Sunday, March 10, 2019

Keluarga

Bismillah

Asalamualaikum

Hari Sabtu, ma tanya aku malam nak makan nasi tak
Dia nak masak nasi lemak, aku pon cakap ok ( nasi lemak adalah makanan kegemaran aku)

Pagi dia tanya, nak makan nasi kerabu tak, aku cakap ok, tapi agaknya nasi kerabu xde,
Bangun dengan ikan sweet sour dan ayam masak kicap

Disclaimer: kat rumah ni mak aku je masak, sebab tekak bapak aku bukan calang calang, dia x makan benda bukan2 so kalau SESIAPA masak selain mak aku, bapaknye tak makan. Jadi aku pun x masak la sebab salah satu reason tu macam biadap pulak kalau aku masak, ia lah, sebab macam nak separate meals pulak dengan mak aku.

Buat aku yang akan terlupa, betapa kasih sayang seorang ibu itu terzahir pada perbuatan terutamanya melalui masakannya dan aku sendiri sebagai anak, hanya mengenal kasih sayang ibu itu melalui makanan dari air tangannya.

Sebab tu bila orang belanja makan, ajak makan, bagi makan , aku rasa dia sangat sayang pada aku.

Dah nak kerja dah, dah habis belajar.

Sebaik sedekah kepada ahli keluarga sendiri, akan ku usahakan.

Tengah kemas kemas, berderai jugak air mata aku. Mengenang kan betapa decision aku ni seolah cubaan mengundurkan diri dari kemelut konflik keluarga. Kebetulan, petang mesej dengan akak  sorang lagi.

Air  yang dicincang tidak akan putus.

Tua patut turunkan ego. Makin tua makin x sedar diri.

Aku akan ingat, ini merupakan usaha aku untuk kurangkan beban dan mengurangkan serabut orang lain. Cubaan mencari kebebasan. Mencari hidayah tuhan dan ilmu di perantauan. Malah kata imam syafie, menghapuskan kesedihan.

Setelah apa yang terjadi, sejak cubaan aku untuk " detox" dan "berkonmari" , membuang semua barang yang sudah tidak berguna dan tidak "spark joy" , ada kalanya aku sendiri mahu "buang" diri aku je. Kan senang. Tapi tidak didunia ini, harus bersihkan diri untuk Ilahi.

Difikirkan kembali, bukan orang lain, adik beradik sendiri seolah "berpaling tadah", bertahun tahun perhubungan namun hanya satu kemelut, kerana orang luar, aku ni adik sendiri seolah ......

nak terasa hati sangat kenapa, sebab betul la tu aahhhahahaha

Dengan cubaan untuk excludekan diri dari aktiviti keluarga, nampak sangat bodohnya

Benarlah kata Dr Muhaya, Perempuan yang malang ialah perempuan yang salah cari suami.

Satu saat Saidina Ali menangis ketika mengebumikan jasad saidatina Fatimah sambil terkenang kata kata Rasuallah " aku lah orang pertama yang akan menyambut Fatimah kelak" dan Saidina Ali berkata " Seolah aku memulangkan amanah kembali kepada pemberi amanah"

Amanah bukan hak kita. Kita cuma menjaga.

" Kot ye tak suka pon, tak boleh ke berlakon kejap " berkata akak aku perihal seseorang

Islam ni kolot sangat ke. Orangnya yang kolot.

Apa punya perangaila. Tak pandai jaga hati orang tua. Kata bodoh kang marah.

hahhaha

Orang kata kalau suka kereta hijau, yang dipandang kereta hijau je. Agaknya pon aku ni pon kalau dah buruk, aku nampak buruk je. Menyampah aku. Tak guna betul.

Ini antara post aku yang aku x cross check before publish. Sebab benda x elok, biar dia berlalu pergi sahaja.

Okla, nak print surat2 ape semua, lepas tu kita tidooo

Wasaalmmmm







Saturday, March 9, 2019

Apa maknanya impian?
datang dan pergi ,
membawa hati,
menyusuri kembali,
jalan jalan sepi

Kau kah di situ,
yang menantiku?
atau jelmaan titik kenangan
yanag bernama pengalaman...


Kau bayang bayang
masa nansilam
ada ketika , terbawa bawa
oleh resah mimpi yang tak suudah


Perangkap lagu lama

Bismillah

Asalamualaikum ,

sebab bapak he suruh aku download dalam tumbdrive,
katanya nak lagu lagu lama

okla

bila download, convert

cari cari kat youtube,

Lagu lagu lama ni memang ade POWERRRRRRR

sekali dengar macam HANYAL HANYAL .....

bak kata orang dolu dolu " lagu ni memang LAYANNNNNN"

Kalau dah dengar tu, macam berhanyal hanyal teringat kekasih lame....
ingat zaman zaman makcik rambut gerbang, gamba gamba filem kodak, rangi ranggi ,,

walaupon xde pakwe ke, walaupon aku kecik lagi time dulu duluu, aku pon layan~~~

Leleh betul, susah nak berhenti dengar .....

MEMANG KETAGIH BETUL DENGAR LAGU NI....


ADA POWERRRRRRR

hahahhaha




Friday, March 8, 2019

Haha

Asalamualaikum



ahhahahhahahaahahahahhahhaha


Mood stalking orang


hahahhahhhahahhahahahaha

few more hours, to be employed, kahkah


Apa pasal la


hahahahahhaahhahhahahhaha

ok ok

bertenang2


ehhehehe

hehehheheh


hahhahhaahhahhaahhhahahhahhahah

xsiuman betul

Selamat bulan rejab, istifar banyak2
Xsabar nak raya, ramadhan kattempat baru

Semoga Allah Beri rahmat dan hidayah disana juga

hehhe

okla boi

Selamat subuh


Tuesday, February 26, 2019

Akhirnya

Bismillah

Semalam pilih tempat posting
Dapat tu ,bagitau group family

Along: jauhnya...boleh buat lawatan sambil belaja
Abang: holly molly jauhnya

Setelah solat dhuha dan bacaan yasiin

Agaknya yang terbaik
Harini melepet je kerja aku, malam ni aku patut start erm print print surat kot haha
Or at least get to know what s happening la

Pada masa yang sama la aku nak berkenalan berkenalan dengan orang
Haiyaaa

Harap segalanya ok
Okla tu je

Saturday, February 23, 2019

Mengantuk

Bismillah

Oklah
Nak tido

Gudnight sayang

Kahkah




Motor xhabis lagi

bismillah

Skodengla motor ape orang selalu beli kat youtube

Jalan punya jalan, tersinggahla blog satu mamat ni,
Kalau dunia utube, mereka mereka yang bawak motor dan bervlog dipanggil motovlogger


Bro ni dah kawen la,
Dia cerita pasal Scomadi dia..

