Sunday, January 25, 2015

Menanti

Asalamualaikum,
Its Sunday.

Menanti apa?
Ada sahabat saya share satu status,
Status tu bunyi macam ni lah,
" tak ramai yang sanggup menanti bertahun-tahun lamanya"

I was like whattttt..
Waiting ?
Aku tunggu orang 5 minit pon dah nak mengamok dah.
INI kan nak tunggu orang bertahun2

Ini more toward relationship la,
And yang terpendam , x diluahkan,
Kalau terluah tu OK je kot,
But still problem
There could be many possibilities

Lately ni asyik terbukak surah Yusuf,
My favourite surah.
Dalam surah ni , nabi Yusuf ceritakan pasal mimpinya ke ayahnya.

Kalau aku la, harini mimpi, esok kene tahu lah apa jawapannya. Its a must! Kalau tak aku nak mengamok. Seriously.
Xsabar tau.

But the end, lepas sooo many yearss like 20+ years, then baru mimpi dia terjawab, selepas mereka semua bersujud kepada ibubapa mereka.

Its amazing and inspiring!
Mungkin Allah nak teaches us to be patient. Just because you see it now, doesn't mean its going to happen tomorrow.

And aku pun terkesan jugak. Mungkin sebab ada certain perkara dalam hidup aku yang aku dah lama minta petunjuk Allah tapi aku still tak tau apa interpretation nya. I need the answers so badly like right now and I don't wanna wait. It's killing me!!!

Therefore, aku kene belaja bersabar. Rebel rebel pon bukan dapat ape. Lagi Sakit jiwa je. Baiklah uhuk3

Ermm..

I'm gonna wait..
Like how many years.. I don't know,..
Just be patient I guest...

Bye


Monday, January 19, 2015

Exam week

Asalamualaikum,
Hai kawan2, nama saya siti!

Haha rindunya cerita alonggggg.
Siti tu yang selalu bace sifir tu.

So pagi tadi test patho,
ERM xde la OK sangat, but not that bad
But must work harder next time.

Harap lepasla 2nd year. Insyallah.

Jadi minggu depan full of exam,
Kena study leklok but malam ni mood x datang pulak heehee OK fine. Lepas tulis ni , I start let.

Erm..
Ermm..
Tu je la kot

Apa lagi?

Bukak insta tadi, tengok kawan post gamba dengan pakwe dia.
Jeles pulak but daaaa. Haaha

Pelikkan. Benda tak baik pon kita nak jeles kadang-kadang. Takpe , Allah maha mengetahui. Sabo2. Sabar dalam mentaati Allah.

Doakan saya lulus examnyer.
Wasalam

Sunday, January 18, 2015

Kegalauan

Asalamualaikum and hai, 

Kegalauan? Pergh teruk betul tajuk... Bukan tajuk, ayat tu xleh blah betul, ade ke tak tah haha

Jadi seminggu telah berlalu, 
Banyak benda berlaku, 
Tapi aku masih aku, 
Lemah dan makin layu...

Hehhe
 Apa cerita? 
Xtaula apa nak cerita

Ini entri update pasal diri la, 
Not so call post ceramah gitu.

Lately, diri ini belajar untuk priority
Setelah melihat satu gamba ni, tapi x save pulak gamba tu, diri ni terasa hendak mengutamakan sesuatu yang lebih penting.

Mesti xpaham kan?
Macam ni.

Lately ni, aku mimpi ada orang terdekat meninggal, 
Dalam mimpi tu, aku rase kerugian dan takut, 
Kerugian sebab aku x nasihat dia, 
Takut sebab aku pon x tahu nasib aku kat kubur macamane

Hidup ni sangat sementara. Kenyataan yang sangat susah nak dihadam tapi senang je dilafazkan.

Dan aku pun mula terpikir tentang kehidupan aku, dan aku melihat sekeliling..
Kadang-kadang kita work hard for this life just to be someone that femes, 
Just to be happy in this life, just to get what we want

And Kadang-kadang sampai kita melakukan banyak perkara yang remeh untuk mencapai matlamat sebenar

Contohnya, 
1. Ada sahabat saya, dia berkata dia nak tunang adat setahun , then baru khawin. For me ( yang agak rigid) sebenarnya tak payah pon nak melakukan tunang adat tu. Just bagitau parent ( itu dah dikera tunanglah sebenarnya)  atau Just khawin je terus. Bagi aku, tunang adat tu remeh sangat. Apalah sekadar status tunang. Tunang untuk kenal. Tapi kalau dah kenal 3 4 tahun then still nak tunang adat ni, macam pelik la sebenarnya . Bukan pelik apa pon dan sebab benda tu dah jadi kebiasaan orang Melayu buat. Bukanlah salah tapi macam missing the point. 

