Sunday, December 20, 2015

Cintha

Assalamualaikum,

Makna cinta pada mata seorang wanita,
yang berusia dua puluh dua,
yang masih belum mengenal dunia sepenuhnya.

Cinta itu pada memberi.
saat aku dilamun cinta,
apa yang aku mahukan ialah kebaikan buat si Dia
hatta, membiarkan Dia bahagia bersama insan lain.

Cinta itu satu perasaan,
sesuatu yang tidak terlihat tapi dirasai

Bila jasadnya tiada,
rindu berputik,
Bila jasadnya ada,
tiadalah bicara,
kerana kehadirannya sahaja,
menenangkan seluruh isi hati.

kerana wajah, aku ingin melihatnya,
kerana badan, aku ingin memilikinya,
kerana sikap, aku ingin disampingnya,
kerana agama, aku ingin jadi baik seperti dia.
baik kepada siapa?
Baik kepada Tuhan
Tuhan aku dan dia

ya RAbbb
Sekuat mana aku menepis,
Aku tidak akan dapat menipu Mu dan sesiapa,
hatta diriku sendiri
gelora nafsu sentiasa datang,
datang menjauhkan aku dengan Mu Rabb..

Sejauh mana aku cuba lari,
semakin dekat ujian ini dengan diri,
sejauh mana ingin aku lupakan,
ternyata aku hanyalah manusia lemah,
yang sering kalah pada nafsu ku sendiri

hari sudah berganti hari,
malam berganti malam,
bulan bertukar bulan,
namun hatiku masih disini
dan ya rabbb,
aku tidak mahu hati ini pergi
dan aku juga tidak mahu,
saat ajal datang,
hatiku penuh cinta manusia!

Ya Rabb,
berikanlah aku nikmat cinta agong,
cinta yang menguatkan diriku yang rapuh,
cinta yang mengisi kekosongan jiwa,
dan cinta yang merawat kesedihanku terhadap manusia.














Saturday, December 19, 2015

happiness

Assalamualaikum,
hai friendss!!,
( walaupon aku rase xde sape bace blog aku ni ahhhaa)
lantok lah! hahaha

Harini aku rilex serilexnya
ok xla, lepas ni aku bace buku

apa aku nak bebel harini?

well
sejak beberapa harini, aku selalu pergi ke event yg involved ramai orang ( namepon event kan)
and lately aku x tau kenapa aku agak sensitif sikit
aku mudah terasa bila orang cakap ( well, bapak aku kata aku memang sensitif dari kecik pon !)
okla fine aku memang sensitif pon

And entahla, aku makin lama makin kenal diri aku sendiri,
yang pasti aku x suke berada dalam crowd,
i love too, but bukan selalula.
Deep down aku akan rasa kekurangan,
aku rasa semua ni bukan aku

and it make me so sad ( vocab aku x luas , so like sooooooooo je la hahah)
aku rasa aku push diri aku ke one side that i dont belong too,
i push myself
aku macam x kesian dengan diri aku sendiri
tapi aku tahu dieorang ade hak ke atas aku jugak,
aku perlu tunaikan hak dieorang
kalau orang dah ajak , xkan lah aku xnak pergi,
tapi itu different stories lah.

Aku kene tegur sikit harini,
aku terasa hati sikit ( sensitif overdose)
aku rasa nak peruk je diri aku dalam bilik aku ni,
BARU AKU RASA BAHAGIA!!!!!

aku pon x paham kenapa aku bahagia sangat bila sendirian,
aku nak mengadu , ade Allah, cukupla
Sebab aku ni somehow boleh kenal orang pakai intuation aku,
kalau kita tahu orang tu suka pandang rendah, buat apa nak lepak dengan dieorang,
kalau kita tahu orang tu pentingkan diri dia je, buat apa nak duduk dengan dieorang wei

ini bukan soal judge orang,
dah memang perangai dia macam tu,
aku boleh je berada disekeliling orang2 ni, tapi man, aku terima dia seadanya but aku maleh nak deal part dia macam tu, but you have too.
Aku bukan boleh senang2 push orang keluar dari hidup aku,
aku pon ade perangai buruk aku, and aku pon x suke orang push aku kerana perangai buruk aku
erm....

kalau tanya future plan "kebahagiaan" aku ,
aku kalau boleh nak ada space sendiri ( rumah),
nak bele kucing dua ekor ke,
duduk soranng2,
happy2. hehehe

okla,
aku nak membacoo
wssalam !

Wednesday, December 16, 2015

Dia

BIsmillah hirrahman nirrahim,

Dia,
dari mata kasarku,
seorang yang gagah,
kakinya lincah,
badannya tegak,
kulitnya manis,
senyumannya menawan dan tidak lokek,
bicaranya lembut,
walaupon tidak pernah kulihat, pasti ada urat ditangan si dia,
jadi lambang kekuatan dirinya

Dari luaran,
dirinya ternyata penuh tenaga,
namun buat diriku yang tahu secebis tentang perasaanya,
ku fikir,
sungguh beruntung gadis yang mampu singgah di hati insan ini.

Beribu-ribu manusia,
berjuta-juta manusia,
si gadis ITU jadi pilihannya.
OH! alangkah bertuahnya si gadis itu
Oh! alangkah bertuahnya si gadis itu
Oh! alangkah bertuahnya si gadis itu!


Tiadalah apa yang aku inginkan melainkan kebaikan buat si dia dan si gadis tu.

Aku yakin,
cinta tak semestinya memiliki,
cinta mengundang bahagia keakhir nyawa,
dan,
penantian menambah rasa cinta
penantian menghilangkan rasa cinta

Semoga Allah memberikan kamu sebenar-benarnya nikmat cinta.
Semoga Cinta itu menambah iman dan mendekatkan diri kamu dengan Pemberi cinta

Yang Cemburu (haha),
Adila







Monday, December 14, 2015

Bersyukur

Bismillah hirrahman nirrahim,

Assalamualaikum,

So harini alhamdulillah,
Aku rasa bersyukur sangat,
Result keluar, okla alhamdulillah

Aku tak tau la,
Aku rasa bersyukurrr sangat,
banyak mana aku buat dosa, Allah masih beri aku rezeki untuk dapat kejayaan,
Dan aku tahu mak ayah aku gembira dengan result aku ni,
Walaupon aku rasa nasib baik je

Alhamdulillah,
aku ni makan cukup, duit ada, alhamdulillah
kete pon ade, laptop ade,
kadang aku pon rasa hairan lah,
apa yang aku nak, aku dapat,
Ya Allah, Maha BAik, Maha Mendengar

BApak aku pesan
" ingat la banyak2 ,Allah dah murahkan rezeki ko, kami hanya memudahkan je"
Nak leleh la beb..

AKu tahu aku jarang nak ingat tuhan ,
aku lupa Nabi,
Tapi still Allah bagi aku rezeki melimpah2

Sempat jugak aku duduk termenung dalam surau harini,
Kaki ade, tangan ade, masih bernafas, boleh bace alquran

Aku perasan ade sorang senior tangan dia cedera,
Tangan cedera kalau dalam dentistry ni, macam takleh buat apa,
semuanya pakai tangan,
Aku harap Allah sembhkan dia cepat dan aku harap dia tak putus asa.

Alhamdulillah, kawan2 pon ok je,
banyak bantu aku.

Satu nikmat yang aku terasa sangat ialah nikmat rumah dekat dengan surau.
Terima kasih Ya Allah.
Sejak dari sekolah rendah, aku tak tahu kenapa aku suke lepaking kat surau,
mungkin sebab boleh tido kot hahha
sekolah menengah, kms, u sekrg pon, kerja aku lepaking surau je,
mungkin sebab aku rasa lebih tenang kat situ kot.
Aku tahu sejauh mane aku nak manusia paham aku, dieorang xkan paham aku,
Silent in Suro/mosque seolah bisikan jawapan2 Allah kepada aku (masyaallah)
Andai aku mati, aku harap aku dapat naungan Allah
jadi pemuda yang hatinya attach di surau/masjid
Walaupon aku tahu entah ape kebende je aku buat kat surau tu.

Satu lagi aku bersyukur dengan keadaan hati aku sekarang,
aku tahu hati aku ni tak baik pon
tapi kadang aku kagum bagaimana Allah tarik perasaan2 suka aku.

Harini aku tengok budak lelaki main bola,
and then remember ,i once liked a boy
sekarang perasaan suka terhadap lelaki tu hilang terus,
i still remember how i once keep on thinking about him before
sekarang ni perasaan tu hilang,
alangkah anehnya hati manusia ni,
and yes, absent does not only make heart go fonder, it also can deplete a feeling,
dalam hati aku "kenapalah aku suka budak tu he?" ahhaha

bercakap pasal suka/cinta ni, lately ni aku terasa mencintai seseorang satu nikmat dan nikmat ni kita kene ingat sentiasa dan bersyukur selalu.
Cintakan Allah, YOu then can feel His Gracious,
CIntakan NAbi, YOu can feel his love
CIntakan mak Ayah, you appreciate their hardship just to raise you and your siblings
Cintakan Kawan2, you help them
Cintakan ehem2 , it is just amazing ( wakkakaka)

Kadang2 kita suka seseorang, ( opposite gender la)
luahan perasaan tu kadang tak penting pon ,
mungkin sebab aku ni ENFP ( personality ) type so like i like broad ideas ( having many options, but as i am also a girl, i also have my most beloved option  ahhaha)

i used to think its good that i am telling people ' i love them',
sometimes, i just need to tell myself that "i love them"
its freaking weird actually, because you are telling yourself instead of telling other people,
but it is just me.
it is so me.

And thats why kadang aku rasa pendam perassaan suka tu lagi baik,
Kadang aku pon konfius, aku ni suka idea of loving myself that love someone or i like that someone
Aku rasa yang first kot
( macam narcism je ahha, im in love with myself)
Alhamdulillah,
akhirnya aku paham jugak diri aku ni hahaha

okla, aku nak bace buku, harap block two leh score jugak hehehehe
Wasalam











Tuesday, December 8, 2015

Liar

Bismillah

Assalamualaikum,

Hentah apa tah,
Malam Futsal,
sampai rumah kul 11.20 mlm
Siap gi makan lagi
Liar tak liar.

Gembira,
gembira giler,
nafsu nafsu
alahai adila...