Ada entry dia , tajuk "Kenape korang patut start  ride"
Dan aku rase deep deep down apa hujah dia macam valid bagi aku

Bawak motor memang ade kepuasan tersendiri, mungkin faktor kebebasan dan escapism tu tersendiri
Dan endorphine release tu kot

Tiba-tiba aku tersedar semasa tengok video dia ni
"eh apa yang aku tengah buat ni, macamane aku boleh sampai sini"

Aku tiba tiba rasa macam Allah plan aku datang channel ni
seolah aku jumpa mutiara kata dan aku terasa lazatnya benda/perkataan/ ayat yang aku bace dari seorang hamba Allah ni

Hanya orang yang dah lalui kebebasan boleh bercakap kebebasan tu apa dan aku rase fikiran dieorang bebas.

Saat orang terkedek kedek stuck, dia dah lepas  kedepan
Saat orang slow, kita laju
Duit tol, masa per jalanan singkat

Productive

Dan akan sampai satu saat orang akan kata "kenapa beli motor memahal, belila kereta mahal"
" ah pergi mampos dengan kata kata orang'

tapi jangan cerita la, bro ni pakai ducati. I mean he got the best thing to ride la. orang Pakai motor kapcai mungkin tak cakap sesemangat sebegini

Yang klakarnya bila bro ni kata " kadang t*lo panas, separuh masak, tapi ko jalan je, xdela panas, ia adalah issue yang biase yang  bukan issue dah pon bila pakai ducati ni"

Ride with passion

Dan agaknya betul, ride menambah ketaqwaan kepada tuhan

aku pon tak tahula kenapa aku bebel pasal motor kat sini

dah la boii











Friday, February 22, 2019

Motorcycles

Bismillah

Tetibe nak beli motor,
rasa  nak kumpul duit

Beli motor

erm
Jimat rasanya

Manipal dulu rajin naik motor
Naik motor best
Aku rasa ade endorphin release dulu setiap kali bawak motor


Seronoknya

Tengok youtube ni, orang kata motorcycle boleh kurankan depression

Aku depress ke? tapi seronokla

I wish i have one

erm...
Nantilah
Insyallah

Sunday, February 17, 2019

Terdedah

Bismillah

Kadang lihat orang sane sini

Aku pon tergoda, tapi fikir nak gi mane ha

Sesingkat ini usia aku
nak tayang beberape saatt pon, bukan milik aku pon
nak orang like, nak orang tengok kehidupan

dia buat
dia tu buat
tapi sebeenarnya nak apa


Nak orang tengok?
Nak perhatian ke?

habis tu?

Allah...

bahagia

bismillah

at the end of the day

kita semua nak bahagia

 kita nak orang lain pon bahagia


Assofaaaa
bato bawal hulhana


Allahummasolli ala muhammad





Thursday, February 14, 2019

Kesayangan

Bismillah


Hai, nak perkenalkan la..

Ini Ustad Kesayangan saya kekeke
Ustad Somad namenye....


Sebab Ustad Somad kat Malaysia, tapi aku xde rezeki nak jumpa, so kepil sini jela


hehehe


Contact lens or glasses

Bismillah

Asalamualaikum

Panjang cerita dipendekkan, spek aku hilang budak ni buat main. Dah la spek baru pon dia punya tepi tu patah. Okla

So aku make big move, TO SWITCH TO CONTACT LENS !
HAHHAHAH PUAS HATI AKU

Pakai spek ni xbest, hilang spek, xnampak, bangun x nampak, peripheral view pon x bagus, hidung hitam, ha malas la
Sementara aku nak kumpul duit buat rilex smile ni, aku pakai lens dulu laa... hehehe

Warna contact lens ( colourless or coloured)
ingat nak pakai coloured punya tapi fikir balik, kang kalu aku nak kerja doktor gigi, rawat pesakit, ornag pandang anak mata aku, kang kes laila majnun kang hahahhahaa ok la, simpan sikit, kang bising kang mngadu domba cubaan mencuri laki orang

Daily ke monthly?
oleh sebab aku kerja habuk habuk, airrrr liur ape semua aku rase elokla aku pakai daily yer dok? aku ni dah la species malas nak basuh2 ni. kot dobi aku rajin la
tapi monthly murah.... tapi ermm kene beli solution , masa nak cuci lagi

Yang cikai ke yang bagus ?
soalan ni aku tanya R. R tak jawab lagi. Tengok, ape untuk aku pon aku xtau nak pilih. Aku perlu orang bebel kat aku. eleh Bila bebel tarik muka, merajuk2 pulak hahahahahah
Contact lens ni ade la "do the job" ade yang technology baru. Bila aku tanya R soalan tu, aku rase macam soalan tu menggambarkan diri aku yang tak sayang diri. erm. Mestilah aku nak yang terbaik tuk diri aku... tapi aku kena tawaduk , xkan nak selesa, kalau selesaaaaa, first gaji aku bawak keluar honda satu... amacam? abang setuju tak? hahahahhahahahhahahahahh


Kenapa abang diam je?

