Tuesday, September 2, 2014

Ulang tahun ke 21


bismillah

Sempena harijadiku,
yang ke dua puluh satu,
ingin aku hadiahkan buat diri ini,
sebuah puisi untuk bekalan masa tua ku nanti

kehadapan diriku,
sudah tua rupanya kamu,
masih ku ingat lagi saat kecil dulu kita berlari,dan berlari dan berlari
bersama abang dan teman-temanku ,
tak terasa masa pantas berlalu ,
setiap muka yang ku lihat dulu kini semuanya berubah
malah ada yang sudah tiada,
tiada disisi ,
hanya kerana aku pergi,
mengembara hampir ke serata tanah air,
dan mengembaraan ini akan berakhir,
cuma kapan bila terhenti.

kehadapan diriku,
aku tahu ada kebencian dalam hidupmu,
kebencian yang dibawa oleh cemburu,
aku mahu kamu belajar memaafkan sesuatu,
kenapa harus berdendam semua,
malah kamu pun diampunkan-Nya,
mengapa membawa beban derita?


kehadapan diriku,
takut hanya merugikan waktu,
takut memusnahkan peluang,
takut tidak terlihat,
buangkan saja perasaan hina itu


kehadapan diriku,
teruskan berjuang demi agama,
menaikkan bangsa,
putus asa tiada didada,
ayuhhh siap siaga!

jangan lupa musuh mu,
syaitan, nafsu, malah dirimu terkadang halangan nyata


aku maafkan diriku,
aku maafkan segala manusia,
aku akan terus melangkah,
bismillah

2 Sept 2014

No comments:

Post a Comment