Friday, December 28, 2018

update

Asalamualaikum,

Harini 29/12/2018
Aku ni tengah kira tarikh sebab nak keluar dah dari rumah kajang,
barang ade tak ambik lagi. foinee

1-15/12 haritu gi daurah Baitulqurro. Okla
hilang kejap setan aku, kat sane pon setan gak hahhaa

Okla sikit. Ter basuh la mahupon sikit.

Semalam, ade satu kak usrah aku tunjuk gambar  dia minum dalam  cawan tiger. Ala tiger yang arak tu. Hai nauzubillah la, aku tau dia x minum arak tapi mendatangkan fitnah lah kat diri dia, dia mesej malam tu tanya sekarang usrah mane. Cakapla aku dah tak ikut usrah NGO tu ekkeke.

Masa kat Baitulqurro, Ustaz cerita tapi sebelum tu aku ceritaalah background Ustad Zul ni. Beliau keturunan Ulama la, mimpi nabi 8-7 kali. Beliau pernah berdoa supaya Allah tunjukkan dengan siapa dia nak berguru. Zaman sekarang ni bahaya, xleh sebarang guru. Dia bermimpi nampak Habib Umar.

Apa point aku sebenarnya?
Masa aku kat dalam usrah, aku xtau lah. Aku rasa macam lost. Benar apa yang aku belajar dalam usrah tu tapi sekadar kat situ tau. Balik umah rase same je. Ini tanda xbagus.

Kebetulanla, Allah lorongkan aku pergi Baitulqurro masa foundation dulu. Aku rase WOW. Tempat ni sangat bagus. Sangat sangat mendekatkan diri kepada Allah dan RasulNya. Aku happy.
Aku diajarkan untuk sayang dan cinta Rasullah. Seronok.

Masuk degree aku ni kelaut kejap , kelaut lagi pada masa same aku cuba la bukak ceramah agama. Sampailah bulan ni aku gi Baitulqurro lagi.

Rasa seronok tu datang lagi. Aku rasa macam inilah apa sebenarnya hidup aku nak. Environment sebegini. MEngaji, belajar. seronok. Aku bukan perlekeh usrah. Usrah ni bagus, Bagus tapi disamping tu kita kene mengaji kitab. Usrah ni ok,. kalau tak cakap merepek.

Sekali fikir, usrah pon orang xnak join. Jauh betul diri dia. Kalau Allah rasa dia baik( baik menurut Allah) Allah akan mudahkan dia menuntut ( memahami ) bahagian dari agamanya. Kadang bila Allah tak pilih, mungkin kita ni kurang baik dimata Allah.

Ada pon aku ni Allah rezekikan ikut kelas agama,  ceramah, daurah tapi kerana kekurangan adab aku, aku ni susah gak nak paham, nak terima. Adapon aku ni balik jadi jahat gak kengkadang. Kena istiqomah lawan nafsu ni.

Aku berharapla Allah sentiasa lorong aku untuk dekat dan terpilih untuk ikut majlis majlis ilmu. Aku nak sangat berubah jadi orang baik

Dalam keadaan akhir zaman ni, aku xterdaya nak hidup jahil sebegini ya Allah. Aku harap dan berdoa semoga kalian ( siapa yang bace tulisan ni) kita sama sama direzekikan untuk diberikan peluang oleh Allah untuk dekat kan diri kepadaNya. Jangan lupa selawat dan memohon ampun.

Semoga kita ni kuat nak hadapi cabaran akhir zaman. Semoga Allah beri pertolongan dan inayahNya kepada kita. Amin

Oklah , dah ngantok ekkekkekek Tidur dulu la

ASalamualaikum

Thursday, November 22, 2018

Rutin /cara bagi kulit flowless





Asalamualaikum ,
hai semua

Hari ni nak cakap pasal apa pulak he,
ow pasal rutin bagi kulit licin
tak maaf la diknon, akak ni bukannya dermatologist, doktor kulit ke,
hanyalah gadis yang mencuba cuba skincare

Pertama sekali, kulit kita ni memang genetic la. Kadang mak yah kulit bagus, baguslah kulit kita
Pori pori terbuka ke semua tu adala faktor genetic jugak ,

Ok , lepas tu kena jaga pemakanan. Aku ni ditakdirkan erm selalu xde duit, sebab aku suka bazir duit kat benda elektronik ahhahahhahahahahahhahahaaah
ok nak gelak lagi hahahahhahahhahahhaha


so selalu xde duit, ade duit pon aku habiskan kat pill kurus, air detox la, so begitu lah

Tapi fizikal muka, kena lah jaga jugak
Ioll cter apa ioll pakai la he ehhehehe

Lately ni x dinafikan dah tukar sikit produk muka, pakai benda organik/herba je.
Alam dan manusia kan seiiring, so kita pakai benda benda natural je la. nak pakai chemical(drug ni) malas dah , takut , lagipon ioll ni dah tua, dah nak 30 dah hahah( lagi 5 tahun ) so kena la berjaga jaga sikit

1. Pencuci muka

saya pakai pencuci muka Jamu Ratu Malaya. Jarang dengaar review kan , baru je pakai ni pon, tapi memang terbaikla, rasa licin je muka( maaf a, selama ni pon licin gak, cuba pakai ni jadi makin licin!)


2. Scrub muka
Scrub ni bendanya nak keluarkan cells kulit mati je. yang bagus( yang saya cuba lah ) Aqua Cure gel dari Japan ni ha. Sangat bagus. KAt youtube, ade je orang buat uji kaji betul ke, yang keluar tu kulit mati. Sebab , lepas tepek kat muka tu, di akan kuar macam daki daki tau. MAcam puas sangat. TApi sekarang ni sebab macam nak try produk lain ,try la sendayu tinggi punya scrub , ermm so far oklah

Image result for Sendayu tinggi scrub

3. Bedak asas ( silky sunscreen jrm)
yang ni pon baru je try, so far so good, so lightweight, nampak natural, menaikkan seri, yang ni herba , so insyallah bagus la tuk kulit, sambil melawa sambil memulihkan muka hehehhe


4, Supplement
Aku sebenarnya, on off, sebab ialah,,kadang xde bajet tapi kalau nak makan, ambikla vitamin C

Kalau nak try collagen , ambikla Wuja PINKISH dari JRM. MEmang dia mengeluarkan toxic la, and at the same times, memang nampakla putih sikit.

KAlau nak ambik Royal V dari JRM pon boleh. HAritu perkenalkan benda ni kat sorang mak janda, lepas lepas tu macam perasan, naik betul seri dia, macam wow. serious wow, dulu selalu lepak kat surau, heavy gak makeup dia, tapi sekarang ni dia pakai sikit sikit je makup dah nampak ok, seriousla Royal v ni memang bagus. Satu bagi tenaga , dua dia memulihkan ehem2, bila ehem2 ok, muka pon nampak bermaya, MAsyallah . Kesembuhan dari Allah, tapi manusia kenalah usaha , berubat .


5. Detox



Sebenarnya, badan ni kene dibuang kotoran dulu, barulah benda benda baik kita makan meresap dalam badan. Teh kampong pernah ambik dulu, clenx tea pon  pernah ambik. tapi erm, Lepas tu try la dtox sendayu tinggi ni, okla, Paling best rase dia bearable! boleh telan sedap lak tu. JRM punya pon try jugak. Kalau dtox ST ni dia bagilah warning jugak, macam nak terkeluar. YAng JRM ni MAk AI!. lepas 10 jam, x rase apa! Bila rasa nak ke tandas membuang, haaa time tu dia keluar sama. PErut macam x alert langsung kata nak membuang. Maksud dia urgency nak ke tandas tu xde! BAguslah. Hoi kalau minum teh orang kampong, kalau nak berak tu, huiii memang xleh tunggu lah, kene berlari ke tandas.