Mak whatsapp kat mana
"kat futsal game ha, tengok kawan main game"

"baliklah, dah malam tak elok"
terus tak sedap hati
Rase macam perempuan jahat.
aku memang jahat pun

semalam ustad pesan
"JANGAN PANDANG SEBARANGAN"
sekali gi tengok futsal
I FAILED THE TEST
Ampunnnnnn ya allah.....
kemanisan imannnnnnn!!!!!!!!!!!
argggggggg!!!!!!!!!!!

nice game
dah lah taubat lah

adoii dah la ene pakse gi annual night
i cannot this

aduhhhhhhhhhhhhh

okla
chiow

Sunday, December 6, 2015

Mata

Bismillah

Assalamualaikum,

Ya Allah Mata,
tidorlah, esok kamu sekolah,

Otak,
Stop thinking!
haha

Kalau aku mati,
Tolong sedekahkan al fatihah untuk aku,
Maafkan aku

Kadang aku berdoa,
pilihan mana yang tepat,

kadang bukan pilihan itu yang aku mahukan
yang aku mahu kadang Maha Pemilih itu sendiri

Bila doa ku tidak terjawab
meresahkan,
adakah Maha Mendengar sudah tidak mahu lagi mendengar doa doa ku?
Rugilah aku andai begitu
Nauzubillah!!

Semoga hidayah Allah sentiasa melimpahi kita,
Semoga Allah gembira dengan kepulangan kita
Ayuh usaha berjaya dunia
Amin3

Chioww!!

Wasalam

Thursday, December 3, 2015

Tak semestinya baik

bismillahhirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, aku masih terlorong(lorong nidak" ahha) untuk ke surau,
tetibe setan membisikkan sesuatu
dan diri aku pun wondering
"orang pergi surau tak semestinya baik"
aku tahu kenapa bisikkan ni muncul

sebab aku tahu aku buat dosa pagi tadi,
and kebetulan time tu aku perasan sorang hamba Allah ni,
( okla fine, aku mengaku aku buruk sangka dengan dia)
kerana buruk sangka kepada diri sendiri dan saudara ni,
aku sangka semua orang pergi surau tak semestinya baik( sebab aku pon xbaik)

Dalam hati aku,
kadang orang gi surau, takkan semua masuk syurga
Perghh level sangka buruk aku ( setan pon api apikan )
mintak dijauhkan lah kan

Tapi saat aku termenung dalam surau,
seolah ada ransangan /bisikan yang menyapa aku(seriusly)
" tapi yang datang kesini adalah hamba2 Allah yang mahu dan sering bertaubat"

perghh mengalir satu arus yang sejuk dalam badan aku
it was soothing...

lately, ada satu perasaan/ fikiran yang kerap kali singgah di pale hotak aku ni
"amalan mana yang akan membawa aku ke syurga"

Seorang pelacur memberi minum satu anjing , ganjaranya syurga
aku tahu aku banyak buat dosa, kemudian aku mintak ampun ,
lepas tu aku buat lagi, lepas tu aku mintak ampun balik,
kadang aku pon penat dengan diri aku yang taubat main2 ni
aku pon kadang rimas asyik jatuh ke lembah maksiat ni
tapi habis tu aku nak buat ape?
xkan aku nak putus asa lepas aku buat maksiat
haaaaaaa

setan xkan pernah putus asa nak bawa aku jauh dari tuhan
aku pun tak boleh putus asa untuk taubat
walaupun aku tahu aku mungkin akan buat dosa lagi keesokan harinya

andai aku mati, atleast aku dah berusaha untuk bertaubat
aku tak nak mati dalam keaadaan hina
aku nak pengakhiran yang baik

Kadang aku rasa amalan aku ni tak ter jawab

sehingga lah aku bukak Alquran harini mintak petunjuk, dan ayat surah yang aku dapat
" Allah tidak pernah terleka dari apa yang kamu kerjakan"
Allah....

Aku tak tau amalan yang mana akan membawa aku ke syurga
dan aku rase semua orang  pon tk tau,
semoga Allah memberi hidayah kepada kita untuk sentiasa buat baik
Dan semoga kita semua bertemu /menghadap ilahi dengan sebaik2 pertemuan
amin2 insyallah

wassalam





Friday, November 27, 2015

Beauty

Bismillah

ANd assalamualaikum!
tak jawab dosa~~
ahhahaha


Ada apa dengan kecantikan sebenarnya?

Semalam , aku and DIna borak2 pasal beauty
Setengah orang cantik makeup, setengah natural beauty,

Asalnya bermula bila ada satu post ni cakap, "apa yang dizahirkan luaran, reflect dalaman"

To one point, aku setuju.
and memang betul pon.
Kalu orang tu rajin ibadah, aku percaya nur tu terpancar di wajahnya ( amboi)

to one point aku wondering juga.
setengah orang makeup sebab they have low self esteem,
makeup boleh bina keyakinan mereka
ill still remember ada sorang sahabat aku ni, muka dia teruk walaupon dia dah cuba banyak ubat and control makan. Takdir memang wajahnya berjerawat begitu.
Aku pon wondering salah ke dia nak makeup lebih sikit? erm

sama lah situasinya kalau orang ada gigi joyang ke , gigi crowding ke, dieorang malu .

Aku tahu , kita sebagai manusia tak patut pandang manusia macam tu. i mean like mengata orang yang banyak jerawat ke. i get that.

Dont get me wrong. im not saying benda yang Allah takdirkan buruk tu bermakna tak lawa. Semuanya lawa di pandangan tuhan ( even kalau tak lawa pon ada valid reasonnya). MAnusia ni je yang meletakkan standard lawa tak lawa tu.

People arent their skin,
people arent their face,
people arent their body,
people arent their gadgets
people are more than that

Bila manusia meletakkan nilai seseorang tu pada rupa, benda tu is so unfair.
Nasib Allah tak cakap begitu.
KAlau la nilai aku pada rupa aku, maknanya Allah tak suka la kat aku ( sebab aku less beautiful compare to others)
Nilai aku pada hati aku. ketakwaan aku.

Cakap pasal hati ni, tadi kat surau cakap hati kene bersih. Bagaimana nak bersihkan? kata Rasulluallah dengan zikrualllah. BIla hati bersih, keikhlasan kita untuk bekerja or do anything because of Allah akan lebih ikhlasla. Maknanya, tahap ikhlas tu tinggi sikit.

So whats my point?
Akhirnya kita semua kan kembali kepada Allah.
Dan allah Akan melihat pekerjaan dan hati kita.
So the beauty of heart is most mattter compared to the rest.

Mungkin aku leh start dengan zikruallah.
BAk kata ustad tadi , zikruallah yang lebih utama ialah zikruallah dihati, bukan zikruallah dimulutt.
baiklah adila. GO gO chaiyokk!!
insyalllah

tue je lah dulu,
Assalamualaikum

yang ingin study,
Adila

Choices

Bismillah

Assalamuulaikum!!
morning people!
aku ni kalu sabtu ahad bukan morning people, tapi harini siap gi suro sembahyang,
Alhamdulillah hehehe

balik je dari makan pagi dekat depan rumah,
aku cakap kat housemate

" saya nak memilih bukan terpilih!"
then aku keluar bilik housemate,
then housemate pon cakap
" kalau awak nak memilih, jadilah seorang yang terpilih dulu"

perrghh sentap

Asal?
sebab masa makan kat kedai tadi, ada kawan cakap, ade seorang akak ni kawen by baitulmuslim.
kalau ada ikhwah nak kawen, BM akan bagi lelaki tengok borang perempuan, then laki tu pilih.

Aku pun nak arguela, apehal lak laki je boleh pilih
okla fine, perempuan banyak then choice tu lebih ditangan lelaki sebab laki sikit,
and then lelaki pon ketua keluarga

Tapi aku still xsuke idea tu.

Semalam, alhamdulillah aku pergi ke charity visit kat around melaka ni.
Pergi dua rumah

Rumah A- bersepah giler, anak 5 orang, single mother and the mother work as a cleaner. Dalam hati aku kenapa lah mak dia bagi anak dia duduk dalam keaadaan kotor macam tu. Mak dia cleaner kot tapi rumah. erm. Aku bukanlah judge ( judge la sebenarnya) tapi aduh. Kebetulan perasan jugak dalam rumah tu ada Tv plasma, ade tab , ada toster. Aku xtau la kenapa makcik ni dipilih untuk charity event ( but then consider single mother and 5 children) but for sure the poverty sebab choice dia kot. Aku xtaulah dari mana datangnya barang2 elektronik kat rumah tu, ( mungkin orang derma ) but entahlah. speechless aku. Then, senior2 ni cakapla, even masa kat india they went to slum area pon lagi bersih dari rumah tu. Aku masuk rumah tu, tetibe nampak anjing pulak. Aku macam OMG. Aku lari keluar jap, takutt. MAlas nak samak.

Rumah B- MAkcik ni single mother , husband dia meninggal setahun lalu sebab diabettic and apparently rumah dia bersih and anak2 dia pandai2. i mean ada education la. Walaupun dia miskin, rumah dia clean and nice for her children. Anak2 dia mesra and polite. Masa kiterorang blah tu, dieorang satu keluarga duduk luar  sampaila kiterorang hilang dari pandangan. Amazinggg. Adab tu bagus betul. MAcam tu lah. Aku tak tau kenapa aku comparekan , tak baik tapi erm.. hehehe

Kesimpulannya, doesnt mean you poverty (on material and money) you should poverty in your mind too. Mungkinlah first mother is having so much depression, dia malas nak jaga anak, ialah balik kerja ,penat, terus tido, mana larat nak kemas but you still have to take care of your children too. Budak2 perlukan attention kita, kalu tak larat nak jaga , janganla having them. ( amboi senang je cakap an hahah)

Aku rasa semua orang ada pilihan nak pilih ape. Macam aku, aku sendiri yang memilih untuk jadi apa. Sometimes, bad things happen kat aku sebab pilihan aku.

Minggu posting prostho ni banyak mengajar aku. Imm terribly suck at prostho ( since phase one lagi). Bila posting prostho,the feeling of loser arise balikla. Buat tak jadi, buat tak jadi. Stress jugakla. Kadang2, nasib memang tak baik, tapi aku memilih untuk tak putus asa. Tak jadi, aku buat balik, tak jadi lagi buat je balik. Aku ingat lagi dulu, aku tanya diri aku "APA BENDA PALING WORST AKAN JADI KALAU AKU TRY HARDER, WORK HARDER, BUAT BERKALI2?".
Yes, aku akan penat! tapi for sure aku akan dapat jugak hasilnya. erm

Semuanya atas pilihan aku.

dan aku tahu bukan semua pilihan aku adalah pilihan yang bagus.

Aku tahu kadang aku ni tak jaga pandangan. Aku melilau pandang sana sini. Aku mencari la seseorang jugak kadang2 eekkeke. ok fine , aku cuba tak buat lagi.

