Thursday, February 26, 2015

Perasaan

Assalamualaikum,

suka lagu ni, 
seolah memahami diriku 

"Elastic Heart"
(feat. The Weeknd & Diplo)

And another one bites the dust
Oh why can I not conquer love?
And I might have thought that we were one
Wanted to fight this war without weapons

And I wanted it, I wanted it bad
But there were so many red flags
Now another one bites the dust
Yeah, let's be clear, I'll trust no one

You did not break me
I'm still fighting for peace

Well, I've got thick skin and an elastic heart,
But your blade—it might be too sharp
I'm like a rubber band until you pull too hard,
Yeah, I may snap and I move fast
But you won't see me fall apart
'Cause I've got an elastic heart

I've got an elastic heart
Yeah, I've got an elastic heart

And I will stay up through the night
Let's be clear, won't close my eyes
And I know that I can survive
I'll walk through fire to save my life

And I want it, I want my life so bad
I'm doing everything I can
Then another one bites the dust
It's hard to lose a chosen one

You did not break me
(you did not break me, no)
I'm still fighting for peace

[3x]
Well, I've got thick skin and an elastic heart,
But your blade—it might be too sharp
I'm like a rubber band until you pull too hard,
Yeah, I may snap and I move fast
But you won't see me fall apart
'Cause I've got an elastic heart

I've got an elastic heart

Wednesday, February 25, 2015

Yang pertama

Asaalamualaikum ,


Sekarang kat bilik. Kul 10 Lebih aku dah keluar dari Phantom Head lab, perghhhhhhhhhh.
Ini Sejarah!!!!!!! First time, aku siapkan exercise conservative dentistry cepat. Malah, orang pertama siapkan dalam Batch aku. wahahah. Sorry la. Gembira terlebih. tapi ini memang kejayaan la. Dapat A lagi walaupun hodoh. Terlebih cutting. Mungkin sebab aku tunjuk kat cikgu baru kot. So cikgu ni baik sikit. Cikgu lain semua strict.

ehhehehehehehehheheheehhehehehehehe happy nyer. ok dah dah.

Aku memang ada niatla nak proceed dalam conservative dentistry ni.

Seronok bila kita tak mahir sesuatu, lepas tu kita mahir. Nikmat kejayaan  tu lebih manis.

Dulu conservative ni, aku antara orang last yang siapkan apa2 exercise. Sekarang ni Alhamdulillah la. tapi prostho masih ditakuk yang sama la. Tapi ko ingat aku akan biarkan? No Way!. Aku akan berusaha lebih lagi.

Semalam, belajar drive untuk class yang terakhir. Best gler. Pusing sini, pusing sana. I like manual.
Bila fikirkan, aku ni sebenarnya drive tanpa lesen kat india ni . hahaha. Tapi tak apa lah.

Result block dah keluar and aku fail satu subjek. Baiklah, aku xleh main2. Aku kene beat classmate2 aku. Sebenarnya bukan nak beat orang pun tapi aku ni memang malas belajar. Aku kene usaha lebih la. Demi menyelamatkan aku waktu final nanti. Haraplah semua ok dan aku lulus second year ni. Insyallah.

Itu jelah
wassalam 

Friday, February 20, 2015

Sakit kaki abang aku

Assalamualaikum,
sebenarnya hajat hati memang nak updte blog ni,
tapi tahap kemalasan tu berganda bila duduk rumah ni.
haishh...

Jadi aku ceritalah sikit.

Dulu ada satu saat tu, kaki aku sakit sebab herpes virus. Mula2 tak sakit, lama2 aku toreh dengan pisau, dia jadi merebak pulak.
Pada masa yang sama, abang aku pun sakit kaki. Dia pakai lamisil, lepas tu hampir baik. Tapi tak baik2.

Masa sakit kaki tu, kebetulan ada cuti yang agak panjang kat Manipal ni. Aku and geng2 gi jalan ooty   and Mysore. Oleh sebab dah musafir tu, aku pun doa lah kat Allah supaya sembuhkan kaki aku. Alhamdulilllah beberapa hari lepas tu, kaki makin baik. Ingat lagi waktu nak gi kelas, ada satu masa tu macam tempang-tempang tapi buat macho ha. heheh

Tapi kaki abang aku ni masih tak baik. Dekat 6, 7 bulanla gak kaki dia ni.

Hari ni aku balik kampung nak jumpa Mak Tam ( akak mak ).
Lagipun, ada macam kenduri masak2 kat kampung. Ada cucu mak long ni nak tunang.
Sambil tu nak jumpa satu makcik ni untuk berubat kaki abang aku.
Pergilah jumpa makcik ni.

Tengok je kaki abang aku makcik ni pun cakap
Makcik: ini kayap ular ni
Mak Tam: oh kayap, kene kayap boleh buat mati kan?
Abang: ( muka berubah)

ahhahhaha tahulak takut mati abang aku ni.

Jadi, makcik ni pun baca something2 then dia ludah kat kaki abang aku.
Then, ada la dia bace bace kat air. Air tu buat sapu and minum.
Lepas tu kiter orang pun balik.

Lepas tu lepak kampung jap.
Aku google pasal kayap, bagi abang aku bace.
Adalah banyak cara nak ubatkan kayap ni.
Kayap ada banyak jenis pulak.

Lepas tu barulah aku tahu yang rupanya kayap ni a.k.a Varicella zoster.
Kalu Microbiology adalah belajar pasal Varicella Zoster .
VZ ni penyakit bila seseorang tak kene demam campak masa kecik, then masa adult ni dia kene demam campak. Bila dia kena zoster ni, selalunya lagi sakit dari demam campak and symptom dia kat setempat je berbanding demam campak yang selalunya kat seluruh badan.