SO far oklah dtox ni, hilang 4-5 inch gaklah dari perut, kekekekke

JAdi itu sahaja lah . aku share la sikit gamba sebelum aku ambik semua benda alah ni hahhahaha
Nampakla perubahan bila kita go for natural things ni erm, alhamdulillah


Kita orang perempuan ni kenalah jaga badan. Bukan pasal lelaki pon. Pasal kita nak sihat lama. Nak hargai badan Allah bagi. Seronok tau jaga badan ni. Orang tengok kita pon bahagia. Tengok je la hahahah kita pon motivate orang nak jaga kesihatan lagi. Hidup ni kena ada excited nak hidup, beli benda benda( produk produk) bagus tuk kesihatan, kita pon akan rase bahagia Insyallah. Beli mahal mahal tapi benda bagus, rasa berbaloi. Jaid teruskan usaha jaga diri.

setakat itu jela
Wasalam

Testimoni gel mandi bidara arab jrm

Asalamulaikum,

Haritu kulit bawah ketiak ni macam mengelupas, tak tahula kenapa, tapi mungkin sebab salah shave kot. Bukan salah shave, sensitif sikit dengan pisau pencukur ni. Ketiak jadi sakit, warna hitam!

Sebab sibuk kerja ,pergi kerja pagi, balik malam, layanje la
Pakai dettol, bau dari kulit mengelupas ni x syiok pulak. Kalau dia kat area tangan ke, tangan x rajin berpeluh macam ketiak ,xpe gak.

Lepas tu pakai la dettol,tenyeh2

Lepas tu dapat gaji, rasa macam nak beli gel mandi bidara la, terasa nak beli
First time pakai, hui, hilang bau kulit mengelupas ni
Lama lama pakai, kulit mengelupas jadi licin, lepas tu, macam keluar daki daki , ini kira detox kulit la,agaknya cells kulit kulit mati keluar,
Kulit pon cerah sikit. Okla..

Sapa ade penyakit kulit ke,elokla pakai ni
Hilang bau badan jugak, nak kata wangi dia tahan lama,erm macam xjugak la. Tapi jarang la aku pakai gel mandian tahan lama wangi, mungkin badan aku jenis x serap wangian kot ahhaha
Harga gel.mandian ni rm42. Harga member. Xkisah la mahal tapi dia memulihkan kulit bukan sekadar membersih. Lagipon herba. Okla.
Benda bagus jarang nak murah ye dok


Ha tu jela
Sekian
Wasalam

Wednesday, November 21, 2018

Out

Asalamulaikum,

Beberapa hari hati batu,
So tired

Decided to deactivate fb
Delete 3 akaun website cari jodoh,
Boringla, bertahun tahun, jual muka je kat sana.
Memang lama dah tak main insta,twitter lagi la bosan
Kalau boleh delete ws ,aku delete je
Tapi kang ape hal susah pulak.

So sick of long distance relationship,
I want something real. Maybe god will give me that.
I just want to be wih me, myself.
Maybe i should buy the food steamer hahaha rebus jagung, rebus apam ahhaha

Tired of all these nonsense.
Cant delete this blog.

Okla
Bye bye
Asalamualaikum

Tuesday, November 20, 2018

Mood

Adakah ini kali yang pertama Adakah ini kali yang terakhir Mungkin waktu tak mengizinkan kita
Mungkin jalan ceritanya berbeza Ouhhh huwooo Satu hari pasti nanti Ku akan memahami Namun cinta tak akan mati Ku terima segalanya Namun tak aku mengalah Ku pasti ada jawabnya Ku berikan segalanya Semua dan sesungguhnya Cinta dirgahayu Cinta dirgahayu Cinta kau dan aku Andai takdir kita bertemu lagi (Ku berdoa selalu) Masihkah akan kau kenang kembali (Takkan pernahku lepas) Satu hari pasti nanti Ku akan memahami Namun cinta tak akan mati Ku terima segalanya Namun tak aku mengalah Ku pasti ada jawabnya Ku berikan segalanya Semua dan sesungguhnya Cinta dirgahayu Cinta dirgahayu Cinta kau dan aku Tidak pernahku bersoalkan takdirNya Dan ku percaya cintakan mengatasi Semuanya Ku terima segalanya Namun tak aku mengalah Ku pasti ada jawabnya Ku berikan segalanya Semua dan sesungguhnya Cinta dirgahayu (cinta uhuhhh) Cinta dirgahayu Cinta kau dan aku Cinta dirgahayu Dirgahayu Cinta dirgahayu

mood

Tak usahlah kau risau pasal ku Ku tahu kau mahu kejar impianmu Aku tahu kau ingin mencari diri
Tempat jauh dari sini Memang jauh, Belum apa sudah rindu Belum apa jadi ku dah tunggu dua minggu Walaupun kau tiada di sisiku Fikiranku semua tentang "to be with you". Ku rasakan kau dan aku semakin jauh Terpisah sementara ku rasa bertahun Cukupkah cinta dan janji tanpa jasad menemani Kekalutan dunia buat aku terlupa Kehidupan mencuri masa dari kita. Biar ku pulang Ke pangkuanmu Jadi yang terbaik Hanya untukmu Biar ku pulang. Tak usahlah kau risau pasal ku Ku tahu kau mahu kejar impianmu Aku tahu kau ingin mencari diri Tempat jauh dari sini Memang jauh, hey di seberang laut Meskipun kau jauh panggilanmu kan ku sahut Walaupun kau tiada di sisiku Kau buat ku bangga seperti ku di situ. Apabila aku pergi dengar sini aku janji Kan aku pulang bila engkau panggil Ku terus menunggu di sini masih Menghitung hari Hingga kau tergerak hati untuk kembali Jadi. Biar ku pulang Ke pangkuanmu Jadi yang terbaik Hanya untukmu Biar ku pulang. Pulang Biar ku pulang. Ku terus menunggu di sini masih Menghitung hari Hingga kau tergerak hati untuk kembali Jadi. Biar ku pulang Ke pangkuanmu Jadi yang terbaik Hanya untukmu Biar ku pulang .

Monday, November 19, 2018

Mood


Pengalaman dari sebuah perhubungan ( and thought on cheating)

Asalamulaikum , 
selamat sejahtera, lama dah aku menghilang dari blog ni
alhamdulillah dah habis degree, syukur 

Sebenarnya, to be honest, i just ended a relationship with a guy. Of kos la guy, takkan perempuan pulak tapi ahamdulillah emosi aku sangat tenang dan okla, xde lah macam zaman muda muda dulu, lagi meroyan, tapi somehow terasa la jugak. 

Me and him on off for about 9 months. I once cheated on him ( dengan duda tau) ( tapi serious aku mintak izin dia )  hahah but we back together. we were on off partly because we dont really know each other, and each other dont really bother to learn about each other, ( partly him). Walaupon on off, but yang selalu on off ialah aku, and yang fix keaadaan adalah aku jugak. 