Aku pun tahu aku ni penyepah, pemarah, mulot celupar, suke fikir benda bukan2 dan mengarut, mudah menyampah, tak nak studyy awal2 ( lepas tu fail sedih2 pulak, ngek betul). SEMUANYA ATAS PILIHAN AKU.!!!!!!!!

Aku lately tak tahu kenapa aku menyampah dengan beberape senior. Sebab aku ni high expectation kot. Sebab dulu kat india, ramai akak2 approach aku, dan they are approcable. Bila sampai kat Melaka ni, akak2 kat sini macam tak approcable je. Aku pahamlah dieorang busy tapi aku terasa sangatla. Im your little sister, why dont you acknowledge me. ( padahal tak ade sape pon kisahkan hahaha) Salah akula, high hopes.

Oneday, aku tengah mount cast kat lab, dah pukul 6 lebih dah. Aku exhousted, penat, and lab tak ramai orang,( adelah dua tiga akak senior yang sibuk dengan kerja dieorang) then suddenly  ada abang chinise ni nampak kerja aku and muka toya aku. Die pon nak borak dengan aku. DIa nampak nak tolong aku la. " you dah boleh bukak lah, kalau benda tu dah set la". i was like omgg someone aware of me finally. Aku bukan nak orang aware aku pon, kadang tu aku senyum pon ,ade akak bagi muke ketat kat aku. Sumpah menyampah gler~~ ahhahaa

baiklah, aku akan berusaha untuk merubah keaadaan.
insyallah

Mungkin instead of aku tunggu dieorang approach aku, aku yang patut approach dieorang. Dieorang pon busy kan. erm.



exam BLock I is coming, aku yang gendut malas study, baru sekarang nak study, but i knew i have to update dulu thought aku ni. Setakat tu la dulu. Doakan saya berjaya .hehehhehe

Wassalam

YAng membuat pilihan untuk menulis blog ( hahah),
Adila







Monday, November 23, 2015

Alone

Bismillaahh,

Kata2 tak bisa menghurai segala perasaan ku dikala malam ini,
Namun dengan keterbatasan bahasa, aku luahkan segenap perasaan ku saat ini.

Diriku bersyukur ya tuhan,
Masih punya nyawa, keluarga,dan kesempatan waktu untuk mengadu padamu,
Disaat diriku mencari erti hidup, masih ku rasakan Mu disisi aku.

Ramai tidak mengerti ,malah aku sama sekali tidak peduli pada mereka yang tak peduli, aku hanya perlukan Mu dan keridaan Mu.

Kesunyian kadang menghimpit aku,
Berlari mencari bahu,
Namun tidak hilang juga kesunyian itu

Aku sentiasa mahu bersendirian,
Aku lebih tenang begitu,
Keramaian merimaskan aku,
Membuatkan aku lupa pada diriMu

Lalu aku terfikir,
Mungkin inilah hikmah aku masih sendiri, aku bahagia,
Aku bahagia.
Walaupun ku sangka aku sendiri.

Sendirian dalam berduaan,
Kesunyian dalam kebahagiaan,
Indah.

Cukuplah itu dulu setakat ini,

:)

Saturday, November 21, 2015

Hak

Bismillahhirrahmanirrahim,

You know when someone is sad,
They could be saying things in a quite emotional ways,

Why?
Maybe sebab they are emotionally unstable,
They are confused, they are depressed and sad, could be extremely sad or lonely

They start saying noxious things,
They may making fun of others,
But to be honest they are crying inside

Its happened to me in many times,
I did spoke harsh ways even to my parent sometimes, yeah I know I'm bad

Tapi aku just tak leh nak simpan perasaan or rasa sedih, rasa nak marah ni. I need  to say it out loud. Baru aku puas.

Some people say mungkin aku patut berlapang Dada. Forgive everyone yang sakitkan or kecewakan aku. Ok fine.
I can. Tapi leh me tell you , rasa sedih dikecewakan or sakit hati tu lumrah.

Just because I'm sad tak bermakna aku tak berlapang dada. Aku berhak untuk sad. You hurt me even maybe you THINK you did not hurt me. I have the right to be sad! Whether should i  express it or not je..

Orang kata lepas break up, just move on. But for me, its ok to be sad JUST for a while. Its ok to cry!!! You can't simply just move on. Bad things happen, just acknowledged your sadness

Lepas exam ,result teruk, its ok to be sad but jangan terlalu lama la.

Tue je la,
Heeheehh



Monday, November 2, 2015

Nothing

assalamualaikum,

izinkan saya nak mengomel

Well, for the most of the times, i do get jelous very often lately,

Mostly dengan kawan2

I think orang lain lagi lawa dari aku,
Asal orang lain lagi pandai dari aku,
aku pon baca buku yang sama jugak

Ada one time lecturer tanya soalan,
aku jawab tapi lecturer tak dengar
then orang sebelah jawab jawapan aku,
then cikgu puji dia,
meniru betul! haha

Ada kawan asyik selalu dapat assist senior je,
aku selalu jenis yang tak dapat assist
kalau assist pun yang biasa2 je.

Kadang rasa stress,
rasa mcm helpless.

Aku pon penat, i need guidance,
bukak la Youtube

MUfti Menk cakap, jangan jeles dengan orang lain ,
dalam alquran Allah pun dah cakap,
memang Allah beri benda lebih pada seseorang.

Aku pun takut sebenarnya
aku tahu aku jelous,
jelous aku tu menifest doubt aku tentang pemberian Allah kepada aku ( Astaufiruallah al azim, ampun ya Allah...)

Ada sorang saudara ni ( YOutube) dia nasihat, buanglah jeles tu dengan mengingati pemberian Allah kepada kita.Jadilah Hamba yang banyak bersyukur, jangan jadi hamba yang banyak persoal.

Alhamdulillah , aku masih ada mak ayah, ada adik beradik, ada rumah tak homeless, boleh la makan
Alhamdulillah

Kadang-kadang, aku tak nafikan cemburu datang bila aku asyik compare diri sendiri dengan orang lain.
cemburu tu bukan datang dari perasaan yang aku ni kekurangan, bila tengok orang je rasa macam ni.
dan aku pertikai benda yang MUSTAHIL untuk pertikai

MEMANG AKAN SENTIASA ADA ORANG LAGI PANDAI DARI AKU
MEMANG AKAN ADA ORANG YANG LAGI LAWA DARI AKU

so how?
Nabi pesan tengok orang yang lebih dari kita dari segi ibadah. erm
Aku ni sibuk nak tengok dunia! aduhh

oklahh

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim: 34). 

bedebuk!!! AMBIK KAU!
sibuk sangat persoal2! ermm

oklah
tu je
Wasalam

yang malas bace buku, 
Adila


Saturday, October 17, 2015

Bukti cinta

Asalamulaikum,


Kadang aku ni jenis lembik,
Prinsip hidup aku , kelembutan boleh menyelesaikan semua masalah,
which one point it could be wrong and contradict dengan kehidupan realiti aku

contohnya,
aku rasa budak2 kalau kita cakap elok2 , dia pon jadi elokla
which most of the times, budak degil, kita kene cakap firm sikit rather than talk nicely

dan aku rasa kalau kita suka and sayang seseorang, kita buat je apa yang si dia inginkan,
mahu kereta? ok
mahu coklat?
penuhi je kehendak mereka.

semua ni somehow kurang tepat.
Kebetulan aku menonton  clip Wardina berbicara tentang cinta

" jika dia menyentuh kamu,  dia tidak sayangkan( cinta) kamu, malah dia menghina kamu"
It is such a strong word to use.
MENGHINA

but statement tu tak salah pon.

If you love someone, you will try to approach her or he.
Jadi apa masalahnya?
Masalahnya kamu tak appreciate pun orang tua saudara/saudari ni.
Gula gula pon lagi tinggi harganya.

Gula-gula kene beli dulu, baru boleh bukak plastic
Mana boleh bukak plastic tak bayar dulu.
It is a disrespect to pakcik empunya kedai.
Asal boleh nak free je
Penat2 pakcik tu guna modal dia nak beli gula2 tu

Jadi,
Mahalkan dirimu,
Jangan Bermesej dengan lelaki

Yang lepas ,lepas la


Flow post ni mcm hampeh
iya aku tau


hehehe

BYe








Sunday, October 11, 2015

Pencuri

Bismillah

Wahai Tuhanku,

Ampunkan aku.
Sebesar mana hasrat hati ku,
Ingin bersatu dan memadu rindu,
Jangan biarkan aku melukakan hati sahabat2 /ukti di sekelilingku.

Apalah guna bahagiaku disaat ada yang kecewa,
Apalah guna senyumanku dikala ada yang bergenang air mata,
Tabahkan aku, redokan aku, andai ini bukan milikku

Aku hanya manusia biasa,
kadang kalah dengan nafsu semata,
Aku mahu dia, aku mahu dirinya, aku mahu dan aku mahu.

Logiknya apa?
Pasti ada juga insan seperti aku,
Mahu tapi bisa menunggu aja,
Kerna si dia yang banyak pilihan,
Kami tiada pilihan ( wahaha)

Aku berani berjuang,
Tapi perjuangan ini pasti menyedihkan seseorang hatta aku pemenang.

Hanya pada Tuhan aku bersandar.
Aku sungguh tidak tahu, Allah

Semoga Kau berikan jalan,
Aku pasti ketemu!
Insyallah

Yang berundur dan memendam rasa,
Adila

Saturday, October 10, 2015

Wanita pilih lelaki?

Bismillahirrahmannirrahim,

Assalamualaikum, 
anneoyonghaseyo!



Malam ni aku gelak lepas bace gambo ni.

And then aku pon baca komen gamba ni,

Most lelaki kata dieorang setuju dengan idea ni tapi bagi pendapat aku mereka yang setuju ni mostly sebab dieorang taknak bayar hantaran mahal-mahal. Hantaran mahal tu ( bagi aku) just a sign sama ada you really want her or not and then lagipon memang logik pon kalau letak hantaran ( yg tinggi but not so tinggilah) sebab ialah kami anak dara orang, kene lah ada jaminan hang boleh bagi makan kat kami. 

Ade yang siap bagi testimoni lagi melalui perkhahwinan mereka , which is good
Ada yang x setuju.

Oleh disebabkan aku pernah terlibat dengan hal yang sedemikian rupa, 
here are my opinion.

1. Kenapa wanita patut melamar lelaki?

Well kalu tanya aku yang cetek ilmu ni, aku akan jawab sebab Saidatina Siti Khadijah buat, baguslah kalau kita ikutkan. Dia adalah ummi kita. Siapalah yang layak menjadi ikutan kalau bukan ummi untuk umat ini. 

