Friday, November 27, 2015

Beauty

Bismillah

ANd assalamualaikum!
tak jawab dosa~~
ahhahaha


Ada apa dengan kecantikan sebenarnya?

Semalam , aku and DIna borak2 pasal beauty
Setengah orang cantik makeup, setengah natural beauty,

Asalnya bermula bila ada satu post ni cakap, "apa yang dizahirkan luaran, reflect dalaman"

To one point, aku setuju.
and memang betul pon.
Kalu orang tu rajin ibadah, aku percaya nur tu terpancar di wajahnya ( amboi)

to one point aku wondering juga.
setengah orang makeup sebab they have low self esteem,
makeup boleh bina keyakinan mereka
ill still remember ada sorang sahabat aku ni, muka dia teruk walaupon dia dah cuba banyak ubat and control makan. Takdir memang wajahnya berjerawat begitu.
Aku pon wondering salah ke dia nak makeup lebih sikit? erm

sama lah situasinya kalau orang ada gigi joyang ke , gigi crowding ke, dieorang malu .

Aku tahu , kita sebagai manusia tak patut pandang manusia macam tu. i mean like mengata orang yang banyak jerawat ke. i get that.

Dont get me wrong. im not saying benda yang Allah takdirkan buruk tu bermakna tak lawa. Semuanya lawa di pandangan tuhan ( even kalau tak lawa pon ada valid reasonnya). MAnusia ni je yang meletakkan standard lawa tak lawa tu.

People arent their skin,
people arent their face,
people arent their body,
people arent their gadgets
people are more than that

Bila manusia meletakkan nilai seseorang tu pada rupa, benda tu is so unfair.
Nasib Allah tak cakap begitu.
KAlau la nilai aku pada rupa aku, maknanya Allah tak suka la kat aku ( sebab aku less beautiful compare to others)
Nilai aku pada hati aku. ketakwaan aku.

Cakap pasal hati ni, tadi kat surau cakap hati kene bersih. Bagaimana nak bersihkan? kata Rasulluallah dengan zikrualllah. BIla hati bersih, keikhlasan kita untuk bekerja or do anything because of Allah akan lebih ikhlasla. Maknanya, tahap ikhlas tu tinggi sikit.

So whats my point?
Akhirnya kita semua kan kembali kepada Allah.
Dan allah Akan melihat pekerjaan dan hati kita.
So the beauty of heart is most mattter compared to the rest.

Mungkin aku leh start dengan zikruallah.
BAk kata ustad tadi , zikruallah yang lebih utama ialah zikruallah dihati, bukan zikruallah dimulutt.
baiklah adila. GO gO chaiyokk!!
insyalllah

tue je lah dulu,
Assalamualaikum

yang ingin study,
Adila

Choices

Bismillah

Assalamuulaikum!!
morning people!
aku ni kalu sabtu ahad bukan morning people, tapi harini siap gi suro sembahyang,
Alhamdulillah hehehe

balik je dari makan pagi dekat depan rumah,
aku cakap kat housemate

" saya nak memilih bukan terpilih!"
then aku keluar bilik housemate,
then housemate pon cakap
" kalau awak nak memilih, jadilah seorang yang terpilih dulu"

perrghh sentap

Asal?
sebab masa makan kat kedai tadi, ada kawan cakap, ade seorang akak ni kawen by baitulmuslim.
kalau ada ikhwah nak kawen, BM akan bagi lelaki tengok borang perempuan, then laki tu pilih.

Aku pun nak arguela, apehal lak laki je boleh pilih
okla fine, perempuan banyak then choice tu lebih ditangan lelaki sebab laki sikit,
and then lelaki pon ketua keluarga

Tapi aku still xsuke idea tu.

Semalam, alhamdulillah aku pergi ke charity visit kat around melaka ni.
Pergi dua rumah

Rumah A- bersepah giler, anak 5 orang, single mother and the mother work as a cleaner. Dalam hati aku kenapa lah mak dia bagi anak dia duduk dalam keaadaan kotor macam tu. Mak dia cleaner kot tapi rumah. erm. Aku bukanlah judge ( judge la sebenarnya) tapi aduh. Kebetulan perasan jugak dalam rumah tu ada Tv plasma, ade tab , ada toster. Aku xtau la kenapa makcik ni dipilih untuk charity event ( but then consider single mother and 5 children) but for sure the poverty sebab choice dia kot. Aku xtaulah dari mana datangnya barang2 elektronik kat rumah tu, ( mungkin orang derma ) but entahlah. speechless aku. Then, senior2 ni cakapla, even masa kat india they went to slum area pon lagi bersih dari rumah tu. Aku masuk rumah tu, tetibe nampak anjing pulak. Aku macam OMG. Aku lari keluar jap, takutt. MAlas nak samak.