Last conversation mulanya aku tanya pasal bila nak kawen. Then, this question triggered him. He said not at his so called " best level" ( maksudnya dia tidak pada satu posisi yang dia target lagi) ( he is a navy btw). He asked me tuk cari lelaki lain. Alasan lain, dia ada pilihan lain. Malah, dia menyatakan bahawa saya seorang yang mahukan "sedia ada" ( nak yang kaya la dalam bahasa lainnya) which is penyataan itu benar sekali, aku sendiri mengaku aku jenis begitu. 

Firstly, i once cheated on him. Kadang aku fikir kenapa la aku buat hal dulu he. Partly sebab he used to call me on my cellphone, midnight when he need my love ( sila bace sambil nyanyi lagu drake ok) hahaha. Lama lama dia dah jarang call, jarang mesej, ive been ignored for most of the time. Aku paham dia sibuk tapi dia tersangat la susah. Bila bawak bincang, jadi gadoh, but all i wanted was a single mesej once in a blue moon. Kalau dia sibuk pon he can explain but he just decided to ignore me la for the rest of his life. Kau tahu tahu jela ( ko pon tak tahu) , perempuan ni nak bercerita, na mengadu domba, pakwe xnak layan. GERSANG agaknya, aku pon cari laki lain hahaha Kenapa seseorang hendak cheat? sebab there must be something missing in the relationship. KURANG KASIH SAYANG. hahha 

Yang paling syioknya, dia lepak la bila tahu aku cheat. Ini tanda tanda kedayusan. Dia x cemburu. Lagila aku macam mengamok kot. ahahha aku pon melarikan diri. Masalahnya, orang cheat , dia tak nampak dari sudut aku tau, yang dia tahu aku cheat. Ini maksud aku kurang nak blaja pasal each other. AKU TAK PAHAM DIA BUSY, DIA TAK PAHAM KENAPA AkU CHEAT. 

Then, bila yang selalu fix keadaan adalah wanita. Perempuan ni mahluk yang nak dipujuk, bukannya memujuk. Once seorang wanita pujuk lelaki, to back in relationship, percayalah ego wanita dia memang dah turun habis. Perempuan bukan ada ego sangat, kalau dah sampai turun ego ni, dah sangat sayang la tu jawabnya. and i did that . Tercalar gak maruah perempuan aku, Hadap lagi. 

Sekarang pasal isu kawen ni. Dah berkenalan on off 9 bulan ni, bila satu soalan kau tujukan nak tahu kebenaran, orang dalam sekelip mata boleh campak buang diri kau. Dia dah xnak dia buang la. Lagi perit, dia siap kata dia ada pilihan lain. Maknanya selama ni aku ( perempuan ) ni mungkin sekadar sampingan . Tak cukup tu dia kata kita ni jenis macam ni la macam tu la

Kalau kau nak marah orang tu xlawa ke, suka memarah ke, kau mestilah tegur dia awal2, bila dah lepas 9 bulan baru dia cakap macam macam, apa maknanya? Selama ni dia pendam je, dia tengok kau, dia tak puas hati , dia tengok. Bila bincang, baru lah ( lepas 9 bulan he) dia attack kau. Dia attack personality kau tau. Benda nak perubahan boleh dibincang, diubah suai , tapi dia terus reject atas alasan tu. 

Kau tengah sedap jadi diri sendiri ni. Selama ni jadi diri sendiri. Kau rasa dia ok dengan diri kau , tapi dia x ok, malah dia gunakan point itu tuk ditch kau. hahaha selama ni kau ingat dia  menerima kau seadaanya, tapi tidak sebenarnya. jeng3 hahaha

Malah, dia ada perempuan lain. Kenapa orang ada perempuan lain, macam aku buatla, sebab aku rasa dia xlayan aku. Bila aku tanya kenapa dia ada perempuan lain, ape kurangnnya aku, Jawapan dia paling best, ENTAH. Aku ulang he jawapan dia ialah ENTAH. Dia pon tak tahu dia nak apa, bila orang tak tahu dia nak apa, kau rasa dia tahu ke dia nak apa  dari kau?. sekadar kawan ber sambil lewa je  la. 


Pengajarannya ialah 
1. Listen and watch carefully and pick the right partner 
Bagi seorang yang agak educated, aku tak nafikan, background education aku buatkan aku jadi seorang yang agak emotional intelligent, agak peka dengan persekitaran. Pada mulanya, aku sedar, he is not sekufu with me ( in terms of cara fikir) tapi aku still decided to keep moving. Tak salah sebenarnya kita nak move together walaupon tak sekufu, tapi both partner kena sangat berkehendak untuk bersama, if one of both ni back off, the relationship doesnt worth fighting for pon. Berbazir la masa kau dengan dia
Bukak mata luas luas, and estimate kebolehan partner ni. Memang kadang tu to begin with, memang tak sesuai. Just stop trying!!!!. Find a new one that suit better la dengan diri sendiri.

2. Try to understand each other and communicate!
Benda ni kene dua dua tak boleh sorang je. Communication penting, nak nak bila long distance relationship. Yang tinggal hanyalah whatsapp. Jangan la berkira. Bagi aku, xde istilah takde masa, kalau seseorang tu penting , kita akan bagi malah buat masa tuk insan yang kita sayang. Kemonla, xkan benda ni pon nak ajar ahhah
Kena bincang apa yang x suka, apa yang boleh, apa yang each other nak, semua benda boleh dibawa berbincang , malah dibaiki, diubah suai, insyallah kalau nak , kalau xnak memang tinggal campakla and gadoh pasal benda kecik 

3. Look at his action 
Tak payah percaya kata kata lelaki. Kalau dia kata dia sayang, dia kan call, ws, and make effort nak jumpa ke. Kalau tak boleh, he should explain la. Itu satu courtesy( adab) yang basic. ahahha xkan xtahu. Kalau dia tak tahu, well , dia memang kurang courtesy la

4. Know your self worth
To be honest, for the sake for just being with him, i really realize aku turunkan standard aku. Maybe because i such a girl with big dreams, very ambitious. Some men  just couldn't carry your awesomeness. YOU TOO MUCH BRIGHT and they cannot carry your ambitions. If they marry you, they gonna be your biggest supporter tapi xkawen lagi dieorang dah tak termampu nak support pon, better to leave the situation.

YOU are worth fighting for. Laki patut berusaha dapatkan kau. Buat macam macam effort. Kalau ko yang rajin buat effort, blah je la, Lelaki tu tidak tahu nilai harga diri kau. Kau bayangkan, xkan seumur hidup nak efforts, nahhhhhhhhhh. 

Kadang bila terkenang dia kata dia ada pilihan lain, itu yang buatkan aku down sangat. As if aku ni lack, kurang dari satu sudut, sebab tu dia cari lain. Maybe i am , i guest he lose his respect toward me and think he can  back up me with another girl sukati hati dia... allah... takpelah... aku terimalah cinta ku dipersiakan hahahhaa 

5. Dont run 
i remember aku selalu block dia. how childish i am, dia pon selalu biarkan mesej aku tak berjawab. Its tiring and kebudak budakan, Dari kau buat perangai macam ni, just stop this madness( relationship) 



BANYAK lagi aku nak bebel tapi xperla. Sekianla tuk post ni. Im more than happy with my self now. Thank you for the opportunity. 

Wasalam, 
Adila yang comel( ahha) 




Tuesday, July 3, 2018

Dear ...

If u read this...

i just wanna say ...