Oleh disebabkan aku pernah melamar seseorang, sebelum melakukan "kerja gila" ni, aku banyak bertanyakan pendapat akak2 usrah malah ustazah aku sendiri. I dont know dari mana datangnyaa kekuatan untuk aku fight for love but i was so sure with my move back then. 

Masa nak buat "kerja gila"( for most of the people) ni, aku dihujani dengan banyak dorongan dan halangan.

Antara dorongan yang aku dapat apabila ustazah aku sendiri menggalakkan aku untuk go for it ( melamar orang) namun kata ustazah ku
"kalau direject, jadilah setabah Salman al Farisi" 

which i was not really tabah as i think i would be. hahaha

Antara halangan ( argument orang akan kata kat aku) ialah ;

1. Siti Khadijah kaya, lawa , berharta, Well known, dia melamar seorang lelaki oklah, i mean beliau somebody, kalau ko, hapa pun tak ada, ( which aku pon terpikir jugak). So i guest make senselah lamaran dibuat. Logiknya disitu.

2. And then, orang akan argue lagi , kata Siti Khatijah lamar setelah dia berurusan dengan Rasullallah. Lamaran dibuat selepas kenal hati budi bukanlah lamaran dibuat fresh nak kenal orang. Well, for me, benda ni subjektif la kot. Zaman sekarang ni banyak je online dating for marriage ( baitulmuslim.com ) which is baguslah nak memudahkan perkhahwinan and sometimes, you know, people are really gone mad with someone just by the look ( like me) hahah. Kalau melamar, untuk kenal, ok je kot. As long as jaga batasan.



Benar, aku setuju. Kalau nak pilih pemimpin, biarlah follower pilih. Its make sense. 

But then....

2. Kenapa wanita takut nak melamar lelaki?

Benda ni dari sudut hati aku yang sering sayu and ragu2 ( ahhah). Kalau soalan ni ditanya kepada aku, aku akan jawab sebab aku takut direject. Well, i got rejected by the way. ( hahaha) dan hilang grip jugak lah asalnya. Mengelamun sebulan dua. Lagi-lagi sebab aku tak tau reasonnya kenapa ( i guest im not cute enough?) haha

Well, wanita memang complex, extremly complex, 
i ve end up making almost 100 reasons why the guy that i  had choosed to be my imam rejected me. 
but hey, its good for me and for him. 

Selain itu, mungkin kebanyakan wanita ( and aku), we pon are aware that lelaki melihat rupa and badan. If they dont like our physical, i guest they will not stick around us forever. EXcept bagi yang tak lihat rupalah.

Perempuan ini naturenya memang seperti apa sabda nabi 
Ø£َÙƒْÙ…َÙ„ُ الْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ِÙŠْÙ†َ Ø¥ِÙŠْÙ…َانًا Ø£َØ­ْسَÙ†ُÙ‡ُÙ…ْ Ø®ُÙ„ُÙ‚ًا ÙˆَØ®ِÙŠَارُÙƒُÙ…ْ Ø®ِÙŠَارُÙƒُÙ…ْ Ù„ِÙ†ِسَائِÙ‡ِÙ…ْ Ø®ُÙ„ُÙ‚ً
ا
Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap istri-istrinya2

Ma makna?
Perempuan lebih prefer lelaki yang "layan" dieorang baik dari lelaki yang handsome. Handsome nakla jugak, tapi kalau baik( akhlaknya) plus hensem kira bonuslah. Kadang biasa nampak perempuan lawa, laki dio muke biase2 je, tapi muke biase, layanan tiptop( amboi) yang inilah kami mahukan( wakakkaka).


Bak kata ustazah kawan aku, hati wanita umpama kerak nasi. Direndam dengan air akan lembut jugak jadinya. Kiranya, andaikatalah pinangan yang datang ( lelaki x berapa lawo) dipujuk2 akhirnya wanita ni pon  ada tendency nak terima lamaran, compare to lelaki. Lelaki can be so decisive sometimes which pretty hard to nego( i dont now to what extend lah). They just want what their heart want.

Sometimes, issues status dalam badan dakwah pun wujud. In order to lajukan dakwah, "orang atasan" BIASANYA prefer "orang atasan" because senanglah nak lajukan dakwah. Contohnya, AJK kebersihan kawen dengan AJK kebersihan tapi no wonderlah sebab dieorang nak elakkan fitnah sebab selalu jumpa membincangkan masalah kebersihan hahaha ( just joking ok). For those yang follower ni, kadang just watch and waiting to be picked. Seriously. haha

Kadang , perempuan takut nak melamar pon sebab the choices are not much ( wakkakkak) . Seriously! Cuba tengok bidang medic, dentistry ni. Ratio laki perempuan memang macam 6:1. Kadang nak approach yang sedia ada pon macam kena fikir ukhti2 yang lain. Haha ialah, we could fall in love with the same guy ( sebab dah x banyak choice ) wakkakak. sad right? 

Kenapa lagi kami takut nak melamar? sebab kami pon stuck dengan adat tradisi bagai ni. Wanita hanya tunggu dipinang. Istilah perigi cari timba akan keluar. Tak malu lah. Haiya. Sebab tu jadi takut...

Reason lain mungkin sebab wanita ni terlebih malu kadang2 ( which is good) tapi doubt to make a move sebab takut hal pinangan ini akan tersebar ( kalau x diterima) and kalau calon laki sebarkan kat kawan2 dia. We deserve to feel that insecurity

3. So, dilamar or melamar ?

Mungkin ada yang akan kata, kalau jodoh tak kemana. It will come to you tapi macam ngek pon ada konsep ni. At least kena lah  ada usaha, minimum could be doa kot. Sebab nak makan pon kene suap, inikan jodoh kenelah cari sikit.

Mungkin juga akan ada yang kata, biarkan je, kalau jodoh kita, dia akan datang jugak kat kita. Well maybe yes, well maybe no. Only time could tell.

Istilah ' love will come when the right time comes, '. Kadang aku fikir,  waiting is very uncertain.  You could waste years by waiting, waiting and kalau orang tu tetiba hook up with someone, you may end up commit suicide hahah.

"Just wait and he comes to you" If you wanna wait, fine, but why should he comes to you? ahhaa

"Fight for it!" yeah! fight if you think it is worth it. You can chase a ball, why not me. ahhahha

Sometimes, people are fighting for someone that they love but people can be confused of what love actually is. Kita tengok seseorang, kita rasa dia lawa, and thats love. Thats bullshit man! Benda ni aku pon buat, tapi most lelaki lah  aku rase yang buat.( haha)  Kita so blind, delusion dengan kecantikan luaran. Bukan kecantikan tak penting, tapi ada yang lagi penting dari tu. 

End of the day, i think, just pray to god, ask Him whats the best for us. Not everyone should make a move ( melamar) and i think not everyone should just wait to be proposed.

Senang kan aku cakap? aku pon tak sure apa patut aku buat.
Helpless. haha 

Setakat tu jelah

Yang gilo x tido malam,
Adila








Minggu tengok wayang

Bismillah,
so like few minggu lepas

Aku ruk tengok wayang
Inside out, Hotel Translyvannia, Mr Holmes

Inside out

It is a nice story but way to complicated for children to understand. Budak budak mana lah tahu tentang emotion ni. Aku yang perempuan pon x paham dengan perasaan. To be Honest, aku pon x berape paham tentang movie ni. It is so inside out , i mean tersirat.

Antara pengajaran yang best,
 1. Human cannot be happy all the times
betul, hidup kene selalu ceria, namun kita perlukan fear and doubt and angry feeling to deal dengan problems kita. Yes kita perlu perassaan marah tapi kita kene belajar control lah ( pergghhh) sedap siot aku cakap macam ni. hahhah Aku ni dah la cepat marah but anyhow.

2. Family come first
Well, the girl had to move to another area. Aku pun gadis yang selalu pindah randah. i mean i know the feeling when kene start all over again, insecurity , takut dengan perubahan but i guest you just do it. At the end of the day, i do question ( to my parent tapi dalam hati jelah) why did we have to move but we trust what ever decision parent kita. Stick to them .

Hotel Traslyvannia

cerita ni oklah, laju jugak, aku tak tau lah kalau budak dapat piick up ke tak. hahah
Lawak pon awak lah, so fantasy , i like it

1. people around you deserve to choose what are you going to be at the end of the day
Atuk dia nak dia jadi vampire
Mak dia nk dia jadi manusia biase
Ayah dia x kisah

but most important thing, what ever expectation from orang sekeliing, as long as kita happy, just be whatever you are

We should see whats good for someone , let that someone decide and just respect their choice.

Stop being pushy kindda parent, its not good for your children

Mr holmes

OMG. Cerita ni slow sangat. but jalan cerita dia pon ok ok jelah

aku tak ingat banyak but aku paling ingat quote

" its not that everything that you think you should say it"
"it will end up with regret"
" do you regret?" " most of the times"

bunyi ala ala macam tu lah.

Aku pon fikir, aku lately main hembur je semua orang. Aku tak puas hati aku cakap, ( which i used to keep my words) , kalau aku aware of the unusual feeling around me, i must put it into words. ERmm..

Aku tak tau sejak bila aku jadi mcam ni. Recently la. It end up bad lately because words really hurt people. Memang lidah lagi tajam lah dari pedang but i hate keeping the feelings by myself. i need to express it!

well, ini jelah dulu,
kalau ada lagi, nanti ioll update

bye byee

Yang x reti tido,
adila




Ukti yang tak pandai jaga hati( do they have too?)

Assalamualaikum ,

what theheck tajuk post aku ni kan,

Lately, biasalah banyak ukhti2 yang kawen.
Oklah

Aku jadi mengirap ( out of nowhere) when they started to share about their marriage life.
Cuba la ukhti2 ni jadi macam bini Ustad Adnin Roslan ke..., so considerate

Kenapa?
Sebab dia pesan kat suami dia jangan post ape ape pasal perkhahwinan dieorang online.

Why?
sebab kita tahu bukan semua orang being bless to have partner in life.

