Monday, July 27, 2015

Teguran tertepelak diri

Asalamualaikum,

Kalau saya cakap ," jangan la kita  bersamping dengan orang yang memecah belah ", hakikatnya saya pon memecah belah kan orang.

Kalau saya kata " jangan berkawan dengan grumble or orang pemarah", hakikatnya tak baik pon cakap orang sekeliling grumble, sebabnya nanti kita pon jadi grumble.

Lately, jokes tulang rusuk bergetar tu macam trend. Aku pon admitlah aku pon terlibat sama. Siap hashtag #solidsolehah #mahuapalagi #sisnaksempurnakanagama.. Kemain lagi aku..

Apa apa je aku buat ,aku akan center pasal wedding, kawen. Buat lawak pasal kawen2 ni . ( aku xde benda nak hide pon)

Dan aku tahu ada orang meluat. Dan masalahnya kalau kau meluat, boleh tak jangan express kan meluat tu? Teguran meluat dengan jokes kawen tu membuatkan aku meluat dengan kau. Ha ambik ko. Haha

Physchiologynya, umur macam aku ni memangla akan huha huha cakap pasal kawen. Kalau ko tak suka tak payah la layan. Macam makanan tak sedap, tak payah banyak komen. Diam ,tak payah makan. Ini ko kutuk orang yang buat jokes tu buat apa... Ko pon sama je dengan orang buat jokes tu! Dia syok sendiri ,kau lagi la, kutuk orang.. Lagi teruk...Apa bezanya...

Orang yang buat jokes kawen2, selalunya psychology dieorang terganggu. Ko fikir meluat ko je. At least dia jokes around, hati dia gembira, ni ko perlekehkan dia.
Kenapa aku cakap mcm ni? Sebab aku pon salah sorang dari mereka.

At least dia cakap macam tu buktinya dia straight. Dia tu normal.. Kalau dia cakap dia lesbien ke, dia considering tukar gender ke.. Ko nak haruk takperla jugak..

Lama-lama surut la. Insyallah.
Tak payah nak menunjukkan meluat kau sangat la.

Ok fine. Memangla kadang lawak kawen2 ni over board. Orang lebih2. Tapi cuba lah tegur baik2. Tegur biarlah ajak dieorang bercinta dengan tuhan Jugak sambil fall in love ke. Twist sikit je. Jangan kutuk/ hina perbuatan (perkataan2 geli2) dieorang tu.

At least dieorang caakap pasal tulang rusuk kiri dieorang ( islamik love tu haahaa) . kalau dieorang cakap pasal politik, ko tak suka. Kalau cakap pasal korea, kene lash. Kalau cakap pasal artist, kata jemah. Kalau cakap pasal environment, bawak super boring budak ni.

Habis tu ,nak cakap pasal apa? pasal life SENDIRI YANG TAK ADA SAPA NAK TAHU PUN MACAM KAU?

Sebab kau kau kau la jugaklah dia jadi macam tu!
Berapa lambak kat fb tunjuk pasal kawen, pasal orang bertunang , pasal orang ada pakwe makwe..

Kita tak perlu orang saling meluat, kita cuma perlu orang saling memahami...

Sekian,terima kasih

Si tulang rusuk kiri,
Adilaramlan

Friday, July 24, 2015

Alangkah

Asalamualaikum,
Finish packing. Alhamdulillah
Sajak meroyan
Dilemma,
Ragu2,
Was2, syaitoon haha
Banyak dosa,
Ke tuhan dan manusia
Andai azab segera,
Hilang mata hilang dunia
Tak nak hidup,
Kacau,bilau, sempit!
Yang dipantau,sudah punya,
Yang diusik, diam pula,
Yang dilihat, terlepas
Yang berkehendak,tidak mahu
Yang bekas, mengajak pula
Lapa..makan...
Ngantok....tido
Sedih...nangis
Hati ni keras Ya Allah...
Berlepas..namun tidak berlepas..
Hina ya Allah..
Angkara perbuatan sendiri
"Dihukum masuk neraka oleh manusia"
Manusia itu aku.
Kuyu,.
tdor dulu

Monday, July 13, 2015

Malam ini

Asalamualaikum,

Jadi malam ni malam ramadhan yang ke 27,
Hati aku ni mcam nak banjir je memanjang.
Salah. Maksud aku mata aku.

Manusia tidak lari Dari membuat kesilapan. Namun sebaik baik manusia yang buat kesilapan ialah manusia yang mencari keampuan Tuhannya.

Deep down aku rasa macam Allah tak akan maafkan aku atas dosa dosa aku yang banyak menggunung ni. Tapi sombonglah aku. Berkali Kali Allah ulang ( dalam alquran) Allah sayang orang yang mahu bertaubat. Bagaimana aku boleh segan dengan Tuhan yang tidak pernah berputus asa dengan diriku?

Dalam hadis 42 pun Allah pujuk. Yang mahumnya berbunyi ,sekiranya ada hamba Aku datang dengan dosa setinggi langit, sebesar bumi, pasti Aku kan ampunkan.

Alhamdulillah. Aku berkesempatan bertaraweh di masjid Manipal pada malam ni. Imam selesai khatam kan alquran harini. Terdengar bunyi sebak imam bila membaca surah an nas.

Aku pon sebak. Tersangat sebak. Terasa kekhilafan aku selama 22 tahun. Alquran ni masih tidak didada aku... Berribu2 kalimah aku dengar, namun aku tidak paham... Sedangkan dalam alquran, Allah kata seburuk2 manusia, ialah mereka yang tidak memahami sedangkan mereka ni ade telinga. Allah..Tapi akuxkan putus asa ...aku akan berusaha memahaminya. Insyallah.

Disaat aku ingin melangkah kehadapan, disaat itu pula dosa aku diungkapkan oleh manusia.... In a way, aku bersyukur aku sudah dikeluarkan dari kemaksiatan itu. In a way , aku rasa kenapa aku bodoh sangat dulu... ERM....

Tulisan kali ini bukanlah untuk membanggakan ke"taubatan" aku. Cukupla sekadar memori perasan aku yang ingin ku catatkan pada ramadhan kali ini.

Ramadhan ini mungkin yang terakhir buat aku.... Ya Allah. Allah.....

Saat imam membacakan qunut ( qunut yang lebih panjang dari biasa)..saat itulah aku tahu.. Aku ni tidak mempunyai apa-apa... Tangan yang sombong selama ni akhirnya menadah pada tuhan... Hanya iman( keyakinan) yang akan menjadi menguatkan aku tentang Allah.

Bertawakallah pada Allah. Buanglah pengharapanmu pada manusia. Manusia akan for sure mengecewakan mu sedangkan tuhan sentiasa bersama mu!!

Bismillah hirrahman nirrahim...
Ya Allah, aku berlepas dari dia ya Allah. Jauhkan dia dari aku ya allah... Ya Allah.. Buanglah dia Dari hidup aku ya allah... Aku menyiksa mata aku dengan dia ya allah. Aku menyiksa fikiran aku dengan dia ya Allah.. Sedangkan kulitku dan anggota badan aku akan jadi saksi kepada ku ya allah... Ya allah.. Aku mendustakan hari itu ya allah....

Semoga amalan kita diterima pada ramadhan kali ini. Semoga kita tidak tergolong dari mereka yang dicelaka kan oleh Nabi iaitu org yang apabila ramadhan berakhir, dosa nya tidak diampunkan. Semoga kita keluar seperti bayi yang baru lahir. Insyallah. Amin3.

Pendosa,
Adila