Aku rindu kau

Aku sangat berharap Allah " simpankan" kau untuk aku


Feel like a failure
'Cause I know that I failed you
I should've done you better

" and i know and iknow and i know that u got everything but i i got nothing here without you..."

i don't deserve it
I know I don't deserve it


MOga Allah bagi lagi baik , amin

leleh bai, tapi erm

okla Asalamulaikum




Saturday, June 23, 2018

Jamu

Asalamualaikum...

Lama x tulis

Lately raya ni, memang gemok jadinya
Ahhaha

Jalan2 kat fb, jumpa iklan orang jual jamu

Kasi montok

Sebagai orang  yang makan jamu jugak, aku rase macam erm..

Semua orang nak kurus, thigh gap,
Nak bdan kecik..
Aku pon nak sebenarnya...

Aku ni dari kecik memang tembam..
Genetik aku (family) semua pon tembam.
Makan pun kuat...
Bila makan jamu ni...
Dia ransang hormon tau dan selera...
Jamu yang kuat memang rangsang hormon la...(jamu ni lebih kepada orang kawen sebenarnya, tenaga tuk 'beraksi')
Bila rangsang hormon wanita (progeaterone and estrogen), barulah effect montok and tegang tu datang....

Jadi apa masalahnya sekarang?
Orang dulu2, yang hot hot ,dia xde la kurus mana... Berisi la jugak...
Nak cantikkan payudara and bontot and ehem2 ke, mustahil ada maknan yang effectnya boleh target 3  areas ni je.
Dia effect seluruh badan temasukla selera makan kita.

Orang sekarang semua nak kurus... Bila kurus, turun berat ke, ehem2 pon jadi susut...
Cuba tengok, kalau kurus, mesti dia punya dada macam xde sangat
(unless geneticly ,family dia baka dada besar, rangka kecik)

Orang dulu nampak hot sebab dia pakai baju ketat2..
Sekarang orang tutup2 semua(okla sebahagianla, bukan semua)
Tak pakai baju ketat.
Badan dia hot (hot = dada besar, punggung montok) tapi sebab dia pakai baju longgar nampak dia macam berisi sungguh...

Dulu aku pernah turun 15 kg. Tapi still baju aku, baju same je, dulu berat lebih pon muat
Tapi still gemok di bahagian peha la
Bila makan jamu cuba baju lama, perghh.
Gemok gemok aku dulu pon ,leh sarung.
Sekarang ni ,kalau aku sarung ke, kalau aku kuar, orang memang fikir aku nak tayang badan la.. Hahah

Aku pon pening kadang. Aku nak kurus ,xnak nampak gemok. Lepas tu pada masa yang sama nak asset hot. Benda tu susah nak achieve.

Jadi nak tak nak, aku kene pilih satu je. Ahhahha sama ada kurus susut, or gemok dan montok...

Jamu aku makan (royal v) dari JRM,
lately aku dah x makan dah sebenarnya..
Bukan nak melucah , tapi kalau makan memang miang la. Ahhahah

Dari physical boleh nampakla perubahan..

Jadi apa kesimpulannya?
Kenapa aku makan jamu?
Asalnya sebab mak aku selalu kata aku ni macam xde (xde dada).. Aku pon dulu memang xde aku rase...
Tapi aku muda lagi masa tu pon....
Bila dah makan (ini sembunyi2 makan ok, mak i x tau pon anak dia makan jamu)
macam terasa beban dengan ke "hot" nes-an aku ni ahhaha
Nak hot, lepas tu nak islamik pakai baju labuh, lepas tu xnak nampak gemok.. Ah serabut!

Tu je la aku nak cter...
Ini bukan edisi nak cakap badan aku hot ok... Badan gemok hot ape ahhaah

Gemok salah, .kurus salah, x montok kurus salah, kurus flat salah, gemok montok salah..
Tengokla rezeki apa kita dapat... Ahahha

Okla selqmat hari raya..
Wasalam




Saturday, June 9, 2018

Creative

Asalamualaikum

.....

so...

This year, aku accidentally found out that i can actually design....
which is pretty ermm

entah apa yang jadi...
tetibe terdesign poster tuk uni...



design je, cuma bila aku tengok balik, i was like wow adila

not to mention, time electif, everyone puji...

Aku mesmerizelah....
Sejak bila pulak bakat ni ade ....

Di usia 24 tahun , baru terserlah pulak

Dengan misi menjahit, memasak aku lagi

Dengan nak jadi part time tutor lagi

erm,, but i know, i have to keep training and learn to design
then baru dia develop into intuition

entahlah

i should,i really should buy drawing tablet
kahkahkah

kenape macam multitalented sangat ni.... haiyaa erm
erm

takpe la alhamdulillah

should do better next time






Sunday, June 3, 2018

Why does it hurt so much

Asalamualaikum ....


pusing2 fb, terjumpa satu video ni
Satu perempuan ni explain kat lelaki yang curang kat dia apa dia rasa.

Laki tu mintak maaf, perempuan ni cakap

" kamu ingat lepas kamu mintak maaf, kami tidur , esok bangun kami ( perempuan ) akan okay? "

Barulah selama ni aku paham kenapa setiap kali dalam perhubungan , its hurt so much whenever bad things happen

Hurt tu asalnya datang dari perbuatan si lelaki ( sama ada dia curang, dia mengabaikan, dia mendera etc etc)

Tapi pedih tu makin sakit ,bila otak kau ligat ligat memikirkan jawapan kepada persoalan yang datang hasil dari perbuatan pasangan kita ..

Dulu, ada seorang lelaki aku mintak nak kenal, dia senyap seribu bahasa. tiada jawapan.
Dan secara lumrahnya kerana wanita ni banyak berfikir, perbuatannya membuatkan aku terpaksa berhadapan dengan seribu satu soalan dalam benak aku

kenapa dia tak jawab mesej aku
kenapa dia sengaja mendiamkan diri
kenapa dia memilih tuk senyapkan diri
aku ni x lawa ke
muka aku x cantik kot
aku gemok sangat ke
aku ni x baik ke
aku ni x cukup solehah nak berada di samping dia ke
aku ni xde harga kee...
and so on....

pemikiran ni buat kan aku naik gila!gila!

dan perkara ni berulang setiap kali aku direject / dicurangi

otak aku sakit

KERANA KEBENARANNYA HARUS datang dari aku!

Dah besar besar ni, lepak2 chill je. Orang buat macamane kat kita pon , kita rilex je.
Dia buat macam kita ni hegeh pon, kita chill lek je.
Dah xde reputasi nak jaga, air muka ke. Kau nak kata apa katalah.
BAgi aku kalau orang buat shit kat kita, terpalitnya kat diri dia lah. Kalau dia tu educated ke , ber budi bahasa, dia xkan nak buat orang macam tu la.

Benda simple, orang tanya jawab la. Nak melangit bagai.. alamak hahaha

Ingat dia hebat sangat la tu haaha Sekali dia blah, beribu lagi benar benar soleh leh datang erm...

Xpayahla buat benda bodoh ni.... nampak benor bodohnya...
Xkisahla ... okla wa chiow chiow dulu....

Sedih movie ni, menangis aku tengok....
Esok nak sahur

Thanks Allah! love u so much ! ehhehe




Sunday, May 6, 2018

Dia


Sekian lama menunggu,
seolah saatnya sudah tiba..... mungkin belum juga...

bertahun mencari, dan terus mencari
adat mengikat diri tatkala agama jadi misi
tiada seorang pon mengerti.....
ditolak dan dicaci perkara lali


Idealnya, seorang jejaka tampan,
menaiki kuda putih jadi idaman,
tinggi, manis, oh kulitnya jangan dibicarakan,
soleh, menenang jiwa, pembimbing hujung nyawa...

ternyata realitinya berbeza..
criteria tidak disangka...