Cakap la sikit, kesian sayang cakap sorang2 ni



HAHAHAHAHHAAHAHAHAHHAAH

Ketua daurah kata, perempuan ni selepas dan sebelum period, nafsu macam kudeeeeeeeee sikit

KUDA BANYAK NI BANG!

hahahha

Ah aku kalau x merepek memeang x boleh kan

Malam ni, solat magrib surau ok
Solehah sikit, and ade makanan , walaupon tengah diet xmakan nasiiiii
okla booiiiiiiii


Friday, February 8, 2019

kharakter lelaki ustad Khalid Basalamah

Bismilah 

Sebab tengah tengok ceramah , so salin kat sini


1. Akal fikiran dominan --solusi 
2. Suka dihormati kepimpinannya 
Selalu perhati gerak geri ayahnya 
Kalau ayah pergi, akan duduk di tempat ayahnya 
3. Suka dihormati keputusannya 
4. TIdak suka diherdik 
5. Tidaksuka digurui 
6. Suka diterima kasihi
7. Suka melindungi 
8. Suka digoda 
9. Suka mencium bau wangi 
10. Suka melihat keindahan
11. Sulit memaafkan bila cemburu 
12. Cemburu
13. Mahu didahulukan dalam semua hal 

Wednesday, January 30, 2019

Creative

Bismillah 

Sebab beberape harini aku terfikir 
macamana nak jadi creative 
Kebetulan Aida Azlin tulis, well we have to be annoyimgly consistent 
so i decided, maybe i should tulis blog ni setiap hari! 

Kah kah 

Takde orang baca? 
At the first place. aku buat blog ni sebab aku memang xnak orang bace pon , tapi sebab aku nak meluahkan perasaan yang takde sape pon tahu , so sebab tula aku rajin lepak sini 

akan ku update selalu untuk tahun 2019 ni insyallah ehhehe 

Aku pon takut out of idea but well i guess i try it first la 

semoga ada manfaat pada masa akan datang 

Amin3 

okla byeeeeeee

Monday, January 28, 2019

Motivasi buat single

Bismillah

Asalamualaikum....

Yeah yeahh yeah Haiii semuaaaaaaaaaaaa, harini saya, DJ Cikkeboom cikkeboom keudara untuk segment "dah menganggur, sila la call". Harini kita bertuah kerana dikonti ini kita bersama dengan pakar kebujangan atau bahasa indonnya "jomblooo bikin baperrrrrrrrrr" atau bak kata P.Ramlee ..bujang lapok... or bujang terlajak tak laris. Tak kisahlah ape ke namenya mari kita teruskan dengan soalan kepada tetamu kita

DJ: ia Dr. Adila, boleh Dr terangkan sedikit latar belakang Dr.
DR: HAiiiiiiiii semuaaaaa name saya Dr. Adila, tapi boleh je panggil Cik Adila... mesra lagi, and nampak la kebujangannya disitu. Saya dah menceburi bidang single ni adelah dalam 2 bulan lebih, and to be honest IM KINDDAAA LIKE IT!. tapi ade je hari2 rase macam sedih je jadi single tapiiiii whoo caresssssssssss

DJ: Saya nak tanya la , betul ke Cik Adila ni atau orang single ni sebenarnya memang bermasalah la, atau pon ade yang x kena la, sebab tu la x jadi pilihan!
Dr: Saya sebenarnya percaya bahawa tiada masalah menjadi single. Society( masyarakat) selalu berfikir begitu dan apa yang boleh saya katakan ialah IM NOT MARRIED BECAUSE IT IS JUST NOT MY TIME.. itu ketentuan tuhan. Sama ada saya tak ready or bakal calon saya x ready or mungkin bukan kat dunia ni saya berpasangan or kalau tak pon, mungkin Allah sedang menyediakan seseorang yang sangat hebat untuk saya, dan memerlukan masa untuk dia jadi deboom deboom, saya rase mungkin dia sedang sibuk mengaji kat mane mane or dia lepak gymmmmmmmmmm kot 

DJ: Adakah Cik rase mungkin sebenarnya standard Cik ni agak tinggi sehinggakan Cik sukar untuk mendapatkan calon2 ialah...?
Dr: Saya rase erm. beginilah. Kalau saya ada wang 10 ringgit ditangan. Semua orang tahu duit tu 10 ringgit. No one can tell it is not 10 ringgit. Kalau pon saya renyukkan duit ni, saya pijak ke, saya buang kat tong sampah pon, orang akan still kutip sebab orang tahu harganya 10, ada nilai. Sebagai seorang perempuan, kita kena tahu nilai diri kita tapi berdasarkan standard our Creator la. Pencipta kita, bukan nilai yang keduniaan kerana nilai keduniaan ni dia boleh fluctuate( boleh menurun). Ada pon muda, akan tua. Adanya kaya, akan ade lagi kaya. Ada pon hensem, orang lain lebih hensem. Kita semua bukan nak semata kawen, Kita nak HAPPILY MARRIED. HAPPILY! Hidup bahagia. Kalau pada permulaan satu perhubungan kita dah compromised ( mungkin kita rase, agama dia x elok sangat, mungkin dia berkira dengan kita, mungkin dia suka pandang perempuan), sepanjang kita hidup dengan dia , semakin itu kita akan terus menerus akan compromised!! I BELIEVE I CAN FLY, I BELIEVE I CAN TOUCH THE SKY. i keep my standard high okk!!!

DJ: Tapi extreme la doktor, nanti set tinggi, tak lakuu. Satu perhubungan kan antara give and take, bukkannya mencari kesempurnaan, macamane ni doktor?
Dr: Saya rase, bila kita lack atau rasa kekurangan pada diri kita, kita ade tendency untuk search that thing in out partner. Mungkin kita ni kedekut, kita akan cari partner yang rajin memberi. Kita akan dapat kepentingan diri disitu. Jadi adalah sangat penting kita atleast ade baseline standard. Sekufu la orang panggil. Saya paham kita semua bukan kesempurna, banyak silapnya. Saya pon same tapi biarlah bersesuaian dengan diri kita. Kita masing masing dah hidup lame dengan diri sendiri. Compromising will only make it worst!