2. Kadang- kadang kita ni harok nak beli jam mahal mahal. Design ni lawo, warna lawo. Tapi hakikatnya semua jam menunjukkan waktu yang sama. Kalau jam mahal, tapi orang tak punctual2 jugak, jam mahal pon tak guna

3. Phone saya rosak lately and kawan2 suggest beli iphone. Which for me, i can get better phone than iphone for myself. Bukanlah iphone x bagus, bagus. Tapi buat orang yang tak berape kisah hardware or design and more go for spek and software, it doesnt matter. Phone lebih untuk digunakan rather than consider the brand or something nak ditayang kan

4. Ada beberapa kawan nak beli camera. Some ask for my suggestion and for me spec lagi penting dari rupa or design camera. Rupa camera penting, but if rupa jadi basis utama kenapa kita pilih camera ,kurang tepat la sebenarnya.. Sebab kata nak tangkap gamba so quality gamba la lagi penting sebenarnya.

5. Ada kawan yang nak beli camera untuk travel. So masa travel leh tangkap gamba cantik2. For me its good. Tapi andaikatalah kita beli sebab nak update kat insta, nak bersaing gamba sapa lagi lawa, its quite sad la sebenarnya.

Daripada apa yang saya cerita ni, saya dapat rasakan, ramai orang ( sometimes) termasuk saya, missing the point. Ada benda lagi utama tapi mereka risaukan benda yang kurang penting. Life is so short. Kita sibuk ikut adat tapi sebenarnya benda tu sekadar benda2 sampingan je. Kita sibuk dengan brand and luxury life so orang leh tengok kita tapi sebenarnya kita hidup ni nak please tuhan. Kita sibuk dengan materialism ( ini aku la ni) , bukanlah xleh ada barang mahal tapi gunakan kemahalan benda itu untuk islam dari nak tayang. Kita sibuk dengan rupa or appearance sesuatu benda tapi benda tu boleh dicomprimised kan and kita mungkin boleh dapat " inside" yang hebat and lagi baik.

Point last, pasal insta2 ni. I dont know what happen to everyone. Semua orang menjadi nasiccism ( sikap pentingkan diri) . Kita sibuk tayang kehidupan kita kat orang padahal kita semua akan tinggalkan dunia ni. I mean kalau post kita boleh membawa orang ke islam or better its goodla. Tapi semua orang bersaing nak jadi femes kat insta. Siapa gamba lawa, dia ramai follower. Im seriusly sad pasal hal ni. 

Kalaulah kita mati esok atau lusa, apa peninggalan aku? Gamba selfie yang ditayang berduyung-duyung di insta? Ini yang kau tingggalkan untuk cucu cicit kau? Perghhh. Diri yang menaip ni pun terasa sangat sangat erm... Speechless la. 

Kadang- kadang apa yang kita fikir untuk diri kita je. Sedangkan Nabi2 dulu contohnya Nabi ibrahim berusaha untuk dapat kan zuriat hatta generasi yang soleh solihah, yang kenal Tuhan mereka. Tapi kita? Allah....

Apabila Allah nak jadikan Nabi Ibrahim pemimpin, soalan nabi Ibrahim ialah " bagaimana dengan cucu cicit aku? " punyalah nabi ibrahim memikirkan cucu cicit dia..punya dia berfikiran jauh.  Kita ni pulak, 24 jam fikir pasal diri, fikir pasal aku , aku, aku dan aku! aku pun .....

Jadi?
Sebenarnya , kita kene kuatkan diri dengan ilmu. Kadang- kadang kita dah terlalu buta untuk melihat perkara yang lagi penting. Kita tak nampak cahaya a.k.a kita tak nampak pon priority benda yang lagi penting tu. Kita gelap dalam gelap. Bila gelap, tu yang sesat tu.

Analoginya umpama, kalau dah seumur hidup kita nampak pisang busuk, yang kita tahu hanyalah kewujudan pisang busuk. Tapi kalau kita belajar and research, kita boleh tahu sebenarnya ada pisang yang masak and tidak busuk yang manis. 

Saya berharap dan berdoa moga sahabat-sahabat saya dapat melihat dari kaca mata islam, dari kaca mata islam yang purely ditinggalkan oleh Nabi. Ya Allah, janganlah kau biarkan kami pham islam yang kurang tepat ya Allah. Biarlah kami berada di jalan yang lurus, jalan yang engkau inginkan. Moga Allah buka hati kita untuk dapat ilmu yang berguna dan benar, 

Setakat itu sahaja lah, 

Yang masih samar, 
Adila


Sunday, January 4, 2015

Lango

Asalamualaikum, 

Tak ada ape pon.
Reading manhaj hidup muslim, 
Rase flying kick berkali-kali
Erm..

Then, lango tengok flipkart,
Tengok phone 
Sebab phone sekarang rosak, 
Ingat nak tunggu balik msia baru repair,
Erm..

Then terkeluar lagu What if by Jason deluro,
Sayangnya... 
Erm... 

Allah lah lagi Maha mengetahui.