Dalam hidup aku pun, orang sekeliling aku pon ramai je yang tak kawen lagi,
bukan dieorang tak nak kawen, memang tak ada jodoh
Bukan tak usaha, dah tak ada rezeki.
umur dh lanjut2 , setia menanti
Doa pun tak putus2,
optimitik tapi tulah kan ,
belum jodoh

Patternnya hampir sama ja.
Kawen awal for what ever reason ( nak lajukan dakwah, nak gerakkan badan dakwah, nak menjaga maksiat)
Ok Fine
Dulu kat Fb , post islamik la ( alhamdulillah)
sekarang post status cintan cintun dengan laki hang kat status,
Sikit2 oklah
kalau setiap kali post status mcm ni,
aku pon konpius aku follow hang ka, follow laki hang sekali


Kawen atas alasan islamik tapi yang haruk pi tayang kat orang ape pasal
Aku yang baca tulisan romantik hang pon jadi malu.
Gambar peluk peluk.

Memang lah hang bahagia. Hang ada hak nak show off.
Kebahagiaan hang berdua, share duo duo dah ler.

Yang kapel, haruk ayat cinta,
yang dah kawen pon haruk jugak
Kesian chek ni

So far banyak gak aku unfollow orang yang macam ni,
separuh jadinya follower aku hahaha

Tak kisah lah hangpa semua nak kata aku jeles ke hape,
BAiklah aku dilabel orang cemburu dari jadi minah yang mengintai "rumah" ko secara terbuka
wakakkaka

kalau lah aku boleh hambur kat orang2 mcm ni
ermm

oklah , itu je
Assalamualaikum









Friday, October 9, 2015

Ampunkan aku


Assalamualaikum,

Semuanya bermula apabila aku buat satu Questionaire pasal stress management. Aku dapat score yang bermaksud aku  extremely depress and aku extremely stress.

Aku tak depress or stress cuma aku berada disatu point aku kerapkali memikirkan perjalanan hidup aku, pilihan aku, mengenai kemahuan aku di atas muka bumi ni.

Aku datang ke satu konklusi.

AKU SANGAT keKOSONGan

Aku masih membiarkan diri aku hanyut

Masuk kelas TITAS, barulah aku sedar kuncinya apa.

"Rohani bersifat metafizik. ianya boleh diselesaikan dengan Tuhan ( metafizik)."

Aku kosong dari segi rohani. Selama ni aku cuba penuhi diri aku dengan benda fizikal. physically aku  less kosong, but inside, there is a hugeeeee hole.

Hati ni tak tenang tapi ianya tahu kenapa.

Hari demi hari aku mencari lagi jawapan.

"what ever happen,happen for good"- DR Prostho

Sejak aku masuk third year BDS ni hati aku ni risau je memanjang. Adakah aku mampu? Aku mula berfikir adakah tepat pilihan aku, sedangkan aku tahu ,Allah lah penentu jalan hidup aku. Aku buntu, langkah makin tidak yakin namun hati ni seolah tidak mahu percaya takdir itu.

it was difficult for the past 2 years. Aku kerap kali kecewa dengan diri sendiri. Aku bukan naturally born with the skills ( kalau compare dengan rakan2 yang lain). Im always lost.

There are so much expectations from people.

Dari segi D&T, ive not been to usrah for quite long time. Sometimes pon aku lost. Aku disuruh jaga iktilat and lately aku pon tak tahu iktilat aku patut macamana. Aku dikelilingi non-muslim guys. Aku pon dah hilang malu.

I need to help myself. Ajal bebila boleh datang tapi aku masih termenung-menung. Allah...

Oklah, itu je dulu

Assalamualaikum











Friday, September 11, 2015

Antara drama Jepon dan Korea

Assalamualaikum ,

aneeoyong haseyo, konichima minna sennn~~~~

duduk rumah ni tak buat apa, jadi marathon drama pon bermula.
Sejak balik Jepon ni, terasa nak belajar bahasa Jepon, korea, Arab,Tagalog,semualahh.
Jadi why not belajar dari drama bukan?

Disclamer: post ni bukan lah bertujuan untuk menyatakan mana yang paling terbaik. Hanya menyuluh perbezaan yang ada (dari pandangan peribadi). So lets start it!
( i will tell you which one that i like the most laterrr )

1. Pengajaran cerita ( lesson ) ( teknik penceritaan)
Bab ni aku rasa drama Japan lagi menyerlah dari segi memberikan pengajaran dari drama korea. Selalunya, drama korea ialah sebuah jalan cerita yang memerlukan penafsiran sendiri.  Kalau cerita Japan, kadang2 pengajaran tu dinyatakan( by the dialog) oleh watak dibantu dengan jalan cerita.

its like
Korea lebih tersirat,and Japan are more expilit in expressing pengajaran hidup dalam drama mereka.
( again, it is based from personal view ok)

 Benda ini tengok jenis drama sebenarnya.

2. Lawak ( sense of humor)
aku rasa antara dua ni, kalau aku nak cerita yang klakar, i will go for japanese punya drama. Both drama comedy Jepun and Korea lawak tapi aku lagi suka ( and cepat pick up ) lawak Japan rather than Korea. Yet, benda subjektif la sebab aku pon ada standard lawak aku yang seems to be fitted with Japanese punya drama. Kadang2, Japenese punya lawak is excessive that i really really like it a Lot.

Drama Jepun kalau lawak, lawak giler. Anime dia pon klalorrr ( plus sexy or lucah sikit kadang)

3. Bahasa
sebab aku ni tak le reti Korea and Japanese , so aku depends alot kat subtitle. Kalau anime, bahasa dia casual la ( kasar sikit) so like bahasa dia lain . Bila cakap pasal bahasa ini, macam cakap pasal budaya sebenarnya. Tak dinafikan orang Jepun memang berbudi bahasa( lebih sikit je) . Korea pun.

Contohnya, ada satu scene dalam wallflower. Bapak sorang lelaki ni marah kat kawan laki ni. Laki yang kene marah ni , walaupon si bapak tu hina dia, tapi dia balas kasar namun masih berbudi bahasa dengan si ayah yg memarahi dia. it shows that manner are so important to Japanese people.

p/s: ive been learning Japanese lately. satu ayat tu boleh dinyatakan dalam different ways depending to whom are you talking with, same goes to korea.

compare to Korea, bahasa dia memang selalunya casual( a bit kasar sometimes) but they are talking to close friend and family. Tapi dengan cara percakapan dengan family, nampaklah sikit, orang korea lagi joyah  dari orang jepun ahhaha

4. Love
a) definisi cinta
aku rasa i like japanese definition of love more than korea. Perkataan Aishiteru jarang digunakan oleh orang Jepun. mereka lagi guna perkataan suka dari cinta ( ai). Sebab cinta ni ranking dia high. but when they say they like, its enough.

Kalau Korea, its almost the same. Usually dalam drama, confession you love someone will be the end of the story. Thats the closure. Yang aku perasaan persamaan antara dua ni ialah

Orang perempuan Jepun and Korea, they loveeeeeeee when their men say the word "i love you" tu. They have the neeeeedd to hear the magic phrase. Namun lelaki Japanese and Korea are less words. Asian men areeee more man of action.  Their action are the phrases. Benda ni obvious while watching Japanese.

Selalunya konflik drama both two countries ni sebab lelaki less words je and perempuannya sangat nak dengar word "i love you" or too dumb to realise that the guy suka dia. You can see the pattern.
I am not saying less word or wanted to hear the magic word are bad and unecessarily but somehow i believe if you really really in love, your heart can speaks louder  than your mouth and your eyes and your body can just read your loved one. Tapi kalau macam tu tak ada jalan cerita pulak. Xdela drama kan hehe.

b) way of confession
i think Japnese people dont really express their love by words. Maybe by their action mainly. Korean people do express ( by words) a lot more ( i think) than Japanese.
But anyhow, i am not judging. For me , love could be in the air. whether it is in the form of action or word or anything, just be yourself and express it in your own ways.

5. Makeup
i love both. i like their makeup. Kawaiii!!
But well korean people makeup lebih tebal but i like it hahah

6. Jalan cerita
Kadang aku tak suka tengok korea ni sebab jalan cerita dia sangat lenghty and slow. SLOWWW...
Japanese kadang slow jugak but not that sloww but most of the times, ok je.

kalau cerita cinta- cinta korea lagi cute/romantik, cinta japan lagi bermakna erti cintanya hahha
kalau cerita lawak- lawak Japan lagi best

Kalau ikut common sense, Japanese kadg cerita dia xlogik sangat, tapi tak logik tu la yg besttt haahha

7. Angle scene
Bila tengok drama korea aku fokus betul tengok jalan ceritanya, tapi kalau aku tengok drama jepun, aku selalu perasan how the scene being shoot. seriously. Atas bangunan ( mesti guna helicoptor). Scene pusing2. Scene bergegar . its quite nice. Lagi tambah effect tengok drama.

8. Common scene
Well, scene makan banyak kat both drama selalunya. Scene berlari mencari orang SELALU GILER dalam drama japan. Lari je kerja. aku tengok pon penat. Scene orang angkat telefon pon banyak jugak dalam dua dua ni. Scene sex jarangla compared to western. Kissing adalah. (sebab kissing pon hugeeee thing bagi dieorg ).

entahlah tapi aku lagi perasan kecantikan nature Japan dari Korea. Pokok sakuranya, mountnya, bunga2 nya dari aku perasan nature dalam drama korea, erm.

Selalunya classical main lokasi drama ialah high school la. kalau  korea selalunya kat company. Rumah tu biasala.

9. Pelakon
Well. Aku suka giloooooooooo pelakon korea and japan . i like both. they are in my league. hahaha
but if i have to choose one thaat i like the most, i pick a japanese actor haha.

kalau actor perempuan ,aku rasa actress Korea lagi lawa (again it is subjectif). kindda like their make up.

10. Fesyen
i like hambuk and kimono. both traditional dresses sangaaaaatt lawaa.
kalau current dresses kalau lelaki aku lebih suka japan ( they are more simple, and i like simple ) dresses korean guys are a little bit complex.

kalau perempuan, i have to say korean. Kalau perempuan korean a bit more complex which i like. perempuan japan for me kadang is too simple  hahaha ngeks.

11.Lagu theme
Sad story: Korea
Motivating/arising song: Japanese

12. Common words

a) Japan
sumimasen ( excuse me/im sorry)
gomene( im sorry)
matte kudasai, matte ne ( matte=wait)
ohayo ( gozaimas) ( selamat pagi)
gambatte( ne) ( selamat berusaha)
nandeska ( apa ni)
kore wa ( ini ialah)
watashi ( saya )
domo ( tapi)
eiye( no) hait! ( yes)
ano
sorewa
daibochou( are you okay)
bageero, baka(stupid)


b) korea
molla ( xtahu) na ( saya) na molla ( saya tak tahu)
arassooooo
gwenchanayo, genchanayo ( are you okay)
michchossuh!!( are you crazy!!)
weeeeeeeee!!
wegure ( stop it)
anneoyonghaseyo ( greeting)
anieyo( no) ne ( yes)
jinja(really)
ottokae(what to do )

and etc

Jadi tue jelah.
Aku sebenarnya lagi suka tengok drama Japenese dari Korea sebab korea ni complex sangat kadang (bagi aku). Aku suka benda yang light je. Tapi aku lagi cepat pick up ( belajar) bahase korea bila tengok drama dia so layan la jugak .

