Tuesday, June 30, 2015

Out of blue...

Assalamualaikum,

Lawa giler bulan malam ni.
cantik sangat.
Patutla keindahan bulan diassociatekan dengan Nabi,
lawa gilos!

Tetiba terromantik sorang2,
" kau dan aku melihat bulan yang sama"
perghhhh
AHHAAHA

Bila fikir2 balik...
ermm..
Rasa bahagia sorang2..


Apa nak risau, Allah kan Maha Mengetahui,
Lepak2 je. Bila sampai masa, datang la..
Kalau tak ada kat dunia pon , ape der hal,
Allah nak kasi terrbaikkkk terus kat akhirat

hehehe

kadang, antara 'kenapa' vs 'bila',
'kenapa' lagi pentang walaupon tak tahu 'bila',
Kadang tahu 'bila' tapi 'kenapa' tak cukup solid.
'kenapa" lebih membuatkan seseorang terus bertahan sebab "kenapa" datang dengan keyakinan,
sedangkan "bila" kadang hanya allah saja yang tahu.

berkias itu aku
hahah

baiklah
Asalamualaikum,

Yang menunggu,
Nur adila

Saturday, June 27, 2015

Allah sayang awak

Assalamualaikum,

harini aku rase nak taip.

Semalam aku dengar satu video ni, speaker tu cakap  kalau Allah sayang kita, Allah akan uji kita

Human: why meeeee Allah?
Allah: because i love youuuuu

Harini aku pon diuji. Bila aku bukak denture aku, denture aku tak jadi.
Rase nak nangis tapi bila aku ingat balik Allah uji sebab Allah sayang, aku tersenyum sendiri.

Nabi Muhammad banyak ujian hidup
Sebab Allah sayang lah Allah uji.
Sebab dalam Al quran pon Allah dah cakap manusia ni memang akan diuji
untuk tahu siapa amalannya lagi baik ( Almulk)

Kita, manusia banyak buat dosa,
ujian kadang kafarah dosa kita,
jadi bersabarlah menghadapi ujiann....

Sepanjang aku masuk bidang dentistry ni, ( bila dah besar sebenarnya haha)
banyak betul dugaan hidup aku, sampai aku ditahap tak nak hidup dah,
sebab bila ada masalah aku tak nampak jalan keluar,
yang aku nampak satu option je,
aku kene bersabar. Tak ade jalan lain. Serious. Aku hanya boleh bersabar je ( sambil improve diri)

Ujiannya taklah besar mana, hanyalah sekadar praktical.
Dalam practical, buat banyak bende tak jadi.
Tangan ni macam erm...

Kalau nak dibandingkan dengan masalah orang lain, masalah aku ni memang cikai je. erm
kalau nak dibandingkan orang kat Syria, China, Myammar,
Ape bende la sangattt oiiiiiiii!!!! ( hahaa)

tapi sebab tengok org lain kan ( kawan2)
senang je hidup dieorang.
ala Allah tak sayang dieorang. ahahahha!
Acah je. setiap creation mestilah Allah sayang
Ada orang Allah uji dengan nikmat yang banyak.
rilex sudahh.....

Jadi aku harini nak pujuk lah hati aku,
supaya terus tabah
dan nak menceriakan hati aku sendiri,

Surat to myself,

Dear Adila,
Asssalamulaikum,
This is you ( the tabah side of you) haahhah

Janganlah sedih2. Penat tau sedih sedih ni. Aku tahu ko penat , aku tahu ko nak nangis. Tapi aku tahu ko boleh. Ala bende ni cikai je. Aku sayang kat ko( heehe). Tolongla jangan buat naya kat diri ko. Ko pon tahu dunia ni sementarakan. Ini bukan tempat kita dila. Remember every wish yang ko nak tapi ko tak dapat? it wasnt mend to you. Itu bukan rezeki kau... Tak per Dila. Nanti Allah bagi yang lain OK? betulll... ( haha) Kalau Allah tak bagi pon, tak perla. Allah kan Maha Mengetahui. Jangan Doubt pasal tu.

Jomlah kita menggembirakan diri. Ko pon dah lama tak nangis. Lets be freee. Macamana nak free? Jadilah Hamba Allah. ehhh jadi hamba, lagi la payahhhhhh kan?. Ko salah. Bila ko jadi hamba Allah, ko free from menjadi hamba lain. Hamba Praktical, hamba denture, hamba duit, hamba nafsu, hamba crush. Freeeeee from everything dilaa...... . Tak nak ke?. jommmmlah... hehehe

Dari ko sedih2 ni, baik ko mengaji ke. dah lah bulan Ramadhan ni. Ko dah la terlepas 2 jumaat dah. Aku pon tak sedar jugak. haish. Hari apa pon dah terlupa.