Wasalam 

Saturday, January 3, 2015

Islam kontemperori

Asalamulaikum,

Lately ni, berkesempatan menonton 99petala Cinta dilangit eropa
Best jugaklah ceritanya,

Tapi cerita ni banyaklah kekurangannya,
dan seolah-olah ada golongan yang islamnya islam kontemperori.

Malas nak mengulas cerita ni.
best and ada mesej yang tak best la.

Cakap pasal islam kontemperori ni, aku pun terasa aku amalkan islam kontemperori ni
Apa kebenda islam kontemperori ni?
Tak surelah apa maksud sebenar ... tapi maknanya islam kontemperori ni ialah islam yang diubah-ubah untuk disesuaikan dengan keadaan sekarang.

Contoh personallah ni,
Saya selalu fikir nak bertunang 2, 3 tahun baru kawen, which dalam islam kan bertunang lebih elok sekejap dan tak payah la lama2. Kat situlah yang slack tu.

Contoh semasa,
Tak perlah kapel islamik ni. Janji tak buat maksiat. Mesej-mesej lah. Kalau tak jumpa ok je. Insyallah

Mak bapak kiterorang tahu kiterorang bercinta. oklah tu.

Tak pakai tudung takper. Allah tengok hati.

Jadi boleh ke sebenarnya islam begini?

erm....

Masa zaman Abu Bakar, terdapat golongan yang tak bayar zakat. Abu Bakar memerangi golongan ni. Sampaikan Abu Bakar cakap yang bunyi dia macam ni  " aku tak akan biarkan orang-orang yang cuba mengurangkan agama Allah ni!"

Kadang-kadang kita dah terlalu buta sampaikan kita tak kenal Allah. Setengah orang merasakan tuhan orang-orang alim sangat strict dan rigid. Menyuruh kepada beribadah sepanjang masa.
Manakala, tuhan orang-orang yang buat maksiat ( seperti orang yang rajin berparty ke, couple ke)
tuhan mereka ni lek-lek je. PADAHAL, MEREKA MEMPUNYAI TUHAN YANG SAMA.

Kadang-kadang, manusia yang mengamalkan islam kontemperori ni bukan sengaja buat. Mereka cuma kurang memahami ajaran islam yang sebenar.

Tak payahlah nak tuduh orang, saya pun masih lagi jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Al quran pun jarang didalami. Moga Allah beri kesempatan untuk kita paham Islam yang sebenar. Islam yang dibawa oleh nabi yang diwarisi oleh sahabat2 sehingga ke ulama2 harini.

Maaf sebab post ni rompong.
Sebab saya pon rompong sebenarnya sekarang . ermm
Maaf atas kekurangan,

Moh lah kita berdoa agar dapat kebaikan dunia dan akhirat.
wasalam





Keluar vs duduk rumah

Asalamulaikum

sedih sebenarnya harini tapi malas nak emo-emo kat sini.

Lately kan, kat Pantai Timur banjir. Ramai orang post gambar. Gambar dieorang hantar bantuan.
Ada yang saya rasa niat dia baik nak post.
Ada yang saya rasa orang2 ni nak berlagak je.  Nampaklah dia turun beri perhatian kat mangsa banjir. ( Ini apa yang saya rasa, wuallhuaklam)
Ada niat nak update keaadan which is good.

Ada satu semangat dalam diri saya nak turun jugak ( walaupun saya duk Jauh nun disana),
Hajat nak beri bantuan lah kalau diperlukan bulan 2 ni.

Ditambah nampak pulak post seorang akhi ( yang agak aktif berdakwah and sukeralawan ni),
post tu dia share, post tu tentang sorang anak muda yang aktif turun membantu mangsa banjir.

Niat hati pun nak jadi macam mereka2 ni,
Tapi, Sebagai seorang wanita, agak rumitlah jugak kalau nak kehulur kehilir ni sebenarnya,
Tak ada mahram pulak tu. ermm

Tetiba teringat ayat Syeikh Hassan Ali,
bunyinya macam ni lah
" Ibu-ibu itu walaupun duduk dirumah, tapi mereka ini alim. Ada diantara mereka ni yang wali Allah"

Ibu-ibu yang dimaksudkan tu emak-emak dulu2 yang jadi suri rumah dan duk rumah, jaga rumah dan anak-anak. Ditambah mereka pun duk rumah ajar anak Alquran, baca Alquran, jaga makanan dan pakaian.

Tersentuhlah. Rasa macam ermmm...

Kekadang rasa perjuangan itu perlu obviously show to people sedangkan lek lek pun perjuangan sebenarnya. Lek Lek tu as in tak obviouslah.
Jalan kita nak bantu agama ni boleh jadi banyak cara, tapi kengkadang kita terstrict dengan beberapa cara je seperti usrah dan ceramah agama.

Jadi apa aku nak buat?
Kalau berkesempatan, ada rezeki , pergilah membantu,
Kalau tak berkesempatan, hulurkan wang pun jadila kot insyallah. hehe

Itu je lah.
=)