Comparison ni sangat general. Every drama in every countries ada kelebihan and keunikannya. So dont generalize it based on my point.


Jadi setkat itu jelah.

so, janneeeeeeee!!!

Peminat drama Japan and Korea,
Adila









Thursday, September 10, 2015

Diriku yang 22

Assalamualaikum ,

erm ,
Aku baru habis menonton My Little Bride
it is a korean movie,
Menceritakan mengenai seorang lelaki yang mengahwini seorang gadis yang berusia 15 tahun kerana ingin memenuhi permintaan datuk mereka.

Haiii, jeles gua
Hari sabtu ni pon ada seorang sahabat nak kawen. Kadang2 jeles jugak, kadang2 tertanya, kenapa Allah tak mudahkan perkhahwinan aku ( i mean nak segera) Tapiiiii aku xpuas lagi nak hidup sendiri....

Lepas tengok movie ni aku rasa macam rugi pulak tak kawen awal. Aku terringat Saidatina Aisyah dan Rasullullah. it must be nice to share my teenages life with my husband. haha padahal masa remaja aku , aku ni tersangatlah conpius dan innocent which i think bagus lah dari liar.

Saidatina Aisyah berlari dengan Rasuallah. Kuat Merajuk. jeles tu lumrah la. Meletakkan dagu dibahu.Baring dipangkuan. Cantik.

Aku rasa lagi lambat aku kawen, childish aku makin hilang which is pretty sad. The childish thing can lift my marriage life haha

Sekarang, aku hanyalah seorang gadis yang broken. Im no longer fun. Childish tu ada , cuma tak selalu. Nak kata matang pun tak. (i got some issue bila sebut pasal kematangan ni).
Aku dalam proses matang. Gembira , enjoying my life ( as single woman) sebab tak ada attactment. Duit pon tak habis ke sesiapa pon. I can have my options as many as i can (wakakak i mean lelaki la) and most of the times, i love being alone and independant. i can just go wherenever i want without worrying someone to wait me( especially if im away from my parent). Just sleep in friends house. Just eat whatever i want!!!!!

Teringat juga dengan Saidatina Khadijah dengan Rasullulah. Walaupon usia Siti Khadijah sudah lanjut, namun kasih sayang Rasullullah terhadap Siti Khadijah sangat long lasting. Rasullullah akan berbuat baik dengan saudara dan rakan2 Siti Khadijah. Sampai saidatina Aisyah pon jeles.

Aku pon terfikir nasib ku andai berkhahwin di lanjut usia. Mungkin trend sekarang buatkan aku gentar untuk kawen di usia 30 an dan 40 an. istilah "andartu" akan muncul. Ke"laku"an aku sebagai nak gadis akan menurut. Kecantikan aku pon makin lusuh. Aku akan bersaing dengan mereka yang lebih "bergetah" dari aku.  Tapi mengenangkan kisah Siti Khadijah, kerisauan aku hilang.

Semua somehow bergantung pasangan hidup jugak. Berjayanya sebuah perkahwinan kerana wujudnya mutual feeling dan kebolehan memahami pasangan. i guest i should find a good and great partner. Gambateeeeeeeeeeeeee!!!!!

Masa tengok movie ni pon, aku fikir adakah perkahwinan boleh mengisi kekosongan dalam hati atau seseorang. Kekosongan kerana jauh dari tuhan tidak akan bisa ditutupi. Ruang untuk tuhan terlalu besar untuk ditutupi dengan manusia.

Semoga Allah memberikan yang terbaik. Semoga aku diberikan hidayah untuk melihat makna sebenar kebahagiaan. Hatta aku tidak berkahwin pun. Ameen. Cukuplah Tuhan bagi aku dan kepadanya aku bertawakal. hehe

Yang marathon Drama korea and Japan,
Adila


Tuesday, September 8, 2015

Kemajuan

perghh title xleh blah
hahahah

assalamualaikum,

jadi..
Demi kemajuaan bangsa,
demi kebanggaan negara

ok lah, fine
aku tulis,..( setelah lama tak berupdate blog ni)


Last time, aku tersinggah kat satu blog abang ni.
sedap tulisan dia.
malu lah nak sebut siapa, nanti kantoi aku stalk orang ( aku tak stalk orang, orang stalk aku ok)
poyO!
taklah terbukak je page abang ni.
( haritu aku nampak buku dia kat mph, tapi aku taknak beli sebab malu)
aku ada konflik kalau baca buku tulisan lelaki( ngek tak? but i do have haahha)

ok
apa dia tulis?
dia tulis pasal golden hours( kalau korang google korang tahu la siapa... haha)
dia kata tulis je , make a rangka ( amboi)
ayt tak sedap tak pe, janji ada sikit dah jalan cerita.

Jadi, apa yang aku nak melalut kat blog aku harini?
ermm

kadang-kadang aku macam nak menulis cerpen or novel tapi malas la. Picisan sangat je rasa. Padahal boleh je islamikkan kan, ( alasan orang pemalas biaserlah )

ok cerpennyer. ok



oklah, itu dulu, esok gua sambung~~~ ahahah
byeeee

Thursday, September 3, 2015

Hari Jadi

Assalamualaikum , 


semalam birthday aku, 
selalunya aku akan hadiah kan sajak atau kata2 untuk aku sendiri 
tapi tahun ni aku tak tau nak cakap apa kat diri sendiri 
hahahah

Just be happy Adila
Just be grateful. 

hehehe

BYe

Thursday, August 13, 2015

BERKECIL HATI

Assalamualaikum,


Alhamdulillah, sedor tak sedar, aku sudah pulang ke tanah air...
selepas berhijrah ke bumi India...

saat aku duduk sendirian di kamarku ( cewah) ,
aku tak boleh tipu diri aku.


ada sekelumit perasaan yang masih aku pendam.

Aku tak tahu sejak bila.
YAng aku mahu ialah untuk jujur pada semua orang tentang perasaan aku terhadap semua orang
Aku dah penat jadi gadis yang suka menyembunyikan perasaan
but ill explain in  a nice way la.

Ada benda yang buat aku marah, keciwa, frustrated, sakit hati,
Selagi aku tak luahkan , benda tu akan  terkumpul dalam hati ni.

its eat up me inside and im dying right now...

i should forgive them
tapi..
ermmm

i guest aku cuma seorang gadis yang berpura-pura membesarkan hati ku,
padahal hakikatnya akulah si gadis yang berkecil hati itu..
ermmm

jauh lagi perjalanan iman aku,
menyayangi orang lain pon aku tak mampu,
bahkan, aku makin kehilagan diri aku sendiri

setiap kali cuti macam ni lah mood aku,
.....

oklah,
bye


Monday, August 10, 2015

Hibernate

Asalamualaikum,

Xtido dari malam tadi,
Putaran tidor salah paksi.

To Allah, I'm so sorry ya Allah . I am so sorry..
To parents, thanks for everything.. And I'm sorry

To everyone: I am so sorry

Macam ni la kan anak dara.. Tido subuh. Ahak3

Sleep well Adila... Mimpikan yang indah saja~ nanti bila kau muka mata, semua tak serupa...

I wish .. I wish.. Bye

Yang loklak di pagi hari,
Adila

Monday, July 27, 2015

Teguran tertepelak diri

Asalamualaikum,

Kalau saya cakap ," jangan la kita  bersamping dengan orang yang memecah belah ", hakikatnya saya pon memecah belah kan orang.

Kalau saya kata " jangan berkawan dengan grumble or orang pemarah", hakikatnya tak baik pon cakap orang sekeliling grumble, sebabnya nanti kita pon jadi grumble.

Lately, jokes tulang rusuk bergetar tu macam trend. Aku pon admitlah aku pon terlibat sama. Siap hashtag #solidsolehah #mahuapalagi #sisnaksempurnakanagama.. Kemain lagi aku..

Apa apa je aku buat ,aku akan center pasal wedding, kawen. Buat lawak pasal kawen2 ni . ( aku xde benda nak hide pon)

Dan aku tahu ada orang meluat. Dan masalahnya kalau kau meluat, boleh tak jangan express kan meluat tu? Teguran meluat dengan jokes kawen tu membuatkan aku meluat dengan kau. Ha ambik ko. Haha

Physchiologynya, umur macam aku ni memangla akan huha huha cakap pasal kawen. Kalau ko tak suka tak payah la layan. Macam makanan tak sedap, tak payah banyak komen. Diam ,tak payah makan. Ini ko kutuk orang yang buat jokes tu buat apa... Ko pon sama je dengan orang buat jokes tu! Dia syok sendiri ,kau lagi la, kutuk orang.. Lagi teruk...Apa bezanya...

Orang yang buat jokes kawen2, selalunya psychology dieorang terganggu. Ko fikir meluat ko je. At least dia jokes around, hati dia gembira, ni ko perlekehkan dia.
Kenapa aku cakap mcm ni? Sebab aku pon salah sorang dari mereka.

At least dia cakap macam tu buktinya dia straight. Dia tu normal.. Kalau dia cakap dia lesbien ke, dia considering tukar gender ke.. Ko nak haruk takperla jugak..

Lama-lama surut la. Insyallah.
Tak payah nak menunjukkan meluat kau sangat la.

Ok fine. Memangla kadang lawak kawen2 ni over board. Orang lebih2. Tapi cuba lah tegur baik2. Tegur biarlah ajak dieorang bercinta dengan tuhan Jugak sambil fall in love ke. Twist sikit je. Jangan kutuk/ hina perbuatan (perkataan2 geli2) dieorang tu.

At least dieorang caakap pasal tulang rusuk kiri dieorang ( islamik love tu haahaa) . kalau dieorang cakap pasal politik, ko tak suka. Kalau cakap pasal korea, kene lash. Kalau cakap pasal artist, kata jemah. Kalau cakap pasal environment, bawak super boring budak ni.

Habis tu ,nak cakap pasal apa? pasal life SENDIRI YANG TAK ADA SAPA NAK TAHU PUN MACAM KAU?

Sebab kau kau kau la jugaklah dia jadi macam tu!
Berapa lambak kat fb tunjuk pasal kawen, pasal orang bertunang , pasal orang ada pakwe makwe..