Adila, cuba kau bayangkan kalau ini ramadhan terakhir kau.. dah suku ramadhan ni Dila... Kita boleh dila!!. Cayok.

Oklah.Aku tak nak cakap panjang. Aku tahu ko tak suka dengar bebel panjang2. Jangan tinggal Alquran, Dila. PLeaseeee. Help mee and you. love you . muah3 ahhaha

Yang talking alone,

Adila






Sunday, June 21, 2015

satu hari nanti

Assalamualaikum,


sedap sungguh sore Syeikh ni,
semoga anak aku pon sore sedap mcm ni,insyallah
Semoga aku pon sore sedap mcm ni (hehehe)




Friday, June 19, 2015

Lagu

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, ramadhan sudah menjelma,
sekali fikir, aku ni tak pon berdoa semoga dapat Ramadhan
baiknya Allah, aku direzekikan dengan ramadhan lagi.

Sejak lately ni, aku selalu dengar satu lagu ni,
dalam exam pon aku teringat je lagu ni ( sebab dah kemaruk dengar)

by Rast, Setelah aku dipaling

Hampir aku hanyut kerana rindu
Pada harta yang pasti reput
Dan lenyap di sini
Hampir aku lupa pada yang Kekal
Kejahilan menyelubungi jiwaku

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu

Yang hanya ku idam
Di dalam pandanganMu
Bersama mereka terdahulu

Sungguh aku cari cahaya itu
Untuk menyuluh kelam ini
Setelah ku dipaling
Sungguh aku hina menagih secebis
KeampunanMu setelah aku malu

Sekelipnya mata hilang semua
Yang hanya ku pandang
Yang hanya milikMu 

Yang hanya ku pinta
Harapan keampunan
Hati ini telah ku lukai

Sebaiknya manusia Kau ciptakan
Hinanya angkara diri sendiri

Sedegup jantung terleka
Dibuai arus dunia
Selangkah kau menghampiri kehancuran

Sungguh aku cari
Cahaya itu
Untuk menyuluh
Setelah ku dipaling
------------------------

Lain macam Ramadhan kali ni, 
Tak rasa apa sangat, 
mungkin sebab tengah exam, 
sibok aku dengan dunia ni.
seolah exam no satu, ibadah no 2
ermmm

Selamat menunaikan Ramadhan yer kawan2, 
Jangan putus asa dalam beribadah

sekali fkir , tengah nak exam ni, tak sempat nak qatamkan alquran, 
malas la beriya nak 1 juzuk satu hari, ( dalam hati, xsempat laa jawabnya macam tahun lepas) 
tapi teringat kata kawan, 
Allah pandang usaha bukan hasil
Atleast usahakan 
yeahhh!!!

Oklah, den ado exam esok ha, 
doakan lah eden yor
Wasalammmm....

Yang Sakit pinggang, 
Adila





Monday, June 15, 2015

update June

assalamualaikum,

Apa khabar semua?
ahhaha

tak ade mood la lately,
aku mudah menyampah dengan org,
dengan hujannya,
dengan xsiap practical ketika aku sedang practical examnya

indicator Apakah ni?
hati aku dah gelap!

Dulu,
teruk mane pon aku kene ,aku rilek je
rilek je
rilek je
Nasib aku selalu mcm ni.

Agaknya, aku tak lepas lagi ujian yang sama kot
Allah asyik memberikan ujian yang sama ke aku
Ya Allah,
tolongla tunjukkan aku jalan yang lurus,
aku buta ya Allah,
benda yang salah kadang dimata aku ok je
erm..

Tak sabor nak balik malaysia
Nak gi rayau majlis ilmu la
Hati ini terlampau kemarau
dahaga sungguh akuu

Sakit la kepala,
xtau sebab aku x makan ke , ke aku main hujan
selalunya sebab x makan


tadi kene sound dengan cikgu
tak paham aku,
org lain punya decision , aku pulak yang kene dengar leteran orang
tapi aku kan baik( haahh)
aku diam je lah
sambil mendengar leteran cikgu ni
membara jugak hati aku
tapi malas aku nak menjawab
kang kata aku biadap
lagipon aku memng suka puaskan hati cikgu
walaupon aku sendiri yang merana , terseksa dan keciwaaa

Kadang aku tak paham dengan orang2
Aku tak paham justification org
Fikir diri sendiri je
tak leh ke fikir pasal orang lain
malas la aku nak fikir
tapi tuelah, aku gak yang sedih merana.
bersabarlah wahai hati
TuhanMu kan ada

asyik mengadu je ko ni dila.
okla , okla

Tak ada mood.

chiow