawa, dia ramai follower. Im seriusly sad pasal hal ni.
Kalaulah kita mati esok atau lusa, apa peninggalan aku? Gamba selfie yang ditayang berduyung-duyung di insta? Ini yang kau tingggalkan untuk cucu cicit kau? Perghhh. Diri yang menaip ni pun terasa sangat sangat erm... Speechless la.
Kadang- kadang apa yang kita fikir untuk diri kita je. Sedangkan Nabi2 dulu contohnya Nabi ibrahim berusaha untuk dapat kan zuriat hatta generasi yang soleh solihah, yang kenal Tuhan mereka. Tapi kita? Allah....
Apabila Allah nak jadikan Nabi Ibrahim pemimpin, soalan nabi Ibrahim ialah " bagaimana dengan cucu cicit aku? " punyalah nabi ibrahim memikirkan cucu cicit dia..punya dia berfikiran jauh. Kita ni pulak, 24 jam fikir pasal diri, fikir pasal aku , aku, aku dan aku! aku pun .....
Jadi?
Sebenarnya , kita kene kuatkan diri dengan ilmu. Kadang- kadang kita dah terlalu buta untuk melihat perkara yang lagi penting. Kita tak nampak cahaya a.k.a kita tak nampak pon priority benda yang lagi penting tu. Kita gelap dalam gelap. Bila gelap, tu yang sesat tu.
Analoginya umpama, kalau dah seumur hidup kita nampak pisang busuk, yang kita tahu hanyalah kewujudan pisang busuk. Tapi kalau kita belajar and research, kita boleh tahu sebenarnya ada pisang yang masak and tidak busuk yang manis.
Saya berharap dan berdoa moga sahabat-sahabat saya dapat melihat dari kaca mata islam, dari kaca mata islam yang purely ditinggalkan oleh Nabi. Ya Allah, janganlah kau biarkan kami pham islam yang kurang tepat ya Allah. Biarlah kami berada di jalan yang lurus, jalan yang engkau inginkan. Moga Allah buka hati kita untuk dapat ilmu yang berguna dan benar,
Setakat itu sahaja lah,
Yang masih samar,
Adila
No comments:
Post a Comment