Dia,
fisikalnya tidak segak mana,
kemerata dengan motornya
agama? erm biasa biasa je
namun ku'lihat' ,kerja keras dan setia

tatkala bersamanya,
dia sentiasa dia
dan aku sentiasa aku
dua orang yang berbeza
cuba bersatu


dari celah mana wujudnya insan ini ?
keberuntungan , amalan mana meraih 'rezeki' ini?

Adakah keikhlasan ku? doa doa ku? atau
dari keikhlasan si dia? doa doa si dia?

dari niat mencari yang "sempurna dan sebaiknya",
berpaling  ke " membina dan menerima seada"


adakah aku bercinta dan bahagia?
soalnya adakah cinta sebelum bernikah?
adakah bahagia tanpa bersama?
mustahil...


mungkin saja , aku sudah tua,
pengalaman mengajar agar sentiasa waspada,
nafsu simpan saja,
selagi tidak sah, layan je hahaha


Semoga Maha Esa sentiasa bersama ku
Amin amin ya rabbal alamin

moga Allah berikan terbaik buat teman2 dan saya
moga Allah sudi memandang kita,
moga peneman/pasangan, mendekatkan kita dengan syurga

amin amin








update

Asalamualaikum, dah lama dah x lepak sini, lepak bila sedih je...


Atleast i got somewhere to go...

Berita terbaru ? xde apa, cuba kerja qouta yang xkan habis ni pon, tapi x perla, insyallah sempat


love life? erm...

family? alhamdulillah sihat

okla , tu je, doakan saya lulus exam final and sessional amin3 , chiow dulu
byeeeee

Tuesday, March 27, 2018

Is there anyone missing me?

Adehhh

Just some rwgular day where u feel lile shit

Like no one care

No body loves u

Oh god

Makan apa tadi ha erm

Why

Why

Why

Monday, March 19, 2018

Buka puasa

Asalamualaikum,

saat air sirap sejuk lalu tekak ni setelah seharian puasa,
perghhhhhhhh

nikmat2

melihat Allah pon nanti mesti nikmat

Pelik gak, nampak harini ada batch aku  kawen dengan akak senior, nikah
Nampakla akak tu seronok dapat pegang tangan encik hushben 
kekekekeke


nikmat2


Sabar Adila, saboo

hei hei

haaaa( nak jugokkkk)

( bodo lah adila, lempang kau sat gi bartu tau hahaha)
haa...

hahahahhahahhahahhahahahahah



Treat abang Lubuk cinoooo, akak register kata " ohh ni patient yang cam lembut2 tu kan"
AKAK REGISTER NI KALAU X GOSSIP DENGAN AKU TAK SAH KAHKAHKAH

Dah tersasul aku kata dia datang dengan "wife" dia padahal , tu kawan dia
kuikuikui, akak register la ni!!!!


Pelik lak aku , makan tapi kenyang cepat, suapan kedua kot, dah tak rase ape , xselera,
aku pon bedal air sirap bercawan2  sebelum tu ermm


Dengan teh tarik lagi,
boleh lak terdetik " nasib xkawen, xdela aku kene buat banyak2 "" Baik layan diri sendiri"

Sapa yang benefit lebih?erm...

Nafkah pon x paham. ceh

Aku memang sexist, dah bertahun pon. Agama ni baik, penganut dia je ambik agama atas kepentingan sendiri.  NAK kawen banyak tapi solat jemaah pon xfull .

AKu pon sekali la. Agama x gempak, bace alquran pon jarang2. Dari kita bazir masa perlekeh agama orang, baik kita dakwah, atau ajar orang, cari ilmu . Zaman pon dah modern, utube pon banyak.

Youtube ni bagusla. Dari makeup, masak chongcheng kuali, masak kek, IT , motivation, ceramah agama, Banyak manfaat ...... Ustaz dari arab, indon, Jordan, semua ada... Banyak ilmu leh dapat.
( orang perempuan macam aku ni species malas kuar, tapi nak dengor orang sampaikan, kadang g surau, pokcik2 ceramah macam ermmm kadaang segan x banyak perempuan )

Tapi yang belajar braces dari utube memang hampeh la


ermmm


wokeyyy laa, rajin pulak ioll update, sajeee , nanti ana update laeiiiii okk
boabaiii








Sunday, March 18, 2018

Char kuew teow versi terkedek

Hahahahahhaah

Kuali dah panas, bawang xkopek lagi
Tutup api,

Baru nak bukak kuew teowla

Main tipu, masukkan cili semua dalam satu bekas, baru simbah semua srkali, nak masuk satu satu lambat la!

Hahaa

Jemput makan

Nyum nyum nyum

Saturday, March 17, 2018

Fight for yourself

Asalamualaikum


wachakkkkkkk!!! haiyakkk (sepak lelaju) ahhaha

wachak wacahk wachak hahaha

padahal 164 cm je pon hahaha

WHyyyyy

Berkata A***** suatu hari, " kau pakai gown nampak besar la, kau xpernah kena ke?"
PARTLY sebab si gadis ni pernah kene diskodeng oleh adik tahfiz ketika treatment..

Aduh

BEsar dugaan. Nasib muka aku biase biase je. Kalau lawa sangat mesti aku x mampu nak handle.
Abang mydin ruk pandang2 je, tapi aku pon g mydin memalam, over tau dengan lipstick kahkahkah


Join kkm, kang kena menari panama, dengan pakaian nurse disturbingla
Join Atm , dikelilingi lelaki, kene squat2, push up, melompat2, alahai, rosak system peranakan aku ni hahahaha ( overla) dengan baju pengawai yang agak ermmmm..

Mana aku nak lari ni....  Niatnya apa sekarang? ingin menolong orang ramaila. tapi kalau sampai aurat aku terdedah sane sini, berbaloi ke aku nak tolong orang ni, maslahat maslahat...

Serabut bila fikir lama lama.

Ya Allah , berilah aku laki kaya. Mohon si dia sediakan istana /taman permainan / clinic sendiri tuk aku. Seolah kekayaan sahaja  boleh selamatkan diri aku.

Dengan izin Allah la.Dengan kuasa Allah 

Mohon kalau anak( anak tau, tapi kalau Dato umur 30 lebih, saya boleh consider lagi haha)  Dato/ Tan Sri / kerabat diraja mane2 negeri kalau baca post saya ni, boleh hubungi saya, saya sudi berkenalan kahkahkahkah


Seriousla. Aku kena cari parttime home-based job la. Jadi utuber la, ajar orang makeup keekeke ( pandai ke makeup?)paidaila sikit2, haaaaaaaa kene belajar jahit sekali heheheheheheheh


At the end of the day, aku sendiri kene bela nasib sendiri. Kalau betul la macam ni, erm antara kena buang selepas setahun/dua ( KKM) dengan kene push up/ merantau tapi senang dapat peluang sambung belajar, masuk hutan(ATM) , i got no other choice other than being tough.