Rumah B- MAkcik ni single mother , husband dia meninggal setahun lalu sebab diabettic and apparently rumah dia bersih and anak2 dia pandai2. i mean ada education la. Walaupun dia miskin, rumah dia clean and nice for her children. Anak2 dia mesra and polite. Masa kiterorang blah tu, dieorang satu keluarga duduk luar  sampaila kiterorang hilang dari pandangan. Amazinggg. Adab tu bagus betul. MAcam tu lah. Aku tak tau kenapa aku comparekan , tak baik tapi erm.. hehehe

Kesimpulannya, doesnt mean you poverty (on material and money) you should poverty in your mind too. Mungkinlah first mother is having so much depression, dia malas nak jaga anak, ialah balik kerja ,penat, terus tido, mana larat nak kemas but you still have to take care of your children too. Budak2 perlukan attention kita, kalu tak larat nak jaga , janganla having them. ( amboi senang je cakap an hahah)

Aku rasa semua orang ada pilihan nak pilih ape. Macam aku, aku sendiri yang memilih untuk jadi apa. Sometimes, bad things happen kat aku sebab pilihan aku.

Minggu posting prostho ni banyak mengajar aku. Imm terribly suck at prostho ( since phase one lagi). Bila posting prostho,the feeling of loser arise balikla. Buat tak jadi, buat tak jadi. Stress jugakla. Kadang2, nasib memang tak baik, tapi aku memilih untuk tak putus asa. Tak jadi, aku buat balik, tak jadi lagi buat je balik. Aku ingat lagi dulu, aku tanya diri aku "APA BENDA PALING WORST AKAN JADI KALAU AKU TRY HARDER, WORK HARDER, BUAT BERKALI2?".
Yes, aku akan penat! tapi for sure aku akan dapat jugak hasilnya. erm

Semuanya atas pilihan aku.

dan aku tahu bukan semua pilihan aku adalah pilihan yang bagus.

Aku tahu kadang aku ni tak jaga pandangan. Aku melilau pandang sana sini. Aku mencari la seseorang jugak kadang2 eekkeke. ok fine , aku cuba tak buat lagi.

Aku pun tahu aku ni penyepah, pemarah, mulot celupar, suke fikir benda bukan2 dan mengarut, mudah menyampah, tak nak studyy awal2 ( lepas tu fail sedih2 pulak, ngek betul). SEMUANYA ATAS PILIHAN AKU.!!!!!!!!

Aku lately tak tahu kenapa aku menyampah dengan beberape senior. Sebab aku ni high expectation kot. Sebab dulu kat india, ramai akak2 approach aku, dan they are approcable. Bila sampai kat Melaka ni, akak2 kat sini macam tak approcable je. Aku pahamlah dieorang busy tapi aku terasa sangatla. Im your little sister, why dont you acknowledge me. ( padahal tak ade sape pon kisahkan hahaha) Salah akula, high hopes.

Oneday, aku tengah mount cast kat lab, dah pukul 6 lebih dah. Aku exhousted, penat, and lab tak ramai orang,( adelah dua tiga akak senior yang sibuk dengan kerja dieorang) then suddenly  ada abang chinise ni nampak kerja aku and muka toya aku. Die pon nak borak dengan aku. DIa nampak nak tolong aku la. " you dah boleh bukak lah, kalau benda tu dah set la". i was like omgg someone aware of me finally. Aku bukan nak orang aware aku pon, kadang tu aku senyum pon ,ade akak bagi muke ketat kat aku. Sumpah menyampah gler~~ ahhahaa

baiklah, aku akan berusaha untuk merubah keaadaan.
insyallah

Mungkin instead of aku tunggu dieorang approach aku, aku yang patut approach dieorang. Dieorang pon busy kan. erm.



exam BLock I is coming, aku yang gendut malas study, baru sekarang nak study, but i knew i have to update dulu thought aku ni. Setakat tu la dulu. Doakan saya berjaya .hehehhehe

Wassalam

YAng membuat pilihan untuk menulis blog ( hahah),
Adila







Monday, November 23, 2015

Alone

Bismillaahh,

Kata2 tak bisa menghurai segala perasaan ku dikala malam ini,
Namun dengan keterbatasan bahasa, aku luahkan segenap perasaan ku saat ini.