Kita tak perlu orang saling meluat, kita cuma perlu orang saling memahami...

Sekian,terima kasih

Si tulang rusuk kiri,
Adilaramlan

Friday, July 24, 2015

Alangkah

Asalamualaikum,
Finish packing. Alhamdulillah
Sajak meroyan
Dilemma,
Ragu2,
Was2, syaitoon haha
Banyak dosa,
Ke tuhan dan manusia
Andai azab segera,
Hilang mata hilang dunia
Tak nak hidup,
Kacau,bilau, sempit!
Yang dipantau,sudah punya,
Yang diusik, diam pula,
Yang dilihat, terlepas
Yang berkehendak,tidak mahu
Yang bekas, mengajak pula
Lapa..makan...
Ngantok....tido
Sedih...nangis
Hati ni keras Ya Allah...
Berlepas..namun tidak berlepas..
Hina ya Allah..
Angkara perbuatan sendiri
"Dihukum masuk neraka oleh manusia"
Manusia itu aku.
Kuyu,.
tdor dulu

Monday, July 13, 2015

Malam ini

Asalamualaikum,

Jadi malam ni malam ramadhan yang ke 27,
Hati aku ni mcam nak banjir je memanjang.
Salah. Maksud aku mata aku.

Manusia tidak lari Dari membuat kesilapan. Namun sebaik baik manusia yang buat kesilapan ialah manusia yang mencari keampuan Tuhannya.

Deep down aku rasa macam Allah tak akan maafkan aku atas dosa dosa aku yang banyak menggunung ni. Tapi sombonglah aku. Berkali Kali Allah ulang ( dalam alquran) Allah sayang orang yang mahu bertaubat. Bagaimana aku boleh segan dengan Tuhan yang tidak pernah berputus asa dengan diriku?

Dalam hadis 42 pun Allah pujuk. Yang mahumnya berbunyi ,sekiranya ada hamba Aku datang dengan dosa setinggi langit, sebesar bumi, pasti Aku kan ampunkan.

Alhamdulillah. Aku berkesempatan bertaraweh di masjid Manipal pada malam ni. Imam selesai khatam kan alquran harini. Terdengar bunyi sebak imam bila membaca surah an nas.

Aku pon sebak. Tersangat sebak. Terasa kekhilafan aku selama 22 tahun. Alquran ni masih tidak didada aku... Berribu2 kalimah aku dengar, namun aku tidak paham... Sedangkan dalam alquran, Allah kata seburuk2 manusia, ialah mereka yang tidak memahami sedangkan mereka ni ade telinga. Allah..Tapi akuxkan putus asa ...aku akan berusaha memahaminya. Insyallah.

Disaat aku ingin melangkah kehadapan, disaat itu pula dosa aku diungkapkan oleh manusia.... In a way, aku bersyukur aku sudah dikeluarkan dari kemaksiatan itu. In a way , aku rasa kenapa aku bodoh sangat dulu... ERM....

Tulisan kali ini bukanlah untuk membanggakan ke"taubatan" aku. Cukupla sekadar memori perasan aku yang ingin ku catatkan pada ramadhan kali ini.

Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat aku.... Ya Allah. Allah.....

Saat imam membacakan qunut ( qunut yang lebih panjang dari biasa)..saat itulah aku tahu.. Aku ni tidak mempunyai apa-apa... Tangan yang sombong selama ni akhirnya menadah pada tuhan... Hanya iman( keyakinan) yang akan menjadi menguatkan aku tentang Allah.

Bertawakallah pada Allah. Buanglah pengharapanmu pada manusia. Manusia akan for sure mengecewakan mu sedangkan tuhan sentiasa bersama mu!!

Bismillah hirrahman nirrahim...
Ya Allah, aku berlepas dari dia ya Allah. Jauhkan dia dari aku ya allah... Ya Allah.. Buanglah dia Dari hidup aku ya allah... Aku menyiksa mata aku dengan dia ya allah. Aku menyiksa fikiran aku dengan dia ya Allah.. Sedangkan kulitku dan anggota badan aku akan jadi saksi kepada ku ya allah... Ya allah.. Aku mendustakan hari itu ya allah....

Semoga amalan kita diterima pada ramadhan kali ini. Semoga kita tidak tergolong dari mereka yang dicelaka kan oleh Nabi iaitu org yang apabila ramadhan berakhir, dosa nya tidak diampunkan. Semoga kita keluar seperti bayi yang baru lahir. Insyallah. Amin3.

Pendosa,
Adila

Tuesday, June 30, 2015

Out of blue...

Assalamualaikum,

Lawa giler bulan malam ni.
cantik sangat.
Patutla keindahan bulan diassociatekan dengan Nabi,
lawa gilos!

Tetiba terromantik sorang2,
" kau dan aku melihat bulan yang sama"
perghhhh
AHHAAHA

Bila fikir2 balik...
ermm..
Rasa bahagia sorang2..


Apa nak risau, Allah kan Maha Mengetahui,
Lepak2 je. Bila sampai masa, datang la..
Kalau tak ada kat dunia pon , ape der hal,
Allah nak kasi terrbaikkkk terus kat akhirat

hehehe

kadang, antara 'kenapa' vs 'bila',
'kenapa' lagi pentang walaupon tak tahu 'bila',
Kadang tahu 'bila' tapi 'kenapa' tak cukup solid.
'kenapa" lebih membuatkan seseorang terus bertahan sebab "kenapa" datang dengan keyakinan,
sedangkan "bila" kadang hanya allah saja yang tahu.

berkias itu aku
hahah

baiklah
Asalamualaikum,

Yang menunggu,
Nur adila

Saturday, June 27, 2015

Allah sayang awak

Assalamualaikum,

harini aku rase nak taip.

Semalam aku dengar satu video ni, speaker tu cakap  kalau Allah sayang kita, Allah akan uji kita

Human: why meeeee Allah?
Allah: because i love youuuuu

Harini aku pon diuji. Bila aku bukak denture aku, denture aku tak jadi.
Rase nak nangis tapi bila aku ingat balik Allah uji sebab Allah sayang, aku tersenyum sendiri.

Nabi Muhammad banyak ujian hidup
Sebab Allah sayang lah Allah uji.
Sebab dalam Al quran pon Allah dah cakap manusia ni memang akan diuji
untuk tahu siapa amalannya lagi baik ( Almulk)

Kita, manusia banyak buat dosa,
ujian kadang kafarah dosa kita,
jadi bersabarlah menghadapi ujiann....

Sepanjang aku masuk bidang dentistry ni, ( bila dah besar sebenarnya haha)
banyak betul dugaan hidup aku, sampai aku ditahap tak nak hidup dah,
sebab bila ada masalah aku tak nampak jalan keluar,
yang aku nampak satu option je,
aku kene bersabar. Tak ade jalan lain. Serious. Aku hanya boleh bersabar je ( sambil improve diri)

Ujiannya taklah besar mana, hanyalah sekadar praktical.
Dalam practical, buat banyak bende tak jadi.
Tangan ni macam erm...

Kalau nak dibandingkan dengan masalah orang lain, masalah aku ni memang cikai je. erm
kalau nak dibandingkan orang kat Syria, China, Myammar,
Ape bende la sangattt oiiiiiiii!!!! ( hahaa)

tapi sebab tengok org lain kan ( kawan2)
senang je hidup dieorang.
ala Allah tak sayang dieorang. ahahahha!
Acah je. setiap creation mestilah Allah sayang
Ada orang Allah uji dengan nikmat yang banyak.
rilex sudahh.....

Jadi aku harini nak pujuk lah hati aku,
supaya terus tabah
dan nak menceriakan hati aku sendiri,

Surat to myself,

Dear Adila,
Asssalamulaikum,
This is you ( the tabah side of you) haahhah

Janganlah sedih2. Penat tau sedih sedih ni. Aku tahu ko penat , aku tahu ko nak nangis. Tapi aku tahu ko boleh. Ala bende ni cikai je. Aku sayang kat ko( heehe). Tolongla jangan buat naya kat diri ko. Ko pon tahu dunia ni sementarakan. Ini bukan tempat kita dila. Remember every wish yang ko nak tapi ko tak dapat? it wasnt mend to you. Itu bukan rezeki kau... Tak per Dila. Nanti Allah bagi yang lain OK? betulll... ( haha) Kalau Allah tak bagi pon, tak perla. Allah kan Maha Mengetahui. Jangan Doubt pasal tu.

Jomlah kita menggembirakan diri. Ko pon dah lama tak nangis. Lets be freee. Macamana nak free? Jadilah Hamba Allah. ehhh jadi hamba, lagi la payahhhhhh kan?. Ko salah. Bila ko jadi hamba Allah, ko free from menjadi hamba lain. Hamba Praktical, hamba denture, hamba duit, hamba nafsu, hamba crush. Freeeeee from everything dilaa...... . Tak nak ke?. jommmmlah... hehehe

Dari ko sedih2 ni, baik ko mengaji ke. dah lah bulan Ramadhan ni. Ko dah la terlepas 2 jumaat dah. Aku pon tak sedar jugak. haish. Hari apa pon dah terlupa.

Adila, cuba kau bayangkan kalau ini ramadhan terakhir kau.. dah suku ramadhan ni Dila... Kita boleh dila!!. Cayok.

Oklah.Aku tak nak cakap panjang. Aku tahu ko tak suka dengar bebel panjang2. Jangan tinggal Alquran, Dila. PLeaseeee. Help mee and you. love you . muah3 ahhaha

Yang talking alone,

Adila






Sunday, June 21, 2015

satu hari nanti

Assalamualaikum,


sedap sungguh sore Syeikh ni,
semoga anak aku pon sore sedap mcm ni,insyallah
Semoga aku pon sore sedap mcm ni (hehehe)




Friday, June 19, 2015

Lagu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramadhan sudah menjelma,
sekali fikir, aku ni tak pon berdoa semoga dapat Ramadhan
baiknya Allah, aku direzekikan dengan ramadhan lagi.

Sejak lately ni, aku selalu dengar satu lagu ni,
dalam exam pon aku teringat je lagu ni ( sebab dah kemaruk dengar)

by Rast, Setelah aku dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu 

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri

Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
------------------------

Lain macam Ramadhan kali ni, 
Tak rasa apa sangat, 
mungkin sebab tengah exam, 
sibok aku dengan dunia ni.
seolah exam no satu, ibadah no 2
ermmm

Selamat menunaikan Ramadhan yer kawan2, 
Jangan putus asa dalam beribadah

sekali fkir , tengah nak exam ni, tak sempat nak qatamkan alquran, 
malas la beriya nak 1 juzuk satu hari, ( dalam hati, xsempat laa jawabnya macam tahun lepas) 
tapi teringat kata kawan, 
Allah pandang usaha bukan hasil
Atleast usahakan 
yeahhh!!!