To MORE YEARS OF TOUGHNESS AND VIGOROUS AND AMBITIOUS( kalau x kena reject la) hahahha


WAY TO GO ADILA, WAY TO GO, PANTANG MELAYU MENYERAH KALAH KAHKAHKAHKAH

OKLA BYEEEEE

Wednesday, March 14, 2018

The is nothing cheap and good


Asalamualaikum

there is nothing cheap AND good
berkata DR Alok kepada aku dan faiz ngah


Erm.

"people make u belive that there is but nothings like that"

"there are difference between proton and ferrari"

bukan nak cakap ape, my ipad mini is working damn good walaupon dah bertahun2,
( since ipad consider mahal)

aku pon terfikir nak beli wacom tablet ni, usha usha la tablet murah, but i dont wannt murah, murah  memang xtahan, dah la aku ni ganas

" people get angry if u tell them they are cheap, But they want something cheap "

Jeng2
issue hantaran keluar.....
Nilai perempuan bukan pada hantaran, atau mahar

kahkah ,
xnakla usik, nanti kata aku ni x paham agama, jahil,
eh tapi aku memang jahil pon hahha


Kek sedap bila bahan bagus, tapi kita pon sedar in life, kadang ada benda dipanggil keberkatan , makan sikit, pakai bahan2 biase2 je, tapi skill and portion bagus, sedap jugak

Mak aku buat air teh sedap, aku buat so so je, tapi bahan yang sama

aku nak kitchen aid

macam kalakar la pulak, diusia 25 ni , banyak pulak skill aku belajar,
masakla, dentistryla, sok lusa jaga anak, nak menjahitla, nak melukis buat web la
aku nak jadi designer ok hahahaha

please doakaan

amin3

Semoga ada company shawl sendiri hehehe
Okla insyallah2

chiowwww dulu



could u believe?

Could you believe I could be different?
I'll be a difference, I'll lift you high
And I understand your hesitation
My reputation, it's no surprise
So let me redefine you
And you can see the tide move
Just like tears in the eyes do
And when you're feeling alone

Oh, baby, I'll be right here
Between the sea and silence
So breathe easy my dear
You can find sunshine in the rain
I will come running when you call my name
Even a broken heart can beat again
Forget about the one who caused you pain
I swear I'll love you in a different way
I know that love is so unforgiving
You've been the victim too many times
And I'll be the thread, hold you together
I'll be forever, will you be mine?
So let me redefine you
And you can see the tide move
Just like tears in the eyes do
Andwhen you're feeling alone
Oh, baby, I'll be right here
Between the sea and silence
So breathe easy my dear
You can find Sunshine in the rain
I will come running when you call my name
Even a broken heart can beat again
Forget about the one who caused you pain
I swear I'll love you in a different way
Hey, hey, hey
I swear I'll love you in a different way
Hey, hey, hey
I swear I'll love you in a different way

Tuesday, March 13, 2018


At the end of the day



we have no other choice other than to choose ourself


kita memilih diri kita, kenapa orang lain xleh memilih diri mereka?

yang dibenci perbuatan bukan orang


jauh sungguh rahmat orang cuba buang2 manusia dalam hidup mereka...


dakwah x sampai 


Makin kenal agama makin keras... makin suka menghina manusia


pelik







Jangan menunggu untuk dipilih, pilihla untuk beri kasih sayang
i love everybody, the fact kita semua bersaudara 

cukupla alasan tu tuk kita saling berkasih sayang






Sunday, March 11, 2018

Yang terindah

Lihat Diriku
Aku Merayu walaupun secebis kasih beri kepadaku
Ia Cukup bermakna sebelum ku terlena
Lena Untuk selamanya

Yang Terindah
Engkau Tetap didalam ingatan
Yang Terindah manis mengatasi kepahitan

Cintaku Tetap satu
Hanyalah Kepadamu
Yang Tersemat diragaku

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Lihat Diriku
Aku Merayu secebis kasihmu
Ia bermakna sebelum lena
Lena selamanya

Cintaku Tetap satu
Hanyalah Kepadamu
Yang Tersemat diragaku

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Yang Terindah
Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Setia Dijiwaku
Setia Dihatiku
Kaulah Yang terindah

Ku Pintakan di dalam doaku
Yang Terindah
Bila Tercipta cinta padamu

Saturday, February 17, 2018

Cruel words broke us

I hate you so much that it makes me sick
It even makes me rhyme

I hate the way you're always right
I hate it when you lie
I hate it when you make me laugh
Even worse when you make me cry

I hate the way you're not around
And the fact that you didn't call
But mostly I hate the way I don't hate you
Not even close, not even a little bit, not even at all

And sometimes i dont wanna move on,
Cause thats only mean, you no longer mine

Sadly, you never mine

......

Tujuan pernikahan

Tujuan Pernikahan

Takkan pernah kita berjumpa dengan Muslimah sempurna, sama seperti mustahil kita menemukan Muslim yang tanpa cela. Karenanya dalam menikah, itu tak disyaratkan

Menikah bukan berarti menyatukan dua insan yang tak pernah bersalah, menerima bahwa mereka sama-sama punya kurang, tapi keduanya sadar bahwa tujuannya sama

Asal keduanya menuju pada tujuan yang satu, maka takkan terlepas ikatannya, kekurangan bisa ditutupi, kelebihan bisa ditambahkan. Semua bisa dihadapi

Bila yang satu lelah, yang lain membopong, bila yang satu gontai yang lain menyemangati, yang satu gundah yang lain menenangkan, berdua bersama berjalan

Itulah rumah tangga, sama seperti perjalanan. Banyak orang ingin lekas sampai pada tujuan, mereka lupa bahwa indahnya itu justru di perjalanannya, bukan tujuannya

Mengapa banyak rumah tangga kandas di jalan? Sebab jalan mereka tak satu tujuan, bila sudah begitu, bergandengan jadi menyusahkan, apapun akan jadi masalah

Sesempurna apapun, bila sudah beda jalan, akan jadi masalah, sedekat apapun bila sudah berbeda jalan, pasti akan berpisah. Maka tujuannya yang harus sempurna

Bila tujuannya sempurna, maka perjalanan jadi punya makna, teman dalam perjalanan jadi bernilai, senantiasa dihargai, itulah rumah tangga, dimana menikah jadi ibadah

Bila yang satu di depan menanti, bila dia di belakang maka dia menjaga, bila dia disamping maka dia menemani, bila dibawah mendukung bila diatas memayungi

Dan tak ada tujuan lebih baik selain menjadikan pernikahan itu layaknya ibadah. Diawali dengan hamdalah, diakhiri dengan hamdalah pula, alhamdulillah

Ustaz felix

Friday, February 16, 2018

akward

asalamualaikum....

erm..
tengah2 mengelamun.. ade orang bagi salam ( online)


eh mamat ni

aku :" eh ni ***** kan hahaha"
" eh kenal ke?"
aku : " woi ni aku la!! ******mate kau"
" oh yer ke ahhaah"

ngek
nampak sangat aku halimunan dulu...

dulu dia ni selalu lepak kat satu tempat tu  tu ...
ah sudah mane.. mane aku nak lalu, aku selalu ikut jalan jauh.. punya la nak mengelak


yang peliknya , maamat ni ,
haiya
dalam banyak banyak orang aku terpilih pulak
hishh
kot dulu budak2 ni suka gossip pasal dia , aku dari x kenal orangnya , jadi kenal ..
boleh la tahan hensem , ( sape je x hensem dimata aku ahhahaah jibam pon boleh la,nak kata jibam x hensem ke? ahahaha)
tapi dia punya " market " tu perghhh
ahahah


kawan2 ni susah la, kang ape hal x jadi ke, kang aku nak g wedding jumpa dia
boleh pulak dia kata kawan2 dia dia x kacau ( yang klakarnya aku ni bukan kawan dia la, aku pon x pernah cakap dengan dia dulu hahahahhaha)
dah nak kacau aku dah kenape ( eh marah pulak)

kejap nak kejap takut, sepak baru tahu hahahah " kau jangan sampai kaki aku kat muka kau"
haahhaha kan dah kena!

sekarang ni aku fikir fikir fikir

aduhh


fikir fikir fikir

ada apa he buat aku takut?
aku nak elak buat mulot orang sebenarnya
nampak gaya a pon ini macam biase2 je ( bajet aku poweeerr sangatala he?)