DJ: Adakah doktor rase soulmate ni wujud?
Dr: Saya lagi percaya Ribmate  Allah kata 'aku ciptakan pasangan kalian DARI kalian". Perempuan ni dibuat dari tulang rusuk lelaki. Kalau lah dia tulang rusuk kita, bila kita menatap muka dia secara automatik akan ada "recognition" , akan ade tanda yang dia ni sebahagian dari kita ( ewah ).

DJ: terus teranglah saya tanya, doktor sebenarnya gembira ke single? boleh ke puas menjadi single?
Dr; tidaklah Allah uji seseorang tu melainkan Allah tahu dia mampu. Dimanakah letaknya kegembiraan? adakah dihati? di rupa paras? pada harta? kalau la gembira tu dirupa paras... orang lain ade jauh lagi cantikkkk lawaa dari kita, semestinya kita tak gembira. Gembira satu perasaan yang dirase melalui hati. Hati ni Allah cipta. Allah lah bagi gembira. Saya sebagai single, lets say saya sayang diri saya 30 peratus. Bila saya kapel, laki tu sayang saya 50 peratus. total kebahagiaan ialah 80 peratus. Andai kata saya sayang diri saya 100 peratus, im fully happy on my own, with or without man, im totally fine. Ade pon kalau laki sayang saya, saya hanya kenal cinta yang "100 peratus" because i gave myself 100 percent, i dont have to deal with bullshit love. Selayaknya kegembiraan itu disandingkan dengan Pencipta kegembiraan. KepadaNya lah saya meminta, bukan pada manusia.

DJ: apa nasihat doktor bagi jomblooo species heartbroken takleh lupakan kekasih lame
Dr: Sometimes, it is better just lets dead things go. I know its hard. It is. Sebab kita berasa selesa dengan seseorang, kita malas nak deal dengan benda baru tapi jangan cari "happy" kat tempat yang "happy" itu hilang, kita xkan jumpa "happy" tu. Kita dah pergi pusing cari kat situ lame, memang x happy la duk situ, nak pergi duk situ lagi buat apa. Just let go!

DJ: Ada orang cari kebahagiaan tapi masih lagi tak jumpa, kita semua dah jadi,nak jadi baik, still jumpa orang yang tak baik, ape pendapat Dr
Dr: WHEN WE DONT KNOW THE TRUTH, WE SETTLE FOR LIE. kita kene tahu truth yang truth lah. Kena ada ilmu nak tahu orang tu sincere ke tak sincere, kalau tak , kita akan dapat orang yang penipu! Serious! Kadang pon kita SENDIRI, SHOOT THE GUN. Kita manusia ada usaha kita, nak minum arak ke, xnak sembahyang ke, itu atas diri kita. Kadang kita sendiri pilih benda x baik tuk kita, kita sendiri shoot the gun, lepas tu kita nak salahkan tuhan, tuhan tak bagi kita benda baik lah, sedangkan benda tu kita sendiri pilih jalan yang macam tu. Jangan sedih. saya pon banyak kali macam tu. Dah tahu buat jugak. Tapi kita kena yakinkan, adelah hikmahnya kadang. Adalah benda Allah nak ajar, dan berusahalah untuk benda yang terbaik lagi tuk masa akan datang

DJ: panjangla post doktor kalini, rajin betul taip. Soalan last la, apakah nasihat kepada diri sendiri dan orang orang single diluar sane yang mencari teman hidup atau ape ape la
Dr: Start living your life. Perempuan ni mungkin dikatakan "menunggu" seolah hidup bermula lepas nikah. itu apa society cakap. Real life, kita ni diciptakan tuk ibadah. Takde husben, ade makayah. Xde makayah, ramai manusia kita boleh berbakti. Nilai kita pada tuhan.Start living! Dan Ambiklah masa single ni tuk kita rawat diri. Mungkin kita ni ada bad relationship sebelum ni, andai ditakdirkan jodoh kita sampai, kita tak bawa beg yang penuh dengan sampah sarap tau kalau kita rawat awal2. Usaha mane mampu tapi xpayahla expose diri sangat. Cicak yang hidup didarat memakan nyamok yang terbang. Ikutkan xlogik, tapi takdir tuhan, yang terbang, kalau dah rezeki, tertangkap jua. Dekatkan diri dengan tuhan dan kenalila dan tingkatkan nilai diri. Hanya Jauhari mengenal Manikam. We are what we think we are not just what we want. Kita rasa kita permata. permata lah kita. Kita nak akhirat, kita lah ahli akhirat. tapi kene usaha la. Dont settle for less. Be happy and grateful now! Be full! dont expect to be full by someone, they are not full pon to begin with! Itulah rahsia kejayaan kita kawan2 semua!

DJ:okkkkkkk begitulahhhhhhhhh kata kata dari Cik Adila kita, Lupa nak bubuh name bukan sebenar beliau , tapi whatever la. Kepada yang bakal berkahwin hujung mingguuu niiiii, congrates admin eh silap DJ ucapkan. Untungla dah jumpaaaaaaa kekandaaaa uoll. Semoga kita same same saling bahagiaaa single atau yang dah berumah tangga. Nantikan slot minggu depan bersama Abang Faizalll yang akan berceritakan tentang pengalamannnnya duduk melepak tak buat apa dirumahnya...
nantikannnnnnnn... ok sekadar itu dulu..........bobaiiii


Wasalam 

Thursday, January 17, 2019

Geli

Bismillah
Gelinpulak aku bace post aku yg sebelum ni


Yek

Hahahahahahahahaah

Nak pose malas
Nafsu tinggi
Joget2 je la

Haha


Kenapa aku yang kena lari sedangkan orang lain yang buat aku sakit hati
Xcukup ke aku fikir tuk semua orang selama ni, 
Still ade jugak orang nak khianat aku


Apa aku ni teruk sangat ke


Ha
, tapi kenapa buat macam tu...
Aku ni saudara kau
Saudara seagama...

Aku bukannya nak layanan baik, xnak baik pon takpe, tapi kenapa kena menipu aku?

Adakah kau akan temui aku dalam golongan yang tidak sabar Ya Allah?

