Monday, December 28, 2020

Pengajaran 2020

 Asalamualaikum, 


Sebenarnya. Nak habis dah 2020 tapi tak ade post dari aku untuk blog ni. 


Like i said before. Blog ni adalah untuk diri sendiri lebihnya.

I married  last year december. 27/12/19.


Dan setahun pon perkahwinan aku berlalu. 

Alhamdulillah. Walaupon banyak cabaran dan dugaan, tapi Allah tahu aku mampu dan aku yakinkan diri aku mampu. 

Adakah ucapan untuk diri 2021?

Aku harap aku lebih dekat dengan Allah dan menjadi isteri solehah, hopefully ibu yang baik juga. 

Aku masih di Baling. 


Berharap suatu hari nanti aku akan punya klinik aku sendiri. Amin amin


Sunday, March 10, 2019

Keluarga

Bismillah

Asalamualaikum

Hari Sabtu, ma tanya aku malam nak makan nasi tak
Dia nak masak nasi lemak, aku pon cakap ok ( nasi lemak adalah makanan kegemaran aku)

Pagi dia tanya, nak makan nasi kerabu tak, aku cakap ok, tapi agaknya nasi kerabu xde,
Bangun dengan ikan sweet sour dan ayam masak kicap

Disclaimer: kat rumah ni mak aku je masak, sebab tekak bapak aku bukan calang calang, dia x makan benda bukan2 so kalau SESIAPA masak selain mak aku, bapaknye tak makan. Jadi aku pun x masak la sebab salah satu reason tu macam biadap pulak kalau aku masak, ia lah, sebab macam nak separate meals pulak dengan mak aku.

Buat aku yang akan terlupa, betapa kasih sayang seorang ibu itu terzahir pada perbuatan terutamanya melalui masakannya dan aku sendiri sebagai anak, hanya mengenal kasih sayang ibu itu melalui makanan dari air tangannya.

Sebab tu bila orang belanja makan, ajak makan, bagi makan , aku rasa dia sangat sayang pada aku.

Dah nak kerja dah, dah habis belajar.

Sebaik sedekah kepada ahli keluarga sendiri, akan ku usahakan.

Tengah kemas kemas, berderai jugak air mata aku. Mengenang kan betapa decision aku ni seolah cubaan mengundurkan diri dari kemelut konflik keluarga. Kebetulan, petang mesej dengan akak  sorang lagi.

Air  yang dicincang tidak akan putus.

Tua patut turunkan ego. Makin tua makin x sedar diri.

Aku akan ingat, ini merupakan usaha aku untuk kurangkan beban dan mengurangkan serabut orang lain. Cubaan mencari kebebasan. Mencari hidayah tuhan dan ilmu di perantauan. Malah kata imam syafie, menghapuskan kesedihan.

Setelah apa yang terjadi, sejak cubaan aku untuk " detox" dan "berkonmari" , membuang semua barang yang sudah tidak berguna dan tidak "spark joy" , ada kalanya aku sendiri mahu "buang" diri aku je. Kan senang. Tapi tidak didunia ini, harus bersihkan diri untuk Ilahi.

Difikirkan kembali, bukan orang lain, adik beradik sendiri seolah "berpaling tadah", bertahun tahun perhubungan namun hanya satu kemelut, kerana orang luar, aku ni adik sendiri seolah ......

nak terasa hati sangat kenapa, sebab betul la tu aahhhahahaha

Dengan cubaan untuk excludekan diri dari aktiviti keluarga, nampak sangat bodohnya

Benarlah kata Dr Muhaya, Perempuan yang malang ialah perempuan yang salah cari suami.

Satu saat Saidina Ali menangis ketika mengebumikan jasad saidatina Fatimah sambil terkenang kata kata Rasuallah " aku lah orang pertama yang akan menyambut Fatimah kelak" dan Saidina Ali berkata " Seolah aku memulangkan amanah kembali kepada pemberi amanah"

Amanah bukan hak kita. Kita cuma menjaga.

" Kot ye tak suka pon, tak boleh ke berlakon kejap " berkata akak aku perihal seseorang

Islam ni kolot sangat ke. Orangnya yang kolot.

Apa punya perangaila. Tak pandai jaga hati orang tua. Kata bodoh kang marah.

hahhaha

Orang kata kalau suka kereta hijau, yang dipandang kereta hijau je. Agaknya pon aku ni pon kalau dah buruk, aku nampak buruk je. Menyampah aku. Tak guna betul.

Ini antara post aku yang aku x cross check before publish. Sebab benda x elok, biar dia berlalu pergi sahaja.

Okla, nak print surat2 ape semua, lepas tu kita tidooo

Wasaalmmmm







Saturday, March 9, 2019

Apa maknanya impian?
datang dan pergi ,
membawa hati,
menyusuri kembali,
jalan jalan sepi

Kau kah di situ,
yang menantiku?
atau jelmaan titik kenangan
yanag bernama pengalaman...


Kau bayang bayang
masa nansilam
ada ketika , terbawa bawa
oleh resah mimpi yang tak suudah


Perangkap lagu lama

Bismillah

Asalamualaikum ,

sebab bapak he suruh aku download dalam tumbdrive,
katanya nak lagu lagu lama

okla

bila download, convert

cari cari kat youtube,

Lagu lagu lama ni memang ade POWERRRRRRR

sekali dengar macam HANYAL HANYAL .....

bak kata orang dolu dolu " lagu ni memang LAYANNNNNN"

Kalau dah dengar tu, macam berhanyal hanyal teringat kekasih lame....
ingat zaman zaman makcik rambut gerbang, gamba gamba filem kodak, rangi ranggi ,,

walaupon xde pakwe ke, walaupon aku kecik lagi time dulu duluu, aku pon layan~~~

Leleh betul, susah nak berhenti dengar .....

MEMANG KETAGIH BETUL DENGAR LAGU NI....


ADA POWERRRRRRR

hahahhaha