Susah la nak tolak kalau kawan sendiri ,
Kalau orang x kenal , senang nak tolak


aduh pening

lagi fikir lagi ermm....

macam kene ikat pon ade
ni kalau aku putus , keruh ni jadinya
aduhh

memangla dah adult , tapi ermmm

bila dah biase memilih criteria, tolak ini , xmau tu ( pilihan diri sendiri ) , sebelum menerima orangnya,
bila yang sampai yang ada hubungan persaudaraan ( memang dah menerima  ) , kita dah x tengok criteria, tengok person ni as he is, i mean , what he can offer

ala kalau x jodoh, xdela kan

tapi dia ni baik je ....
xboleh bayangla, and bukan game aku pilih sebaya ahaahahahahhahahahaahhaahahhaahaha
tapi dia ni aku tau dia memang macam abang2 kat kawan2 aku dulu


Chillex je la..
bebel kat sini
and as always mak kau kata kawan2 dulu

duk diam pon, jodoh bergolek
dah bergolek kau pulak nak lari adoi..
hahaha



YANG KLAKARNYA AKU SENDIRI DULU PERNAH TERDETIK,
ASAL MUKA DIA NI MACAM ALA2 AKU, ENTAH2 JODOH AKU



ahahha



ish tak guna


okla bye













Tuesday, February 13, 2018

Terasa tercabarnya kelakian ku ini dengan sikappmu

ahhaa 




Saturday, February 10, 2018

You are precious

To you stranger, thank you,
May Allah bless you =)
Dinginnya angin malam iniMenyapa tubuhkuNamun tidak dapat mendinginkanHatiku yang kau hangatkan
Terasa tercabarnya kelakianku iniDengan sikapmu menentanglahAku ini insan kekuranganSenangnya kau mainkan...
Siapalah aku ini untukMemintal buih yang memutihMenjadi permaidani seperti manaYang tertulis dalam novel cinta...
Juga mustahil bagikuMenggapai bintang di langitMenjadikan hantaran syarat untuk milikimu semua ituSungguh aku tak termampu...
Silap aku jugaKerana jatuh cintaInsan sepertimuSeanggun bidadari
Seharusnya aku cerminkan diriKu sebelum tirai kamar akuBuka mengintaimu...

Adui sakit

Asalamualaikum...

Adui giler la

Sakit perut dan pinnggang boleh buat aku giler...
Separuh masalah dunia hilang...

Sikit punya sakit
Tak ingat diri dah

Home is where heart is
Balik rumah happy pulak....

Adui
Serabut pale..

Kembong perut...

Ermm
Dont give up adilaaaa
U can do it
Kahkah

Ok lets try to sleepp

Thursday, February 8, 2018

Adui sakit

Asalamualaikum...
Semalam emo
Petang tadi emo...

Malam pon emo...

Adui mata aku...

Sakit...

Aku rasa mata aku boleh buta kalau emo emo (emo tu maksudnya nangisla) selalu macam ni

Aku stress ke? So far bertimbul gak jerawat kat muka aku ni...

Kadang tu tertanya jugak. Mesti sedih sungguh Nabi Yacub sampai buta matanya menangis... Hui..

Sebab apa? Entahla.. Masalah hidup.
Masalah sama je...
Naik bosan aku..

Skodeng uni islam Madinah...
Untuk lelaki je rupanya...
Kalau nak belajar kat Saudi,kena ada wali...

Tenangkan diri kau adila...
Kadang bila set low2 je, tersedar pulak aku ni bercita cita tinggi...

Apa apa hal pon, kita kene belajar tinggi2, buang kejahilan..
Cari duit,sponsor ke, belajar dan belajar..

Beriye aku ni nak belajar, Allah lagi tahu..
Mungkin usia aku lagi berkat dengan menuntut ilmu kot dari berkeluarga.. (for now)

Apa sajak tu he..
Begadangku untuk menelaah ilmu
terasa lebih nikmat daripada bertemu penyanyi dan keharuman leher mereka
Sungguh, goresan penaku di atas kertas
lebih nikmat daripada bercinta bersama para pecinta
Tabuhan rebana para gadis, masih kalah nikmat
Dengan kenikmatan aku memukul bukuku untuk membersihkan debunya
Kegundahanku untuk memecahkan masalah dalam belajar
Jauh lebih nikmat daripada para pemabuk khamer
Insyallah2. Ilmu kena hafal ok. 
Ilmu tempat dihati. Hehehe
Doakan saya ok...

Malaysia boleh!!!!
Yes yes.

Ok bye

Sunday, February 4, 2018

Cara mencari jodoh di Malaysia

akakahkah

ape kebende tajuk aku ni

Asalamulaikum ...

selalu mesti banyak post pasal macamane nak tahu orang tu jodoh kita ke tak...
tapi kalau dah xde orang macamane?

kekekekek

harini aku bagitau apa aku tahula... aku pon sedang berlajar lagi sebenarnya...

Sebernanya nak cari jodoh ni, first ni niat kena betul la
Dua kita, usaha...

Jodoh ni tepi jalan pon leh dapat
Macam senior and kawan2 aku, kawen dengan batchmate je...
Semuanya dah ditakdirkan ... cuba bagaimana je...

So banyakla berdoa...

Minta makcik2 carikan,
kawan2 ke..

Tapi entahla kenapa dengan aku, aku macam x minat orang dekat2,
xtaula kenapa... kuikui..

SO kalau online....

Lubuk no satu, ialah

1. Baituljannah.com
Aku pon baru la kat sini. Tapi dalam banyak2 website cari jodoh , aku prefer layout Baituljannah. Option dia bagus la. Sebab kau boleh pilih education calon. Tak tau la orang lain, bagi aku agak pentingla. Kadang tak dinafikan, kalau orang xsama education ni, cara pandang tu lain . Memang lain ....

Masuk free of course, tapi ade option ahli premium. Ahli premium boleh decide ketinggian and berat calon.



Rubi tu tuk tengok mesej.
and harga tuk jadi ahli premium seperti terterala...

Aku rasa antara website cari jodoh, Baitul jannah ni okla. Sebahagian duit tu akan didonatekan kat badan2 kebajikan. Alhamdulillah, mencari sambil menyumbang kekekekek

Bagus tuk orang yangmencari seseorang berdasarkan tahap education pasangan

click link tuk daftarr...
https://baituljannah.co/jodoh/DFCKA-MY
2. Baitulmuslim.com

Yang ni aku dah lama join, tapi well. PAling famous dari semua Baitulmuslim la. Paling ramai pon aku rasa kat Baitulmuslim



Entahla aku dah lama xbukak. Bila lama xbukak, profile kita akan kebawah2. Siapa yang rajin active profile dia akan diviewla.