Sedangkan kata pembuka kepada ahli syurga ialah “tahniah atas kesabaranmu didunia dahulu”?


Allah

Sabar adila, sabar, walaupon ini bukan pukulan pertama
husnuzon, husnuzon
Itulah ibadah terbaik 

Insyallah2

Allah lah maha mengetahui

Insyallah2
Amin


Tuesday, January 15, 2019

Koyak

Bismillah

Ya Allah
Hari berganti hari
Waktu terus berlalu pergi

Ya Allah
Adakah kau akan temui aku diantara hamba hamba mu yang rugi
Menangisi hal yang yang tidak membawa erti
Adakah ku kau temui antara hamba2 mu yang tidak sabar menempuhi
Adakah aku kau temui ,diantara hamba mu yang tidak yakini,
Bahwasa kau lah Maha Pemberi
Bahwasanya tidak lah kau uji,melainkan syurga sebagai ganti

Ya Allah,
Kepadamu aku meminta bahagia,
Jika bukan kepadamu kepada siapa lagi  hendak ku meminta ?




Wasalam

Sunday, January 13, 2019

Kekayaan jiwa

Asalamualaikum,

Alhamdulillah..ok,

Kebetulan ter bukak video Ustad Adi Hidayat
Beliau berbahasa Arab
Masyallah

Banyak lagi ilmu tak tahu....
Kedekatan aku dengan tuhan , menjauh kan diri aku dengan orang tidak baik

Saat aku mencari Allah dan Rasulnya, makin bertambah kecintaan ,

Saat Allah dan Rasulnya jadi tujuan, ku berpegang pada taliNya,
Ikatan palsu terlerai jua

Tiadalah ikatan yang kuat melainkan ikatan kerana Allah

Mencintai sesuatu lebih dari diri sendiri. Iman.
Sungguh aku gembira tatkala  engkau bahagia

Perempuan itu dibuat dari tulang rusuk lelaki yang paling bengkok
Tulang rusuk(lelaki)melindungi  jantung lelaki
Maka yang melindungi  lelaki ialah perempuan

Menjadi pakaian, menutupi kekurangan,
Hebatnya seorang lelaki kerana dibelakangnya ada wanita yang hebat

Aku ialah wanita yang hebat
Jika soleh, taat , sejuk dimata tatkala dipandang
Berhias cantik didepan Raja,
Taat perintah Raja
Menyantuni Raja

Hebat

Aku manusia biasa
Banyak khilaf, perlu dibimbing dan dibentuk,
Tidak ada perempuan yang salah, cuma ada “Raja kurang berkaliber mendidik dia”
Adakah,
Bakal Raja yang tahu beban  yang bakal terpikul dibahunya?
Bakal Raja yang sedia menerima amanah seberat mana
Bakal Raja yang mengenal Tuhan Sang penciptaNya?
Yang akan mengajar dan berjuang untuk agamanya?

Adakah yang hebat itu diluar sana?
Adakah sehebat itu untuk selayaknya aku taat dan setia?
Maha Suci Allah Yang Mencipta
Mengadakan dari tiada kepada ada

Akan ku usahakan diriku
Menjadi perhiasan paling indah didunia ini
Akan ku rebut pintu pintu syurga melalui dirimu

Ingatlah
Sesungguhnya kau akan sangat berharap pada “kekayaan” jiwa diriku

Dan akan ku jaga dan diberikan pada si dia yang mengharap  kepada Maha Kaya

Dan kau pasti bertemu aku jua,
Dengan izinNya
Insyallah
Disini atau akhirat sana

Wasalam

Friday, January 11, 2019

Mutiara dalam perjalanan mencari jodoh part 2

Asalamualaikum

Orang kata waktu waktu " jatuh " ni la kita boleh bangkit, dan banyak ilham untuk bangkit balik.
Aku gunakan ilham2 kesedihan aku ni untuk menulis kat sini

Sebab aku macam bongok risau xdapat jodoh, aku bukak website jodoh, isi balik borang hahaha
Yang kelakarnya ialah orang tahu aku ni xupgrade, maknanya kalau orang hantar mesej, aku xleh baca, tapi still orang hantar mesej kat aku hahhaa
Bajet hot je . Malasss la nak upgrade 80 ringgitttt.... mahal ! hahahahah Yang gatai pungkok pi isi buat apa!! ahhahaha

Keburukan bila join website jodoh ni ialah, to begin with ianya ialah platform yang ramai calon didalamnya. Kadang2 orang jadikan kita ni pilihan. Bila x suka je, terus cari orang lain. Nak dapat kan komitment PERKENALAN pon kadang x sampai. ahhahahahahha

Nak kenal seseorang senang je sebenarnya. Dapatkan biodata dia. Tahula visi misi hidup dia. Kene merisik. Kalau kenal kat luar ni, cayalah cakap aku kadang ramai orang nak tipu. Macamaane nak cakap he. Biar melibatkan mak bapak kita dan dia, bila kita nak berkenalan dengan dia. Bila dia libatkan mak bapak, highly chance la dia nak burukkan mak bapak dia( dia nak acah2 kenal la) . tapi sekarang ni xleh pakai gak ahhahhaa. bertunang pon putuih jugak hahaha.

Ust Adi hidayat cakap, dia dirumah, dia ialah seorang suami dan seorang ayah. Kat ceramah ke, dia ialah seorang guru, cikgu. Konsepnya biar clear. Kalau seseorang itu nak jadi seorang suami, dia kene melalui prosedur hendak menjadi suami. Kalau kenal2 santai ni, kita buat dia jadi kekasih kita, dia punya status pada asalnya ialah status kekasih. Kekasih ni banyak wayang je sebenarnya. Ala aku pon pernah jadi makwe hahah tahu sangat ( eh macam bangga pulak jadi awek orang haahahha, dulu laaa)

Saidina Umar pernah nak dapatkan kesaksian. Saidina Umar tanya 3 soalan kepada seorang ni
1. kau pernah berjiran ke dengan dia?
2. kau pernah berurusan dinar ( bisnes) dengan dia ke ?
3. Kau pernah travel( mengembara) dengan dia ke ?

orang ni cakap, semua dia x pernah tapi dia selalu nampak orang ni di masjid, sembahyang kusyuk, doa kusyuk, tapi Saidina Umar tak terima kesaksiannya. Nak kenal orang kene ada standard!
Soalan tu sebenarnya nak tengok sikap amanah dia, siddiq dia. Orang travel2 ni kan lama... orang mustahil boleh berlakon 24 jam, akan tertayang gak "kepuraan" dia. tapi basicly nak tengok ragam dia la.

