Sunday, October 16, 2016

Lukisan panas jelir lidah


SEREMBAN-16 OCTOBER -Hari ini rakyat Malaysia digemparkan dengan satu gambar kartun yang dilakarkan oleh saudari Adila Ramlan. Gambar tersebut memaparkan gambar seorang lelaki yang memakai topi sementara tangannnya menunjukkan gaya “yeyeh” dengan bangganya. 

Dalam satu sidang akhbar yang berlangsung di perkarangan rumah Cik Adila, pihak wartawan telah menemu ramah beliau dan menanyakan perihal lelaki tersebut kepada beliau.

“Saya dengan lelaki itu tiada apa-apa melainkan kami berkawan sahaja. Lelaki tersebutkan tidaklah sehensem Fattah Amin dan saya pon tidak secantik Neelofa. Mana mungkin kami berdua ada apa-apa. Lagipon kami berdua hanya berbicara melalui whatsapp dan tidak pernah berjumpa”kata beliau kepada seluruh pihak wartawan. 

Dalam sidang akhbar dua bulan lalu, Cik Adila pernah membicarakan tentang hubungannya dengan seorang lelaki Johor yang beliau sendiri sudah lupa nama lelaki tersebut. 

“ Saya dan lelaki JB itu pernah berjumpa dan kami berdua telah keluar bersama-sama dan pergi ke Cat CAfe yang berada di Johor. Kami berdua sebelum itu hadir bersama-sama ke perkahwinan classmate saya semasa saya belajar di Mrsm Serting”

Apabila ditanyakan lagi tentang masa hadapan beliau dan lelaki JB itu, Cik Adila cuba menafikan kemesraan beliau dengan lelaki itu, 

“ Saya dan lelaki itu hanya berkawan sahaja. Malah, lelaki tersebut masih tidak dapat melupakan teman wanitanya dulu. Lagipun lelaki tersebut sangat angkuh dengan bangsa Johor beliau. Saya terasa seperti saya ni tak layak buat laki tersebut. “

Di dalam temubual lain, Cik Adila ditanya pula tentang peribadi lelaki dalam gambar tersebut. 

“ Saya rasa lelaki tu baik. Saya perasan dia cuba kumpul duit nak kawen. dan dia juga suka kucing seperti saya. Kami berhasrat untuk membela kucing andai jodoh kami panjang. Saya juga pernah bertanyakan dia adakah dia serious dengan saya, katanya kalu jodoh ada, adalah”

Bertubi tubi soalan telah ditanyakan, termasuklah mengenai kekurangan lelaki tersebut di mata Cik Adila, 

“ saya pernah tanya dia suka warna apa, tapi dia xpernah nak jawab. Saya rasa dia mungkin buta warna la. Saya pon kurang setuju dengan sikapnya yang selalu mengutuk orang Melayu. Malah, dia selalu menunggu saya untuk mesej dia dahulu. dia tidak pernah mahu mesej saya dahulu. “

Ditanya tentang masa hadapan beliau dengan lelaki tersebut, Cik Adila kelihatan tersenyum namun berserah pada takdir. 

“ Allah sangat baik dengan saya. Kalau berjodoh , mahupon tidak berjodoh, semuanya dengan izin tuhan. Kalau berjodoh, saya agak risau sebenarnya  dengan kewangan kami berdua tapi begitulah cinta, cinta memerlukan pengorbanan dan saya bersedia untuk berkorban apa saja demi dia. Eh tapi saya cakap tadi kami tak ada apa apa kan? kami on off. kejap ade kejap xde  “ berkata cik Adila selepas terlepas cakap mengenai status sebenar beliau dengan lelaki misteri tersebut. 

Ditanya adakah Cik Adila menyesal berkenalan dengan lelaki tersebut, 

“ Saya tak kisah. Semuanya atas takdir Allah. Walaupon dia hanya sekadar persinggahan. Saya harap yang terbaik sahaja untuk beliau. lagipon dia terlalu sibuk nak membeli aset kadang2 , dan RP beliau hanyalah 4 baris ayat. Saya nak makan apa nanti? Diia pernah cuma menipu saya dengan berkata tangannya boleh mengeluarkan beras. Saya hanya melayankan saja sambil berharap beras faezah lah yang keluar dari tangannya itu ” berkata selanjutnya Cik Adila kepada wartawan dengan bersungguh-sungguh. 

     Sidang akhbar berakhir pada pukul 12 malam, kerana majlis marhaban juga turut dijalankan selepas sidang akhabar tersebut. Sungguh ramai makcik MArhaban yang memakai pakaian seragam malah suara mereka lunak sekali menghiasi rumah Cik Adila . Akhirnya semua bersurai dan pintu pagar dikunci sendiri oleh Cik Adila.