Diriku bersyukur ya tuhan,
Masih punya nyawa, keluarga,dan kesempatan waktu untuk mengadu padamu,
Disaat diriku mencari erti hidup, masih ku rasakan Mu disisi aku.

Ramai tidak mengerti ,malah aku sama sekali tidak peduli pada mereka yang tak peduli, aku hanya perlukan Mu dan keridaan Mu.

Kesunyian kadang menghimpit aku,
Berlari mencari bahu,
Namun tidak hilang juga kesunyian itu

Aku sentiasa mahu bersendirian,
Aku lebih tenang begitu,
Keramaian merimaskan aku,
Membuatkan aku lupa pada diriMu

Lalu aku terfikir,
Mungkin inilah hikmah aku masih sendiri, aku bahagia,
Aku bahagia.
Walaupun ku sangka aku sendiri.

Sendirian dalam berduaan,
Kesunyian dalam kebahagiaan,
Indah.

Cukuplah itu dulu setakat ini,

:)

Saturday, November 21, 2015

Hak

Bismillahhirrahmanirrahim,

You know when someone is sad,
They could be saying things in a quite emotional ways,

Why?
Maybe sebab they are emotionally unstable,
They are confused, they are depressed and sad, could be extremely sad or lonely

They start saying noxious things,
They may making fun of others,
But to be honest they are crying inside

Its happened to me in many times,
I did spoke harsh ways even to my parent sometimes, yeah I know I'm bad

Tapi aku just tak leh nak simpan perasaan or rasa sedih, rasa nak marah ni. I need  to say it out loud. Baru aku puas.

Some people say mungkin aku patut berlapang Dada. Forgive everyone yang sakitkan or kecewakan aku. Ok fine.
I can. Tapi leh me tell you , rasa sedih dikecewakan or sakit hati tu lumrah.

Just because I'm sad tak bermakna aku tak berlapang dada. Aku berhak untuk sad. You hurt me even maybe you THINK you did not hurt me. I have the right to be sad! Whether should i  express it or not je..

Orang kata lepas break up, just move on. But for me, its ok to be sad JUST for a while. Its ok to cry!!! You can't simply just move on. Bad things happen, just acknowledged your sadness

Lepas exam ,result teruk, its ok to be sad but jangan terlalu lama la.

Tue je la,
Heeheehh



Monday, November 2, 2015

Nothing

assalamualaikum,

izinkan saya nak mengomel

Well, for the most of the times, i do get jelous very often lately,

Mostly dengan kawan2

I think orang lain lagi lawa dari aku,
Asal orang lain lagi pandai dari aku,
aku pon baca buku yang sama jugak

Ada one time lecturer tanya soalan,
aku jawab tapi lecturer tak dengar
then orang sebelah jawab jawapan aku,
then cikgu puji dia,
meniru betul! haha

Ada kawan asyik selalu dapat assist senior je,
aku selalu jenis yang tak dapat assist
kalau assist pun yang biasa2 je.

Kadang rasa stress,
rasa mcm helpless.

Aku pon penat, i need guidance,
bukak la Youtube

MUfti Menk cakap, jangan jeles dengan orang lain ,
dalam alquran Allah pun dah cakap,
memang Allah beri benda lebih pada seseorang.

Aku pun takut sebenarnya
aku tahu aku jelous,
jelous aku tu menifest doubt aku tentang pemberian Allah kepada aku ( Astaufiruallah al azim, ampun ya Allah...)

Ada sorang saudara ni ( YOutube) dia nasihat, buanglah jeles tu dengan mengingati pemberian Allah kepada kita.Jadilah Hamba yang banyak bersyukur, jangan jadi hamba yang banyak persoal.

Alhamdulillah , aku masih ada mak ayah, ada adik beradik, ada rumah tak homeless, boleh la makan
Alhamdulillah

Kadang-kadang, aku tak nafikan cemburu datang bila aku asyik compare diri sendiri dengan orang lain.
cemburu tu bukan datang dari perasaan yang aku ni kekurangan, bila tengok orang je rasa macam ni.
dan aku pertikai benda yang MUSTAHIL untuk pertikai

MEMANG AKAN SENTIASA ADA ORANG LAGI PANDAI DARI AKU
MEMANG AKAN ADA ORANG YANG LAGI LAWA DARI AKU

so how?
Nabi pesan tengok orang yang lebih dari kita dari segi ibadah. erm
Aku ni sibuk nak tengok dunia! aduhh

oklahh

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (QS. Ibrahim: 34). 

bedebuk!!! AMBIK KAU!
sibuk sangat persoal2! ermm

oklah
tu je
Wasalam

yang malas bace buku, 
Adila