Elfira Loy masa kenal dengan husben dia, dia pernah travel sekali. Dia kata masa travel tu laki tu macam care pasal semua orang la, bukan sahaja pada dia, dan dia rase sebab tu dia rase lelaki ni boleh jaga dia dan keluarga dia. Ewah. Elfira loy tau hahaha

Setan ni jahat. Dia akan buat kan kita ni nak kapel kapel. Hai, kalau kapel , mane nak ingat tuhan pon. Cakap pon merapu je ahhaha. Masalah bila kapel ni, kalau kawen dengan dia benda tu leh jadi satu point tuk merosakkan rumah tangga. Contoh dia selalu mesej kita time kapel, dah kawen dia macam mesej2 lagi kat phone, Haip mesej siapa pulak tu. Benda tu mendatangkan curiga tau. Andaipon kita kapel, tapi kita x kawen dengan orang yang kita kapel dulu tu, masalahnya yang akan timbul ialah kita kan banding bandingkan ex ex kita ni. Si A ni caring, Si B ni setia x macam si A. Si C ni hensem banyak duit. Last kali kita jadi bongok mengarut2 lepas tu.

Allahla yang tahu apa yang terzahir dan tersembungi tapi kita ni sebagai manusia boleh melihat apa yang terzahir pada luarannya. Kita kena pandai baca cinta yang macamane seseorang tu hulurkan. Kita semua nak cinta yang hakiki, yang hebat, long lasting. Cinta sebegitu perlukan Allah sebagai matlamat kerana Allah la Maha Besar, Maha Berkuasa , tidak akan rapuh. Imam Khayyum pernah berkata cinta boleh lenyap kerana hilangnya sebab. Kalau dia suka kita sebab kita ni cantik, dah tua nanti dah tak cantik, ha hilangla cinta dia pada kita. Sama lah seperti harta dan sebagainya.

Logik simple lagi, Kalau dia mesej kita, nak kenal2 bagai... Kalau dia boleh buat macam tu kat kita, mesti dia buat kat semua perempuan macam tu  jugak. Haishh Nauzubillah ...

Kadang, mungkinla kita ni bukan ruang lingkup diri dia, kita usha usha la facebook dia. Tengok dia suka post ape. Cara dia cakap dengan perempuan lain, laki lain tapi ini susah jugak.

Ada seseorang ni pernah ajar aku. Dia kata nak tahu cinta itu  suci atau tidak. Kalau dia kenal kita dia jeles cemburu , itu tandanya kerana nafsu. Kalau cinta itu ikhlas, dia akan rasa kita ni satu amanah. Dia akan menjaga amanah tu dengan meletakkan kita ni sesuai pada kedudukan la ( ambik sebagai seorang isteri la). Dia akan usahakan mendapat kan satu ikatan yang diredhoi Allah. Kerana Allah la tujuannya.

Bila fikir fikir balik, xsusah langsung nak pilih jodoh ni. ahahha Kadang borak dengan awek awek aku ni, aku xpaham kenapa dieorang macam fikir2 terlalu details. Semua benda ada equation dia. Dalam islam ni, nak kencing pon ada caranya nabi ajar, xkan bab besar macam kawen ( pilih pasangan ni xde kata kuncinya) mesti ada punya. Semoga Allah lorongkan yang terbaik, beri yang terbaik. Kita pon usahala pada kadar yang kita mampu tuk pilih yang baik.

Kita pon sebenarnya kena lah jadi baik. Hanya yang baik layak tuk baik dan sesuai yang baik.


Sedap he aku cakap kekekeekekeke

Nasihat ni tidak lain dan tidak bukan tuk diri aku sendiri je.

Aku xnak bila dah kawen, aku menyesal dengan choice aku kerana aku ni sambil lewa.

Boleh nak kapel dulu tu, murah betul cinta aku ni
Dan aku masih nak buat keputusan tuk bawak dia dalam kehidupan aku,
Sungguh itu kesesatan yang nyata!! dan satu kebodohan.

Sungguh beza orang berilmu dengan tidak berilmu. Pangkat lain lain.


Aku sendiri pernah dengar perempuan sekitar aku bercinta dengan laki orang. Aku nasihatkan pon xmau dengar. Bila aku dengar dan perhatikan, aku rasa jauh betul orang ni dengan Allah. Dia menggunakan nafsu dia untuk berfikir dan dia seolah tak dapat keluar dari permasalahan dia. Macam kau tahu dia berpusing2, kau nampak jalan keluar tuk diri dia, tapi kau tengok jela dia berpusing2 dalam satu kotak yang gelap. Sungguh hidayah itu milik Allah. Semoga Allah bagi hidayah.

Aku pon masih dalam kotak hitam, aku cuba tuk keluar. Alhamdulillah, moga Allah beri hidayah kepada semua.

Okla, banyak sangat rant dah.
Cukupla sekadar itu, Asalamualaikum
Goodnight




Mutiara dalam perjalanan mencari jodoh

Asalamualaikum ..

Oleh sebab ex aku baru je bertunang lepas sebulan kiteorang break up,
Otak aku giat berfikir harini.