Dalam satu artikel tu cakap, tak payah jumpa doktor pun kalu kena kayap ni sebab doktor akan bagi ubat yang akan menghangatkan badan( tapi aku x sure la betul ke tak ) . Artikel tu kata kena diubati tradisionally.

Salah satu cara kiterorang baca, kalu kena benda ni kene diludah air liur raja kat kawasan luka tu.
Abang aku cakap mana nak cari raja? .Aku pun cakapla " kena cari orang kawen la kot, Raja Sehari " hahah

Then, ada guna daun cili la, daun ketapang la, daun duit2 la. Ada satu cara tu ,bila janda yang kawen dengan teruna, atau anak dara kawen dengan duda, orang2 ni kena ludah kat luka kayap ni.

Then,  habis lepak kampung jap, lepas magrib , terus balik. Then dalam kereta mama cakap
pasal cara nak ubat kayap ni.

" orang dulu2 kata kalu janda yang kawen dengan teruna ludah kat luka tu, sok baiklah"
Aku dengan abang aku " haaaaaa betulllllllaaaa, kiterorang ade bace tadi"
Mama: Makcik tadi tu janda tuu... dia kawen dengan pakcik, pakcik tu bujang
Aku and abang: ohhhhhhhhhhhhhhh

Itu je lah ceritanya.

Then, sebelum balik tu, mak aku nak aku jumpa Mak Teh jap. Makteh ni baru balik umrah, so baiklah jumpa kan. Gi rumah dia gelap. Tapi yang menariknya, masa nak masuk kat jalan rumah dia tu, ada kereta putih macam tunggu seseoranglah. Masa pusing sebab nak balik lepas tengok rumah makcik ni gelap, mak aku cakap " rasanya Mak Teh yang kete putih yang tunggu tu la". Lepas tu, abang aku pun berhenti belakang kete putih tu. Mak aku pun keluar. Then, orang dalam kereta tu pon keluar. Rupernya memang Mak Teh aku. Kereta baru rupernya. ( nampak sangat aku dah lama x balik, so x update).

Dalam hati aku 'hebatlah instint mak aku ni, tadi cakap pasal janda tu walaupon abg aku and aku je yang tahu pasal google tu, lepas tu boleh suruh berhenti belakang kereta tu ( confident gler walau pun mak aku tak pernah tengok kereta baru Mak Teh aku tu)' hebat kan? Naluri adik beradik kot.

Then, kiterorang head to satay Kajang sebab aku dah nak balik sok, teringin nak makan satay pulak.
Baliklah rumah. Ada makcik sebelah rumah , anak dia meninggal semalam. Semalam gi tengok jap.

Tadi balik nampak khemah. Ada majlis tahlil agaknya. Pada masa yang sama sekeliling umah ada banyak bunga api kemain lip lap lip lap. CNY la katakan.

Tu je lah kot. Esok nak balik, bapak malas seyh. erm...

Ini video cara makcik tu rawat kayap ular ni. 


Dulu aku suka main kat sini time raya. Kenanganlah. Sekarang aku dah besar gabak
haahhaa


Inilah makcik tu.







 Masing-masing sibuk dengan COC







Duluu kat rumah ni ada lastik. Ni kalau lastik sedap ni. 
Tapi dah lama dah zaman lastik2 ni.

Tu jelah, assalamualaikum






Melaka

Assalamualaikum and hai semua,
minggu lepas saya dan keluarga telah bercuti di Melaka.

Bertolak pagi Sabtu and semua ada.



                                       







                                           
















                                                                

                                                                

                                                                  




 Mia lagi yang tangkap gambar
 Mia tangkap gambar

pandai budak ni selfie 




Malam tu gi jalan-jalan cari ikan bakor. 



 Muka Mia baru bangun tido









Sedap betul makan tapi rasa kelang kabut pon ada sebab orang ramai tapi sebenarnya tak ada lah sedap mana. Macam ok ok je. Cuba teka berapa kiterorang kene bayor? 250! pergh gempak seyhh hahah

Lepas makan tu terus balik. then tersesat pulak masa nak cari rumah homestay ni. 30 minit kot. asal cari pakai waze tapi battery telepon ayah kong pulak tengah jalan but anyhow sampai je. 


Keesokan harinya, pagi2 sembahyang subuh. Lepas tu, makayah and me gi keluar jalan-jalan. Lain semua tido.
First, singgah seven eleven jap. Ayah beli paper and aku ambil kerepek buat stock perjalanan hehhee


Then cari kedai makan. Singgah makan, kedai tu dekat dengn junction. 



Then teruskan perjalanan ke arah Selat Melaka



Lepas tu, jumpalah dengan Masjid Selat Melaka. Singgah solat dhuha and so on kejap






Masjid ni macam ala ala masjid Kristal kat Terengganu tu sebab sekelilingnya laut. 



Toilet tu toilet cangkung. Ini gambar kat depan pintu. Macam klakar pon ade. hahah bagus lah kot untuk pelancong. haha




Hebat! tempat budak2 main pun ada.
















Yang biru tu makcik yang jaga Masjid ni untuk kawasan perempuan.
















Then lepak Bandaraya Melaka pulak tapi pagi lagi, semua tak bukak.











Balik rumah. (  Edisi gamba Mia tangkap) 



 Mia Tangkap


 Mia lagi 








Then, kiterorang check out, jalan japan kat bandar Melaka balik.
Akak balik Seremban dulu.
Tinggal maayah, along family and aku dan kero.
(mia tangkap lagi) 






 Then singgah makan kat satu kedai



Ha tu jelah ceritanya. Sekejap tapi boleh lah menghilangkan kebosanan aku. kekeke
assalamulaikum