Oklah, den ado exam esok ha, 
doakan lah eden yor
Wasalammmm....

Yang Sakit pinggang, 
Adila





Monday, June 15, 2015

update June

assalamualaikum,

Apa khabar semua?
ahhaha

tak ade mood la lately,
aku mudah menyampah dengan org,
dengan hujannya,
dengan xsiap practical ketika aku sedang practical examnya

indicator Apakah ni?
hati aku dah gelap!

Dulu,
teruk mane pon aku kene ,aku rilek je
rilek je
rilek je
Nasib aku selalu mcm ni.

Agaknya, aku tak lepas lagi ujian yang sama kot
Allah asyik memberikan ujian yang sama ke aku
Ya Allah,
tolongla tunjukkan aku jalan yang lurus,
aku buta ya Allah,
benda yang salah kadang dimata aku ok je
erm..

Tak sabor nak balik malaysia
Nak gi rayau majlis ilmu la
Hati ini terlampau kemarau
dahaga sungguh akuu

Sakit la kepala,
xtau sebab aku x makan ke , ke aku main hujan
selalunya sebab x makan


tadi kene sound dengan cikgu
tak paham aku,
org lain punya decision , aku pulak yang kene dengar leteran orang
tapi aku kan baik( haahh)
aku diam je lah
sambil mendengar leteran cikgu ni
membara jugak hati aku
tapi malas aku nak menjawab
kang kata aku biadap
lagipon aku memng suka puaskan hati cikgu
walaupon aku sendiri yang merana , terseksa dan keciwaaa

Kadang aku tak paham dengan orang2
Aku tak paham justification org
Fikir diri sendiri je
tak leh ke fikir pasal orang lain
malas la aku nak fikir
tapi tuelah, aku gak yang sedih merana.
bersabarlah wahai hati
TuhanMu kan ada

asyik mengadu je ko ni dila.
okla , okla

Tak ada mood.

chiow






Monday, May 25, 2015

Hal keluarga

Bismillah,
Asalamualaikum,

Battery tinggal 9 %,.tapi hajat hati nak tulis jugak.

Bila berbicara mengenai keluarga,
Aku bukanlah orang yang hebat bab ni.

Kalau boleh aku tutup hal keluarga,
Aku tutup.

Sebab pada pendapat aku,
Hal ni terlalu peribadi.
Bukanlah aku ada masalah keluarga,
Cuma lebih eloknya begitu.

Kadang2, setengah orang terlalu heboh dengan hal keluarga mereka,
Kadang benda tu menyakitkan orang lain.

Orang yang tiada ayah, akan jeles,
Orang yang tiada ibu,akan terasa,
Orang yang tiada adik beradik, akan sedih,
Masing2 terasa kekurangan.

Kadang2 bukanlah mereka sengaja menunjukkan affection mereka,
Barangkali sudah didik sedemikian rupa.
Tidak patut aku berprasangka,
Maafkan meraka jika kamu terasa.

Bangalore- Dr.Zubaidi ( Heart to heart)

Assalamualaikum ,

well ALhamdulillah, wa berjaya akhirnya bertapak dibumi Bangalore ni selepas menaiki bas selama 8 jam perjalanan dari Manipal. Macam orang gila naik bus. Bus kona kona sampai nak terjatuh aku dari sleeper bus tu ( kebetulan aku duduk bahagian atas).

Bus Manipal kata bertolak kul 8.30, akhirnya bertolak nak dekat kul 10. Tak paham aku. Ada pakcik lambat datang. Sabo jelah.

P/s: im at Radin's house. Kat dapor. Dia sedang nak kisar kacang. NAk buat apam balik. Lepak , tengok dia buat kerja sambil menaik ni ha ahahha

Anyway, sampai kat Bangalore, bus tak turun kat kawasan dieorg ni. Terpaksa naik auto. Auto pulak nak ambik mahal. Aku turun auto tu, ambik auto lain. Then sampai la. Then, jumpa lah minah ( Radin Haveira )( my best friend since sekolah menengah ,lower form).

Then, kami makan kat kedai. Jumpa Kak Intan and husband dia. Then minum coffee. Then, balik mandi, then gi talk.


Slot 1- introduction


Kenapa nak jadi doktor?
1.Minat + niat (masa, wang, tenaga)
pesakit sakit- rasa kesian, nak tau finding.
Hospital rumah kedua
Tak ada minat? Kene tambah minat

Kejayaan pelukis bukan diukur dengan bilangan berus
tapi quality gambar and berapa harga lukisan

Takrifan kejayaan berlainan bagi individu
- harta banyak, isteri cantik

Dr. Z: kejayaan bagi beliau bila dapat viewer 30k sehari melalui blog contohnya

2.  Ikhlas

Tak peduli orang beri penghargaan ke tak
Ada pesakit tak ucap terima kasih, ada yang complain pulak
Kene ikhlas, buat tak tau je.
Buat as in invesment di akhirat kelak

Dalam satu hadis,
Ada
1. Qari- Baca Alquran kerana Allah
2. Mujahid- potong tangan

Mereka kata mereka buat kerana Allah tapi Allah kata mereka tipu. Mereka tak buat sebab Allah. Mereka buat kerana pandangan mata manusia. Nak disebut orang.

Tanda2 tak ikhlas:
1. Merungut (eg: makanan kat hospital xsedap)

solution:
gi hospital lain. Kalau tak , akan lead kemudaratan , complication, salah diagnosis, and kesalahan during operation. Bahaya!!!

2. Komunikasi tak berkesan
-cakap nak xnak dengan paient
-salah bagi instruction ubat

Ada 2 jenis penyakit
-YAng diberi sebagai ujian
-yang kita sengaja cari

Pengalaman sebagai HO
1. Kejayaan adakalanya mengambil jalan yang panjang
- repeat paper, sangkut

2. Kejayaan adakalanya memerlukan usaha and pengorbanan yang banyak

- masalah belajar, memorize
-makin x boleh, makin tue lah kene usaha
-tiada jalan lain ( kena usaha)
-berdoa
- kene lulus bukan cemerlang ( hahha )
- belajarlah, insyallah lulus

Slot 2 - pengalaman sebagai HO

- Jangan rapat sangat, jangan keras sangat
- akan ade emotion attached
-explain kat patient keadaan dia. Explain bukan untuk dia, buatlah untuk kita ( keikhlasan)
-kalau patient nak bagi hadiah, ok. Tapi harapkan doa patient untuk kita
-tak paham, tanya
-attitude is more important than knowledge
-kene tepati masa
-Imam syafie- enulis
-Buku catatan kene ade ( tulis term baru)
- Kalau tak tahu cakap" saya tak pasti "

Soalan
1. Graduan India ke Malaysia
-Good unless you prove underwise
-kene tunjuk bagus
-lebih dari average
-buat dan ambik tahu
-Standing graduan negara lain

2. Study masa HO?
-kene baca,
-free , baca buku

3. HO sudah berkeluarga
- luangkan masa dengan keluarga
- jangan mengharap sangat kepada pasangan yang doktor
-5 tahun pertama, kadar penceraian tinggi., high expectation (eg pandai masak, rajin gosok baju)
-bagi clear instruction kepada lelaki
-perempuan: jangan buat sendiri banyak benda

4. Susunan posting
- mana-mana pun tak kisah
- ambik posting yang minat tuk sambung master last( kalau nak )

5. HO berniaga
contoh , Herbalife ke. Bagi option kat orang, jangan paksa patient beli.
Waktu houseman, focus apa yang kita nak.

6. Perlu ke ambik  sijil seperti USMLE,MRCA
- kadang modul lain
-belajar kursus ultrasound
-kene focus * kene tahu nak buat apa lepas ni)

7. Pengalaman buruk semasa HO
-Tak ada
- everything is in our mind
- kene baca munzil or mathurat /amalkan

8. Fresh Graduate before HO ( what to do ?)
- interval 6 bulan
-mungkin kawen ( heheh)
-baca buku
-datang course
-nurse (kerja oversea)
-charitywork ( syria, iraq, phillipne, ) tapi kene paham kondusi. Gempa bumi, banjir. Tak ada elektrik, xde air. Mayat bergelimpangan.


Slot 3- Seminar kekeluargaan

Penceraian 5 tahun pertama

1. Masa banyak di hospital
-jumpa nurse, doktor lelaki lagi kerap dari isteri or suami
-xade masa nak komunikasi, balik tidor

Komunikasi
- paham jiwa lelaki/perempuan
-lelaki : bagi clear instruction , kene bagi planning, bagi arahan instead of tanya, lelaki x suke benda yang x bermanfaat. ( ahhah) , jangan korek kalau lelaki xnak bercerita ( lelaki ada ego, and sometimes perlukan masa bersendiri), bagi lelaki masa.staright forward

-perempuan : manjakan emosi perempuan, bertanya masalah, dengar je, jangan bagi solusi
-kene kekalkan momentum ksih sayang ( panggil sayang sebelum kawen, dh kawen pon panggilla sayang jugak ) ( pelik lak rase bila aku tulis mcm ni hahhah)
-orang yang tak menyayangi tidak akan disayangi ( hadis)

Kalau ada anak,

1. 6 tahun kebawah, develop rasa sayang
- mereka perlu attention

cara check, kalau kita g kerja
a. anak nangis means attachment bagus
b. dia tak kisah means ok la jugak
c. gembira means parent kadang terlalu garang sehingga attachment kurang

anak kena diberikan kasih sayang dan tanggungjawab

2. penerangan ( bagi dia paham )
instead of sayin go to work, should say " ayah menolong orang yang sakit"

Soalan


1. Didikan anak ( dari perspektif seorang doktor)

a). Alquran ( atleast boleh baca)
b) Tengok skill vs theory. Kalau anak minat academik, ccan go for doktor or etc.
c) kalau minat meniaga, go for perniagaan.

-bergantung kepada minat anak
-kejayaan bukan pada akademik sahaja

2. Bagaimana nak pujuk isteri/suami?
-biarkan dulu
- then buat appointment ( haha)



Hari Ahad  (hari kedua seminar) 

Hari ni tahap kemalasan aku berganda
aku sekadar dengar je. Malas nak salin. 
Tangan penat. uhuk3

Oklah itu jelah Nota aku. nanti aku update lagi kalau aku rajin menaip nota


Kenapa tangkap gambar slide? Sebab malas tulis nota hahha