Ternyata wujud perempuan tu masa aku ada disisi dia pon.
Mungkin sebenarnya aku yang side chick bukan "main" girl pon ahhaha
kesian2

Bila aku ingat balik apa dia pernah cakap dekat aku, aku rasa aku terlalu membutakan mata and partly aku kurang ilmu

Masa aku pergi mengaji pondok tu , ustaz cerita,

Zaman dulu , ada seorang raja ni dia ada seekor kuda. Kuda ni dia sayang sangat. Dia panggil sorang hamba ni tuk jaga kuda tu. Hamba ni baru la nak jaga kuda ni. Masa hamba( penjaga baru) kepada kuda ni jaga kuda tu, lama lama lepas tu, dia biarkan je kuda tu. Raja pergi check, tengok kuda ni terbiar, raja ni pon marah. Raja kata " apa pasal x jaga kuda ni?"
Penjaga: Kuda Tuanku ni tak seperti biase, ( dalam erti kata yang lain dia ni kuda yang behave, bukan kuda yang akan lari la)

Raja: apa pasal kau cakap macam tu ?
Penjaga: dia ni kalau makan, dia akan makan slow slow je, kalau dia ni kuda yang sebenar , dia akan merengus makan rumput.  saya rasa dia ni salah makan time dia membesar dulu.
Raja pon tanya la tukang jaga sebelum ni, memang sebelum tu kuda ni pernah diberi SUSU LEMBU sebab ade satu time tu dah xde maknan nak bagi dia. Jadi perangai lembu tu ada kat kuda ni

Kemudian Raja ni pon tanya, saje tanya, "Aku ni raja yang sebenar ke?",
Penjaga yang berilmu ni pon cakap " Tuanku bukan anak raja, tuanku anak tukang masak, sebab kalau tuanku gembira, tuanku akan belanja orang makan "
Raja ni balik tanya mak dia , mak dia pon cakap sebenarnya dia lama x dapat anak, kebetulan anak tukang masak ade, dia pon cakapla kat raja masa tu, tu anak dia.


Apa point aku sebenarnya?

Masa aku dengan ex aku tu aku pernah tanya dia, masa dia long term kapel dengan awek dia sebelum ni dia pernah curang ke?
dia kata ada... dua kali hahahah

Masa dengan aku pon dia curang gak

Aku tahu background dia. Dia raised by single mother. Bapak dia pon curang dulu, benda apa tah... last kali kawen dengan mak baru.

Arwah atuk aku pon dulu tukang masak. Ayah aku ni pon kalau dia gembira, dia kan belanja makan.
Aku anak kepada polis. Aku perasan aku kalau gembira, aku lebih kepada "khidmat"

Kadang aku tengok anak2 orang ni. Memang betul, mak ayah bengis, anak dari kecil bengis la.

Ust Adi hidayat pernah cerita, ada satu masa tu ade sorang anak ni,mak ayah dia hantar ke sekolah agama, hari kedua je dia suka kacau orang. Hari hari kacau orang. Orang tahu mak ayah dia ni rajin baca alquran, ustad ni pon tanya la "betul ke ni anak dia", tengok2 sebenarnya itu anak angkat yang dia ambikla dari keluarga lain. Ayah dia pemabuk, mak dia pon jenis tak baik.

Kisah lain Saidina Umar ronda bandar, lepas tu terdengar perbualan seorang mak yang nak campur air dengan susu, anak perempuan dia kata "eh xbaik la". Mak dia kata " ala Umar bukan nampak pon" , Anak perempuan ni kata " tapi tuhannya Umar nampak"
Apa yang dinilai disitu? Ada nilai Siddiq tu ( membenarkan) salah satu criteria/ciri2 kenabian. 
Saidina umar balik, tanya anak lelaki dia, ada tak yang nak kawen dengan perempuan ni, Lepas tu salah seorang pun kawen dengan perempuan tu, dan kemudian lahirlah Umar abdul aziz, Pemerintah yang sangat adil

Kadang bukan nak perlekehkan
Semua manusia pernah buat salah , buat silap
Aku pon la sampai sekarang dan selamanyalah
tapi dalam bab mencari jodoh kita , keturunan ni main peranan , xboleh sangat sebarangan

Kalau nak sekadar kawen, dapat anak, ok. Berubah kepada yang baik. Alhamdulillah

Tapi kalau bercita cita tinggi nak zuriat yag power2 seperti penghafal hadith or penghafal alquran. Kena lah kawen dengan orang berketurunan power,
Disclaimer: ade je orang yang belajar tinggi2 agama tapi x amalkan agama
Orang yang belajar agama, x semestinya semuanya baik dan amal "kunci2 " ke syurga itu
Aku sendiri dengan kepala mata aku pernah lihat orang belaja agama tapi dia ni entah la. Aku xterasa nak ikut cara hidup dia pon.

Kadang orang kata kawen ni bila kita dah matang
Jadi orang yang kawen tu semua matang ke? yang kawen muda pon kira matang ke?
Kadang orang kawen tanpa tahu ilmu rumah tangga. Itu semua akan ditanya. Kalau baca whats app boleh , xkan ilmu rumah tangga xboleh cari?

Partly aku gembira Allah tak takdirkan aku dengan orang yang aku harapkan.
Bila aku tengok dalam dalam, semuanya mudah bila kita ada ilmu.

Bila aku ingat balik aku tanya dia kenapa dia sembahyang sorang2, ajakla jemaah.. Dia kata 'salah ke sembahyang sensorang?' dan kiterorang banyak clash pada issue agama

"Kesolehan" aku tidak mendatangkan manfaat malah terasa beban bagi dia.
sebab itu baik dengan baik
kurang baik dengan kurang baik
bila baik dengan kurang baik, dia akan terlantun jugak.
bukanlah aku cakap aku baik , cuma nak cakap terbeban dengan "ketidaksamaanya " disitu
aku pon pernah kenal orang lagi super baik dan alim dari aku, pun sama --terbeban jadinya
partly kesediaan aku  untuk menerima kebaikan tu mungkin belum sampai masa tu

Ade satu ayat ni aku dengar time kat pondok haritu, sorang ni kata " mintaklah seorang lelaki yang mencintai Allah dan rasulnya lebih dari dirimu( perempuan) nescaya kamu akan terpelihara"
Orang yang mengamalkan sunnah sunnah, akhlak nabi , adakah akan mengguris, mensia sia kan sang isteri? mustahil. Kerana dia mengambil kamu( isteri ) dengan Kalimah Allah , yang menghalalkan kemaluan kamu kepadanya.