Satu lagi aku perasan, Baitulmuslim ni macam lambat sikit website dia. Tak taula berat ke hape.

3. Tilljannah.my

Yang ni okla. Laju la website dia dari website yang lain.
Layout dia clean la. Kemas.

Cuma aku rasa process dia agak lambat. Aku hantar borang 20 jam tak lulus2. Haaa mula la aku nak bising2, aku email agak kasarla bahasa aku hahaha. Orang rajin edit borang, macam tu la..

Yang ni education calon ,xleh pilih rasanya..
umur , Negeri menetap dan negeri asal dan status je ada


So far, yang ni je la aku tau, lain xtau.
Wechat ade, Tinder ade , Sugar daddy ade
tapi bende bende ni aku rasa kearah maksiat adela... tuk orang yang nak lepak2, santai2 xnak kawen, nak free sex ke hahahah tapi ade je orang jumpa jodoh dalam tu aku rasa..

Kadang tu ramai je calon.. ala kisah apa...
kene yakin berdiri dikaki sendiri ..xkisahla ramai lawa ke, ramai lagi solehah ke
memamg la sentiasa ade lagi lawa, solehah, cantik, kaya... fikir pasal orang lain buat apa
syukurla apa ade...

Aku xtaula... xdela beriye mane tapi baguslah ada manusia buat benda online mcam ni... memudahkan sesama kita... berapa rammai jumpa jodoh dalam website2 ni...
Yang penting usaha...

okla Wasalam

Saturday, February 3, 2018

Aku dan pesakit

Asalamualaikum

Hari jumaat dinanti
Satu nak cuti
Dua sebab nak potong kuku

Pt cancel last minute
Pagi discuss exam paper pedo
Lepas tu dr vikram kasi amanat
Suruh g conference bila free
Ya Allah ,mohon kasi jodoh kaya, baik, pemurah dan soleh ya allah
Kekekek
Conferwnce sekali beratus2 ringgit
Duit pokai

Lepas tu datang clinic nak siapkan discussion elektif,
Tunggu dengan Abi,
Gempak abi panghil dua patient ahhaha

Tetibe abi panggil...
Huh seram.. Sama ada aku buat salah or ader patient
Ini masalah datang awal.. Runner betul

Ada patient ...
Subgingival terus...
Kejar dr rajesh kat lif, kata nak start dulu kekekekekekeke
"wait ill come " jahahahah biadap betul aku ni aduhhhh...
Lepas tu setup barang ,panggil

Borak2 jap, patient ni sangat educated, dia tanya nama dr tadi ape , aku cakap dr rajesh, dia tulis kat tangan... Masyallah... Ini style imam syafie ni. Hebat... Makcik cina ok..
Dia tanya2. Erm aku pon tanya puan ni kerja apa.. Dia cakap dia housewife...
Eh suspicious aku... Aku tanya dulu pendidikan dia apa... Stpm..

Aku pon cakapla.. Bagusla  housewife, boleh didik anak sendiri. Aku pon nak jadi housewife.. Kerja setahun tiga, bayar hutang, lepas tu dudukla rumah. Sebab nafkahkan tanggungjawab laki. Aku kuar masuk pon penat,fitnah. Erm. Dia kata dia rasa calling dia to be housrwife. Aku pon rase aku gitu...aku cakap orang mungkin argue aku yang akan doktor ni belajar tinggi2, nak jadi housewife pulak. Aku kata atleast education aku dapat boleh aku ajar anak2 aku. Atleast aku pernahla belajar. Puan ni macam mesmerized pulak dengan kata2 aku...

Dia kata pain threshold  dia tinggi, dia xmau ubat bius. Aku insist.. Satu kang dr sunil bebel hahaha dua sebab memang dia akan sakit pon, dalam kot poket dia.
Nak proper pain control kekeke
Tapi memang threshold dia tinggila..

Sementara tunggu bius ni work, puan ni celah.. "u dah ade bpyfriend ke? "
Hui soalan
Aku cakap "xde ,baru putus puan hahah"
"haiyooo rugiilaaa dia... Ada emass permata depan mata,dia lepas""u ingat tau, nanti u bagitau u punya future pakwe, saya kata dia beruntung dapat you"
Huiii dashyattttt
Apa benda yang aku cakap tadi he? Kahkahkah
Lepas tu dia cter pasal ipar dia pulak..
Laki ipar dia kata kat adik dia"u dont contribute to the family"
Gila kau. Adik dia pon housewife.
"she gave birth to ur son noo""
"ha betul tu aunty!"

Lama sikit tu.. Aku terasa macam ermm..
"saya pon bukan perfect aunty, banyak kekurangan, sebab tu orang tinggalkan saya"
"mana ada orang perfect"
"ha tu la aunty, perfect ni tuhan je kan"
"ha ya lor"

Tengah celah2 isi borang sebelum tu, dia fikir2 lagi rasenya... " i think u gonna be a good mom"
Elia lalu, dia kasitau Elia, hui segan

Lepas dah siap, dia kata aku ni bagus. Buat xsakit ,macam pakarla. Allah...

Siap bagitau nurse ape semua. Malu aku jadinya..
Lepas tu kak Dsa bagitau, pt ni jenis angry, semua nurse dah kene marah.
Aku cakap kat nurse,sayalah paling layak dapat dia. Dah berape kali pt macam ni aku dapat huhu.. Dah pandai manage ...

Aku rasa la kan. Semuanya berbalik pada PR JE. cakap leklok, lembut. Orang okla. Patient compliance, pada PR je lebih.
Serious. Ingat aku pesan Dr Bala.

Turun pergi bayar. Pt banyak tanya. Masa nak blah tu dia sempat cakap
"its a blessing he dumped you"

Dalam erti kata lain , seolah Allah paksa aku dengar ayat ayat ni...
Allah...
Orang boleh bagi nasihat macam2.. Tapi ditakdirkan aunty ni jugak nak nasihat aku...

Aku xminat dengar pujian.. Bagi aku pujian ni sepanjang lidah manusia je. Beberapa saat ,dan semua tu bukan atas aku pon. Semuanya berbalik pada Allah jugak.

Kadang aku pon pelik, orang kata buruk pasal aku, aku dengar.. Selama pujian orang kat aku aku xpernah nak dengar....

Kebetulan ustad malam tu cter, bagaimana siti khadijah pandai memujuk nabi saat nabi ketakutan mendapat wahyu pertama..

Apa aku ni xlayak dipujuk ke?... Bukankah aku  pon sedang cuba berubah.... ?... Xkan sedikit kebaikan takde kat aku...

Aku sangat terasa seolah Allah sendiri pujuk aku dengan kedatangan aunty ni...
Aku bukan nak kan pujian tu pon. Tapi kadang kita ni terlalu menghina diri sendiri. Mengkritik diri untuk jadi lebih baik bagus, tapi andai terlebih menghina diri atas kritikan orang yang tak sepenuhnya mengenali diri kita pon buat apa. Tak mendatangkan kebaikan.

Orang lain ada pendirian. Aku pon ada pendirian. Setan memperdaya nabi adam, kita manusia,diperdaya setan juga,  kelemahan dan kebodohan. Kenapa masih lagi bajet suci dan bersikap ana khoiru minkum....

Setiap perbuatan ada balasan
cause..and effect..

Maafkanlah..
Hidup pon xlama....

Oklaa...
Semoga kalian dalam rahmat allah sentiasa...
Wasalam