Seorang nabi perlu amanah. Ketua perlu amanah. Seorang suami perlu amanah. Isteri adalah amanah, anak2 adalah amanah Tuhan. Hanya orang yang amanah mampu menjaga amanah. Aku tahu laki laki ni kadang dia rasa perempuan macam "orang gaji" tukang serve. Memang perempuan tukang serve haah tapi lelaki ada tanggungjawab dia. Jangan nak cuci kaki sangat he.

Satu hari seorang ulama ni bertanya kepada Habib Umar " kenapa kau dicintai dan diangkat oleh manusia"
Habib Umar menjawab " Aku seperti bapak2 , ayah2 sebelum kita, jadikan kecintaan kepada Rasuallah" dalam erti kata lain, cintailah Rasuallah, kemudian Allah sendiri akan singkapkan kepada manusia lain. Pasti beliau seorang yang sangat dekat dengan Rasualllah, rajin selawat, beribadah. Waliyuallah.

Ramai orang suka Ustad Somad , Ustad Somad ni memang mencintai para habaib, menghormati, kalau dia rukhyah , baca selawat je. bertawasul dengan Nabi Muhammad. Sebab tu dia diangkat dimata manusia.

Kata kuncinya, sayangila Allah dan Rasulnya. Rajin selawat. Dan Allah akan singkapkan kepada kita jodoh yang paling terbaik, yang mendekatkan diri kita kepada tuhan bila mengenalnya dan justeru membimbing ke syurga. Carilah orang yang siddiq.

Ustaz cakap nak train sikap siddiq ni, kita kene ber 'khidmat". Khidmat tu cuci lantai ke, sapu sampah ke, rajin tolong orang, ala senang cerita buat baikla mane patut. hahah
Aku pon teruk gak ni hahaha Takpela,  slow slow insyallah2 hehhehe

Kalau nampak lelaki tu macam ringan tangan tu, likely dia siddiq la tu kot. Hahha.

Ya Allah Ya Rahim
Terima kasih Ya Allah , kerana selamatkan aku dari kemudaratan yang besar.
Terima kasih ya Allah, beri aku secebis ilmu , pandula aku dan semua hamba2 mu Ya allah, Jangan biarkan kami dengan diri kami walau sesaat kerdipan mata Ya Allah, kerana kami sangat jahil, bernafsu dan tidak tahu Ya Allah.

YA Allah ya Karim
Kau mudahkan lah sapa yang tak berjodoh, dapat jodoh, dan kurniakanlah kami pasangan yang baik soleh solahah, keturunan baik, mencintai para habiab dan ulama dan izinkan kami mati dalam keadaan husnul khatimah dan izinkan kami berada dengan kecintaaan kami ya Allah, bersama Rasuallah amin amin

Mudah kan lah Ya Allah.

Maaf Atas khilaf , kekurangan dari saya yang menulis,
kebaikan  semuanya dari Allah

okla

Asalamualaikum









Thursday, January 10, 2019

takde ape

Asalamualaikum

sedihla jadi single ni
tapi kenapa aku fanatik dengan elfira tah
hensem laki dia hahhahahahhaahhahaah


ya Allah please


hahahhahahahhahahhahahahhaha

ahhahahahahhahahahahahah

Ustad Adi kata, kita ni orang akhirat, jangan cemburu dengan ahli dunia
ma wad da a qarab ...
allah akan memberi sampai kau puas!!!

Yakinlah hal ini dari Allah.
Usaha x semestinya menyampaikan kita ke tujuan

Untungla dah bertunang, im happy for him ...
nasib aku lagi lawa ( hahahahahahhahahahhaahaha)
ohhh berlagakk~~ hahahhahahaha

nampa tak aku stress disini ( gelak je)
takperla Adila
Cuba lagi. Allah akan bagi lagi baik Insyallah.

Boleh tak nak pergi Tareem ?
Boleh tak nak g umrah... kepala aku serabut la... i need a vacation ...
Vacation yang mendekatkan diri kepada Allah.
insyalah la aku usaha ke mane mane daurah....
sampai kan aku ya allah amin amin amin

ya tareem ya tareemmm
ya tareem ya taremmmm

sayang Allah
syang Allah
sayang sangat
love you

oklaaa
good night
semoga Allah beri kebaikan dimana sahaja awak( yang bace post ni) berada
asalamualaikum




Thursday, January 3, 2019

Happier



Lately, I've been, I've been thinking
I want you to be happier, I want you to be happier
When the morning comes
When we see what we've become
In the cold light of day we're a flame in the wind
Not the fire that we've begun
Every argument, every word we can't take back
'Cause with the all that has happened
I think that we both know the way that the story ends
Then only for a minute
I want to change my mind
'Cause this just don't feel right to me

I want to raise your spirits
I want to see you smile but
Know that means I'll have to leave
Know that means I'll have to leave
Lately, I've been, I've been thinking
I want you to be happier, I want you to be happier
When the evening falls
And I'm left there with my thoughts
And the image of you being with someone else
Well, that's eating me up inside

But we run our course, we pretend that we're okay
Now if we jump together at least we can swim
Far away from the wreck we made
Then only for a minute
I want to change my mind
'Cause this just don't feel right to me
I want to raise your spirits
I want to see you smile but
Know that means I'll have to leave
Know that means I'll have to leave
Lately, I've been, I've been thinking
I want you to be happier, I want you to be happier
So I'll go, I'll go
I will go, go, go
So I'll go, I'll go
I will go, go, go
Lately, I've been, I've been thinking
I want you to be happier, I want you to be happier
Even though I might not like this
I think that you'll be happier, I want you to be happier
Then only for a minute (only for a minute)
I want to change my mind
'Cause this just don't feel right to me
I want to raise your spirits
I want to see you smile but
Know that means I'll have to leave
Know that means I'll have to leave
Lately, I've been, I've been thinking
I want you to be happier, I want you to be happier
So I'll go, I'll go
I will go, go, go